Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU KERJA KURSUS PROJEK PISMP TAHUN TIGA SEMESTER ENAM

PROGRAM: PISMP BAHASA MELAYU (1) KOD & TAJUK KURSUS: BMM3112 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, dan Terjemahan

NAMA GURU PELATIH: SEMESTER: 6

TARIKH MULA

.......07. 2013

TARIKH HANTAR:

.......08. 2013

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Dapat menyediakan satu set folio berdasarkan pro forma. 2. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu; 3. Menjelaskan sistem perkamusan bahasa Melayu; 4. Memperincikan kaedah dan kesilapan dalam penterjemahan; dan Kerja kursus ini membolehkan pelajar menilai kefahaman terhadap prinsip-prinsip penterjemahan dalam bahasa Melayu

Objektif Kerja Kursus


1. Melengkapkan satu set folio kursus berdasarkan pro forma 2. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu. 3. Menjelaskan tentang sistem perkamusan bahasa Melayu. 4. Membuat perincian kaedah dan kesilapan dalam penterjemahan

Tugasan Projek (50%)


1. Sediakan satu set folio kursus berdasarkan pro forma (20 markah) 2. Huraikan dengan contoh sejarah perkembangan dan sistem perkamusan bahasa Melayu (30 markah)

3. Sejauhmanakah kesilapan penterjemahan merencatkan keberkesanan kaedah-kaedah penterjemahan tradisional, peniruan, dan penggantian. (35 markah) 4. Nilai-nilai reflektif pelajar terhadap tugasan. (15 markah)

Sub Tugasan
1. Secara individu, anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Dalam penulisan ini anda mestilah menunjukkan kefahaman yang mendalam mengenai tajuk tugasan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini merupakan tugasan individu


2. Anda boleh bergerak secara kumpulan untuk mengumpul data atau maklumat penulisan. 3. Format penulisan adalah seperti berikut: a. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini b. Font Arial c. Saiz huruf- 12 d. Langkau 1.5 baris e. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) f. Lampiran adalah WAJIB

g. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja 4. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. Menyediakan satu set folio kursus berdasarkan pro forma. b. Pengenalan yang menarik dan bernas c. Dapat menjelaskan sejarah bahasa Melayu dan perkembangan sistem perkamusan bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai sumber.

d. Menerangkan kaedah-kaedah penterjemahan. e. Membuat penjelasan tentang kesilapan-kesilapan dalam penterjemahan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan bahan ilmiah. 5. Penulisan refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, penggunaan laras bahasa yang sesuai, tiada kesalahan ejaan, dan menunjukkan kematangan hujah. 6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya dari 4 buah buku dari Malaysia, 2 buku dari mana-mana negara jiran, 3 internet, 2 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

(Dr. MUSIRIN BIN MOSIN) Pensyarah BMM3112 Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau

(ADNAN BIN ENDUT) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Keningau

Anda mungkin juga menyukai