Anda di halaman 1dari 44

BAB SATU

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan Asas kepada semua kepintaran akal, kepakaran minda dan kecemerlangan

hidup adalah bermula dengan membaca. Daripada membaca lahirlah segala ilmu kepandaian kerana melaluinyalah semua pintu ilmu terbuka luas. Orang bijak pandai berkata, ilmu itu adalah penyuluh hidup, ilmu itu adalah segala-galanya, maka tanpa ilmu takkan ke mana arah tuju kita. Justeru itu, untuk menimba ilmu kita perlulah tahu dan mahir membaca. Membaca merupakan isu yang sentiasa hangat diperkatakan. Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan pengkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan, Mohamad Sofee (2007. Hanya dengan membaca, negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Masyarakat membaca pasti akan menjadikan ilmu sebagai landasan hidup mereka. Oleh itu, masyarakat membaca sangat cintakan ilmu, khususnya buku, jurnal, dan majalah yang menyalurkan ilmu serta menyuburkan hikmah (Tamam Timbang, Zamri Mahamod dan Afendi Hamat, 2001). Lantaran itu, kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi supaya apabila mereka bergelar pelajar, mereka sudah mahir membaca, tidaklah mereka bermasalah apabila mengharungi alam

persekolahan. Walau bagamanapun, tidak semua kanak-kanak berpeluang boleh membaca di peringkat awal kerana masalah-masalah tertentu. Bahkan apabila sudah bergelar pelajar pun, mereka masih belum mahir membaca lagi. Ini berlaku kerana pelajar mempunyai tahap motivasi dan sikap yang berbeza-beza terhadap pembelajaran masing-masing, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran guru. Pelajar juga belajar dalam pelbagai cara seperti dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, menghafal, mengingat dan menggambarkan serta ada juga yang belajar dengan cara tersendiri. Maka, dalam mengajar kanak-kanak untuk membaca, semua perkara yang melibatkan kebolehan mereka perlu diberi perhatian. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat

mengaplikasikannya ke dalam kehidupan (Hargreaves,1996) Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini, kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid amatlah penting kerana tanpanya murid tidak akan dapat sebarang ilmu pengetahuan sepanjang proses pembelajarannya. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1996), Bahasa Malaysia ialah sebagai teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Malaysia berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Malaysia berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.

Dalam melahirkan bangsa Malaysia yang kaya ilmu dan bermaklumat memerlukan kerjasama semua pihak. Tanpa kerjasama yang padu dan jitu, proses ke arah pencapaian matlamat ini hanya tinggal sebutan sahaja. Ini kerana untuk merealisasikannya, pelajar terutamanya harus memiliki kebijaksanaan. Untuk memiliki kebijaksanaan, pelajar harus mahir membaca. Hanya dengan membaca yang lancar dan tepat, segala ilmu pengetahuan dapat digali dan dimanfaatkan apabila diperlukan. Begitulah pentingnya membaca itu kepada kita. Bak kata pepatah, Tidak Tahu Membaca Tidak Tahu Apa-apa. Kesimpulannya, membaca adalah satu amalan mulia yang dapat

mencambahbiakkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat terutamanya golongan pelajar yang berada dalam lingkungan dunia pendidikan. Bertepatan dengan cogan kata, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya maka kebolehan membaca haruslah bermula dari peringkat kanak-kanak lagi sehinggalah bergelar pelajar dan menjadi bangsa Malaysia yang berguna pada masa akan datang.

1.1

Pernyataan Masalah Kajian Kamaruddin (1990) yang dipetik oleh Tamam Timbang. Zamri Mahamood

dan Afendi Hamat (2001) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam membaca dan memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya. Masih terdapat rungutan dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara yang mempersoalkan murid yang tidak boleh membaca dan memahami teks 3

dengan berkesan. Masalah ini dapat dilihat melalui hasil keputusan ujian dan peperiksaan awam sekolah (Laporan Tahunan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia) seperti UPSR, PMR dan SPM di mana masih terdapat murid yang gagal dalam ujian Bahasa Melayu. Perangkaan dari Jabatan Perdana Menteri, Program Literasi KIA 2M 2009 telah mencatatkan peningkatan peratus pelajar di seluruh Malaysia yang gagal melepasi sasaran penguasaan literasi atau membaca pada penghujung pembelajaran kelas tahun satu. Pada tahun 2006, sejumlah 50,253 (11%) orang pelajar pelajar tahun satu dari seluruh Malaysia gagal melepasi sasaran penguasaan literasi ini. Jumlah ini kemudian menurun sebanyak 1% dengan sejumlah 51,486 (10%) orang pelajar tahun satu sahaja di seluruh Malaysia pada tahun 2007 yang gagal melepasi sasaran literasi. Angka ini kembali meningkat apabila seramai 54,272 (13%) pada tahun 2008, pelajar tahun satu di seluruh Malaysia dilaporkan gagal melepasi sasaran KPM berdasarkan laporan Program Literasi KIA 2M dan PROTIM, (PEMANDU, 2010). Peratus peningkatan penguasaan literasi dalam kalangan pelajar tahun satu amat rendah berbanding peningkatan kegagalan menguasai kemahiran ini (JPM, 2010). Perangkaan ini juga menunjukkan bahawa Sarawak negeri yang ke tiga tertinggi di Malaysia peratusan pelajar tahun 5 yang belum menguasai asas kemahiran membaca ini pada tahun 2009. Senario ini amat membimbangkan semua pihak terutamanya para guru dan pentadbir di sekolah kerana sekolah rendah merupakan penyumbang utama kepada peningkatan peratusan kegagalan ini dan sekolah rendah juga merupakan tempat bermulanya asas bagi setiap kemahiran 4

