Anda di halaman 1dari 25

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU 16109 KOTA BHARU,KELANTAN.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE) : SYAHIDA NAIMAH BT SAHARI :911111-11-5458 :PA/BI/BA2

NAMA NO IC UNIT/CLASS NAMA PENSYARAH

:EN.ZAMRI

TARIKH MULA :1 OGOS 2010 TARIKH HANTAR : 1 SEPTEMBER 2010

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis: Syahida Naimah bt Sahari Tarikh: 1 Ogos 2010

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU 16109 KOTA BHARU, KELANTAN.

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T dengan limpah dan rahmat kurniaNya dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek Semester 3 bagi Kompetensi Kecerdasan Emosi.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Zamri selaku pensyarah Kompetensi Kecedarsan Emosi, PA/BI/BA II yang telah banyak member tunjuk ajar yang berkesan untuk saya adaptasikan dalam kehidupan dalam alam perguruan kelak. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada bapa saya Sahari bin Awang dan ibu saya Mazmi binti Embong kerana telah banyak member dorongan dan semangat sepanjang masa. Tidak lupa ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sudi berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan.

Sekian, terima kasih

iii

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN JUDUL PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 JENIS JENIS EMOSI 2.01 10 EMOSI MANUSIA 3.0 MENGURUS EMOSI DALAM SITUASI MENCABAR 4.0 REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK DALAM FILEM 5.0 REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI DIRI i ii iii iv 1

6.0 KESIMPULAN REFLEKSI BIBLOGRAFI KOLABORASI LAMPIRAN

iv

1.0

PENDAHULUAN

Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Maktab/Institut perguruan dipertanggungjawabkan melaksanakan latihan pra perguruan. Dalam proses menyempurnakan amanat tersebut, membentukkan jati diri guru perlu diberi penekanan.

Satu komponen dalam jati diri ialah memupuk tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang terlibat dalam profession perguruan malah dalam kehidupan harian. Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi sesuatu individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya.

Demi menghasilkan guru keluaran maktab perguruan yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profession perguruan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diterapkan dalam kurikulum maktab perguruan. KKE ini kini dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Pemudahcara, Kemahiran Mentafsir dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

2.0 JENIS JENIS EMOSI

Emosi berasal daripada perkataan Greek emovere yang bermaksud untuk keluar .Menurutnya, tujuan emosi ditonjolkan keluar adalah untuk mendapat kepuasan sendiri. Emosi manusia adalah satu fenomena khas. Tiada haiwan lain selain daripada chimpanzee yang dapat menunjukkan emosi melalui ekspresi muka. Manusia harus bangga kerana kita boleh ketawa. Ketawa ialah satu petunjuk bahawa kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan kerungsingan, dengki, marah, hina atau rendah diri dan sebagainya. Unsur kecindan boleh mengubah keadaan yang cemas kepada keadaan yang lebih relaks. Dengan demikina sesuatu individu dapat menyesuaikan diri dalam keadan yang genting dan urusan sosialnya. Apakah emosi positif? Sebarang emosi yang dapat membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik boleh digolongkan sebagai positif. Contohnya ialah cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggan, kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya. Emosi positif sangat penting kepada individu seperti pesakit atau sesiapa yang ,mengalami tekanan hidup. Emosi positif boleh menjadi sebaga tonik kepada hidup. Ia mempunyai kuasa pengubata yang kuat. Ramai pesakit yang tenat dapat dipulih balik dengan terapi ketawa. Terapi ketawa telah digunakan untuk

menghilangkan sakit dan tekanan di Mumbai, India. Terapi ini kini sedang mendapat perhatian daripada bidang saintifik supaya dapat diterapkan dalam perubatan konvensional. Anda mungkin menonton filem Patch Adams yang dibintangi oleh Robbie William yang memaparkan kuasa unsur kecindan dalam bidang perubatan. Semua ini adalah contoh-contoh kebaikan unsur emosi positif terhadap manusia. Berbanding dengan emosi positif, kita juga mempunyai emosi negatif. Emosi negatif adalah sebarang perasaan yang tidak baik, kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti marah, kemurungan, kekecewaan, takut, bersalah, tersinggung dan sebagainya. Emosi-emosi negatif ini mempunyai pengaruh yang besar tehadap kesihatan seseorang. Emosi negatif biasanya membawa perasaan pesimistik. Pandangan peimistik terhadap hidup boleh membawa kepada banyak masalah

kesihatan. Penyakit seperti kanser dan sakit jantung telah dikaitkan dengan kemurungan dan stres yang kronik (berpanjangan).

Emosi negatif juga didapati melambatkan pemulihan pesakit. Ia juga boleh mendesak seseorang itu membunuh diri atau menjadikan sebagai anggota yang kurang berfungsi dalam masyarakat. Perkaitan antara stres dengan penyakit telah lama dibuktikan oleh pakar perubatan. Stres kronik juga boleh mencetuskan penyakit seperti diabetes, ulser perut dan asma.

Terdapat 2000 patah perkataan untuk menerangkan emosi sendiri dan emosi orang lain.Perkataan berkaitan emosi ini boleh dikelaskan kepada jenis positif dan negatif. Contohnya; POSITIF Diiktiraf Dihargai Optimistik Dihormati Bebas Mendorong Bangga Selamat Puas Suci Gembira Bersyukur Tabah Taat pada perintah Tenang Sabar NEGATIF Terbiar Diperkecil Pesimistik Dihina Terkongkong Melemahkan Angkuh Cemas Tak puas Dosa Gementar Geram Marah Bosan Angkuh Putus asa

2.01 10 Emosi Manusia

1.

Marah Berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain), perasaan panas hati, berang, gusar, murka.

2.

Cemas

Hati berasa takut dan risau (gelisah, bimbang).

3.

Yakin Betul-betul percaya (tentang kebenaran,

kemampuan,sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar

4. Takut Tidak berani menghadapi sesuatu yg pada perasaannya akan membahayakan diri dan lain-lain.

5. Cemburu iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dan lain-lain); kurang percaya atau syak wasangka, curiga.

6.

Kecewa Dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dan sebagainya), hampa.

7.

Sedih

Hati rasa pilu dalam hati,susah hati .

8. Tertekan/stress Keadaan (hasil) kekuatan menekan: ~ darah; ~ udara; Desakan yg kuat; paksaan.

9. Keliru Salah pengertian; silap; tidak benar (bkn pendapat); sesat: Pendapatnya ~. Tertukar kerana tersalah anggap dan lainlain.

10. Malu Tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas.

3.0

MENGURUS EMOSI DALAM SITUASI MENCABAR

Berdasarkan kepada tontonan filem di atas ,terdapat beberapa emosi yang mencabar seperti marah,kecewa,terkejut,risau,dan sebagainya.Terdapat beberapa contoh dialog emosi yang mencabar dalam filem Ibu Mertuaku ;

1. Marah : Sabariah! Nie wang RM5000,sayanggg!keluar kau dari sini.kata ibunya. 2. Kecewa : Kassim Selamat: Apa ertinya semua ini? Nyonya Mansur:Ampunkan mak,Kassim. Kassim Selamat:Di mana Sabariah? Nyonya Mansur: Mak dah kahwinkan dengan Doktor Ismadi. 3. Terkejut : Kau tahu kenapa aku panggil kau?Aku nak kasi kahwinkan kau dengan Sabariah!.Kata ibu mertuanya. 4. Risau : Saya juga hairan mak,sudah berpucuk-pucuk surat saya kirimkan kepadanya ,tapi satu pun tak berbalas.kata Sabariah dengan penuh risau. 5. Sedih : Abang Kassim,maafkan Sabariah.pinta Sabariah kepada suaminya.

Terdapat beberapa cara mengurus emosi dalam situasi mencabar contoh dialog di atas. Antaranya ialah memahami dan mengenali emosi sendiri ,

seperti

mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan.

Cara yang kedua adalah mengenali emosi orang lain. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk mengenali, memasuki dan menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati. Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila ada individu lain yang mahu mencurahkan emosi mereka.

Cara yang ketiga dalam mengawal emosi adalah memotivasikan emosi yang negatif. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif.

