Anda di halaman 1dari 4

Mesyuarat Pertama

Unit Kimia KMPk sesi 2009 / 10


Mesyuarat Pertama Unit Kimia KMPk sesi 2009 / 2010 diadakan pada 15 Mei 2009 hari
Jumaat bertempat di Bilik Mensyarat Pusat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit
Kimia KMPk yang baru iaitu Pn. Hamisah Binti Abu Rashid. Antara agenda yang
dibincangkan adalah ucapan alu-aluan sebagai KU yang baru, memperkenalkan 3 orang
pensyarah baru yang berpindah dari kolej lain, hal ehwal pengurusan unit, pembahagian
tugas khas peringkat unit untuk setiap pensyarah dan lain-lain perkara berbangkit.
Suasana mesyuarat adalah harmoni dan berjalan lancar dan kerjasama dan komitmen
yang tidak berbelah bagi dari kalangan pensyarah adalah amat memuaskan. Mesyuarat
ditangguhkan tepat pada pukul 4.35 petang.

Disediakan oleh : Mohamad Shehdi b Ragiun

Suasana yang mesra dan kondusif semasa mesyuarat unit kimia sedang dijalankan
Ketua Unit Bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam memberikan penerangan

Setiap pensyarah memberikan sepenuh perhatian sepanjang mesyuarat berlangsung


Meneliti senarai edaran yang diterima sebelum mesyuarat bermula

KU sedang memberikan respon kepada pertanyaan yang diajukan


PKU begitu khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan

Sebahagian pensyarah lelaki yang menghadiri mesyuarat kimia yang pertama