berbahasa yang perlu dipelajari, difahami dan dikuasai oleh generasi muda kita (JPM, 2010). Masalah membaca di kalangan murid mendatangkan impak yang kurang baik terhadap pencapaian individu itu dalam pembelajaran. Ketidakbolehan membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar berkenaan, sehingga mereka kurang dapat memajukan diri sendiri. Sikap sebahagian guru bahasa Melayu yang kurang memberikan perhatian terhadap kemahiran membaca dan bertutur sewaktu berada di bilik darjah antara faktor penyumbang terhadap masalah ini. Walau bagaimanapun, kekangan masa guru untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada semua murid dalam sesebuah kelas yang ramai muridnya sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada masalah membaca dalam kalangan murid. Apapun, faktor yang paling penting kepada masalah membaca ini adalah tanggungjawab murid itu sendiri. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah pada peringkat awal lagi harus dilaksanakan bagi membantu murid mengatasi masalah membaca mereka.

1.2

Persoalan Kajian National Key Result Areas (NKRAs) Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah (PEMANDU, 2010). Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada menguasai literasi. 5 murid sekolah rendah yang belum

Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai

kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal (Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan Literasi dan Numerasi, PEMANDU, 2010). Justeru, persoalan kajian berikut menjadi pilihan pengkaji untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan masalah membaca bagi menyokong dasar-dasar yang telah digariskan oleh pihak kementerian pelajaran. Kajian ini dicadangkan untuk menyelesaikan beberapa persoalan berikut : (i) Apakah tahap kebolehan membaca murid-murid Tahun Dua dari aspek suku kata terbuka dan suku kata tertutup? (ii) Apakah teknik yang paling berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup murid-murid Tahun Dua? (iii) Apakah terdapat perubahan dan peningkatan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahun Dua selepas menggunakan Teknik Permainan Bahasa Menggunakan Suku Kata dan Gambar?

1.3

Objektif Kajian Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk : (i) Mengenalpasti tahap kebolehan membaca murid-murid Tahun Dua dari aspek suku kata terbuka dan suku kata tertutup. (ii) Mengenalpasti teknik yang paling berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup dalam kalangan murid-murid Tahun Dua. 6

(iii)

Memerhati perubahan dan peningkatan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup dalam kalangan murid-murid Tahun Dua selepas menggunakan Teknik Permainan Bahasa dan Gambar.

1.4

Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan panduan kerangka konsep kajian seperti dalam Rajah 1.1 di atas supaya pengkaji tidak tersasar dari arah tuju kajian sebenar. 8

1.5

Kepentingan Kajian Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas bahasa selain daripada

kemahiran menulis, mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca harus diberi perhatian yang serius dan wajar diutamakan oleh semua guru kerana dengan membaca segala punca ilmu pengetahuan diperolehi. Jika murid-murid tidak mahir membaca, mereka akan menghadapi masalah untuk menimba ilmu pengetahuan. Murid-murid juga akan lemah dalam penguasaan aspek kemahiran bahasa yang lain dan ini mengganggu proses pembelajaran mereka sepanjang hayat. Charlotte J.Bolling (2008) dipetik oleh Hasnalee Tubah (2008) dalam artikelnya bertajuk Reading Success In The Intervention Classroom, menjelaskan bahawa kemahiran membaca tidak boleh dipandang ringan, boleh menjadi parah jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan dan rawatan. Dalam artikel beliau juga menyatakan bahawa masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah-langkah sistematik dilakukan ke atas subjek kajian. Justeru itu, tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan muridmurid Tahun Dua khasnya, dan murid-murid sekolah rendah umumnya, wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Pengesanan penguasaan tahap kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah wajar diambilkira dan tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini harus dilaksanakan diperingkat awal bagi membendung masalah kurang mahir membaca ini daripada terus berlarutan. Oleh itu, melalui kajian ini, para guru dapat merangka kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan dalam mengatasi masalah membaca ini dan dapat memanfaatkannya nanti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9

1.6

Batasan Kajian Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan

Landeh, Padawan. Sekolah ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Batu 10. Majoriti penduduk di sini berbangsa Melayu dan berkomunikasi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu Sarawak. Terdapat juga bangsa lain iaitu bangsa Bidayuh, bangsa Cina, dan bangsa Iban. Kebanyakan penduduknya tinggal berdekatan dengan sekolah seperti Kampung Betong, Kampung Landeh dan Kampung Sebuak. Ada juga penduduk yang tinggal di Taman Perumahan yang berdekatan. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat kajian dibuat dengan mengambil kira pandangan Marshall dan Rossman (1995) yang menggariskan empat perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu : (i) Tiada halangan untuk menjalankan kajian. Dalam hal ini pengkaji mendapati guru-guru, guru besar dan responden memberikan persetujuan untuk menjalankan kajian. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya dapat

melaksanakan kajian ini pada setiap hari Jumaat dari jam 1020 hingga 1150 pada setiap minggu dalam tempoh 4 bulan (Februari hingga Mei) kerana pengkaji tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua. Namun demikian, pengkaji telah mendapat persetujuan dan kerjasama yang padu daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua untuk menjalankan kajian ini.