Cara yang terakhir adalah mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta berupaya mengurus diri sendiri, maka perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan. Perhubungan dan keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh mengekspresikan pemikiran secara aktif tanpa diwarnai dengan kemarahan. Melalui beberapa perkara yang diterangkan di atas, ia boleh digunakan untuk mengawal emosi agar stabil dan sederhana, beberapa unit organisasi

yang terlibat perlu membantu seseorang individu. Di antara unit organisasi yang perlu membantu adalah seperti ibu bapa dan sistem pendidikan di Malaysia.

4.0 REFLEKSI TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI WATAK-WATAK DALAM FILEM.

Saya telah menonton dan menghayati filem Ibu Mertuaku ini dengan sebaikbaiknya dan telah dapat mengenalpasti beberapa situasi mencabar yang telah dihadapi oleh watak-watak dalam filem ini. Filem yang telah saya pilih ini mempunya beberapa tahap kompetensi kecerdasan emosi melalui watak-watak yang terdapat dalam filem tersebut seperti: i)Nyonya Mansur (Ibu Sabariah) ii) Sabariah iii)Kasim Selamat.

Filem ini telah mempaparkan 3 watak penting iaitu Kasim Selamat sebagai watak utama ,seterusnya Sabariah dan Nyonya Mansur. Tiga watak ini telah memainkan peranan yang besar dalam menghidupkan tema atau jalan cerita filem ini . Kasim Selamat dalam filem ini digambarkan seorang yang mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi.Sebagai watak utama, pastinya mempunyai pelbagai situasi yang dihadapi. Antaranya ialah emosi marah.Dalam filem ini, dilihat Kasim Selamat mampu menguruskan emosi marah ini dengan baik dimana emosi ini dikawal dirinya tanpa membawa mudarat yang lebih besar. Kasim Selamat juga mengalami emosi terkejut apabila menerima berita kematian Sabariah daripada ibu mertuanya dan dia telah berjaya mengawal emosinya dengan baik.Walau pun dalam keadaan begitu,dia masih dapat meneruskan apa yang ingin dilakukannya dan tidak terpesong kepada benda lain.Namun begitu, Kasim Selamat juga dilihat gagal mengawal emosinya dimana dia berasa kecewa dengan ibu mertua dan isterinya. Perkara-perkara silam yang pahit masih lagi dia ingat dan membuatkan dirinya sedih dan pilu. Sikap dan emosinya yang selalu berharap menyebabkan pada akhirnya dia mengalami perasaan kecewa.Contoh boleh dilihat melalui dia berharap dapat melihat kembali dan bertemu dengan anaknya.

Sikap dan emosinya yang selalu berharap menyebabkan pada akhirnya dia mengalami perasaan kecewa. Sikap ini mengambarkan kelemahan dirinya yang terlalu

mengharapkan sesuatu perkara berlaku tetapi sedih apabila apa yang diharapkan tidak tercapai. Watak Nyonya Mansur sebagai ibu mertua dalam filem ini digambarkan seorang yang begitu banyak menemui kegagalan dalam mengurus emosinya atau dengan kata lain mempunyai tahap kompetensi kecerdasan emosi yang begitu rendah.Begitu banyak tekanan emosi yang dilaluinya menyebabkan dia menjadi lemah dan terus terpengaruh dengan emosi negatifnya itu. Nyonya Mansur telah memusnahkan hidup anaknya setelah gagal menguruskan tekanan emosi yang telah dihadapinya.Bermula dengan keenganan Sabariah mengahwini Dr.Ismadi,iaitu menantu pilihannya

membuatkan Sabariah dihalau dari rumah.Segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukannya dahulu diakhiri dengan satu penyesalan.Kegagalan Nyonya Mansur dalam menguruskan emosinya telah menyebabkan dia menyesal atas apa yang telah dilakukannya dan memohon kemaafan kepada Kasim Selamat. Emosi kemarahannya yang membuak buak tidak diuruskan dengan sempurna dan impaknya dia terus mengikut langkah salah yang seterusnya membawa malapetaka kepadanya.Walaupun begitu,dilihat dari segi positifnya ,dia masih lagi bergembira dengan adanya Dr.Ismadi,Sabariah dan seorang cucu.

