Anda di halaman 1dari 14

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SEMESTER MEI / 2013

HBEF3503

PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA NO. MATRIK NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL E-TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

FAIZAH BINTI HARUN 810604125344001 810604125344 0148654681/0138634681 nazriezza@yahoo.com.my PN. FARIDAH MARIANI BT.JOHARI KENINGAU LEARNING CENTRE

KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran. Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Perkataan inklusif berasal daripada perkataan bahasa inggeris inclusive yang bermaksud merangkumi. Secara umumnya, istilah inklusif ini membawa maksud mengintegrasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti pelajar-pelajar biasa tanpa mengira status. Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Separa Masa iaitu bentuk program di mana pelajar-pelajar hanya dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi beberapa mata pelajaran sahaja dan Program Pendidikan Inklusif Sepenuh masa iaitu bentuk program di mana pelajar-pelajar dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran biasa bagi semua mata pelajaran.

2.0

TUJUAN KERTAS

Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah.

3.0 3.1 3.2 3.3 3.4

OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang standing dengan kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

4.0

RASIONAL

Rasional program pendidikan inklusif secara umumnya ialah untuk memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama dengan pelajar normal. Selain itu, program ini juga bertujuan membantu pelajar berkeperluan khas agar dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kepada Negara dan bangsa.

5.0

DEFINISI

5.1

Program Pendidikan Inklusif

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.1.1

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.1.2 Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). 5.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Guru pendidikan khas (guru pembimbing) adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif. 5.3 Bilik Resos

Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

5.4

Jumlah Waktu

Guru pendidikan khas (guru pembimbing) yang membantu Pengajaran dan Pembelajaran di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah. 6.0 ASAS PERTIMBANGAN

Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolahsekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor : 6.1 Kesamarataan Pendidikan

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; a) b) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat. 6

Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. 6.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar berkeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yang ada pada program pendidikan khas integrasi tersebut. 6.3 Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan guru di sekolah berkeperluan khas terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu 6.4 Prosedur Penempatan a) Peringkat 1 membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.

i.

Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari.

ii.

Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).

iii.

Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI .

b)

Peringkat 2 i. Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun. ii. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

c)

Peringkat 3 i. ii. iii. Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. iv. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI. 8

v.

Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI.

6.5 a) b) c) d) 6.6

Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif Tidak melebihi 2 tahun umur kronologi Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana Tidak mempunyai pelbagai kecacatan Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif

a) b) c) d) e) 7.0 7.1 a)

Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif Merancang dan melaksanakan penilaian. Gunakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Dedikasi dan komitmen yang tinggi. Layanan dan bimbingan yang adil. Guru pendidikan khas (guru pembimbing) Murid Bermasalah Pendengaran Pengajaran dan Pembelajaran Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.

b) c)

Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan. Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.

d) e)

Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif. Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran.

f)

Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu.

g) h) i) j)

Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras. Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing) adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.

k)

Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing) boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan.

l)

Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesesuaian.

7.2 a) b) c) d)

Pengurusan Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik. Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar. Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai. Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.

10

e)

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.

7.3 a) b) c) d) e)

Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum. Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah. Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi. Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah. Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran.

7.4

Peranan Pengetua/Guru Besar

Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna. (a) (b) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing) yang dilantik adalah terdiri daripada personaliti terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. (c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing) melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum.

11

(d)

Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing) menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(e)

Guru pendidikan khas (guru pembimbing) hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras.

(f) (g)

Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan. Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

8.0

SYOR

Pihak pentadbir sekolah adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini.

9.0

RUMUSAN

Perkembangan pesat Negara menuju Wawasan 2020 yang berlandaskan masyarakat penyayang mencabar para pendidik supaya menangani isu pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia 1948 dan ikrar penduduk dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan untuk semua tanpa mengira perbezaan individu. Melihat daripada perspektif perbezaan individu ini, setiap kanak-kanak itu unik dan memerlukan bimbingan untuk perkembangan diri. Ada kanak-kanak terutama yang tergolong dalam mereka yang berkeperluan khas memerlukan bimbingan khas sama ada bagi jangka masa yang panjang atau bagi jangka masa yang pendek misalnya dalam persekolahan. Bimbingan ini dikenali sebagai Pendidikan Khas yang merupakan 12

pendidikan menggunakan kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan khas bagi kanak-kanak yang mengalami pelbagai kekurangan atau kecacatan termasuk kanakkanak bermasalah pembelajaran yang jika tidak diberi perhatian akan mengalami kekecewaan sepanjang hidup. 10.0 PENUTUP

Sebagai ulangan pelajar yang memerlukan program ini adalah pelajar yang diklasifikasikan sebagai pelajar yang mempunyai gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria seperti kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.

RUJUKAN

13

Kamarudin Hj.Husin. (1993). Pedagogi 3. Penggunaan psikologi dalam bilik darjah. Petaling Jaya : Longman Malaysia. Mahmood Nazar Mohamed. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia sdn.Bhd. http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/01/garis-panduan-pelaksaan-inklusif.html http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5& http://kenangansilam-ita.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-program-inklusif_21.html http://pkppdlms.wordpress.com/tag/program-inklusif/ http://alkindi10autisme.blogspot.com/2012/01/program-pendidikan-inklusif.html http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/program-inklusif

14

Anda mungkin juga menyukai