Anda di halaman 1dari 31

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013

BICARA BERIRAMA
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH EDISI 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

150

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA EDISI 2013

1.0

PENDAHULUAN Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0

PENGENALAN Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 3.1 Sasaran Pertandingan ini terbuka untuk murid menengah rendah (Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3) saja. Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Digalakkan penyertaan berbilang kaum. 3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama DUA BELAS(12) hingga LIMA BELAS(15) minit. 3.3 Pasukan Setiap pasukan mestilah berjumlah TIGA PULUH(30) orang (termasuk SEORANG(1) konduktor). Setiap pasukan mestilah diiringi oleh TIGA(3) orang guru pengiring.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

151

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013

3.4 Teks/Skrip 3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang dikarang/reka sendiri dan autentik. 3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. 3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur dalam lima salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum pertandingan. 3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku skrip dan isi kandungannya. 3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis, kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran. 3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan.

3.5 Pakaian Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama dibenarkan). Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih. 3.6 Alatan Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

tersebut

3.7 Sokongan Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi. 3.8 Pentas Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dbenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan. 4.0 LARANGAN Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

152

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN 5.1 Persembahan Ujaran (30 markah) Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

ungkapan

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah) Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat. 5.3 Kreativiti (10 markah) Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak bermakna serta rakaman muzik minus one yang sesuai.

yang

5.4 Kesan bunyi (5 markah) Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi. 5.5 Penghayatan (10 markah) Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh. 5.6 Tempo dan ritma (10 markah) Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI 5.7 Konduktor (20 markah) Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan, tempo dan kepimpinan. 5.8 Penalti (tolak 10 markah) Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang LIMA(5) minit dan persembahan yang keterlaluan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

153

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KERTAS KONSEP EDISI 2013

5.9 Skrip 5.9.1 Tema/Mesej (10 markah) Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa (40 markah) Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan 5.9.3 Cerita (30 markah) Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami 5.9.4 Watak (10 markah) Mempunyai watak SUARA SOLO dan Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

SUARA

RAMAI.

5.9.5 Kreativiti (5 markah) Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita, menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema. 5.9.6 Markah Bonus (5 markah) Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat kesungguhan pasukan. Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip.

6.0

KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0

HAL-HAL LAIN Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.

9.0 AM Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

154

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Pasukan Nombor
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Ujaran (30 markah)

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN BORANG MARKAH PERSEMBAHAN Keseragaman Kreativiti Tempo dan Penghayatan Kesan bunyi Penalti Persembahan (10 Ritma (10 markah) (5 markah) (-10 (15 markah) markah) (10 markah) markah)

Jumlah Markah

Masa Persembahan

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan _______________ Tarikh :_______________


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

155

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Pasukan Nombor
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Tema/Mesej (10 markah)

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN BORANG MARKAH SKRIP Bahasa Cerita Watak Kreativiti (5 Markah Bonus (40 markah) (30 markah) (10 markah) markah) (5 markah)

Jumlah Markah

Nama Hakim ___________________________________ Tandatangan __________________ Tarikh :___________


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

156

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

CATATAN MASA PASUKAN


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

MASA DIAMBIL

NAMA PENJAGA MASA : ___________________TARIKH : _____________

TANDATANGAN :________________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

157

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH RUMUSAN KEPUTUSAN

KEDUDUKAN 1 2 3 4

MASA

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

KEDUDUKAN TEMPAT

NAMA KETUA HAKIM: _______________________ TANDATANGAN:__________

NAMA DAN TANDATANGAN HAKIM

HAKIM 1 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 2 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 3 : __________________________

TANDATANGAN : _________

HAKIM 4 : __________________________

TANDATANGAN : _________

TARIKH : ________________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

158

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH KONDUKTOR TERBAIK Panduan Pemarkahan Markah Penuh 20 Sangat Lemah 1- 4 Lemah 5- 8 Sederhana 9- 12 Baik 13 - 16 Cemerlang 17 - 20

BORANG MARKAH

Nombor Pasukan

Keselarasan Gerak Tangan (5 markah)

Mimik Muka (5 markah)

Kawalan Kepimpinan Tempo (5 markah) (5 markah)

Jumlah

Nama Hakim : _______________________ Tandatangan : ____________

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

159

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

BIL

SUKATAN PEMBELAJARAN Tema cerita - Isu semasa, persekitaran, kemasyarakatan, sains, dll Unsur bahasa / seni yang digabungkan
Berdialog, menyusun kata/frasa, bertutur dengan betul, menyampaikan mesej dan menghafal skrip Seni bercerita, seni muzik, seni suara, seni peniruan suara, seni lakon, seni dramatisasi (dramatik), seni pergerakan kreatif