10

(ii)

Mempunyai

kemungkinan

yang

tinggi

untuk

melaksanakan

proses

pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama daripada semua pihak termasuk responden kajian. (iii) Berkemampuan untuk membina hubungan percaya mempercayai dengan responden. Dalam hal ini pengkaji berjaya mewujudkan suasana kemesraan serta saling mempercayai, hormat-menghormati dan sentiasa bersedia untuk berbincang. Pengkaji telah memaklumkan kepada responden tujuan soal selidik dan juga tujuan kajian ini dijalankan. (iv) Berkeyakinan boleh mendapatkan data yang berkualiti dan mempunyai kredibiliti untuk tujuan kajian. Responden yang dipilih adalah dari kalangan murid Tahun Dua.

Tumpuan kajian adalah kepada peningkatan penguasaan bacaan responden terhadap bacaan bagi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan menggunakan kad suku kata dan gambar melalui teknik permainan bahasa supaya responden dapat membaca perkataan dan ayat cerita pendek yang akan diberikan kemudiannya. Seramai 11 orang responden menjadi sampel dalam kajian ini terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua sampel yang dikaji masih lemah dalam penguasaan bacaan mereka terutamanya dalam membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan lancar. Responden telah gagal dalam Ujian Pra yang diberikan. Kajian ini akan dilaksanakan dengan menggunakan kad suku kata dan gambar untuk mengesan tahap penguasaan kemahiran membaca murid-murid Tahun Dua 11

dari aspek suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang akan disediakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca mereka. Murid-murid ini juga akan ditemubual untuk mendapatkan maklumat latar belakang keluarga, minat dan sikap mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu.

1.7

Rumusan Atas dasar kebertanggungjawaban terhadap tugas yang telah diamanahkan

maka seharusnya kita sebagai guru sentiasa peka dengan perubahan dan pemasalahan yang dialami oleh anak didik kita. Justeru itu kajian tentang tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Tahap Satu di sekolah rendah adalah wajar dilakukan bertujuan untuk mengesan masalah membaca dari peringkat akar umbi lagi supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil untuk membendung pemasalahan itu. Selain itu, pihak guru juga akan dapat memikirkan serta merangka kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang lebih efektif lagi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya kemahiran membaca ini dapat dikuasai dengan lebih cepat dan cekap oleh semua murid sekolah rendah. Maka dengan itu, pengkaji amat berbesar hati dan akan terus berusaha untuk mengatasi masalah membaca yang wujud di kalangan murid Tahun Dua seramai 11 orang sebagai responden kajian. 12

Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini nanti dapat dimanfaatkan oleh semua guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Begitu juga pihak pegawai-pegawai pendidikan yang terlibat dalam

perancangan dan pembinaan kurikulum pengajaran Bahasa Malaysia bagi sekolahsekolah rendah agar dapat menyediakan garis panduan dan penekanan yang sewajarnya bagi menanggani pemasalahan ini sebagai rujukan guru-guru Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna pada masa akan datang. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi dorongan kepada semua guru di sekolah ini untuk membuat kajian tindakan terhadap matapelajaran lain bagi meningkatkan prestasi sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga akan dapat mengaplikasikan maklumat yang diperolehi bagi membantu pihak guru dan pelajar mengambil langkah dan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan.

BAB DUA 13

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan Sesungguhnya kemampuan murid-murid untuk membaca berkembang sedikit

demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Ini kerana murid perlu menguasai beberapa kemahiran membaca untuk membolehkan mereka membaca dengan betul dan lancar. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasikan, menuturkan, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, melihat dan memerhati. Membaca juga bermaksud membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apaapa yang tertulis. Daripada definisi kemahiran membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid

membaca, dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003)

14

2.1.1

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kaedah menurut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat

sesuatu), hukum atau prinsip. Oleh itu, sesuatu kaedah itu terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan itu, kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa urutan langkah atau kegiatan yang tertentu untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam pengajaran. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang individu itu untuk menghasilkan perubahan tingkah laku kekal dalam diri seseorang individu yang lain. Oleh itu, kaedah pengajaran yang bertepatan dan sesuai akan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini telah memberi impak yang mendalam terhadap bidang pendidikan Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat beberapa perubahan terhadap kurikulum, pedagogi, penilaian, dan pengurusan pendidikan bagi menghadapi cabaran dunia pada abad ini. Perubahan demi perubahan yang berlaku memerlukan guru bahasa yang mempunyai pengetahuan bahasa dan pedagogi yang mantap untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah yang berpusatkan murid diberikan penekanan sewajarnya. Penyerapan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir dan teknologi maklumat serta komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan model dan teori tentang aspek kemahiran berfikir, iaitu kemahiran metakognitif dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

15

(KBKK) serta penggabungjalinan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu semakin diberi perhatian dasawarsa ini supaya dapat membantu para pendidik Bahasa Melayu meningkatkan lagi mutu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa serta dapat dijadikan panduan bagi menghadapi cabaran dan kekangan dalam pengajaran bahasa Melayu pada masa kini. Bukan itu sahaja, hasrat untuk memartabatkan bahasa Melayu telah mendorong golongan pendidik masa kini meningkatkan lagi berpengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kepentingan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini kepada pihak guru adalah supaya dapat menarik minat murid belajar, mengekalkan perhatian murid terhadap pembelajaran serta dapat membangkitkan rasa ingin tahu terhadap sesuatu yang baru dipelajari.

