Anda di halaman 1dari 5

Praktikal 1 Pengenalan : Tindak balas peneutralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk menghasilkan garam

dan air sahaja. Air dihasilkan dalam semua tindak balas peneutralan dan tindak balas ini merupakan tindak balas eksotermik. Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid untuk meneutralkan 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada; (a) kuantiti asid dan alkali (b) kebesan asid dan alkali (c) kekuatan asid dan alkali Dalam eksperimen ini, kami telah melakukan uji kaji untuk menentukan haba peneutralan bagi bagi tindak balas asid kuat dengan alkali kuat.

Tujuan

: Menentukan haba peneutralan bagi tindak balas; (i) (ii) (iii) Asid hidroklorik dengan Natrium hidroksida Asid sulfurik dengan natrium hidroksida Asid nitrik dengan kalium hidroksida

Bahan-bahan : EC1 ialah 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik EC2 ialah 1.0 mol dm-3 larutan asid sulfurik EC3 ialah 1.0 mol dm-3 cecair natrium hidroksida EC4 ialah 1.0 mol dm-3 asid nitric EC5 ialah 1.0 mol dm-3 cecair kalium hidroksida : 25 cm3 pipet, thermometer 00C -1100C (0.20C), 100 cm3 penyukat silinder,gelas plastik dan sebotol air suling.

Radas

Prosedur

: 1. Dengan menggunakan pipet, 25.0 cm3 EC1 telah dituang ke dalam cawan plastik. Suhu EC1 direkodkan sebagai suhu awal campuran R di dalam jadual 1. 2. Dengan menggunakan penyukat silinder, 60 cm3 larutan EC3 telah ditambah ke dalam cawan plastik yang mengandungi EC1. 3. Campuran R digaul dengan berhati-hati menggunakan termometer dan suhu tertinggi yang diperoleh direkodkankan di dalam jadual 1. 4. Campuran R dibuang daripada cawan plastik. Kemudian, cawan tersebut dibilas dan dibersihkan dengan menggunakan air suling. 5. Prosedur di atas diulang menggunakan; (i) 25.0 cm3 EC2 menggantikan EC1 untuk memperoleh campuran S, dan (ii) 25.0 cm3 EC4 dan 60 cm3 EC5 untuk menggantikan EC1 dan EC3 masing-masing untuk memperolehi campuran T.

Keputusan: Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi / 0C Suhu awal / 0C Peningkatan suhu / 0C 34 30 4 Jadual 1 Campuran S EC2+EC3 35 30 5 Campuran T EC4 + EC5 33 30 3

Soalan: 1. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku dalam campuran-campuran R, S dan T. Campuran Persamaan ion bagi tindak balas penggaraman R S T Cl- + Na+ SO42- + 2Na + NO3- + K+ NaCl Na2SO4 KNO3 H+ + H+ + H+ + Persamaan ion bagi tindak balas peneutralan OHOHOHH2O H2O H2O

Persamaan kimia: Persamaan ion:

HCl (ak) + NaOH(ak)

NaCl (ak) + H20(ce) Cl- + Na+ + H2O

H+ + Cl- + Na+ + OH-

Didapati ion Na+ dan Cl- tidak mengalami sebarang perubahan dalam tindak balas. Oleh itu, kedua-dua ion ini dapat dikeluarkan daripada persamaan. Jadi, persamaan Ion bagi campuran R : H+ + OHH2O

2. Bandingkan nilai-nilai haba peneutralan yang anda perolehi bagi (i) (ii) (iii) Campuran R dan S Campuran R dan T Campuran S dan T

Terangkan mengapa wujudnya perbezaan atau kesamaan antara kedua-dua nilai yang anda telah bandingkan. R= -57.1 kJ mol-1 S= -50 kJ mol-1 T= -42.8 kJ mol-1

Secara teori, nilai haba peneutralan bagi setiap asid kuat dan alkali kuat adalah sama iaitu -57.3 kJ mol-1. Terdapat dua faktor yang memungkinkankan wujud perbezaan nilai haba peneutralan antara dua campuran di atas iaitu; perbezaan suhu yang disebabkan oleh ralat persekitaran atau faktor kebesan asid dan alkali yang mempengaruhi haba yang dibebaskan. Misalnya asid hidroklorik ialah asid monobes. Ini adalah kerana penceraian 1 mol asid ini dalam air menghasilkan 1 mol ion

hidrogen. Dalam tindak balas peneutralan dengan natrium hidroksida, 1 mol air terbentuk. Oleh itu, haba yang dibebaskan dalam peneutralan ini ialah 57.3 kJ kerana 1 mol air terbentuk. Tetapi, nilai haba peneutralan R kurang daripada nilai sebenar. Begitu juga dengan campuran S dan T yang tersasar daripada nilai haba peneutralan iaitu -57.3 kJ mol-1. Ini adalah disebabkan faktor kehilangan haba ke persekitaran yang mana mempengaruhi suhu campuran. Campuran S yang melibatkan asid dwibes seharusnya merekodkan haba peneutralan -57.3 kJ mol-1 turut berubah kerana kehilangan haba ke sekeliling semasa tindak balas. Maka, perbezaan nilai haba peneutralan (i), (ii) dan (iii) boleh diandaikan dipengaruhi oleh faktor kehilangan haba ke persekitaran.

3. Haba peneutralan bagi asid kuat dengan asid lemah ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara bagi menambahbaik prosedur-prosedur yang telah diberikan agar nilai anggaran -57.3 kJ mol-1 dapat diperolehi. Semasa menyukat suhu tindak balas peneutralan, sebahagian haba terbebas ke sekeliling dan akan menyebabkan bacaan suhu pada termometer tersasar daripada haba peneutralan secara teori. Oleh itu, dua langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan pembebasan haba ke sekeliling adalah dengan menggunakan bahan penebat haba seperti cawan plastic atau cawan polisteren. Selain itu, keadaan persekitaran seperti faktor angin perlu diberi perhatian seperti menutup kipas agar tiada gangguan angin pada campuran tindak balas. Untuk memastikan tiada ralat dalam bacaan suhu, campuran asid dan alkali harus digaul semasa merekodkan suhu agar haba tindak balas campuran adalah sekata. Bacaan suhu tertinggi perlu dicatatkan.

4. Nyatakan samada haba peneutralan antara asid lemah dengan alkali kuat menjadi lebih besar atau lebih kecil daripada -57.3 kJ mol-1. Jelaskan. Haba peneutralan antara asid lemah dengan alkali kuat menjadi lebih kecil daripada 57.3 kJ mol-1. Ini adalah kerana asid lemah hanya menjalankan penceraian separa di dalam air. Sebagai contoh, CH3COOH (aq) CH3COO- (aq) + H+(aq)
4

Dengan pertambahan alkali kuat seperti NaOH, OH- akan bertindak dengan H+ untuk membentuk H2O . H+ + OHH2O H = - 57.3 kJ mol-1 Walaubagaimanapun, persamaan di atas akan terganggu. Apabila kekurangan H+ menyebabkan lebih banyak CH3COOH akan bercerai (dissociate). Penceraian ini melibatkan penyerapan lebih tenaga haba. CH3COOH (aq) 57.3 kJ mol-1. CH3COOH- (aq) + H+ H = Positive

Oleh itu, jumlah tenaga haba semasa proses peneutralan adalah kurang daripada

Kesimpulan: Tindak balas peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat menghasilkan nilai haba peneutralan -57.3 kJ mol-1

Anda mungkin juga menyukai