3.1

Konsep
-

Kerangka cerita / jalan cerita /masa - Mengingati cerita/jalan cerita Kesinambungan / pertautan idea - Jalinan antara idea mengikut segmen 3.2 Cerita/Skrip Ketepatan dialog / bermakna - Berdasarkan tema, suara solo dan suara beramai-ramai Bahasa (ringkas, padat, bermesej) Tema yang jelas Kesesuaian - Pelbagai jenis nada dalam penceritaan dan penyampaian Suara / suara latar - Kawalan suara, lontaran suara, kejelasan sebutan, suara dalam atau suara luaran Sebutan / nada / intonasi (BERIRAMA) 3.3 Melodi Korus = sekumpulan peserta yang menyanyi bersama-sama dalam sesuatu persembahan - ditekankan keseragaman persembahan ad lib (sahut-menyahut) suara solo (soloist) - nada suara yang lantang Kepelbagaian irama - Tempo muzik berentak perlahan atau
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

160

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

cepat Kata dan frasa yang puitis

Tempo / jeda - Berdasarkan ujaran kata atau dialog serta ekspresi emosi Susunan cerita - Berplot (pengenalan, perkembangan, klimaks dan kesudahan cerita) Kesatuan dan harmoni - Keseragaman korus, melodi dan irama Keseragaman keseluruhan - Suara ramai, suara solo dan konduktor Kreativiti - Bahasa badan dan bergantung pada arahan konduktor Ekspresi - Mimik muka terhad kepada ujaran kata atau frasa - Sorotan mata dan lirikan mata - Suara tinggi, rendah dan lantang - Bunyi selingan muzik atau kesan bunyi - Penghayatan watak Unsur kecindanan (kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka yang tidak keterlaluan) - Rujuk situasi dalam cerita, dialek, peniruan bunyi atau suara watak tertentu Kesesuaian gerak - Disiplin bahasa badan (dari paras pinggang ke kepala) Gerak yang bermakna (fungsi) - Memberi kesan kepada mesej menggunakan kata dan frasa 3.5 Gerak Kreatif Keseragaman gerak - Arahan daripada konduktor menggunakan isyarat tangan dan mimik muka Bentuk-bentuk gerak (formasi) - Gerakan statik, gerakan memukau, gerakan bermakna serta kreatif Kesinambungan dan keselarasan
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3.4

Teknik Penyampaian

161

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

Menyesuaikan lirik

Peserta - Suara solo dan suara beramai-ramai Muzik - Muzik latar Kesan bunyi - Terhad dan disesuaikan mengikut situasi yang diwujudkan Alat / props - CD, DVD, buku rujukan, rakaman video, dll Pencahayaan - Lampu sorot dan lampu limpah jika diadakan di dalam dewan Konduktor - Memahami kerangka cerita - Mencipta gerak tangan dan mimik muka mengikut situasi serta segmen - Mengawal tempo, ad lib, melodi dan ujaran frasa - Berdiri tegak di hadapan kumpulan

3.6

Teknikal

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

162

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

KERANGKA CERITA/ISI SKRIP BICARA BERIRAMA


Memilih bahan berdasarkan tema persembahan Bicara Berirama - Pastikan tema untuk bahan sesuai berdasarkan khalayak - Contoh isu dasar-dasar negara; alam sekitar, cerita binatang; dll

Menyaring isi melalui pemetaan cerita - Melakar plot cerita berdasarkan pengenalan, perkembangan (isi) cerita, klimaks dan kesudahan (isi) cerita - Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB) - Menulis ujaran kata, frasa dan ayat berserta watak - Penentuan watak individu (solo) dan suara ramai Menentukan isi berdasarkan segmen - Menetapkan tempoh masa penyampaian isi - Menentukan aksi, pergerakan badan (gesture), mimik muka - Memasukkan kesan visual, elemen nyanyian berirama dan selingan muzik

Mengedit isi - Menentukan istilah, kata seru - Pemilihan ayat mudah, ringkas dan bermakna - Pemilihan frasa dan ungkapan yang menarik - Memetik ujaran tertentu yang biasa didengar oleh khalayak Menghafal skrip - Menghafal berdasarkan segmen skrip, nombor ujaran/arahan cerita/pergerakan tubuh

CONTOH PEMETAAN CERITA MENGGUNAKAN TEKNIK PETA MINDA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

163

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

TEMA : PERPADUAN RAKYAT MALYSIA Langkah 1 : Memastikan bahan dan isi yang sesuai daripada tema 2 1 3 4 5 S7: Berpegang pada paksi Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara

S2: Memperkasa aktiviti muhibbah antara kaum

S3: Menjadikan Jalur Gem ilang sebagai lambang penyatuan rakyat Malaysia PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA S1 S6: Menjunjung konsep gagasan 1Malaysia

S4: Mengamalkan nilai toleransi dan semangat setiakawan

S5:Mendaulatkan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu

Langkah 2 : Menentukan plot cerita berdasarkan sub isi (SB) Pengenalan : S1 (Sub Isi 1-4)) Salam pembukaan Latar 1 2 belakang negara Malaysia Teras/Dasar Perpaduan Negara 4 Slogan/Ungkapan perpaduan 3 Perkembangan Cerita : S2 (Sub Isi 1-5) Memperkasa aktiviti muhibah antara kaum Tujuan aktiviti muhibah Aktiviti rukun tetangga 2 3 Aktiviti rumah 1 terbuka perayaan kaum 4 Aktiviti sukan /sukaneka 5 Aktiviti gotong-royong