Sabariah yang digambarkan dalam filem

ini pula dilihat

seorang yang

mempunyai tahap kompetensi kecerdasan emosi yang sederhana.Ketika dia marah,dia masih lagi boleh mengawal perasaannya dan tidak melakukan perkara yang melampau batas seperti yang dilakukan oleh Nyonya Mansur. Sebagai seorang yang sabar ,Sabariah tidak lari dari mengalami konflik dalam menguruskan emosi. Dia dilihat begitu berharap dan mahu melihat Kasim Selamat dapat melihat semula dan berjumpa dengan anak mereka.

Kepelbagaian emosi bagi setiap watak dalam filem ini begitu menguji cara menguruskan emosi dengan tepat. Dapat dilihat,filem ini begitu harmoni kerana kesimbangan atau kewujudan emosi negative dan positif yang dihadapi oleh watakwatak.Tahap kecerdasan emosi yang berbeza-beza antara watak memperlihatkan lagi keseimbangan dan keunikan jalan cerita Ibu Mertuaku ini.

5.0 REFLEKSI INTROSPEKTIF PERKEMBANGAN TAHAP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI DIRI

Filem yang menarik ini semestinya memerlukan kebolehan yang tinggi dalam menguruskan kepelbagaian konflik emosi yang dihadapi oleh setiap watak.Sekiranya saya berada dalam situasi atau konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam filem dengan sebaik-baiknya. ini ,pasti saya akan cuba menguruskan emosi ini

Jika saya berada dalam situasi Kasim Selamat iaitu sebagai watak utama dalam filem ini ,pasti berat beban yang perlu dipikul.Namun sebaik-baiknya ialah dengan mengikut cara dan langkah yang tepat.Ketika emosi marah melanda diri ibu mertuanya iaitu Nyonya Mansur ketika memaksanya mengahwini Sabariah serta menghalau Sabariah dari rumah, saya akan bersabar dan berfikiran positif bahawa Nyonya Mansur akan berubah dan cepat insaf. Melalui cara ini, segala beban emosi tidak akan dirasai lagi.Perasaan bersalah yang dihadapi perlulah dibuang dan tidak lagi diingati.Perkara yang lepas ,perlulah dibiarkan lepas dan yang akan datang perlulah dilalui dengan tabah. Jadikan semua yang lepas sebagai pengajaran. Emosi yang terlalu berharap juga akan saya buang kerana bermula dengan emosi berharap inilah nanti akan lahirnya satu emosi kekecewaan yang sangat perit untuk dirasa..

Pada situasi Nyonya Mansur pula,saya benar-benar perlu yakin pada Allah S.W.T. dan terus bersabar dengan segala dugaan yang telah dihadapi.Emosi marah yang dirasai akan saya lepaskan dengan benyakkan berzikir dan banyak mengingatiNYA.Perkara yang sedih tidak akan saya ratapi tetapi akan saya redha atas kehendak tuhan yang mencipta alam ini. Kekecewaan yang dihadapi akan saya gunakan kaedah sublimasi iaitu akan saya lakukan perkara yang lebih bermanfaat dan akan mendatangkan juga faedah kepada orang lain agar kekecewaan saya terubat.

Sebagai Sabariah pula,saya akan mengawal emosi marah saya dengan betul supaya ibu (Nyonya Mansur) atau sesiapa sahaja tidak akan kecik hati.Oleh sebab itu,saya akan sentiasa berfikiran positif bagi mengawal emosi marah saya.Pengharapan yang tinggi kepada ibu supaya mengubah sikap dengan tidak memandang hina apabila Sabariah jatuh cinta dengan pemain muzik,Kasim Selamat yang datang dari keluarga miskin,tidak berkedudukan dalam status sosial.

Kesimpulannya,jika saya berada dalam situasi situasi watak-watak dalam filem ini ,saya pasti akan cuba mengurus emosi yang dihadapi dengan sebaik-baiknya supaya satu hari nanti diri saya tidak akan mendapat kesan negatif dari tindakan yang saya lakukan dahulu ketika menguruskan emosi.Dengan cara ini,satu hidup yang sihat,aman dan damai akan dapat dirasai dengan sempurna.

6.0 KESIMPULAN

Ringkasnya,emosi memainkan peranan sebagai pengarah dibawah kesedaran kepada perhatian kita wujud sebelum perasaan kita tunjukkan. Emosi merupakan tindakan reflektif secara semula jadi yang telah dikaitkan dalam sistem saraf dalam otak manusia sebgai mekanisme untuk komunikasi perasaan individu. Menurut Daniel Goleman(1997),emosi asas(primary emotion)manusia merangkumi rasa marah,sedih ,terperanjat,takut,seronok,kasih sayang ,jijik dan malu.

Secara ringkasnya juga , terdapat beberapa kepentingan-kepentingan kecerdasan emosi seseorang yang diasaskan berlandaskan lima bidang seperti memahami emosi diri sendiri,mengurus emosi,memanfaatkan emosi,empati dan mengurus hubungan.

Kompetensi kesedaran emosi kendiri seorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkompenan-subkompenan seperti kesedaran emosi,kesedaran ketepatan kendiri,keyakinan kendiri,penghormatan kendiri dan kesejahteraan kendiri.

Manakala,kompetensi kecerdasan emosi kendiri seorang individu boleh ditinjau daripada tingkah laku dan ekspresi individu berdasarkan subkompenan-subkompenan seperti kawalan emosi kendiri,kebolehubahsuaian,kebolehpercayaan,ketekunan,inovatif,opyimistik,inisiatif,dan berorientasikan pencapaian.

REFLEKSI

Alhamdulillah,saya telah menerima Kerja Kursus Pendek daripada En.Zamri selaku pensyarah bagi matapelajaran Kecerdasan Kompetensi Emosi. Setelah diedarkan kertas tugasan KKP ini,saya dan rakan-rakan sekelas diberi penerangan sedikit sebanyak tentang tugasan teras kemahiran berfikir ini.Ini mengelakkan kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat memahami konsep kecerdasan kompetensi emosi termasuk aspek personal dan juga aspek sosial. Aspek personal seperti kesedaran emosi kendiri,pengurusan/kawalan emosi kendiri dan memotivasi kendiri.Manakala aspek sosial pula ialah berkaitan dengan kemahiran empati dan kemahiran sosial. Sebagaimana yang dihuraikan,kompetensi kecerdasan emosi individu boleh ditinjau berlandaskan model inventori kompetensi kecerdasan

emosi.Kompetensi kecerdasan emosi seseorang individu akan menentukan kejayaan dalam bidang kerjaya sepanjang hayat. Antara ciri ciri individu yang mempunyai kompetensi kecerdasan emosi yang tinggi ialah seperti boleh memahami hakikat yang sebenar,mempunyai pemikiran tersendiri,boleh

menerima diri,orang lain dan alam semula jadi serta boleh menanggung konflik di antara perasaan kegembiraan dengan kepahitan. Saya juga berbincang dengan kawan-kawan tentang bagaimana untuk mengurus emosi secara bijak dan betul.Ternyata hasil perbincangan

kami,menjadikan kami lebih arif dalam mengurus emosi tambahan pula kami adalah bakal pendidik pada masa hadapan.Justeru saya perlulah memahami setiap konsep kompetensi kecerdasan emosi bagi menjayakan pengurusan emosi dalam diri.

Segala idea idea bagi menyiapkan kerja kursus ini adalah daripada sumbangan daripada pensyarah serta kawan-kawan ,dan di samping itu saya dapat mempelajari bagaimana sesuatu emosi itu berfungsi serta bagaimana saya menggunakannya.Dan di samping itu juga,memandangkan saya yang tidak berpengalaman mana dalam bidang ini,mengakui terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam tempoh menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini.Apa yang penting sekali ialah saya dapat menyiapkan kerja kursus ini pada tempoh yang ditetapkan .Syukur padaNYA.

BIBLOGRAFI

Sumber Rujukan

A.J.Michael. Kompetensi Kecerdasan Emosi; Untuk Pelajar Kursus Persediaan Program Ijazah Saujana Muda Pendidikan(PPISMP)

Mok Soon Sang.Kompetensi Kecerdasan Emosi;Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Rujukan Internet

http://devilit.blogspot.com http://www.islam.gov.my http://www.utusan.com. http://groups.yahoo.com http://prpm.dbp.gov.my

LAMPIRAN

KOLABORASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA,KELANTAN.

NAMA : NO IC : OPSYEN : SUBJEK : PENSYARAH : TARIKH

PERKARA/ PERBINCANGAN

TANDATANGAN PENSYARAH

Anda mungkin juga menyukai