2.2

Hasil Dapatan Kajian Lepas Mengikut model ASSURE oleh Heinich (1996), guru perlu menganalisis ciri-

ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Maka guru perlu bijak mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik dalam proses mengajar membaca dalam kalangan murid. Pendekatan dan teknik yang betul menentukan pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca dengan tepat dan lancar. Dalam merealisasikan impian agar semua murid dapat membaca dengan jayanya, guru hendaklah memberikan tumpuan yang sama rata antara setiap kemahiran asas bahasa yang ada. Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis tidak boleh diabaikan kerana menganggap kemahiran membaca 16

sebagai kemahiran yang paling penting untuk dicapai sepenuhnya dalam sesuatu pengajaran. Apapun, kesemua kemahiran asas bahasa itu merupakan elemen penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Manakala Kamarudin Husin (1990) mengatakan latih tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertepatan dengan teori Behaviorisme yang memerlukan latihan secara kerap dan pengukuhan guru dalam meningkatkan penguasan kemahiran lisan murid. Teknik latih tubi dilihat mempunyai potensi yang baik dalam melaksanakan aktiviti berbahasa kepada kanakkanak. Hal ini kerana tahap perkembangan minda mereka sukar mencapai tahap yang tinggi tanpa latihan atau bantuan guru. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran dalam tugasan projek ini adalah murid-murid tahun dua. Khadijah Rohani (1987) pula berpendapat bahawa membaca adalah penguasaan berbahasa yang lebih tinggi daripada bertutur. Seseorang kanak-kanak telah menguasai beberapa perkara terlebih dahulu sebelum ia dapat bertutur, dan membaca pula hanya mengikut perkembangan kebolehan bertulis. Selanjutnya mengikut Schonell (1989), membaca adalah sebagai percantuman proses mengenai perkataan sebagai gabungan huruf dan memberi erti dan menamakan bahasa bertulis. Downing (1979) pula dalam bukunya yang berjudul To Be Or not To Be menyatakan bahawa membaca adalah merupakan proses penterjemahan lambang. Mengikut Atan Long (1976) membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Bacaan melibatkan teks lebih daripada perkaitan antara bunyi dengan gambaran penglihatan. Menurut Artley (1978) membaca adalah kemahiran pembinaan makna daripada halaman bercetak, idea, perasaan dan pandangan penulis. 17

Dearden (1979) pula mengatakan bahawa pembacaan melibatkan hubungan antara bahasa lisan dan bahasa bertulis. Ini bersesuaian dengan definisi Bloom yang menyatakan bahawa pembacaan melibatkan korelasi imej bunyi dengan imej visual. Bagi Thaekeray (1971) pembacaan termasuk penterjemahan apa yang tercetak. 2.3 Istilah Pengajaran dan Pembelajaran Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi menurut Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991) yang dipetik oleh Seman Salleh (2005). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Mengikut istilah dari DBP (1985) pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apa apa yang diajarkan atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya. Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983), Tenku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti mengajar

18

yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan.

2.4

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dalam Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur

untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Selain itu, strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta kecekapan untuk merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Selain itu, strategi boleh diibaratkan sebagai

suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan masa, tenaga serta kemudahan secara optimum. Maka, seseorang guru itu haruslah memikirkan strategi yang benar-benar boleh memikat dan merangsang anak didiknya untuk mengikuti perjalanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Pemilihan strategi haruslah berdasarkan kepada pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan, kaedah, dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang efisien dan bermakna. Menurut Kementerian Pelajaran (1983:37), strategi pengajaran dan

pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia 19

menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi. Strategi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan strategi yang tepat dan bersesuaian dengan murid dapat mengelakkan rasa bosan di kalangan murid di sepanjang proses pembelajarannya. Oleh itu, kemahiran dan kepakaran dalam pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa haruslah dimiliki oleh seseorang guru bahasa itu.

2.5

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu

hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Manakala menurut Edward M.Anthony, mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama 20

dengan pendekatan yang dianuti. Tujuan sesuatu teknik itu dipilih dan digunakan adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid dan

membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. Terdapat sebelas teknik dalam pengajaran bahasa melayu. Teknik Pengajaran ini terletak pada bahagian terakhir dalam rantaian pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah.

Teori Bahasa

Pendekatan Pengajaran

Strategi Pengajaran

Kaedah Pengajaran

Teknik Pengajaran

Rajah 2.1 : Rantaian Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Definisi lain untuk teknik ialah satu cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu pihak guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Teknik pengajaran yang digunakan oleh golongan pendidik pula seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Pemilihan teknik yang tepat dan betul dapat merangsangkan dan memudahkan proses pembelajaran dalam kalangan murid. Terdapat 14 teknik dalam pengajaran bahasa iaitu teknik main peranan, permainan bahasa, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasan, kuiz, sumbangsaran, soal 21

jawab, simulasi, drama, perbincangan, forum dan teknik dialog. Tujuan utama teknik pengajaran bahasa ini adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu murid dalam proses pembelajaran.