Langkah 3 : Menulis ujaran kata, frasa dan ayat beserta watak


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

164

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SEGMEN 1

SB1. (Memberi hormat dalam bentuk pergerakan kreatif) SB1 (SUARA RAMAI) Salam 1Malaysia SB1 (SOLO)Dengar sini semua! (simbol telapak tangan di belakang cuping telinga ) SB2 (SOLO) Cerita rakyat sebuah negara bernama Malaysia SB2 (SOLO) Rakyat berbilang kaum SB2 (SUARA RAMAI) Hidup harmoni ,sengketa dimusyawarah, musuh disanggah SB2 (SOLO) Melayu SB2 (SOLO) Cina SB2 (SOLO) India SB2 (SOLO) Lain-lain bangsa. SB3 (SUARA RAMAI) Toleransi, muafakat, kerjasama, fahammemahami SB3 (SOLO) Apa resipinya? SB4 (SUARA RAMAI) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

SEGMEN 2

SB1

(SUARA RAMAI) Nyanyian lagu patriotik Muhibah/ Muzik latar lagu patriotik Muhibah (SUARA RAMAI) Seterusnya ,memperkasa aktiviti muhibah (SOLO) Untuk apa? (SUARA RAMAI) Masyarakat berpadu, negara maju. (SUARA RAMAI) Negara yang maju, aman sentosa, kemesraan rakyat terjaga. Itulah Muhibah namanya! (SOLO) Ha, saya tahu! Muhibah... MuhibahMuhibah Itulah amalan kita semua (memelodikan lirik lagu Muhibah) (SOLO) Bagaimana caranya? (SUARA RAMAI)Keamanan tempat tinggal diawasi bersama, dengan cara amalan Rukun Tetangga (SOLO) Slogannya Muafakat Membawa Berkat (SUARA RAMAI)Apabila musim perayaan agama, jemputlah berkunjung ke rumah terbuka tetangga (SUARA RAMAI)Ukhuwah dipanjangkan, silaturahim dirapatkan (SOLO)Ada lagi!... (SUARA RAMAI) Untuk menjaga kesihatan tubuh, anjurkan aktiviti sukan (SOLO) Ha,Bukan itu sahaja! Sukaneka memeriahkan suasana, mengeratkan persaudaraan (SUARA RAMAI) Detik ini, hubungan antara kaum kita julang

SB1 SB2 SB1 SB1 SB1

SB2 SB2 SB2 SB3 SB3 SB4 SB4 SB5 SB5

SB5 (SUARA RAMAI) Bagai aur dengan tebing, kita teruskan


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

165

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

tradisi bergotong royong SB5 (SOLO) Susah payah nenek moyang kita, mencipta rumah muafakat SB5 (SUARA RAMAI) Hasilnya Lihatlah apa yang terbentang, kita warisi SB5 (SOLO) Malaysiaku Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

166

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia) SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan. 2. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring 3. (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa 4. (SRP) Ha, tengok ni! 5. (SRP) I Phone. 6. (SRL) I I apa? 7. (SRP) I Phone lah pakcik 8. (SRL) I Phone tu... mata telefon ke? 9. (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo) 10. (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik) 11. (SRP) Hebatkan! 12. (SRL) Nak tengok ,boleh? 13. (SRP) Boleh. 14. (SRL) Nak pinjam? 15. (SRP) Tak boleh! 16. (SOLO) Emm, itulah bahasa! 17. (SRP) Bila dengar , banyak makna! 18. (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata (SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya! SEGMEN 2 19. (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. (SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia. 20. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. . 21. (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu) 22. (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang menggunakanya. 23 (SOLO)Hebat! 24 (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota 24. (SRP) Gunakanlah bahasa kebangsaan kitaMarilah amalkan ramai-ramai Bahasalah menyatukan kita semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa (irama lagu Bahasa Jiwa Bangsa) 25. (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu 26. (SRP) Tapi, pada masa tubahasa pasar diutamakan 27. (SOLO) Bahasa pasar tu apa? 28. (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam 29. (SOLO P) Haiya apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu ) (SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok

30.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

167

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

31.

32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50.

