Anda di halaman 1dari 3

KESEIMBANGAN ALAM Setiap organisma hidup di dalam ekosistem tersendiri dan wujud dalam kesimbangan dalam alam sekitar.

tar. Sekiranya persekitaran berubah, organisma yang tidak dapat menyesuaikan diri akan mati. Habitat ialah tempat tinggal sesuatu hidupan, contohnya ikan dalam air laut, cacing dalam tanah dan rusa dalam hutan. Ekosistem (ecosystem) ialah suatu sistem yang dinamik, tersendiri daripada hidupan yang saling berinteraksi antara satu sama lain dan dengan persekitarannya yang bukan hidup. Keseimbangan alam (balance of nature) ialah keadaan di mana interaksi antara organisma dengan organisma lain atau antara organisma dan dengan alam sekitar dapat mengekalkan sumber keperluan hidup pada tahap yang optimum dan stabil. Banyak aktiviti manusia menjejaskan alam sekitar. Ini bukan sahaja memudaratkan hidupan lain, tetapi juga manusia itu sendiri.

SEBATIAN KARBON ORGANIK DAN TAK ORGANIK Sebatian karbon Sebatian karbon (carbon compound) terbentuk daripada kombinasi

kimiakarbon dengan satu atau lebih unsur-unsur lain. Sebatian karbon wujud di sekeliling kita. Sebatian karbon secara umumnya dikelaskan kepada dua,

iaitusebatian organik (organic compounds) dan sebatian tak organik (inorganic compounds).

Sebatian karbon organik Sebatian karbon organik adalah sebatian karbon yang berasal

dari organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Sebatian karbon organik mengandungi rantai karbon yang terdiri daripada bilangan atom karbon yang banyak. Contohnya, glukosa, C 6H12O6,

mengandungi 6 atom karbon. Sebatian karbon organik larut dalam pelarut organik seperti alkohol, petrol, eter dan kloroform. Beberapa contoh sebatian karbon organik adalah:

Protein haiwan, sutera, keju, susu, mentega dan kulit yang berasal dari haiwan.

Protein tumbuhan, beras, kayu, kapas dan getah yang berasal dari tumbuhtumbuhan.

Sebatian karbon tak organik Sebatian karbon yang bukan berasal daripada organisma hidup dikelaskan sebagai sebatian karbon tak organik. Sebatian ini berasal daripada bahan mineral dalam kerak Bumi.

Struktur sebatian karbon tak organik mengandungi beberapa atom karbon sahaja. Contohnya, karbon dioksida mengandungi satu atom karbon sahaja. Sebatian karbon tak organik tidak larut dalam pelarut organik, tetapi larut dalampelarut tak organik seperti air, asid dan alkali.

Sebatian karbon tak organik yang mengandungi unsur karbon termasuklah:


Oksida karbon seperti karbon monoksida dan karbon dioksida. Sebatian karbonat seperti kalsium karbonat (batu kapur dan marmar) Sebatian sianida seperti kalium sianida.

Karbon dioksida merupakan gas yang dihasilkan daripada:


Respirasi. Pereputan. Pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petrol. Sebatian karbonat (kecuali natrium dan kalium karbonat) yang dipanaskan. Sebatian karbonat yang bertindak balas dengan asid.

Sebatian sianida yang terbentuk daripada karbon dan nitrogen adalah sangat beracun.