2.6

Mata pelajaran Bahasa Melayu Mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu

dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda negara Malaysia tetapi juga merupakan bahasa utama yang sering digunakan sebagai alat perhubungan dan komunikasi selain daripada bahasa Inggeris. Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan, sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. KPM (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa Malaysia merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan Bahasa Malaysia baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada proses pengajaran

22

dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan dengan sesuatu tajuk pelajaran yang hendak diajar pada hari tersebut.

2.7

Kemahiran Membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat kemahiran asas yang wajib

dikuasai oleh murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Kemahiran asas tersebut ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis. Walau bagaimanapun, guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran asas itu dalam sesuatu pengajaran. Sukatan Pelajaran KBSR disediakan sebagai panduan kepada semua pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia bertujuan untuk membolehkan seseorang murid yang belajar selama enam tahun di sekolah rendah menggunakan bahasa yang sewajarnya dengan perkembangan umur mereka. Marzukhi Nyak Abdullah (1994), menegaskan bahawa seseorang murid itu, selama enam tahu berada di Sekolah Rendah, dapat menguasai kesemua kemahiran asas bahasa dari segi lisan, bacaan dan kefahaman serta gerak kerja bertulis. Membaca adalah salah satu daripada 4 aspek kemahiran asas bahasa yang tersenarai dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa bersama kemahiran bahasa lain seperti kemahiran mendengar, bertutur, dan menulis. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusuf dan Omar Hashim Mohd. Baharin, 2007)

23

Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (PPK, 2003). Tahap pembacaan murid Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid untuk membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala bagi murid Tahun Enam, penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan yang dibaca serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. (PPK, 2003). Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusuf dan Omar Hisham Mohd. Baharin (2007) mengatakan kata kunci bagi kemahiran membaca adalah seperti membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, membaca menaakul, dan sebagainya yang menggambarkan kewujudan kemahiran membaca yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Program penggabungjalinan dapat mempelbagaikan strategi dan teknik pembelajaran serta mengurangkan kebosanan dalam kalangan murid semasa proses pembelajaran.

2.8

Isu-Isu dalam Pendidikan Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan berita dalam Utusan

Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah lagi yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, Utusan Malaysia (2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof (BN-Petra Jaya) mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran 3M. 24

Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberikan respon tentang masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak 3.1 juta murid di negara ini yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca, menulis dan mengira, Bayrei Asrin (2008). Beliau memberitahu juga bahawa kementerian telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Program Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis yang dikenali sebagai Probim. Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan (Bayrei Asrin, 2008). Menurut Utusan Malaysia pada 20 November (2005), guru-guru yang semakin lemah dan terhakisnya budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal menguasai kemahiran 3M serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) (2005). Dalam hal ini, pihak guru

dipersalahkan dan ini adalah tidak wajar untuk dibiarkan. Tugas guru memanglah mendidik murid supaya pandai, berilmu pengetahuan dan menguasai semua kemahiran asas bahasa yang sedia ada tetapi bagaimanakah pula dengan peranan murid dan ibu bapa murid itu sendiri? Tidak semestinya guru yang harus dituding jari ke arah mereka kerana kegagalan ini. Peranan guru sebagai seorang pendidik memang telah, sedang dan sentiasa akan dilaksanakan sehingga bila-bila tetapi apakah pula peranan murid itu sendiri terhadap pembelajarannya sendiri? 25

2.8.1

Masalah Membaca di kalangan Murid Setiap ibu bapa dan guru sudah semestinya menginginkan kanak-kanak yang

dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses

pembahasaan dan pembacaan para pelajar ialah : (i) Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat. (ii) (iii) Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf. Tidak dapat m engaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan. (iv) Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi. (v) Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan. (vi) (vii) (viii) Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j, dan j dengan z. Tidak dapat bezakan symbol-simbol huruf. Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

2.8.2

Kesan Tidak Tahu Membaca

26

Murid-murid yang masih tidak tahu membaca akan mendatangkan masalah kepada pihak guru dan murid itu sendiri. Jika tidak dibendung, masalah ini akan berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah akan mempengaruhi keupayaan murid tersebut untuk bersaing dan berjaya dalam hidup. Tindakan yang sewajarnya harus diambil untuk mempengaruhi minat belajar murid untuk membaca. Jika tidak, murid akan mengalami perasaan rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale misalnya telah menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasisituasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Apabila seseorang murid itu tidak tahu membaca, secara automatik dia juga tidak mahu belajar. Ini kerana apabila mereka mempelajari mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, ia menjadi satu bebanan kepada mereka. Keadaan ini akan menimbulkan rasa jemu dan tidak minat untuk belajar. Maka mereka pun tidak berminat untuk belajar semua mata pelajaran. Lazimnya, dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, jika tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Ini akan menyebabkan murid-murid belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Jadi, murid-murid hanya belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar. Murid-murid yang tidak tahu membaca biasanya kurang motivasi dan tiada semangat untuk berlumba-lumba. Apabila murid tidak dapat membaca dan 27

memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini amatlah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

2.8.3

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Membaca

Berikut ini disenaraikan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. (i) Memiliki kosa kata yang luas. Menggalakkan murid untuk memiliki kosa kata yang banyak dengan menyediakan buku catatan kata-kata baru yang belum pernah didengar atau diketahui. Selepas itu, berusahalah mencari maksud setiap kata yang ditemui itu didalam kamus. Tujuan aktiviti ini ialah supaya murid mempunyai perbendaharaan kata yang banyak yang sangat membantu mereka nanti dalam memahami suatu bacaan. (ii) Sikap Murid. Membaca tidak dapat dinafikan ada kalanya amat membosankan kita melainkan kita membaca bahan-bahan lain selain daripada bahan ilmiah. Apatah lagi jika murid itu langsung tidak pandai membaca. Dalam hal ini, sikap murid adalah faktor penentu kejayaannya. Oleh itu, sebagai seorang murid, mereka harus menanam sikap suka membaca tak kira walau di mana sahaja mereka berada. (iii) Sikap Tubuh dan Konsentrasi. Membaca memang memerlukan

konsentrasi yang tinggi. Murid akan cepat merasa bosan membaca jika 28

berada pada posisi tegang. Oleh itu, supaya murid tidak hilang tumpuan semasa khusyuk membaca, harus berada dalam posisi santai. Konsentrasi yang penuh ketika membaca juga amat perlu kerana dapat menghindarkan kita daripada melamun atau fikiran yang melayang-layang. Mempunyai kesulitan dalam konsentrasi membaca menunjukkan murid memiliki kecepatan membaca yang rendah. Untuk itu, berusahalah dengan gigih agar selalu dapat berkonsentrasi ketika membaca. (iv) Tujuan dari Membaca sendiri. Dengan menentukan tujuan murid membaca, maka murid akan mengetahui kebolehan mereka dalam bacaan semakin bertambah. (v) Motivasi. Motivasi yang jelas sangat diperlukan dalam mengatasi masalah membaca di kalangan murid. Apabila murid memiliki motivasi diri yang tinggi maka mudahlah baginya untuk memahami bacaannya dan dapat menyerap segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan yang dibacanya. Oleh itu, tanamkanlah motivasi dalam diri murid dalam membaca.

2.9

Kepentingan Kemahiran Membaca Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan

dari semasa ke semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran membaca, sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat bacaan luas. Walaupun terdapat banyak 29

pendapat menyatakan bahawa kemahiran membaca seseorang murid berkait dengan faktor rajin berusaha, namun peranan faktor lain turut mempengaruhi tahap penguasaan mereka. Ibu bapa akan akan merasa bangga dengan kebolehan membaca anak-anak mereka yang masih kecil. Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata- mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka mesej yang hendak disampaikan oleh penulis itu, sukar difahami oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperolehi. Menurut Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Salah satu faktor penyumbang kepada kelemahan murid dalam pelajaran adalah kegagalan mereka menguasai kemahiran membaca. Kemahiran ini adalah satu daripada empat kemahiran bahasa selain daripada mendengar, bertutur dan menulis (Subahan, 1999). Beberapa hasil kajian telah membuktikan terdapatnya hubungan antara persediaan dari awal sekolah dengan pencapaian di akhir sekolah (Subahan

30

dan Rashidi, 1986; Hamid et. al., 1979). Pengetahuan asas yang lemah sering menjadi penghalang utama dalam usaha untuk mencapai kejayaan yang memuaskan.

Kemahiran asas membaca amat penting kearah menuju alaf baru selepas tahun 2020 di mana perkembangan Teknologi Maklumat semakin pesat dan mencabar. Walau bagaimanapun berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan murid-murid sekolah luar bandar masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran membaca, asas 3M amnya ( Jabatan Pendidikan Khas). Menurut Kamaruddin Haji Husin (1988), pada masa dahulu manusia menganggap proses membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu, murid-murid akan diajar cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran dan sebutan murid itu. Mengikut kefahaman sekarang membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca.

2.10

Konsep Teknik Permainan Bahasa Permainan Bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui

teknik permainan. Apabila murid melibatkan diri dalam permainan boleh memberi peluang kepada mereka untuk memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan menggunakan 31

pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Permainan Bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : (i) (ii) (iii) (iv) (v) Merangsang interaksi verbal di kalangan murid. Menambah kefasihan dan keyakinan diri murid. Menyediakan konteks pembelajaran. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan pengayaan.

2.11

Penggunaan Teknik Permainan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Teknik Permainan Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu

teknik pengajaran yang melibatkan penyertaan murid untuk bergerak aktif di dalam kelas sambil mereka belajar. Teknik permainan bahasa ini boleh membantu pihak guru merangsangkan minat belajar murid untuk belajar membaca. Di samping itu, teknik ini juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif, seronok, dan bermakna. Aktiviti permainan bahasa yang dilaksanakan di dalam kelas boleh memberi impak yang berkesan terhadap penglibatan pelajar. Ini adalah kerana di dalam kelas yang berlangsung terdapat dua kategori sosial pelajar iaitu ada pelajar yang boleh bersosial dan ada juga pelajar yang pemalu. Oleh itu, apabila teknik 32

permainan bahasa ini diaplikasikan dalam pengajaran kemahiran membaca, semua pelajar akan terlibat bersama dan memberikan kerjasama yang padu antara mereka. Contoh pembelajaran yang boleh dijalankan dengan teknik ini ialah permainan dam bahasa yang memerlukan pelajar mengeja dan membaca perkataan yang dipilih secara rawak. Pelajar akan lebih berasa seronok belajar membaca dan akan sentiasa bersaing secara sihat dengan rakan mereka untuk menguasai permainan atau secara tidak langsung menguasai pembelajaran pada masa itu. Di sini pihak guru boleh menciptakan satu permainan yang boleh mencabar minda mereka. Adalah diharapkan melalui permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran, ia dapat menimbulkan kesungguhan pelajar untuk melakssanakannya dan berusha melepasi permainan tersebut dan juga bagi pelajar-pelajar yang lain. Berdasarkan penglibatan pelajar yang bersungguh-sungguh untuk belajar membaca dalam bermain ini, mudha untuk guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan kelas tersebut lebih bermakna.