SEGMEN 3

51. 52. 53.

laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu) (SOLO L) Ayo..yoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu) (SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar (SRL) Sekarang Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa Melayu. (SRL)Malangnya timbul pula bahasa cacamarba (SR)Cuba dengar ni (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go Boringlah duduk sorang-sorang. (SR) Inilah bahasa rojak macam buat sambal belacan. (SR)Masuk lada, Masuk bawang masuk belacan Blennnd (bunyi mesin kisar). (SRP) Lepas tu makan. Rasa Huhhuhhuh. (SRP) Pedasnya (SRL) HaSiapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir) (SRP) TapiSambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu Nak lagiNak lagiNak lagimacam tu juga bahasa rojak. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia. (Lagu instrumental Joget Serampang Laut dalam jangka masa 25 saat) (SOLO)Nah ! Tu, dia, Bahasa Identiti Bangsa (SR) Macam dulu-dulu Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang (SRP) Luruihlah jalan payakumbuah, Babelok jalan kayu jati, Dima hati den indak karusoh, Ayam den lapeh ei, ei... Ayam den lapeh Pagaruyuang batusangka, Tampek bajalan urang baso. Duduok tamanuong tiok sabanta, Oi takanang juo oi oi, Ayam den lapeh Kat timur pula, ada ore Kelate. Dengar ye. Demo lo ni tak supa mulo, tak beghani hambo nak tegor, demo kherling ujung mato, nyo maghi angin , sekat demo kayo (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa. Macam lagu ni

54.

SEGMEN 4

55. 56. 57.

(SR)Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat-menghormati , Budi bahasabudaya kitaa..aaa (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai . (SOLO L)Satu, dua, tiga . (SR) Goooooool (gerakan pegang tangan beramai-ramai dan membuat gelombang)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

168

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

58. 59. 60. 61. 62. 63. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70.

71. 72. 73. 74.

(SOLO) Satu, dua, tiga . (nyanyi ikut irama lagu) Ole..oleole Kita menang kitalah juara. (2x) (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun) (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar bangsa. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia! (SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas) (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik back up drum roll) (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar) (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia , (SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang Lagu 1Malaysia nyayian Faizal Tahirdalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 ) (SOLO) 1Bahasa (SOLO) 1Bangsa (SOLO) 1Malaysia (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )

Catatan Petunjuk :
SOLO Suara Solo ( 9 orang) SR Suara Ramai SRL Suara Ramai Lelaki SRP Suara Ramai Perempuan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

169

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA : PENDIDIKAN MENJANA TRANSFORMASI SEGMEN 1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEGMEN 2

(Murid sedang santai dan berbuat bising di dalam kelas) (SOLO) Kawan-kawan,saya hendak pinjam kerja rumah matematik, boleh ke tidak? Saya tidak datanglah semalam. (SOLO)Eh, cikgu sudah sampai!!! Hisssh (simbol jari telunjuk di atas daun bibir mulut) (SOLO) Selamat pagi, kelas. (SR) Selamat pagi, cikgu. (SOLO) Anda semua sudah bersedia? (SOLO) Ya, cikgu (SOLO) Baiklah. Hari ini kita akan belajar sejarah sejarah pendidikan negara. (SOLO) Dari dahulu hingga merdeka, banyak dasar telah digubal. (Murid menunjukkan reaksi kurang bersemangat) (SOLO) Salah satunya Dasar Pendidikan Negara. (SOLO) Apa laporan yang terdapat di dalamnya? (SOLO) Siapa tahu? (SOLO) Cikgu, saya tahu jawapannya. (SOLO) Apa dia, Yusri. (SOLO) Laporan Barnes. (SOLO) Cikgu, saya. (SOLO) Laporan Fenn Wu. (SOLO) Laporan Razak. (SOLO) Ha, eer Laporan Rahman Talib (SOLO) Ya, betul, kamu membaca sebelum diajar. (SR) Salam 1Malaysia (SR) Dunia pendidikan negara mengalami pelbagai transformasi (SR) Dari DPN ke PIPP dan sekarang NKRA Apa itu NKRA? (SR) Bidang Keberhasilan Utama Negara (SRP) NKRA mempunyai 6 dasar (SRL) Ya, segalanya bermula dengan teknologi. (SOLO) Ilmu, maklumat ditransformasi, terhasillah epembelajaran (suara robot lelaki) (SOLO) Apa faedahnya? (SRP) Banyak (SOLO) Satu (SRL) Lahirnya rakyat berdaya maju (SRP) Ooooh (SOLO) Kedua (SRL) Masyarakat berprestasi tinggi (SRP) Uuuuu (SOLO) Ketiga (SRL) Wujudkan kecemerlangan negara bangsa (SRP) Aaaaa (SRP) Wah, bagusnya!

170

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86.

