Anda di halaman 1dari 55

1.0 PENGENALAN 1.

1 Pengertian Dialek Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani, terdapat perbezaanperbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario A. Pei , dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi, cara hidup dan sebagainya. Ini tercermin juga di dalam dialek yang bersangkutan. Di Semanjung Malaysia contohnya, terdapat keadaan semulajadi yang terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai yang merupakan rintangan-rintangan kepada perhubungan di antara penduduk-penduduknya, faktor politik telah membahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil, menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung Malaysia. Dialekdialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat. Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula idiolek-idiolek iaitu kelainankelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan dan kelainan stilistik yang
1

terjadi akibat konteks yang berlainan. Semua kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi bahasa tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kesefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong di dalam satu bahasa. 2.0 LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN 2.1 Latar Belakang Negeri Kelantan Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri agraria iaitu pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Negeri Kelantan mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21 C hingga 32 C. Negeri Kelantan yang mempunyai penduduk seramai 1.4 juta yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain. Sebanyak 94% penduduk adalah
2

berbangsa melayu. Penduduknya meningkat hampir 2.8% setiap tahun. Sebanyak 75% daripada penduduknya menetap di Utara negeri di mana kawasan itu meliputi sebanyak 17% daripada jumlah tanah negeri tersebut. Kelantan diperintah mengikut parti politik dan ia mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan, mungkin ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dan matang yang mengamalkan sistem demokrasi. Persekitaran politik dan perbezaan antara negeri dan kerajaan Mukim bukan menjadi masalah untuk membuat pelaburan. Semua polisi berkenaan dengan pelaburan di Malaysia boleh dirujuk kepada kerajaan Mukim. Kerajaan negeri akan memberi segala kemudahan berkenaan dengan pelaburan. Dalam usaha untuk menarik minat pelabur melabur di Kelantan, kerajaan negeri berusaha untuk menawarkan pelbagai kemudahan seperti kemudahan infrastruktur. Negeri Kelantan mempunyai kemudahan yang secukupnya untuk menjalankan perniagaan secara kerjasama "Business Ventures". Terdapat 39 buah cawangan bank komersial dan 12 institusi kewangan yang beroperasi di negari ini. Sejumlah 2300 km jalan di negeri dan mukim adalah berhubung dengan bandar utama di Kelantan untuk ke Kota Bharu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam yang meliputi sebanyak 474 km melalui Gua Musang di Selatan Kelantan dan juga negeri Pahang. Berikut merupakan peta bagi negeri Kelantan:

PETA KELANTAN

2.2 Sejarah Negeri Kelantan

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15. Pada 1499, Kelantan menjadi negeri asal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunos iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu. Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negera ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak
5

penduduk serta termakmur di Semenanjung Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.nKelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

LOGO KELANTAN

BENDERA KELANTAN 2.3 Latar Belakang Daerah Kota Bharu Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan . Perkembangan bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran, perdagangan, kewangan, kebudayaan dan pendidikan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu. Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115.64 km persegi dengan jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang. Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran

negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, dan Gua Musang. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978. Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan. Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan. Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat Institusi. Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana. Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk melebihi 400,000 orang. Penduduk Kota Bharu sememangnya amat kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam". Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua. Dialek Kelantan adalah satu daripada dialek-dialek yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Dialek tesebut dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal dari Kelantan dan menduduki negeri Kelantan. Dialek Kelantan juga dituturkan oleh penduduk-penduduk yang mendiami daerahdaerah sempadan Kelantan/Terengganu, Kelantan/Pahang dan juga beberapa daerah dalam wilayah Thai Selatan seperti Sungai Golok, Narathiwat, Yala dan Patani. Di antara beberapa subdialek yang ada di Kelantan, subdialek Kota Bharu dianggap sebagai subdialek yang standard. Dengan kata lain, subdialek inilah yang digunakan oleh orangorang golongan atasan di Kelantan dalam pertuturan mereka jika mereka tidak menggunakan bahasa standard, bahkan dalam pertuturan sehari-hari pun. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu dan bepusat di Bandar Kota Bharu sendiri.

Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sini jugalah terdapat tempat bersemayam keluarga di raja Kelantan. Dengan itu, subdialek yang dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri dianggap sebagai subdialek yang tinggi yang menjadi tolok atau model dalam penggunaan bahasa bagi orang-orang Kelantan dari daerah-daerah lain. PETA JAJAHAN KOTA BHARU

10

3.0 PERBANDINGAN SUBDIALEK KOTA BHARU DENGAN BAHASA MELAYU Jika membuat perbandingan antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku, terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu, seperti: i. ii. iii. iv. Fonologi Morfologi Ayat Leksikal

3.1 Kelainan dalam bidang fonologi Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem. 3.1.1 Kelainan dalam pengucapan Cara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku. Sebagai contoh, penutur subdialek Kota Bharu mengucapkan [ ] untuk [oran] dan [kit ]untuk [kit]. Berikut

merupakan contoh perkataan-perkataan yang menunjukkan ucapan yang berlainan di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu baku:
11

Subdialek Kota Bharu i. [kuba]

Bahasa Melayu [krbau] [haram] [rambotan] [habes] [bahas] [singah] [hitam] [lompat] [slamat] [mrah] Kerbau Haram Rambutan Habis Bahasa Singgah Hitam Lompat Selamat Merah

ii. [har] iii. [m ?t] iv. [abih] v. [bahaso] vi. [singoh] vii. [it] viii.[lopa?] ix. [slama?] x. [m oh]

3.1.2 Kelainan Fonem Fonem merupakan unit bunyi terkecil yang dapat membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil pasangan. Subdialek Kota Bharu mempunyai 35 fonem iaitu 15 fonem vokal dan 20 fonem konsonan. (1) Fonem Vokal
12

/i/ seperti dalam /itek/ /e/ seperti dalam /kile/ // seperti dalam /l / /a/ seperti dalam /kawa/ /i/ seperti dalam /ga in/ // seperti dalam /ka/ // seperti dalam /say/ // seperti dalam /pac/ /u/ seperti dalam /um/ /o/ seperti dalam /tuboh/ / / seperti dalam /k t ?/ // seperti dalam /kus?/ // seperti dalam /da/ / / seperti dalam /h / // seperti dalam /ploh/

itik kilir ela kawal garing kain sayang pancar umur tubuh kotak akhir daun ya peluh

Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkungan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan apa yang terdapat dalam Bahasa
13

Melayu dan subdialek-subdialek lain, kecuali ada nya ciri kardinal sekunder pada sifat kardinal vokal-vokal berkenaan yang releven. Sebagai contoh: I. Kota Bharu [klabu] [ploh] [buku] Bahasa Melayu [klabu] [pluh] [buku]

Konsonan a akhir kata dalam Bahasa Melayu, atau konsonan pepet dalam bahasa standard yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai kesejajaran dalam vokal dalam subdialek ini. Misalnya: II. Kota Bharu [d s ] [sap ] [kuas ] Bahasa Melayu [dosa] [siapa] [kuasa]

Vokal a dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal , dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam Bahasa Melayu merupakan hentian glotis ( ) atau frikatif (h). III. Kota Bharu [M ?] Bahasa Melayu [emak]
14

[Gal ?] [Gaj h] [Mut h]

[galak] [gajah] [muntah]

Jika dalam Bahasa Melayu, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, ia dapat digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini dan a sebelumnya itu dipertahankan. Sebagai contoh: IV. Kota Bharu [Gla?] [Saya?] [Lewa?] [Lipa?] [sajap] [lewat] [lipat] Bahasa Melayu [glap]

Selain itu, a, yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir tertutup mempunyai kesejajaran dengan dalam subdialek ini. Misalnya: V. Kota Bharu [mas ] [dal ] [dul ] [blac ] Bahasa Melayu [masam] [dalam] [dulan] [blacan]
15

Konsonan a dalam Bahasa Melayu yang terdapat sebelum s pada akhir kata dipertahankan dalam dialek ini, tetapi s digantikan dengan h. Sebagai contoh: VI. Kota Bharu [D ah] [B ah] [Atah] [Ulah] Bahasa Melayu [dras] [bras] [atas] [ulas]

Demikian juga halnya dengan a yang dalam Bahasa Melayu diikuti oleh l dan r pada akhir kata. Walau bagaimanapun, di dalam subdialek yang disenaraikan di bawah, l dan r dihilangkan. VII. Kota Bharu [Maha] [Mka] [Leba] [Tawa] (1.0) Vokal Nasal Dalam subdialek Kota Bharu, terdapat fonem vokal nasal sedangkan dalam bahasa Melayu tidak terdapat vokal nasal. Vokal-vokal nasal dalam subdialek Kota Bharu bersifat Bahasa Melayu [mahal] [mkar] [lebar] [tawar]

16

fonemik, iaitu dapat memberi erti yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam pasanganpasangan miniml seperti yang senaraikan di bawah. i. [k i] [k i] ii. [pane] [pan] iii. [tap] [tap] iv. [ a] [ ] v. [ u] [ ] vi. [paco] [pac] vii. [s ?] [s ?] viii. [wa] [w] keri kering panggil pangan tapai tampan berderai ingin ru takut pancur pancung syak syuk layang-layang bau busuk
17

ix.

[ca] [c]

air lecah memancut helai menyala atau memancar

x.

[la] [ ]

(1.1) Vokal Rangkap Subdialek Kota Bharu ini juga mempunyai banyak vokal rangkap yang boleh dibandingkan seperti yang berikut: I ) Rangkap depan II) Rangkap tengah III) Rangkap belakang ae, ui, ue ia, ua io, io, iu, uo

Contoh Rangkap Depan Kota Bharu [bae?] [kaen] [kueh] [cue?] Bahasa Melayu Baik kain kuih Cuit
18

[bueh]

buih

Contoh Rangkap Tengah Kota Bharu [bia] [sia?] [jua] [sua?] Bahasa Melayu biar siap jual suap

Contoh Rangkap Belakang Kota Bharu [lio] [rioh] [di ] [bi ?] [tiu?] [du ] Bahasa Melayu liur riuh dia biak tiup dua

19

[tu ?]

tuak

(2) Fonem Konsonan /p/ seperti dalam /pari/ /b/ seperti dalam /balu/ /t/ seperti dalam /tn h/ /d/ seperti dalam /dapo/ /k/ seperti dalam /kuda/ /g/ seperti dalam /gila?/ /?/ seperti dalam /kak ?/ /s/ seperti dalam /saya?/ /z/ seperti dalam /zi?/ /h/ seperti dalam /hapuh/ /c/ seperti dalam /culah/ /j/ seperti dalam /jula/ /l/ seperti dalam /lub/ / / seperti dalam / ape?/ pari balu tengah dapur kuda gilap kakak sayap zip hapus culas julai lubang rapit

20

/m/ seperti dalam /mude?/ /n/ seperti dalam /nasi?/ /n/ seperti dalam /nam?/ /n/ seperti dalam /nato?/ /w/ seperti dalam /wa?/ /y/ seperti dalam /yate/

mudik nasi nyamuk mengantok wad yatim

Konsonan-konsonan yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu dapat dibahagikan kepada enam kategori iaitu: (2.1) Konsonan Plosif/Hentian Konsonan-konsonan dalam golongan ini yang dapat menduduki lingkungan akhir kata hanyalah hentian glotis. Dengan ini juga konsonan-konsonan plosif lain yang terdapat dalam Bahasa Melayu dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini. Sebagai contoh: Kota Bharu [ada?] [ ba?] [isa?] Bahasa Melayu [adat] [ bat] [hisap]

21

[i u?] [a na?]

[hirup] [arnab]

(2.2)

Konsonan Nasal Konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu ialah m, n, n dan n. Keempat-

empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal. i, e, , , o dan u dalam hal ini. Begitu juga dengan konsonan-konsonan nasal lainnya iaitu m dan n yang dalam Bahasa Melayu terdapat sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bharu. Kota Bharu [ren] [sigon] [sokon] [kul n] [minun] [b sen] Bahasa Melayu tenaga sigung sokong kulum minum bersin

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan n, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang
22

akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi . Kota Bharu [tan] [tam] [dal] [sel] [binat] [tay] Bahasa Melayu tanam taman dalam selam binatang tayang

(2.3)

Konsonan Frikatif Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Dalam

lingkungan sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penggantian dengan h tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

Kota Bharu [inuh]

Bahasa Melayu hingus

23

[aluh] [pitah] [pdah] [ktah] [pulah] [panah] [k ah]

halus pintas pedas kertas pulas panas keras

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s. Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa Melayu sebelum vokalvokal lain adalah seperti yang berikut: Kota Bharu [saloh] [subo] [lteh] Bahasa Melayu salah subuh letih
24

Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut: Kota Bharu [habih] [hase] [tahon] [mahliga] [maha] Bahasa Melayu habis hasil tahun mahligai mahal

(2.4)

Konsonan Afrikat Seperti dalam bahasa Melayu dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam

subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonankonsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.

Kota Bharu [Cin ] [cic ?]

Bahasa Melayu Cina cicak


25

[jag ] [j a?]

jaga jerat

(2.5)

Konsonan Lateral Konsonan lateral l tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau

bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh: Kota Bharu [lapu] [lala?] [luah] [kate] [aka] [sapo] Bahasa Melayu lampu lalat luas katil akal sampul

(2.6)

Pemanjangan Konsonan Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada

awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses
26

dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak medukung sebarang makna. Kota Bharu [nnik h] [nnak ?] [nna i] [jjal] [ccabu?] [ttupa?] [nnat] [mma i] Bahasa Melayu [mnikah] [pnakot] [pnari] [brjalan] [trcabut] [ktupat] [binatan] [almari]

27

Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan. Sebagai contoh: Kota Bharu [ am] [llabi] [kku ] Bahasa Melayu rama-rama labi-labi kura-kura

Jika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah di, pada dan ke. Misalnya: Kota Bharu [san ] [ssini] [kkeb ] [ddal] Bahasa Melayu ke sana ke sini ke kebun di dalam

3.2 Kelainan Dalam Bidang Morfologi

28

Bentuk yang berlainan dalam bidang morfologi di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu dapat dilihat dalam aspek-aspek yang berikut: i. struktur morfem terikat ii. jenis dan jumlah morfem terikat iii. kekerapan penggunaan morfem terikat

(I). Struktur Morfem Terikat Struktur morfem terikat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan struktur morfem terikat dalam bahasa Melayu. Umpamanya, hanya terdapat satu jenis struktur awalan dalam subdialek Kota Bharu iaitu KV yang pengucapan Vnya tidak begitu jelas, misalnys {s-} seperti dalam /sebesa/ sebesar, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu (i) KV yang pengucapan Vnya lebih jelas sedikit daripada yang diucapkan dalam subdialek Kota Bharu, misalnya {s-} dalam /sepandai/ sepandai dan (ii) KVK, misalya {br-} seperti dalam /berjalan/ berjalan. Berikut merupakan perbandingan stuktur awalan di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu. Kota Bharu KV {be-} {te-} {pe-} Bahasa Melayu KVK {ber-} {ter-} {pe-}
29

{me-} {ke-} {se-}

{me-} {ke-} {se-}

Struktur akhiran yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu berlainan dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam subdialek ini, hanya terdapat satu struktur saja iaitu V, misalnya {} seperti dalam [pileh] pilihan, sedangkan akhiran dalam bahasa Melayu mempunyai tiga struktur iaitu (i) KVK, misalnya (-kan) seperti dalam /jalankan/ jalankan, (ii) VK, misalnya (-an) seperti dalam /buatan/ buatan dan (iii) V, misalnya (-i) seperti dalam / [tidori]/ tiduri. Berikut merupakan perbandingan struktur akhiran di antara subdialek Kota Bharu dengan bahasa Melayu: Kota Bharu V {-} {-i} Bahasa Melayu KVK/VK/V {-KAN} {-an} {-i}

Selain itu, terdapat juga struktur imbuhan apitan yang berlainan di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu. Sruktur imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu hanya satu sahaja iaitu KVV, misalnya {k} seperti dalam /klbeh/ kelebihan, sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis, iaitu (i) KVKV, iaitu {m..kan} seperti dalam /mmulkan/ memulakan, (ii) KVVK, misalnya {k an} seperti dalam /klmahan/ kelemahan dan

30

(iii) KVV, misalnya {m..i} seperti /mnmui/ menemui. Berikut diberikan perbandingan struktur imbuhan apitan di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu: Kota Bharu KVV {k..} Bahasa Melayu KVKVK/KVVK/KVV {m..kan} {k an} {m..i} (II). Jenis dan Jumlah Morfem Terikat Jenis-jenis morfem terikat yang terdapat dalam subdialek Kota Bharu juga tidak sama dengan yang terdapat di dalam Bahasa Melayu. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat enam awalan, dua akhiran, tiga imbuhan terbahagi dan suprafiksa kepanjangan konsonan. Sedangkan dalam Bahasa Melayu terdapat sebanyak tujuh awalan, tiga akhiran dan lima imbuhan apitan. (i) Enam awalan dalam subdialek Kota Bharu {be-} {te-} {pe-} {me-} {ke-} /btmu/ bertemu /tpileh/ terpilih /pmaen/ pemain /mnuleh/ menulis /kkaseh/ kekasih
31

{se-}

/sebuwoh/ sebuah

(ii) Dua akhiran dalam subdialek Kota Bharu {-} {i-} /pileh/ pilihan /b?ki/ baiki

(iii) Tiga imbuhan apitan dalam subdialek Kota Bharu {k} {p} {mi} /klbeh/ kelebihan /pkaja / pelajaran /mlbehi/ melebihi

(iv) Suprafiksa kepanjangan konsonan dalam subdialek Kota Bharu /bbuoh/ berbuah (v) Tujuh awalan dalam bahasa Melayu {br-} {tr-} {p-} {pr-} {m-} {k-} /brlari/ berlari /trbae?/ terbaik /pmaen/ pemain /prbuat/ perbuat /mmasa?/ memasak /kkaseh/ kekasih

32

{s-}

/sbsa/ sebesar

(vi) Tiga akhiran dalam Bahasa Melayu {-kan} {-an} {-i} /blikan/ belikan /pujian/ pujian /mileki/ miliki

(vii) Lima imbuhan apitan dalam Bahasa Melayu {m...kan} {kan} {pan} {peran} {mi} /mnjalankan/ menjalankan /krajinan/ kerajinan /pnajian/ pengajian /prslisehan/ perselisihan /mnidori/ meniduri

Kelainan-kelainan lain yang ketara di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu ialah dari aspek sisipan. Dalam subdialek Kota Bharu hanya terdapat dua sisipan sahaja iaitu {-l-} dan {-m-} seperti dalam /glta/ geletar dan /tmu o/ temurun, manakala dalam Bahasa Melayu terdapat tiga sisipan iaitu {-em-}, {-el-} dan {-er-} seperti dalam /gmu oh/ gemuruh, /tlunju?/ telunjuk dan /g igi/ gerigi. Di samping itu, dalam subdialek Kota Bharu tidak terdapat akhiran {-kan} dan imbuhan apitan {mkan}dan {pran}, sedangkan dalam bahasa Melayu terdapat unsur tersebut. Kelainan yang ketara dalam bidang ini iaitu di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa
33

Melayu ialah tentang suprafiksa kepanjangan konsonanan yang banyak sekali terdapat dalam subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. (III). Kekerapan Penggunaan Morfem Terikat Dari segi penggunaan morfem-morfem terikat, didapati kekerapan subdialek Kota Bharu tidak setinggi seperti dalam Bahasa Melayu. Dibandingkan di antara morfem-morfem terikat awalan, akhiran, imbuha apitan dan suprafiksa kepanjangan konsonan didapati suprafiksa kepanjangan konsonan lebih kerap digunakan oleh penutur subdialek Kota Bharu, sedangkan penutur Bahasa Melayu tidak menggunakan bentuk tersebut. Penggunaan imbuhan apitan sangat terhad dalam subdialek Kota Bharu dan kebanyakkan kata yang mengandungi imbuhan apitan yang digunakan oleh penutur-penutur subdialek Kota Bharu merupakan kata-kata yang diambil dan disesuaikan daripada Bahasa Melayu. 3.3 Kelainan dalam Bidang Ayat Kelainan yang terdapat dalam bidang ayat di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu wujud dalam aspek-aspek yang berikut: i. ii. iii. Susunan ayat pasif. Susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat. Susunan kata kesangatan dalam ayat.

3.3.1 Susunan ayat pasif Ayat pasif dalam subdialek Kota Bharu didapati mempunyai susunan yang berlainan daripada ayat pasif yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Ayat pasif dalam subdialek ini tidak
34

menggunakan di pasif sebelum kata kerja transitif seperti yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Bentuk ini juga tidak menggunakan kata oleh sebelum pelaku. Ayat pasif dalam subdialek Kota Bharu mempunyai tiga susunan yang berlainan: (i) Ayat pasif yang menggunakan kata emfatik /n /an / sebelum kata kerja transitif dengan diikuti oleh kepanjangan konsonan sebelum pelaku seperti dalam ayat: //kambe kn mak ima// kambing dimakan (oleh) harimau. (ii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /di/d/ sebelum pelaku seperti dalam ayat: //ula kn kat ? di mama?// ulat itu dipukul (oleh) Mamat. (iii) Ayat pasif yang menggunakan kata depan /k / sebelum pelaku seperti dalam ayat: //kasu? Tu kn paka k diy // kasut itu dia pakai, oleh dia.

3.3.2 Susunan Kata Aspek /d h/ sudah dalam ayat Dalam subdialek Kota Bharu, susunan kata aspek /d h/ sudah dalam ayat adalah berlainan daripada yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Kata aspek /d h/ sudah dalam subdialek ini hadir selepas kata kerja, sedangkan dalam Bahasa Melayu bentuk tersebut hadir sebelum kata kerja. Berikut diberikan perbandingan susunan kata aspek /d h/ dalam ayat di antara subdialek Kota Bharu dengan Bahasa Melayu: Kota Bharu i. //amb mak d h// Bahasa Melayu saya sudah makan
35

ii. iii.

//k j kit siya? d h// //p ? ci? Lab d h//

kerja kita sudah siap pak cik sudah melabur

3.3.3 Susunan Kata Kesangatan dalam Ayat Dalam subdialek Kota Bharu, kata kesangatan hadir hanya selepas adjektif atau kata yang hendak ditambah kualitinya itu, sedangkan dalam Bahasa Melayu lazimnya hadir sebelum adjektif, tetapi terdapat juga selepas kata yang hendak ditambah kualitinya. Sebagai contoh: Subdialek Kota Bharu i. ii. iii. //bud ? tu bae? sana?// //zainun tido lam sungoh// //siti panda bna mnaji// Bahasa Melayu budak itu sangat baik zainun tidur sungguh lama siti pandau benar mengaji

3.4 Kelainan dalam Bidang Leksikal Oleh sebab subdialek Kota Bharu merupakan satu daripada dialek-dialek Bahasa Melayu, maka banyak sekali kata-kata atau unsur-unsur leksikal dalam subdialek Kota Bharu yang sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelainan dalam bidang leksikal seperti berikut: i. Kata-kata yang ada dalam subdialek Kota Bharu tetapi tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. ii. Kata-kata yang terdiri daripada satu suku kata. Mengikut Ismail Hussein, pengaruh daripada bahasa Thai telag menyebabkan timbulnya kemiripan untuk menunggalkan suku
36

kata di dalam kata-kata yang bersuku kata dua. Beliau juga menerangkan bahawa peminjaman unsur-unsur leksikal daripada bahasa Thai banyak sekali berlaku dalam subdialek Kota Bharu. iii. Kata-kata daripada Bahasa Melayu yang disesuaikan dalam subdialek Kota Bharu. Dialek Kelantan mempunyai banyak kata yang sama dengan bahasa Melayu, tetapi kata-kata tersebut mempunyai erti yang berlainan sama sekali dengan Bahasa Melayu.

4.0 PERKATAAN DALAM SUBDIALEK KOTA BHARU YANG TIDAK TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU Dalam subdialek Kota Bharu, terdapat banyak perkataan yang tidak terdapat dalam Bahasa Melayu. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai maksudnya tersendiri dan sering digunakan dalam pertuturan orang Kelantan. Berikut merupakan senarai beberapa perkataan tersebut: Subdialek Kota Bharu [hunga] [n ] [nepen] [kleh] [k ] Bahasa Melayu lari kelapa iklan tengok kukur kelapa

37

[t ?se] [kk c ?] [jjla] [t] [go?] [iga?] [j ?o] [s ?m ] [ ya?] [kaw ] [mango?] [bd ? h] [ ?] [no] [l ?] [jjabe] [ddebe]

tidak mahu cakap lahap pukul reban tangkap redup selalu beritahu saya sombong melampau tahan/sabar buai biar plastik samseng

38

[glna] [r ?] [gg j h] [temb ?] [slu?] [nnpoh] [dm ] [c ?] [l ni] [k h ] [mul ] [dnuh] [rn] [r ba] [g ?] [lmb ?] [sl ?]

mengada-ngada belukar bertumbuk jalan raya air lecah melecet awak cangkul sekarang perlahan/semakin dahulu di sana tenaga pemadam pengasah pensel tilam kunci

39

[g w ] [bld ] [cacc ] [kal ] [kala] [g t] [s ?] [bda] [kute] [k ja] [tel ] [bel ?] [s y k] [kaet] [snda] [jan ?] [snje?]

kekasih agar-agar berdiri pensil pensil warna uli laci pukul cubit perasan pelat bengkok koyak petik sekat/tahan bergaya lembab

40

[j l ] [nnl ] [agah] [pij h] [so? h] [ike k on] [ccol?] [ttujup] [po?k ] [sa?soba] [ko?] [nja] [samah] [na?n ] [be?w h] [toho?] [ ukah]

ya/betul tingkap bongkak ketayap senak ikan cencaru rojak pepatung mengkarung absorber sekeh tendang lima puluh sen kesian kenduri buang panjat

41

[cuw h] [ete?] [tpoh] [tube?] [kla in] [klikpah-klikpah] [nntin] [ceb ?] [pata?] [sija] [ja?] [deh] [bo?bon] [bbal h] [gg] [poz?] [nub]

curah juga langgar keluar kesat terpinga-pinga melantun cedok paling bawah sembuh opocot! ok? sejenis musang kelahi bising deposit menyelerakkan

42

[mole?] [tpe?] [kope?] [ttij ?] [juh] [cto] [le?cu] [cuweh] [sn ti] [s ] [acu] [t buh] [slo?] [bj o?] [gano] [gendon] [bakp ] [gitumolalu]

baik/betul-betul tampal payudara menangis ekzos gayung air gincu cuit benar/sunguh satu cuba serkup tergamam kuyup bagaimana bonceng kenapa lebih-lebih
43

[mt ] [tbolh] [nengen] [nusu?] [mujo] [d] [par ?] [kpe?]

jahat cuai dudyk dalam keadaan yang senget menyorok nasib dapat jenuh kemek

5.0 CERITA RAKYAT ( HIKAYAT RAJA DONAN ) Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu. Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah. Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir bersama puteranya, sebilah pedang di tangan kanan, sebiji telur di tangan kiri dan selaras senapang di bahu kanan. Puteranya diamakan Raja Donan atau turut dikenali dengan Awang Donan. Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik atau buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat
44

baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka berdua dengan penuh kasih sayang. Setelah meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja Donan. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan membuat seruling, dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja Donan telah memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang buta menjadi celik. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling. Pada waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling. Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Setelah meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin nutk membantu ayahandanya. Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan berjaya
45

membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketujuh-tjuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan buaya putih. Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan kembali ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di atas sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul keturunannya. Pada masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya. Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan oleh anakandanya Raja Donan. Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya. Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat iaitu penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga gagal kerana Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus.

46

47

5.1 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN #kisah brlaku di Guno Mandi Aen ja diprintah oleh Raj Mado B su # Baginda dikurni?akan sora putr ja laher dnan pnuh kaja?iban # apabil dilaherkan // putran jatuh k tikar // tikar koja? // jatuh k lantai // lantai patah dan axirna jatuh k tanah # kmudian diambel oleh Bidan Nan Tujuh # laher brsam putran // sbilah pdan di tanan kanan // sbiji tlor di tanan kiri dan slaras snapan di bahu kanan # putran dinamkan Raj D nan # # raj Madon mmangel Nujum Nan Tujuh k istan unto? mnile? Naseb bae? atau buro? putran # nam ran nujum mmbuat tile?an Raja D nan akan mmbaw clak kpad ngri Gunon Mandi Anen # manakal Nujum Nan B nsu mnile? Raja D nan akan mmbaw tuah kpad ngri Gunon Mandi Anen # raja Madon B nsu prcaj kpad tile?an nam ran nujum dan mnambel kputusan untu? mmbunoh putran # namun hasrat baginda tida? ksampai?an krane dihalan oleh Tmngon Bndahar dan Ma? Inan Tanda Pnasoh # raja D nan dibaw mnmbar k Pulau Smbilan dan diplihar disan oleh mrek brduwa dnan pnoh kaseh sajan # # stlah mninkat rmaj // raj D nan mnban buloh untu? mmbuat srulen di tpi sbatan sunai // namun tida? brjaj # ktika itu datan s?ekor gaga? Btin jan but brsam s? ekor ana?n k tmpat raja D nan # buron gaga? Brstuju untu? mnajar raj D nan mmbuat srulen dnan sarat raja D nan mmbrikan kra? nasi kpade ana?n # raj D nan tlah mmukol mat gaga? Dnan kra? nasi dan dnan ta?der tuhan // mat gaga? jan but mnjadi cle? # kmudi?an buron gaga? Mnajar raj D nan car mmbuat srulen # gaga? mnuroh raj D nan mnban buloh dan dicampa?kan k air dan mnambel buloh jan hanut k hulu sunai untu? dibuat srulen #
48

# pad wa?tu malamna // raj D nan mmbakar g be? untu? mnelar buloh srulen # ktika itu raj D nan trdnar buni dntuman bdil dari arah ngri ajahandn jan mmbri alamat bahaw ngri Gunon Mandi Anen diancam musoh # stlah mminta izen daripad Tmngon Bndahar dan Ma? Inan Tanda Pnasoh // raj D nan mlayan a?ib k ngri Gunon Mandi Anen unto? mmbantu ayahandne # # brlaku prtarunan hebat antar raj Madon B nsu dnan raj Mamban Nan Tujoh # raj Madon B nsu brjaj mmbunoh Mamban Nan Tuw brsam lim lagi raj mamban # ttapi axirn raj Madon B nsu brjaj dibunoh pula oleh raj Mamban Nan B nsu # raj D nan kmudi?ana brpura-pura ba? Sbagai satu muslihat unto? mmbunoh raj Mamban Nan B nsu # raj D nan mnjadikan raj Mamban Nan B nsu sbagai bap ankatne dan blajar ilmu prsilatan dnanne # ktika blaja brsilatlah raj D nan brjaje mmbunoh raj Mamban Nan B nsu # ktujoh-tujoh bankai raj Mamban Nan Tujoh dijadikan makanan bu?aj puteh # # sblom pulan k Pulau Smbilan // raj D nan tlah mnhidopkan kmbali ajahandne jan mati dibunoh raj Mamban Nan B nsu # majat ajahandn dilta?kan diatas sbidan tikar puteh dan kaen puteh # kmudian brsru-sru kpad Allah S.W.T dan mmbanketkan asal usol kturunann # pad mas jan sam // raj D nan mnabor bras puteh sbana? Tig kali dan mnenkan lidi niur gaden kpad majat ajahandn # # prmaisuri tlah mmbritahu raj Madon B nsu bahaw baginda tlah dihidopkan oleh ana?andn raj D nan # raj Madon B nsu insaf dnan ksilapan jan tlah dilakukan dan brhasrat unto? mncari ana?andn # baginda brankat k Pulau Smbilan dan brjump dnan tig ran pmukat i?aitu pnamaran raj D nan // Tmngon Bndahar dan Ma? Inan Tand Pnasoh # stlah gagal brtmu dnan ana?andn // raj Madon B nsu pulan smul k ngri
49

Gunon Mandi Anen # raj Madon B nsu prgi kali kduw k Pulau Smbilan unto? mncari dan inin brtmu dnan ana?andn # namun // usahn jug gagal kran raj D nan // Tmngon Bndahar dan Ma? Inan Tand Pngasoh mnjlm mnjadi gabus #

50

5.2 TRANSKRIPSI HIKAYAT RAJA DONAN Dialek Kelantan [ # kisoh ni jaddi di Gunu Mandi Ai h ?dip it h oleh aj Mado B su # bagind buleh put jate h ?b an ?de ajae? # mas b an ?// put tu jatoh atah tika // tika soj ?// jatoh atah lata // lata pat h pahtu jatoh ttan h # nj ame? k to? Bid # put tu b ano? sekali de pde tta kan // sbute tlo tta ki ri // bde bbahu kan # nam put tu aj D n # # aj Mado B su page nujum nan tujoh tile? nase? put tuh # nn nujum kat

aj D n ak b w ?clak k ng i Gunu Mandi Ai # so nujum kato b w ?tuw h # aj Mado B su ccaj k nn nujum dan dij n ?bunuh put tuh # tapi t ?jadi bunuh sba? Tmngon Bndaha M ?In Tand Pnasoh t ?se wi # dem b w ?aj D ne gi Pula Smil // pe kaseh saj # # aj Don po bsa // aj Don tb buloh n ?wa? s ule ttpi sua tapi t ?jjadi # mas tu ma i sek bu o gag ?ttin h ?but an ?dij # bu o gag ?n ?aja aj Don

tapi aj Don kn wi k ?nasi? k an ?dij # aj Don beh mat gag ?pahtu gag ?tu po cle? # pahtu // gag ?su oh h ?hanu? di hulu # # mal tu // aj Don baka gobe? // n ?sla buloh s ule # mas tu aj Don da bbuni bde da i ng i aj h dij # ma?n n ng i aj h diy kn s musoh # aj Don mit ? ize Tmngon Bndaha M ?In Tand Pnasoh // pahtu ga?e? # # aj Mado B su pp aj Mamb Nan Tujoh # aj Mado B su bunuh aj aj Don tb buloh pahtu cap ?ddal a?e // pahtu ame? buloh