BAB 3 33

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan Metodologi merupakan kaedah yang diguna dalam kajian untuk mendapatkan

maklumat bagi mencapai objektif kajian. Kaedah yang sesuai harus dipilih untuk menjalankan kajian ini kerana kajian ini melibatkan punca masalah dan penyelesaian masalah. Di akhir kajian ini, data-data yang terkumpul hendaklah merangkumi punca-punca masalah, faktor yang mempengaruhi masalah dan cara penyelesaiannya. Ini kerana dapatan kajian akan dapat dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam menangani masalah yang mungkin sama dihadapi oleh rkan-rakan di sekolah lain untuk dikaji. Hasil kajian ini akan mempengaruhi kepentingan dan kejayaan kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah membaca dikalangan murid-murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Landeh, Padawan. Data-data akan dikumpul dan diperolehi melalui soal kaji selidik. Sebelum menjalankan kajian, beberapa prosedur yang sesuai akan difikirkan cara pelaksanaannya.

34

35

3.1

Rekabentuk kajian Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif

iaitu berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan bagi mendapatkan data tentang pencapaian responden sebelum dan selepas kajian dijlanka. Temubual juga dilakukan ke atas responden sebelum dan selepas kajian dijalankan. Temubual juga akan dilakukan ke atas responden untuk menyokong dara yang diperolehi daripada ujian. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam daerah Padawan iaitu di Sekolah Kebangsaan Landeh. Sekolah ini adalah sekolah kategori luar bandar Gred B. Enrolmen palajarnya adalah seramai 200 orang , terdiri dari kelas Tahun 1 hingga Tahun 6.

3.2

Populasi dan Sampel Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai : kumpulan sasaran

pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Terdapat empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam kajian tindakan iaitu persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan sistematik dan persampelan kelompok. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang mana semua individu dalam populasi tersebut mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel

memandangkan jumlah responden yang menjadi sampel tidaklah begitu ramai. Seramai 8 orang murid Tahun 2 akan terlibat di dalam kajian ini.

36

Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal melepasi Ujian Pra membaca petikan cerita pendek yang telah dilaksanakan oleh pengkaji sebagai tinjauan awal. Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Landeh, Padawan yang terletak tidak jauh dari Pekan Batu 10, Padawan. Responden terdiri daripada pelajar dari latar belakang keluarga yang miskin dan sederhana. Purata pendapatan ibu bapa mereka dalam lingkungan RM500 ke bawah, bekerja sebagai petani, buruh binaan. Terdapat juga di kalangan ibu bapa murid yang bekerja dengan pihak kerajaan dan swasta. Responden yang terlibat adalah berbangsa Iban, Melayu dan Bidayuh dan mereka didapati kurang lancar berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia semasa sesi ujian membaca dijalankan. Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan akan dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Sementara temu bual dan pemerhatian berterusan akan dibuat secara tidak formal ke atas responden yang dipilih.

3.3

Instrumen Kajian Pengutipan data kajian sama ada kuantitatif atau kualititatif, memerlukan

alat-alat kajian yang sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Data kuantitatif boleh dikutip melalui soal selidik, ujian dan inventori. Data kualitatif pula boleh dikutip melalui temu bual, pemerhatian, soal selidik dan penelitian dokumen. Alat kajian sangat penting untuk menentukan kesahan, validity dan

kebolehpercayaan reliability, instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. 37

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah yang dikaji, pengkaji menggunakan tiga alat kajian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan ke atas

responden untuk mengesan aras penguasaan kemahiran membaca mereka. Borang temu bual pula digunakan untuk mendapat butir-butir peribadi responden yang dikaji. Alat kajian tersebut dibina sendiri oleh pengkaji untuk memudahkan proses pengiraan data dapatan ujian. Ujian Pra Bacaan dilakukan sebagai tinjauan awal untuk mendapatkan maklumat tentang aras penguasaan kemahiran membaca murid sebelum kajian dijalankan, sementara Ujian Pasca Bacaan pula diberi selepas kajian. Ini bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian sebelum dan selepas kajian dijalankan. Temu bual ke atas responden akan dibuat secara tidak formal. Instrumen kajian dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :

3.3.1

Bahagian ( i ) : Kad Suku Kata (Terbuka dan Tertutup)

Bahagian (i) menggunakan kad suku kata KVKV. Sebanyak 5 perkataan suku kata KVKV disediakan.

3.3.2

Bahagian (ii) : Kad Perkataan

Bahagian (ii) menggunakan kad perkataan suku kata KVKVK .Sebanyak 5 perkataan suku kata KVKVK disediakan.