SEGMEN 3

SEGEMEN 4

SEGMEN 5

(SOLO) Tapi Bagaimana caranya? (SR) Modal insan terbaik bermula daripada pendidikan awal (SR) Belajar sambil bermain (SR) Itulah PERMATA (SOLO) Eh, awak emak kita kata, sahsiah diri, jati diri boleh memupuk apa tu (SRL) Perpaduan rakyat kita (SOLO) Mari kita rujuk buku (SRP) Dulu a bunyinya * a + (SRP) Cikgu, betul tak? (SOLO) Ya, tepat sekali (SRP) Sekarang a untuk angklung (SRP) Jom kita main angklung (SR) Klong, klang, klung,klung,klung (SRL) Seterusnya, memperkasakan sukan (SRL) Satu Murid Satu Sukan (SOLO) EkEleh (SRL) Nak jadi atlit ke! (menyindir) (SRP) Tak semestinya! (SOLO) Siti, tukar baju sekarang! (SOLO) Murid sekarang mesti bijak lagi cergas. (SOLO) Jelas semua (SRL) Huh,huh,huh,huuuh (SOLO) Hah, itu akibatnya tidak cergas, kalau tidak bersukan! (SR) Gol, gol, gol, gooooool (SRL) Arumugam (SRP) Tangkas (SRL) Mokhtar Dahari (SRP) Lincah (SRL) Marina Chin (SRP) Pantas (SRP) Kalau boleh, kita mahu, ramai lagi macam mereka (SR) Selamat Hari Guru (SR) Guru Pembina Negara Bangsa (SRL) Patuhi standard (SRP) Iyaaa, Guruku mendidik tanpa jemu. Lagi-lagi kalau muridnya panjang akal seperti kami (SRP) Hi,hi,hi,hi (SOLO) Ayuh, kita semua ke pautan pelayaran Internet (SOLO) Tut, tut, tut Tut,tut Tutut,Tutut,tut.. (SR) Dunia di hujung jari kita (SRL) Macam-macam ada (SRP) Yahoo, hoo.. (SRL) Goggle (SRP) MSN (SRP) Twit,twit,Twitter (SRL) SKMM (SOLO) Streamyx pendidikan berjalur lebar berprestasi

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

171

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SEGMEN 6

87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110.

SEGMEN 7

tinggi (SOLO) http : www.moe.gov.my (SR) Itulah Dasar Jalur Lebar Negara (SR) Semuanya cukup dan nampak mudah (SR) Itu kelebihan anak kota (SRL) Tapi, bagaimana dengan anak desa? (SOLO) Penoreh getah? (SOLO) Bagaimana keluarga miskin? (SOLO) Nelayan pula macam mana? (SRP) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul (SOLO) Tanggungjawab siapa? (SOLO) Siapa pula yang mendukungnya? (SOLO) MARA! (SOLO) RISDA! (SOLO) FELDA! (SOLO) Dan YAYASAN PENDIDIKAN (SRL) Sama menyokong, meningkatkan taraf pendidikan negara (SRP) Barulah kita hidup sama rasa, sama kata (SR) Hebat, bertenaga dan berkualiti (SR) Kita mampu menjadikan pendidikan bertaraf dunia. (SRP) Bak kata orang-orang tualah, kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (SR) Mari kita bersama gemblengkan tenaga, jayakan NKRA. (SR) Tiada yang mustahil, semua dirintis (SR) Kerana kita (SR) Satu Malaysia : Transformasi Pendidikan

Catatan Petunjuk :
SOLO Suara Solo SR Suara Ramai SRP Suara Ramai Perempuan SRL Suara Ramai Lelaki

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

172

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BICARA BERIRAMA Bahasa Penyatu Bangsa (Mendukung Transformasi 1Malaysia) SEGMEN 1 1. (Murid masuk dengan iringan back up lagu rakyat Embun Sok Sek dalam jangka masa 40 saat ). Pergerakan santai dengan lengkok hanyunan tangan, kaki dan badan. (SR) Ring, ring...Ring, ring...Ring,ring (SRP)Hello! Apa Khabar? Nak cakap dengan siapa (SRP) Ha, tengok ni! (SRP) I Phone. (SRL) I I apa? (SRP) I Phone lah pakcik (SRL) I Phone tu... mata telefon ke? (SRP) Tak. Dengar ni (Murid menunjukkan menari riang sambil menyanyikan lagu ikut tempo) (SRP) Senyum, Tak perlu kata apa-apa (3x) (SR) Kacak luar, kacak dalam.Kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak bising sekali (irama minus one tanpa muzik) (SRP) Hebatkan! (SRL) Nak tengok ,boleh? (SRP) Boleh. (SRL) Nak pinjam? (SRP) Tak boleh! (SOLO) Emm, itulah bahasa! (SRP) Bila dengar , banyak makna! (SRL) ! Kadang-kadang kena fikir dulu sebelum berkata-kata (SRP) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya! (SR) Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. (SR) Hari ini kami nak mengimbas penggunaan bahasa di Malaysia. (SR) Bahasa Melayu sudah sebati dalam jiwa rakyat negara ini. Masa zaman nenek moyang lagi, bahasa Melayu berkembang menjadi lingua franca. . (SOLO) Lingua franca? (suara rasa ingin tahu) (SR) Ya.. Lingua franca bermaksud bahasa perantaraan untuk berhubung. Ramai pedagang menggunakanya. (SOLO)Hebat! (SR)Lepas merdeka, slogan Bahasa Jiwa Bangsa dihidupkan. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Bergema di segenap pelusuk negara, tak kira tua , muda, di desa atau di kota (SR) Di gedung, di pasar bahkan di mana-mana, semua bercakap bahasa Melayu (SRP) Tapi, pada masa tubahasa pasar diutamakan (SOLO) Bahasa pasar tu apa? (SRL) Bahasa yang digunakan tanpa mementingkan nahu. Macam (SOLO P) Haiya apek mau pigi mana? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Melayu bercakap menggunakan nada orang Cina berbahasa Melayu )

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. SEGMEN 2 20. 20. 21. 22. 23 24

25. 26. 27. 28. 29.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

173

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

30. 31.

32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59.

SEGMEN 3

SEGMEN 4

(SOLO L) Adik cantik ha! Gua mau jalan-jalan. Lu mau ikut gua ka? .(lenggok laras bahasa mengikut nada orang Cina bercakap bahasa Melayu) (SOLO L) Ayo..yoyo. Ini macam ka. Orang banyak cantik, mau jalan sama apek tua ka. Saya kalu lagi suka sama awak adik manis . Ikut saya naik api kereta. (lenggok laras bahasa mengikut nada orang India bercakap bahasa Melayu) (SR)Ha.. Itu contoh bahasa pasar (SRL) Sekarang Bahasa Melayu diterima oleh semua rakyat Malaysia (SRP) Tak kira tua atau muda.. kecil atau besar , semuanya tahu berbahasa Melayu. (SRL)Malangnya timbul pula bahasa cacamarba (SR)Cuba dengar ni (SOLO P)I kan nak pergi gather. Jomlah we go Boringlah duduk sorang-sorang. (SR) Inilah bahasa rojak macam buat sambal belacan. (SR)Masuk lada, Masuk bawang masuk belacan Blennnd (bunyi mesin kisar). (SRP) Lepas tu makan. Rasa Huhhuhhuh. (SRP) Pedasnya (SRL) HaSiapa makan cili, terasa pedasnya! (suara menyindir) (SRP) TapiSambal belacan kan sedap, sudah makan pedas. Lepas tu Nak lagiNak lagiNak lagimacam tu juga bahasa rojak. (SRP)Makin digunakan makin sedap , sampai terlupa kita ini orang Malaysia. (SOLO)Nah ! Tu, dia, Bahasa Identiti Bangsa (SR) Macam dulu-dulu Nenek moyang kita kaya dengan budi bahasa (SRP) Kat selatan, puak Baba dan Nyonya berpantun. Di Johor, kita ada ghazal (SRP) Kat utara, kaum Bori berlagu boria (SRL) Kalau ada duit boleh belanja, nanti kita makan bersama-sama, Hidup rakyat kita jangan dimanja, nanti bila susah badan merana. (SR) Kat tengah pula, ada orang Minang (SRP) Kat timur pula, ada ore Kelate. (SR) Sekarang ni..Budi Bahasa Amalan Kita. Jayakan Kempen Budi Bahasa Amalan Mulia. Lahirkan masyarakat berbudi bahasa. Barulah terjamin kedaulatan bangsa. (SOLO) Ha.. bahasa penyatu bangsa. Kalau dalam sukan kita jerit ramai-ramai . (SRP) Bersatu teguh, bercerai roboh. Bagai aur dengan tebing. Kita ungkapkan bahasa tanpa rasa curiga (SR) Di sekolah, kami belajar bahasa ikut nahu. Tapi kadang kala (SOLO P) Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak mahu. (gaya pengucapan pantun) (SRL) Ingat! Bahasa lambang perpaduan Bangsa, rosak bahasa, binasalah akar bangsa. (SRP)Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi; Yang indah itu bahasa, Yang cantik itu budi. Hidup bahasa! Negara Sejahtera! Rakyat Bahagia!

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

174

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

60. 61. 62. 63. 64. 65.

66. 67. 68. 69. Catatan Petunjuk :


(SOLO) Skuad! Luruskan barisan! (suara tegas) (Kumpulan murid berkawat menerima arahan untuk meluruskan barisan. Muzik back up drum roll) (SR) Jadi! (tangan diangkat separas bahu untuk bacaan ikrar) (SR) Kami, anak-anak transformasi, 1Malaysia, berjanji (SR) Mengekalkan tradisi bahasa, bangsa Malaysia , (SR) Bahasa Dijulang, Warisan dipertahan, Warga Terbilang Lagu 1Malaysia nyanyian Faizal Tahir dalam jangka masa 1 minit 32 saat. (Pergerakan mengikut irama lagu dengan tepuk tangan berirama sambil menyanyikan lagu verse ke 2 ) (SOLO) 1Bahasa (SOLO) 1Bangsa (SOLO) 1Malaysia (Pergerakan hayunan langkah serta tepukan berirama sambil menyanyi verse ke 4 dengan mengikut lirik lagu dan melangkah masuk )

SOLO Suara Solo ( 9 orang) SR Suara Ramai SRL Suara Ramai Lelaki SRP Suara Ramai Perempuan

