Anda di halaman 1dari 1

KUIH TAT NANAS

BAHAN-BAHANNYA :-) 300 gram tepung gandum 4 camca besar tepung jagung 3 camca besar gula aising, diayak 200 gram mentega 1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah) 2 kuning telur* Beberapa titik pewarna kuning makanan

CARA MEMBUATNYA :-) Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2x serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap. Canai doh antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susu dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..