Mamb Nan Tuw limo lagi aj Mamb # tapi lah kali // aj Mado B su kn bunuh k
51

aj Mamb Nan B su # aj Don po wa? l l ?bba?e? aj Mamb Nan B su # dij wa? aj Mamb Nan B su jjadi aj h aka? dij // pahtu dij blaja ssila? aj h aka? dij tu # mas blaja ssila? tu // aj D n bunuh aj Mamb Nan B su # maja? tujoh-tujoh aj Mamb tu jjadi maknn b j puteh # # bblo bale? k Pula Smil // aj D n wa? p rido? aj h diy mula # aj D n lt

?aj h diy atah tika puteh # pahtu aj D n s u-s u k Allah S.W.T pahtu bbake? asa uso ketu on dij # maso tu jug ?aj D n tabo b ah puteh tig kali // wat kn lidi n di maja? aj h dij # # prmaisu i ja? ko aj Mado B su // aj D n wa? p rido? aj Mado B su # aj Mado B su insa? Pahtu b aja? n ?ca i an ?dij mula # bagind g Pula Smil pahtu jjup tig mmuka? // padaha aj D n // Tmngon Bndaha M ?In Tand Pnasoh nnnama jadi pmuka? tu # aj Mado B su o kle? # aj Mado B su gi kali keduw tapi d ?jjup jugo? sba? Dem nnnama jadi gabuh # ]

52

6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa dari segi fonologinya subdialeksubdialek Kelantan, sungguhpun berbeza di antara satu sama lain, perbezaan-perbezaan tersebut tidak begitu banyak. Ini bermakna bahawa dibandingkan dengan dialek-dialek lain di Semenanjung, dialek Kelantan memperlihatkan keseragaman yang agak tinggi khususnya dalam bidang fonologi. Tidak dinafikan bahawa di kawasan-kawasan sempadan terdapat ciri-ciri perbauran antara dialek Kelantan dengan dialek-dialek lain, misalnya dengan dialek Patani (di sebelah Utara), dialek Perak (di sebelah Barat), dialek Pahang (di sebelah selatan) dan dialek Terangganu (di sebelah tenggara). Kadar keseragaman yang agak tinggi itu mungkin disebabkan oleh kekurangan kemasukan ciri-ciri dari luar. Jika kita melihat kembali kepada sejarah kependudukan Kelantan, kita sudah sedia maklum bahawa negeri ini banyak mengeksport orang-orangnya ke negeri lain untuk berdagang dan mencari nafkah, sedangkan arud dari luar ke arah dalam itu kurang. Faktor lain yang boleh menyumbang kea rah keseragaman ini boleh juga dikaitkan dengan wujudnya pusat budaya yang berpengaruh sejak berabad-abad lamanya iaitu yang terletak di sebelah utara seperti Kota Bharu atau di sekitarnya. Dengan hal yang demikian, segala perubahan yang berlaku di pusat itu mempengaruhi perubahan-perubahan di pusat lain, dan ini mengurangkan jurang perbezaan. Walau bagaimanapun, melihat betapa dekatnya subdialek-subdialek Bachok, Pasir Puteh dan Machang dengan subdialek Kota Bharu dibandingkan dengan subdialek-subdialek Pasir Mas dan Tumpat, kita berkecenderungan untuk menimbulkan dua subkawasan utama yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan, iaitu subdialek utara dan subdialek selatan.
53

Setiap subkawasan utama itu dengan sendirinya terdiri daripada subkawasan-subkawasan yang lebih kecil. Dalam perbandingan subdialek Palekbang dan Kampung Laut dengan subdialek Kota Bharu, didapati bahawa ada kalanya yang satu berkongsi ciri yang sama dengan subdialek lain, dan ada kalanya tidak. Demikian juga sebaliknya. Ini merupakan bukti kesinambungan dan penyimpangan antara subdialek, di samping bukti bagi perhubungan antara penutur-penuturnya.

54

7.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd. Abdul Hamid Mahmood. 2002. Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Media Printext (M) Sdn.Bhd. Asmah Haji Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. en.wikipedia.org/wiki/Kota_Bharu http://www.kelantan.gov.my/ http://en.wikipedia.org/wiki/Kelantan James T Collins. 1996. Khazanah Dialek Melayu. Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia. www.hoteltravel.com/malaysia/kelantan/kota_bharu_map.htm

55

Anda mungkin juga menyukai