Skrip disediakan oleh : Abd Razak b. Abd. Malek

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

175

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BAHASA BERIRAMA BALQIS SEGMEN 1 1. Engkaulah ratu, di mahligai permata 2. Istana bagaikan syurga 3. Harta dan takhta telah mengaburi mata 4. Tersesat baginda diterangi cahaya 4. Langsung tidak kau 5. Endah kata bicara, utusan hud-hud yang benar 6. Seruan mengajakmu, taat yang Esa 7. Tinggalkan menyembah tuhan sang suria 8. Balqis, kau bijak dalam menilai 9. Dan membuat pemilihan 10. Di antara yang sementara 11. Dan yang kekal buat selamanya 12. Keindahan dunia yang hanya pinjaman 13. Untuk seketika 14. Atau kebahagiaan hidup di akhirat 15. Yang dijanjikan-Nya. SEGMEN 2 16. Tidak perlu kau singkapi labuhkan kainmu 17. Ketika kau melangkah ke istana Nabi Sulaiman 18. Bukannya air yang kau pijak tetapi kaca 19. Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya 20. Hanya sekelip mata, mahligaimu pun beralih 21. Abid memindahkannya tanpa kau sedari 22. Kebijaksanaan Nabi Sulaiman telah merubahi 23. Sekeping hati 24. Akhirnya Balqis akur jua 25. Akan kelemahan pada diri 26. Kau kutip ikhtibar dari apa 27. Yang telah engkau lalui 28. Menjadikan kau isteri yang taat 29. Kepada seorang Nabi 30. Pangkat dan jua harta 31. Tak menjamin bahagia 32. Cantik dan keayuan wajah 33. Kan pudar akhirnya 34. Kemiskinan di dunia tak bererti 35. Kau terhina, 36. Itu hanyalah di pandangan mata 37. Kemewahan tak bermakna 38. Hidupmu akan sentosa

SEGMEN 3

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

176

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

SKRIP BAHASA BERIRAMA SELAMATKAN BUMI KITA SEGMEN 1 1. SELAMAT PAGI TUAN PUAN WARGA DEWAN 2. ( SELAMAT PAGI!!!) 3. TIKA INI , SAAT INI, INGIN KAMI BERKONGSI SESUATU 4. PARA HADIRIN DAN JUGA TETAMU 5. KAMI MENYERU DI SINI 6. SELAMATKANLAH BUMI KITA! DUNIA KITA! ALAM KITA! 7. LIHAT DAN PANDANGLAH SEKELILING KITA, 8. CANTIK SUNGGUH TAK DAPAT DIKATA 9. AWAN DAN LAUT BERWARNA BIRU 10. POKOK DAN RUMPUT KEHIJAUAN 11. TETAPI.. KITA TAK PERNAH AMBIL TAHU 12. TAK PERNAH AMBIL PEDULI 13. TENTANG APA YANG KITA LAKUKAN PADA BUMI INI 14. TENTANG KEMUSNAHAN YANG KITA LAKUKAN HARI INI 15. ITU PROTES, INI PROTES, 16. JEREBU KITA PROTES, PANAS PUN KITA PROTES 17. KEMARAU KITA PROTES, HUJAN PUN KITA PROTES. 18. PELIK..PELIK..PELIK 19. MANUSIA ZAMAN SEKARANG 20. TAHU BUAT TAK TAHU NAK TANGGUNG. SEGMEN 2 21. DENGAR SINI, LIHAT SINI.. 22. RINTIHAN INI DATANGNYA DARI KAMI 23. BERGELAR ALAM SEMULAJADI 24. BUKA MATA PASANGLAH TELINGA 25. KEMBAR KARAM SINGH WALIA NAK MULA BICARA, 26. BETULKAN KERUSI DAN JUGA MEJA 27. DI HADAPAN PENTAS KAMI DAH SEDIA 28. EHEMEHEM 29. DULU.. 30. PEPOHON ITU TEGAP BERDIRI MEGAH KERANA KEGAGAHANNYA 31. TATKALA DITIUP ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA 32. KINI. 33. POHON-POHON YANG DAHULU KAYA DENGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

