PUISI SAINS- FOTOSINTESIS Alam ini luas terbentang beribu juta organisma dalam kandungannya Di perutmu.....

ada lautan manusia ada dedaunan menyusur sukma ada haiwan pengongsi bersama ada bayu menyapa muka Bersama-sama kita hidup satu juzuk himpunan berinteraksi membina FOTOSINTESIS atas pemberian yang Maha Esa Fotosintesis hadirmu membawa seribu makna untuk semua pengongsi dunia dengan bantuan karbon dioksida klorofil air dan pancaran sang suria membakar dedaunan terbentuknya oksigen untuk kita menerus hidup di alam maya. Fotosintesis kau penyambung riwayat haiwan manusia tumbuhan udara bersatu bersama tenaga suria menjamin kesegaran mengekal keamam dunia Namun kini.... kau fotosintesis menerima padah nasib celaka manusia hipokrit , meterialistik menjajah membaham tumbuhan hijau setiap masa alasan pembangunan alasan perindustrian alasan penerokaan konon nua wawasan masa hadapan Segala-galanya tanpa disedari pembangunan membawa ke kawah api oksigen yang ada kian mati hidup manusia tercari-cari kerana yang hilang sukar dicari ganti Oh dunia celikkan matamu saujana memandang hamparkan di benakmu sejuta fikir

hari ~ .Untukmu...... Fotosintesis Ku kan bakal merubah menerobos dinding kecelakaan dunia kan kembali riang dengan beburung piara imbau mengimbau dengan insan bercinta berkasih sayang dengan bayu bak suterasejuk nyaman......... Fotosintesis Semoga dunia yang kita miliki ini Senyum riang meniti hari.. dengan titisan embun bersinar sekilau mutiara dengan mentari senja semerah kuntuman mawar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful