Anda di halaman 1dari 4

PENYATAAN PROFESIONAL

YANG DIHARAPKAN MELALUI PRAKTIKUM FASA III

Sebagai guru pelatih yang akan menjalani Praktikum fasa III selama 12 minggu, saya berharap agar dapat memantapkan lagi tugas dan kemahiran saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu dan juga guru Pendidikan Muzik aliran perdana. Selain itu, harapan saya juga tinggi untuk mencari alternatif yang efisien bagi menjamin keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan : 1. Melatih diri untuk menimba pengalaman sebenar mengajar di sekolah aliran perdana. 2. Melatih diri untuk memahami budaya pembelajaran murid-murid bagi menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Menyusun dan merancang aktiviti yang sesuai dan menarik untuk kanak kanak. 4. Memerhatikan aktiviti murid-murid. 5. Mengenal pasti pola tingkah laku murid-murid dan cara untuk mengatasi tingkah laku yang negatif. 6. Mengetahui peranan guru dalam memberi bimbingan dan menjaga kebajikan murid-murid. 7. Melihat bagaimana guru Bahasa Melayu membuat dan merancang aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. - aktiviti yang dilakukan oleh guru semasa mengajar

Langkah - langkah yang saya akan lakukan sepanjang menjalani praktikum bagi mencapai tujuan di atas ialah:

Sebelum praktikum: 1. Menghadiri taklimat praktikum yang dikendalikan oleh unit praktikum. 2. Mengumpul borang borang yang hendak digunakan semasa dalam praktikm. 3. Menghadiri taklimat bersama pensyarah bagi subjek major. 4. Berbincang bersama pensyarah pembimbing Bahasa Melayu 5. Berbincang bersama pensyarah pembimbing Pendidikan Muzik 6. Berbincang dengan pensyarah bagi subjek major. INSTRUMEN PENILAIAN 1. Amalan refleksi 2. Soal selidik 3. Senarai semak 4. Temubual

Semasa praktikum Apa yang akan saya lakukan semasa menjalani praktikum di sekolah adalah:

1. Membuat pemerhatian semasa guru mengajar murid-murid subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik 2. Berbincang dengan guru Bahasa Melayu dan guru Pendidikan Muzik tentang aktiviti aktiviti yang dilakukan sepanjang kelas. 3. Membuat rancangan pengajaran harian dan rancangan slot pada hari mengajar. 4. Merancang aktiviti aktiviti yang menarik bagi menarik minat murid-murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 5. Mencatat refleksi sebaik sahaja tamat sesi mengajar untuk mengenal pasti kelemahan, kekuatan dan cadangan bagi sebarang penambahbaikkan. 6. Bertanya kepada guru Bahasa Melayu dan guru Pendidikan Muzik tentang cara pengajaran yang berkesan. 7. Melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah bagi mengumpul pengalaman untuk menjadi seorang guru. 8. Mengajar secara berpasangan 9. Menyalin rancangan pengajaran harian rakan. 10. Mengemaskini buku rancangan persediaan mengajar dan portfolio

Selepas praktikum 1. Menyusun semula maklumat yang diperolehi 2. Membuat analisa segala maklumat yang di dapati. 3. Berbincang dengan rakan tentang maklumat sekolah. 4. Membuat penilaian tentang maklumat dan dapatan yang diperolehi. 5. Membuat penilaian dan refleksi sepanjang tempoh menjalani latihan praktikum selama 12 minggu. 6. Mengemaskini portfolio dengan maklumat yang berkaitan dengan praktikum.

Penilaian kendiri terhadap penyataan profesional. 1. Menyatupadukan teori dan amali dalam pengajaran pembelajaran 2. Mengeratkan hubungan profesional IPGM dengan sekolah dalam konteks perbincangan serta pertukaran maklumat serta penyelesaian masalah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran 3. Memupuk sikap positif, daya tahan kendiri serta daya saing yang tinggi.