Anda di halaman 1dari 8

PENGAJIAN AM STRUKTUR PEMERINTAHAN BADAN PERUNDANGAN

Pengasingan Kuasa merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga badan utama: - Perundangan (Legislatif) - Pemerintah (Eksekutif) - Kehakiman. Tujuannya untuk memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa yang melampau kepada sesuatu entity badan kuasa yang terlibat. _____________________________________________________________________

PARLIMEN
Kuasa Perundangan, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.. Berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, dan meluluskan perbelanjaan kerajaan. Parlimen akan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Pada penghujung tempoh 5 tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan. Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

YANG DI-PERTUAN AGONG Berkuasa untuk memanggil Parlimen untuk bersidang. Berkuasa untuk memberhenti/membubarkan Parlimen. YDPA diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa 6 bulan antara persidangan yang akhir dalam 1 penggal yang kemudiannya.

DEWAN NEGARA Keahlian Dewan Negara terbahagi kepada 2 kategori: 26 ahli yang dipilih oleh DUN sebagai mewakili 13 negeri. (setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli) 44 ahli yang dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri, termasuk 2 ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan 1 ahli masingmasing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:a. Warganegara Malaysia b. Tidak kurang dari 30 tahun c. Waras fikiran d. Bukan seorang muflis e. Tidak mempunyai rekod jenayah Jawatan itu hendaklah dipegang selama 3 tahun dan boleh disambung sebanyak 3 tahun lagi. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Setiap ahli mestik mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertua Dewan Negara. Parlimen boleh: a. Menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu negeri hingga tiga orang; b. Membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiaptiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih negeri itu; c. Mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik. Yang diPertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Negara Dewan Negara hendaklah memilih seorang daripada ahlinya untuk menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara dan seorang untuk menjadi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan mengikut peraturan.

Tugas-Tugas Dewan Negara Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih terperinci. Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang UndangUndang Kewangan Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan sesuatu rang undangundang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi tidak berkuasa menolaknya. Bagi rang undang-undang kewangan, Dewan Negara boleh menangguhkannya selama sebulan sahaja dan bagi rang undang-undang lain selama setahun. Dewan Negara tidak boleh meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu tidak diterima oleh Dewan rakyat. Dewan Negara hanya boleh meminta Dewan rakyat mengkaji semula rang undang-undang apabila ditangguhkan.

DEWAN RAKYAT Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan untuk memilih calon. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:a. Warganegara Malaysia b. Tidak kurang dari 21 tahun c. Waras fikiran d. Bukan seorang muflis e. Tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa. Tiap-tiap ahli satu Majlis Parlimen hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen.

Jika seseorang ahli tidak menghadkan sidang parlimen dalam masa 6 bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya atau dalam masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Parlimen maka kerusinya hendaklah menjadi kosong atau diisytiharkan kosong. Yang Dipertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih - Seorang Yang diPertua Dewan Rakyat, sama ada beliau menjadi ahli Dewan Rakyat/ bukan ahli Dewan Rakyat. - 2 orang Timbalan Yang diPertua daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. Jika YDP yang dipilih bukan daripada ahli Dewan Rakyat maka beliau:- Hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Dewan Rakyat dan tidak berhak mengundi. Yang diPertua boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat. Parlimen hendaklah membuat peruntukan bagi saraan Yang diPertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Negara dan Yang diPertua dan Timbalan-Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat, melalui undangundang dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan. _____________________________________________________________________

KEISTIMEWAAN PARLIMEN
Prosiding di Parlimen tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa jua yang dikatakan dan diundi dalam Parlimen. Walaupun begitu ahli-ahli parlimen tidak boleh menyentuh perkara-perkara sensitif. Tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana majlis parlimen. _____________________________________________________________________

SARAAN AHLI MAJLIS PARLIMEN


Parlimen boleh membuat peruntukan undang-undang mengenai saraan ahli-ahli Majlis Parlimen.

_____________________________________________________________________

SETIAUSAHA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT


Dilantik oleh YDPA daripada anggota perkhidmatan awam am Persekutuan Memegang jawatan sehingga berumur 60 tahun Hanya boleh dipecat melalui tribunal Tugas-tugas termasuk menghantar notis untuk memulakan persidangan, mengumpul dan menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan daripada ahli-ahli Dewan mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan kewangan. Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab terhadap perjalanan persidangan Dewan Rakyat dan memberi nasihat kepada Yang diPertua Dewan Rakyat dalam hal-hal berkaitan Dewan ketika bersidang. _____________________________________________________________________

HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN


Disabit kesalahan jenayah oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada 1 tahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta tidak mendapat pengampunan Memperoleh kewarganegaraan asing Tidak hadir dalam persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut tanpa keizinan Parlimen Tidak sempurna akal Diisytiharkan muflis Melakukan apa-apa kesalahan pilihanraya dan disabitkan Seseseorang itu tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh hilang kelayakan _____________________________________________________________________

KEKOSONGAN LUAR JANGKA PARLIMEN


Jika berlaku kekosongan luar jangkaan kerana sebab-sebab tertentu, satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Semenanjung dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.

