Anda di halaman 1dari 1

Kaedah belajar melalui bermain telah diaplikasikan menggunakan boneka. Dalam kajian ini, kanak-kanak bermain menggunakan boneka.

Feldman (1991), menyatakan kanak-kanak belajar secara semula jadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baharu. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Friederich Wilhelm Frobel (1782-1852) yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman. (Brewer,1992) Robert M. Gagne (1970), menyatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Pada mulanya kanak-kanak bermain boneka secara bersendirian. Ketika ini kanak-kanak hanya akan berkomunikasi dengan dirinya sahaja. Bahan perbualan juga berkaitan dengan dirinya sahaja. Kemudian kanak-kanak akan bermain bersama rakanrakan yang berada dipersekitarannya. Komunikasi yang lebih baik berlaku apabila kanakkanak bermain boneka bersama. Kanak-kanak akan berkongsi pengalaman masing-masing. Perkataan yang lebih kompleks digunakan dalam perbualan mereka. Seterusnya, kanak-kanak dapat menambahkan bilangan perbendaharaan kata mereka. Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Zurinah dan Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan sama ada daripada kertas atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan.

Anda mungkin juga menyukai