Anda di halaman 1dari 8

TAJUK

:Laporan Pesta Sains Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.

OBJEKTIF : Melatih siswa guru PISMP SN1 dan SN2 semester 5 mengendalikan aktiviti sains di sekolah TARIKH PESERTA : 10 Mac 2013 : 23 Lelaki, 22 Perempuan

KUMPULAN SASARAN: Murid Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail MASA : 09.30am 1.30 pm

Pada 10 Mac 2013, sekumpulan siswa guru PISMP SN1 dan SN2 Semester 5 ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail telah mengadakan pameran sains. Pameran sains ini dibuat sempena keperluan Kerja Khusus Berdasarkan Ilmu subjek tenaga dalam kimia (SCE 3109). Pameran

tersebut dijalankan di kawasan terbuka berhampiran kantin sekolah tersebut. Objektif pameran ini adalah dapat mengenalpasti sumber yang berkaitan dengan subjek Tenaga Dalam Kimia, mempraktikkan aktiviti Pedagogical Content Knowledge (PCK) dan mempamerkan pengetahuan tenteng konsep tenaga dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Kumpulan sasaran terdiri dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu daripada semua tahun persekolahan iaitu tahun satu hingga tahun enam serta pra-sekolah. Pada pukul 7.30 pagi, siswa guru telah pun berada di tapak pameran untuk membuat persiapan terakhir sebelum pameran bermula. Ajk peralatan, Ahmad Khairi dan Aizat antara siswa guru yang paling sibuk menguruskan alatan pameran berada dalam keadaan yang baik. Peralatan yang diambil dari makmal kimia telah ditempah lebih awal bagi melicinkan proses peminjaman alatan. Tepat jam 9.30 pagi, pameran sains bermula. Murid-murid telah disusun mengikut jadual masing-masing. Kumpulan pertama merupakan murid tahun 2, kemudian diikuti oleh murid tahun 3 sehinggalah murid tahun 6. Pesta sains ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Jabatan Sains, Encik Sabri bin Yazid.

Sebanyak 10 tapak pameran dibuka dalam pesta sains kali ini. Tapak pameran pertama di uruskan oleh kumpulan Mohd. Amin. menyediakan pameran bentuk-bentuk tenaga. Antara bentuk Kumpulan ini tenaga yang

dipamerkan di stesen 1 ini adalah tenaga solar, tenaga bunyi, tenaga kinetik, tenaga keupayaan dan tenaga cahaya. Setiap bentuk tenaga disertakan bersama model dan contoh. Ini akan menambahkan lagi pemahanam murid mengenai bentuk tenaga tersebut kerana mereka dapat melihat sendiri model yang mewakili bentuk-bentuk tenaga. Antara model yang ada di stesen 1 adalah kereta solar, loceng elektrik, dan beberapa permainan kanak-kanak yang melibatkan tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

Gambar 1: Guru pelatih Sains menyiapkan stesen masing-masing Stesen kedua diseliakan oleh Khairul Faizal bin Halim. Stesen ini membuat aktiviti bateri buah. Antara alat dan bahan yang digunakan oleh kumpulan ini adalah buah limau nipis, klip buaya, mentol, paku dan duit syiling. Aktiviti bateri buah ini menerangkan kepada murid mengenai sel kimia. Menerusi aktiviti ini, murid akan melihat bagaimana tenaga elektrik dapat dihasilkan melalui tindakbalas kimia yang dihasilkan oleh buah limau nipis. Rasa masam buah limau nipis menghasilkan asid

nitric yang seterusnya bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan arus elektrik. Arus berkenaan akan menyalakan lampu LED.

Gambar 2: Naimullah dan kawan-kawan menyiapkan stesen 1 Daripada bateri buah, stesen berikut pula menjalankan aktiviti bot magik. Stesen 3 ini diketuai oleh Muhammad Syafiq bin Shuhaimi menjalankan aktiviti ini menggunakan bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, straw dan plastik. Bahan lain yang digunakan termasuklah cuka, tisu dan plastisin. Tenaga yang telibat dalam bot magik ini adalah tenaga kimia kepada tenaga kinetik. Dengan membuat lubang kecil pada botol, straw dimasukkan dan tekan plastisin supaya straw tersebut tidak tercabut. Masukkan soda bikarbonat ke dalam botol, seterusnya campurkan dengan cuka. Apabila botol tersebut diletakkan dalam air, murid-murid akan melihat seperti botol tersebut bergerak ke depan tanpa menggunakan enjin kerana yang ada pada botol tersebut adalah straw penyedut sahaja. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perubahan tenaga daripada tenaga kimia kepada tenaga kinetik. Stesen keempat menyeliakan aktiviti dancing rice. Stesen yang diselia oleh Muhammad Firdaus menekankan tenaga bunyi dan tenaga kinetik. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakkan boleh disediakan sendiri di rumah iaitu beras, balutan plastik, gelung getah, mangkuk, bekas logam dan sudip. Kumpulan ini menerangkan

bunyi disebabkan oleh getaran-getaran molekul udara yang lalu dalam gelombang. Aliran tenaga yang dapat dilihat dalam aktiviti ini adalah tenaga bunyi kepada tenaga kinetik. Gelombang yang menghasilkan tenaga bunyi akan bergerak dalam udara dan menyebabkan beras atas balutan plastik bergerak. Melalui aktiviti ini, murid akan dapat melihat konsep pergerakan gelombang yang bergerak dalam udara seterusnya menghasilkan tenaga bunyi. Stesen kelima yang diketuai oleh Muhammad Fahan menjalankan pameran mengenai tenaga nuklear. Stesen ini tidak melakukan sebarang aktiviti sebaliknya membuat pameran dan permainan yang berkaitan tenaga nuklear. Hal ini kerana aktiviti yang melibatkan tenaga nuklear akan menghasilkan bahan radioaktif yang merbahaya kepada murid dan agak rumit untuk dijalankan di sekolah. Kebiasaannya aktiviti ini hanya dijalankan oleh pakar-pakar berpengalaman tentang tenaga nuklear. Walaupun begitu, di stesen ini murid-murid akan bermain satu permainan dam ular. Setelah melihat pameran serta tontonan video yang disediakan oleh kumpulan ini, murid-murid akan bermain dam ular. Kepada murid yang sampai dahulu di petak akhir, murid tersebut akan menjawab soalan yang diberikan seterusnya akan mendapat hadiah. Stesen seterusnya merupakan stesen yang paling mendapat tumpuan muridmurid SK IPGKDRI. Stesen yang diketuai oleh Ahmad Nizam bin Yahya ini menyeliakan aktiviti roket air. Stesen ini lebih menerangkan konsep tenaga iaitu tenaga diperlukan untuk melakukan sesuatu kerja. Dalam konteks ini, roket yang biasa kita lihat menggunakan gas hidrogen sebagai bahan bakar tetapi melalui aktiviti ini, roket mini digerakkan dengan menggunakan air sebagai bahan bakar. Bahan bahan yang digunakan juga dari bahan terpakai iaitu botol air 1.5 liter dan paip air yang telah diubahsuai untuk memberikan tekanan kepada air dalam botol. Daripada aktiviti ini, murid dapat melihat bagaimana tenaga keupayaan boleh berubah menjadi tenaga kinetik.

Gambar 3: Proses pelancaran roked air oleh Ahmad Nizam

Stesen berikutnya stesen yang diketuai oleh Muhd Farhan. Stesen ketujuh ini menjalankan aktiviti haba. Aktiviti ini dilakukan untuk melihat kesan haba terhadap jirim. Aktiviti ini banyak menggunakan perlatan makmal seperti penunu bunsen, tabung uji, kelalang kon dan kaki tiga tripod. Bahan lain adalah belon, cuka dan soda bikarbonat. Konsep yang sama digunakan dalan aktiviti kumpulan 3 iaitu bot magik tetapi kumpulan ini lebih menekankan kesan haba kepada jirim. Kelalang kon dipanaskan dan belon dimuatkan ke dalam kelalang kon. Selang masa 5 minit, belon tersebut mengembang kerana suhu meningkat. Jirim pada belon menyerap tanaga haba menyababkan belon tersebut mengembang. Satu lagi kelalang kon menggunakan soda bikarbonat dan cuka. Apabila belon dimuatkan ke dalam kelalang kon, belon tersebut mengembang lebih cepat berbanding dengan kelalang kon yang menggunakan api. Hal ini kerana, tindak balas kima yang dihasilkan menghasilkan tekanan yang tinggi kepada jirim belon dan menyebabkan belon tersebut mengembang dengan pantas.

Gambar 4: Stesen mula dikunjungi murid SK IPG KDRI Kumpulan Adnan menyeliakan aktiviti di stesen lapan. Di stesen ini, muridmurid dapat melihat aktiviti elektrolisis dengan lebih dekat. Dalam siri elektrolisis ini, murid dapat melihat bagaimana dengan menggunakan tenaga elektrik, kepingan kuprum boleh terlerai dan menyaduri garfu menjadikan garfu tersebut diselaputi warna perang. Stesen seterusnya adalah stesen sembilan yang diketuai oleh Muhammad Abdullah. Stesen ini membuat dua aktiviti kepada murid. Aktiviti pertama adalah belon ajaib. Bahan yang digunakan adalah ringkas dan senang untuk diperoleh iaitu mancis, air, lilin dan belon. Satu belon ditiup tanpa dicampurkan dengan air. Satu lagi belon bercampur dengan secawan air. Lilin dihidupkan dan belon pertama meletup apabila terkena api manakalan belon yang bercampur air tidak pecah. Hal ini kerana, belon yang bercampur air tidak dapat mengalirkan tanaga haba yang dihasilkan daripada lilin.

Gambar 5: Penerangan daripada Munirah kepada murid di stesesnnya Stesen ke sepuluh dan stesen terakhir di pesta sains kali ini diketuai oleh Muhd. Kamil. Stesen terakhir menjalankan aktiviti bot kinetik. Bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah didapati iaitu gabus, pisau, plastik kertas, 2 batang pensel, gelang getah dan botol air. Plastik kertas yang menjadi kemudi bot yang diperbuat dari botol di pusingkan mengikut arah lawan jam. Apabila dilepaskan, tenaga keupayaan bertukar menjadi tenaga kinetik yang seterusnya mneggerakkan bot tersebut. Oleh itu, aktiviti yang kumpulan ini jalankan dinamakan dengan nama bot kinetik. Aktiviti dijalankan mengikut susunan eksperimen yang telah disediakan dan dibahagikan dalam urutan supaya perjalanan pameran berjalan dengan lancar. Setiap kumpulan mempunyai pelbagai cara untuk menarik perhatian murid-murid untuk melihat pameran mereka. Antaranya adalah dengan member ganjaran seperti gula dan kuih sebagai penggalak yang utama. Bahan yang menarik seperti belon, peralatan makmal yang jarang ditemui oleh murid-murid menjadikan sifat ingin tahu dalam diri setiap murid semakin menebal.

Tepat jam 2.00 pm, pesta sains berakhir. Setiap stesen kelihatan sedang membersihkan stesen masing-masing. Ketua stesen memainkan peranan

mengarahkan ahli kumpulan bekerjasama untuk menbersihkan kawasan pesta sains. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua juga sanga baik dan boleh diteruskan lagi pada masa akan datang. Natijahnya, keseluruhan kumpulan dapat menjalankan pameran dengan berjaya dan mendapat sambutan dan perhatian yang baik dari murid dan tidak ketinggalan para guru di sekolah tersebut serta beberapa pensyarah IPG KDRI dari Jabaran Sains juga tidak ketinggalan menyaksikan keunikan pameran kami. Ucapan tanda terima kasih kami kepada semua pihak yang menjayakan pameran ini dengan jayanya. Di harap pameran ini dapat memberi satu lembaran baru bagi kami khususnya sebagai bakal guru untuk memantapkan kemahiran kami dalam mengendalikan aktiviti sains di sekolah nanti.

Laporan disediakn oleh

11 Mac 2013

(AHMAD FARIS JAMALUDIN) Setiausaha Pesta Sains

Anda mungkin juga menyukai