Jika kekosongan itu 2 tahun sebelum pembubaran Parlimen, kekosongan tidak boleh diisi kecuali untuk membentuk majoriti (majoriti untuk membentuk kerajaan). _____________________________________________________________________

PERSIDANGAN PARLIMEN
Mula bersidang setelah dibuka rasmi oleh YDPA Jarak masa harus tidak selang lebih 6 bulan Semua persidangan disusun dalam satu kalendar (dipanggil Takwim Parlimen) yang dibahagikan kepada 5 penggal iaitu 1 tahun sepenggal. Setiap persidangan berlangsung selama 3 minggu bagi Dewan Rakyat & 2 minggu bagi Dewan Negara. Lazimnya dalam setiap penggal terdapat 3 atau 4 kali mesyuarat Dua mesyuarat penting: - Membahaskan titah ucapan baginda YDPA - Membentang belanjawan tahunan _____________________________________________________________________

PROSES PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG


Rang Undang-undang Awam/Kerajaan: Rang Undang-undang Persendirian: sahaja Rang Undang-undang Ahli Persendirian: Rang Undang-undang Hibrid: Dikemukakan oleh menteri yang mewakili pihak kerajaan Melibatkan rakyat atau pertubuhan tertentu Dibentangkan oleh ahli Dewan Rakyat selain menteri/timbalan menteri Undang-undang campuran yang menyentuh kepentingan tertentu

Tahap-Tahap Prosedur Penggubalan Pra Parlimen Draf rang undang-undang yang telah disediakan oleh kementerian akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk dirangka. Menteri akan mengemukakan kepada kabinet untuk mendapatkan persetujuan sama ada diterima atau tidak.

Kementerian menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Parlimen. Dalam Parlimen Bacaan Pertama Menteri membaca tajuk rang undang-undang berkenaan. Tiada perbahasan. Bacaan Kedua Rang undang-undang dibahaskan sama ada dipinda atau tidak. Undian sama ada menolak/menerima akan dibuat (hanya Dewan Rakyat berhak menolak). Jika rang undang-undang itu perlu diluluskan dengan cepat, Bacaan Pertama, Kedua dan Ketiga boleh dibuat dalam satu persidangan yang sama. Peringkat Jawatankuasa Rang undang-undang diserahkan kepada Jawatankuasa Khas/ Jawatankuasa Seluruh Dewan. Rang undang-undang dibahas dengan teliti. Bacaan Ketiga Menteri melaporkan hasil penelitian kepada dewan. Undian akan dijalankan. Dilakukan di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. Perkenaan Yang di-Pertuan Agong Rang undang-undang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenalkan. Undang-undang itu dianggap lulus selepas 30 hari. Pewartaan Rang undang-undang yang telah diperkenaankan oleh Yang di-Pertuan Agong perlu diwartakan dalam warta kerajaan sebelum boleh dikuatkuasakan. Tarikh berkuatkuasa biasanya pada tarikh diwartakan atau boleh dikuatkuasa pada tarikh terdahulu atau ke hadapan. _____________________________________________________________________

BEBERAPA JAWATAN DI DEWAN RAKYAT


Ketua Majlis : Ketua Whip: Merupakan Ketua Parti yang memerintah. Beliau menentukan tarikh mengadakan mesyuarat. Ahli Parlimen yang dilantik oleh parti menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul.

Ketua Pembangkang: Dilantik daripada kalangan ahli parti pembangkang untuk mengetuai parti pembangkang.

Jawatankuasa Parlimen
Jawatankuasa Dewan: Bertugas sebagai penasihat kepada Yang diPertua atas segala perkara berkaitan dan keselesaan ahli Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat:

Jawatankuasa Pemilih ini bertanggungjawab berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Parlimen. Jawatankuasa Pemilih ini bertanggungjawab memilih ahli-ahli untuk jawatankuasa Majlis Parlimen

Jawatankuasa Pemilih

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis Parlimen

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara:

Dilantik untuk memastikan akauntabiliti pengurusan perbelanjaan wang awam oleh pegawai-pegawai awam. *Hanya di Dewan Rakyat

_____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai