Anda di halaman 1dari 2

2.

Pengenalan

Pada dasarnya falsafah boleh ditafsirkan sebagai satu bidang yang mengkaji kewujudan manusia,hubungan antara manusia manakala dari segi perspektif sains kognitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya. (terjemahan) Ayn Rand, Philisophy, Who Needs It. Falsafah juga boleh dianggap sebagai satu sistem idea yang komprehensif mengenai fitrah manusia dan makna realiti di mana jua kita berada. Falsafah pada dasarnya merupakan satu garis panduan hidup kerana isuisu yang difokuskan adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia, kebaikan, kecantikan dan sebagainya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK merupakan suatu dokumen rasmi yang menggariskan matlamat dan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini. Matlamat FPK amat jelas dan sebagai guru-guru Malaysia, kita harus bergerak menuju ke arah matlamat ini dalam mencapai hasrat kerajaan terhadap pendidikan negara. Unsur-unsur utama FPK adalah untuk memperkembangkan lagi potensi seseorang individu tersebut secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi semua aspek iaitu unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek. FPK juga bertujuan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan agar keharmonian dapat dicapai menerusi sumbangan setiap individu dalam setiap bidang yang diceburi. Antara rasional pembentukan FPK ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI iaitu berunsurkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, FPK juga bertujuan merapatkan jurang pendidikan di antara kaum terutamanya kepada golongan yang miskin. Dengan pembentukan FPK, kerajaan juga berharap untuk mewujudkan suatu negara yang harmoni dengan perpaduan semua kaum dalam pembangunan negara berlandaskan prinsip-prinsip rukun negara bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia

Sebagai kesimpulan, sebagai guru-guru Malaysia atau warga pendidik, kita sewajarnya mendidik pelajar-pelajar sekolah berlandaskan konsep FPK dan hendaklah sentiasa memastikan agar pendidikan yang diterima oleh para pelajar di sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kematangan pelajar-pelajar sekolah serta membentuk generasi-generasi akan datang yang berjaya dan dapat membangunkan serta memajukan negara setanding dengan negara-negara yang maju.