3.3.3

Bahagian (iii) : Kad Petikan Cerita Pendek

Bahagian (iii) menggunakan 5 kad petikan cerita pendek yang menggabungkan perkataan suku kata KVKV dan KVKVK tanpa grafik. 38

3.3.4

Bahagian (iv) : Borang Temu Bual Responden dan Borang Pemrhatian

Bahagian (iv) merupakan borang temu bual berkenaan dengan butir-butir peribadi responden yang mengandungi 4 soalan.

Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan adalah berbeza cuma menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama. Skala pemarkahan dibina sendiri oleh pengkaji untuk menentukan tahap pencapaian murid dan sebagai pemerolehan data dapatan kajian. Satu markah akan diberikan kepada murid sekiranya berjaya membaca setiap satu perkataan. Berikut merupakan skala yang digunakan oleh pengkaji bagi menilai instrumen yang dibina. Skala pemarkahan ini diubahsuai daripada David Lim et. al. (2010) digunakan untuk menilai bacaan.

Jadual 3.1 : Skala Pencapaian Markah Murid Membaca Suku Kata dan kad Perkataan Skala >1 2 3 4 5 Gred/Pencapaian E (Sangat Lemah) D (Lemah) C (Sederhana) B (Baik) A (Sangat Baik)

Jadual 3. 2 : Skala Pencapaian Markah Murid Membaca Petikan Cerita Pendek 39

Skala >1 2 3 4 5

Gred/Pencapaian E (Sangat Lemah) D (Lemah) C (Sederhana) B (Baik) A (Sangat Baik)

3.4

Prosedur Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan dilakukan oleh pengkaji sendiri menggunakan instrumen-instrumen berikut :

3.4.1

Pra Ujian

Tarikh : 26 dan 27 Januari 2012 Masa diberi : 30 minit setiap orang untuk setiap aspek Aspek Ujian : suku kata, perkataan dan petikan ayat mudah.

3.4.2

Pasca Ujian

Tarikh : Jun 2012 Masa diberi : 30 minit seorang untuk setiap aspek Aspek Ujian : suku kata, perkataan ayat mudah 3.4 Cara Penganalisian Data Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bacaan, data yang diperolehi dianalisa dan disusun mengikut tertib. Semua data tersebut disusun semula menggunakan perisian Microsoft Word dan dipamerkan dalam bentuk jadual. 40

Pengiraan dibuat secara manual kerana itemnya yang tidak begitu banyak. Data yang diperolehi akan dianalisa secara statistik deskriptif, menggunakan frekuensi dan peratus. Seterusnya kesemua data ini diinteprestasikan dalam bentuk dapatan kajian berdasarkan soalan-soalan kajian. Profil responden merupakan jadual analisis pertama yang akan dibentang bagi mengetahui demografi dan latar belakang responden diikuti dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca.

3.5

Rumusan Semoga dengan adanya kajian yang akan terlaksana nanti akan dapat

membantu pihak guru untuk mencari alternatif yang berkesan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid sekolah. Selaras dengan kepentingan membaca yang hangat diperbincangkan oleh segenap lapisan masyarakat maka pihak guru akan dapat memikirkan kepelbagaian kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga akan diambil perhatian sewajarnya supaya dapat membuka minda dan memotivasikan pelajar apabila dilaksanakan nanti. Maka melalui semua hasil dapatan kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak guru dan pegawai-pegawai kementerian yang terlibat.

Rujukan Abdullah Hassan. ( 1989 ). Isu-Isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan Pustaka.

41

Abdillah Nurdin Asis. (2009). Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungantiga suku kata terbuka kv + kv + kv. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.72-78.

Abd. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman.

Abu Bakar Yusuf. (2005). Nota Kuliah Prinsip Pengajaran Penulisan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin. (2007). Prinsip pengajaran penulisan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Asmah Hj. Omar(ed). (1992) . Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohammad Amin. (1984). Satu Kajian Khusus Penguasaan Pustaka.

Bahasa

Malaysia Peringkat Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Awang Sariyan. (1984 ). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Konvensyen Tindakan Kajian Negeri Perak (2005). Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Perak. 42

Aziz Abdul Talib. (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Azman Wan Chik. (1989). Kesilapan Penggunaan Bahasa Melayu oleh Muridmurid Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bayrei Asrin, Jered Yutui, Kamillah Mohamed, Norhayati Mohamad & Siti Salbiah Shafie. (2008). Kemahiran membaca dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan impaknya kepada persediaan guru di dalam bilik darjah. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Charlotte J Bolling. (2008). Reading Success In The Intervension Classroom. Washington : Winter 2008. Vol 52 Iss.2: pp 58. Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Penerbit UKM: Bangi http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/10%20Linah.pdf dimuatturun pada 12 November 2011 http://haluan.org.my/v3/index.php/membentuk-kemahiran-membaca-kanakkanak.html dimuatturunkan pada 12 November 2011 http://www.scribd.com/doc/7413368/Kemahiran-Membaca-Dalam-SukatanPelajaran-Bahasa-Melayu-Sekolah-Rendah-Dan-Impaknya-Kepada-PersediaanGuru-Di-Dalam-Bilik-Darjah dimuatturunkan pada 12 November 2011 43

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/89-107_Tamam,Zamri,Afendi_BRUNEI.pdf, Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam. http://www.freeskripsi.com/CELIK-HURUF:-LANCAR-BACA CELIK HURUF: LANCAR BACA Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112.

44