177

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

KEHIJAUAN 34. TIDAK SANGGUP MEMBERI KHIDMATNYA LAGI 35. PEPOHON ITU MULA REBAH DAN TERUS SUJUD KE BUMI 36. PM DAH KATA JANGAN ADA PEMBALAKKAN HARAM 37. MEREKA PULA KATA....DUIT CIK... DUIT,,,, 38. PEPOHON OOH PEPOHON 39. KENAPA ENGKAU REBAH? 40. MACAM MANA AKU TAK REBAH 41. MANUSIA ZALIM SANGAT! SEGMEN 3 42. DULU.. 43. UDARA KITA SEDUT SUNGGUH BERSIHSUNGGUH SEGAR DAN 44. SUNGGGUHHHHH NYAMAN.( MMMMMMM. NYAMAN.) 45. KINI.. 46. UDARA KITA TELAH TERCEMAR( UHUKUHUK) 47. ADA VIRUS DAN ADA BAKTERIA 48. PM DAH KATA ASAP MOTOR 49. ASAP KILANG DIKURANGKAN 50. MEREKA PULA KATA....TAK KENA SAMAN PUN 51. UDARA OO UDARA 52. KENAPA ENGKAU KOTOR? 53. MACAM MANA AKU TAK KOTOR 54. HABUK BANYAK SANGAT! 55. IKAN YANG DULU BERENANG KEGIRANGAN 56. KINI LENYAP DISEBABKAN PENCEMARAN 57. SISASISA SINISISA SANA 58. SISA DOMESTIK, SISA INDUSTRI, SISA PERTANIAN 59. DAH TAK MUAT SUNGAI KITA LAGI! 60. PM DAH KATA.. SISA DIPROSES SEMULA 61. MEREKA PULA KATA....AHHH...LECEHLAH 62. IKAN OOO IKAN 63. KENAPA TIDAK TIMBUL? 64. MACAM MANA AKU NAK TIMBUL 65. AIR HITAM SANGAT! 64. SAMPAH.. SAMPAH SINI, SAMPAH SANA, 65. CAMPAK SINI, CAMPAK SANA, CAMPAK SITU 66. BUANG SAMPAH MERATA-RATA 67. PARIT TERSUMBAT HARUS WASPADA 68. NYAMUK DAN LALAT ADA DI MANA SAJA 69. PM DAH KATA.. 70. JANGAN BUANG MERATA-RATA 71. MEREKA PULA KATA....
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

178

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

72. NANTI.... ORANG TAK ADA KERJA 73. SAMPAH OO SAMPAH 74. KENAPA ENGKAU BANYAK ? 75. MACAM MANA AKU TAK BANYAK 76. MANUSIA PEMALAS SANGAT! 77. LIHAT!!!FAJAR MULA MENYINSING 78. TETAPI. 79. MANA CAHAYA?. 80. MANA SINARNYA! 81. DI MANA ENGKAU???? 82. DAH HILANG.. 83. KAMU KATA HILANG?? 84. YA!!!. 85. AWAN BIRU MULA BERTUKAR KEHITAMAN UNTUK SELAMA-LAMANYA 86. PM DAH KATA LAPISAN OZON DAH MULA MENIPIS 87. MEREKA PULA KATA....IA KA ? 88. API!API!API! 89. ( BUNYI SIREN ) 90. MANUSIAMANUSIA.. SEGMEN 4 91. BEROTAK ADA, BERAKAL TIADA 92. PM DAH KATA..... 93. DILARANG PEMBAKARAN TERBUKA 94. MEREKA PULA KATA....BIAR SAJALAH 95. (BUNYI TANGISAN) 96. WAHAI INSAN ATAU MANUSIA 97. KAU MUSNAHKAN KAMI SABAN HARI 98. FAHAMI KAMI JAUH SEKALI 99. HANYA TAHU MENUNDING JARI. 100. PM DAH KATA.. TANAM SEMULA, 101. MEREKA PULA KATA.. 102. APA NAK SUSAH, CABUT SAHAJA. 103. HUTAN RIMBA DAH GANTI HUTAN KONKRIT 104. TEBANG!TEBANG!!TEBANG! 105. BAKAR!..BAKAR!BAKAR!! 106. (BUNYI HAIWAN DAN UNGGAS) 107. KE MANA KAMI HENDAK TUJU?. 108. RUMAH KAMI, TEMPAT TINGGAL KAMI..HANCURMUSNAH. 109. MANA IBU? 110. MANA AYAH? 111. MANA ABANG? 112. MANA SAUDARAKU? 113. MANA TEMAN-TEMANKU? 114. MENANGIS KAMI DALAM SENGSARA 115. (BUNYI MENANGIS ) 116. TIADA TEMAN TIADA SAUDARA.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

179

BICARA BERIRAMA SEKOLAH MENENGAH PANDUAN PENGHAKIMAN EDISI 2013

117. HEIMANUSIA PENTING DIRI 118. ADA UBI ADA BATAS 119. SUATU HARI TUHAN BALAS 120 (RINTIHAN HARIMAU) SEGMEN 5 121. KENAPA KAMU DATUK HARIMAU? 122. SEDIH AKU MENGENANGKAN NASIBKU 123. DIBUNUH, DIKEJAR SESUKA HATI, 124. KULITKU DILAPAH MEMANG TAK BERHATI 125. AKU DENDAM SAMPAI KE MATI 126. AEDES 127. ( BUNYI NYAMUK ) 128. EII..BANYAKNYA NYAMUK 129. OH..LALALA 130. BUMI INI 131. KITA PUNYA! 132. MILIK KITA! 133. HAK KITA! 134. PLANET YANG PALING BERHARGA DAN TERLALU ISTIMEWA 135. OLEH ITU LINDUNGILAH IA 136. KEPUTUSAN DAN TINDAKAN DI TANGAN KITA 137. SAMA ADA BUMI INI ADA DAN JUGA TIADA. 138. SELAMATKANLAH BUMI KITA!!!

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

180