Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA KOTA BHARU, KELANTAN.

PSV 3105

KUMPULAN 4: JUPERSILA BT PURISILI G.MARYSIAH MICHAEL ASANG NUR SYAHMIMI BT IBARAHIM UMMAIRA BT PAUZI

ISL INDIVIDU: JUPERSILA BT PURISILI

TAJUK: Secara Individu Hasilkan Pengisian Folio Mengikut Urutan Proses Kreativiti Daripada Mana-Mana Aktiviti/ Kagiatan Sesuatu Bidang.

BIDANG 4: BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL PROSES PEMBUATAN BATIK 1.0 Pengenalan Batik adalah hasil karya seni daripada lakaran lukisan yang dibuat di atas kain dengan menggunakan canting yang diisi dengan lilin cair. Apabila selesai membuat lakaran di atas kain, ia akan diwarnai dengan menggunakan pelbagai perwarna mengikut cita rasa pembuat sehingga mereka menghasilkan karya seni mereka di atas kain dengan pelbagai gambar, corak dan bentuk. Menurut catatan sejarah, sejak seawall abad ke-15 Masihi lagi, manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada waktu itu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan sejak tahun 1910 dan ia berasal daripada Republik Indonesia dan ianya dinamakan Batik kerana berasaskan perkataan Jawa Tik yang bermaksud menitik atau tititk-titik. Batik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti batik tulis, batik cap, batik sablon, batik printing (menggunakan mesin) dan batik remukan.

2.0 Bahan dan Alatan Pembuatan Batik 1. Kain Kain yang digunakan sama ada ia jenis kain biasa (keras sedikit dan biasanya digunakan untuk mengajar di institut-institut) atau jenis kain licin (crepe silk yang digunakan oleh pembuat batik). 2. Pensel Pensel digunakan untuk membuat lakaran batik. Pensel digunakan untuk membuat reka bentuk untuk di corak kemudiannya menggunakan cairan wax/ lilin. Pensel biasanya digunakan oleh penuntut-penuntut manakala bagi pembuat bati yang telah mahir terus sahaja mencorakkan reka bentuk menggunakan wax dan penggunaannya tertakluk kepada pembuat batik itu sendiri. 3. Canting-canting Canting diperbuat daripada bambu (buluh), berkepala tembaga serta bercerat/bermulut dan berfungsi seperti sebatang pen. Canting digunakan untuk menyiut wax yang cair dan panas yang dipakai sebagai bahan penutup atau pelindung (perimeter) terhadap zat warna.

Gambar 1: canting-canting 4. Papan (tempat untuk menyampirkan kain) Digunakan untuk memudahkan lakaran dibuat menggunakan canting sekaligus memudahkan ketika dalam proses mewarna kain tersebut. 5. Dye (warna) Dye ialah perwarna khas yang dinamakan Dye Batik. Pewarna ini adalah kenis serbuk yang dicampur dengan sedikit air untuk menghasilkan warna yang diinginkan. 6. Lilin (wax) Lilin (wax) yang digunakan adalah jenis yang solid. Wax ini dimasak dan dibiarkan cair dengan sendirinya. Semasa memasak wax ini, keadaan api atau suhunya tidak boleh terlalu panas. Ia harus dibiarkan dengan suhu yang sederhana sahaja, sebagai contoh jika suhu maksima adalah 12 degree celcius, biarkan suhunya menjadi 5 degree celcius sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan keluarnya asap yang tebal ketika melakar batik tersebut. 7. Tambak kecil (untuk memanaskan wax) Tambak kecil digunakan untuk memanaskan wax.

3.0 Proses Pembuatan Batik. Langkah 1: kain direntangkan di atas papan yang telah disediakan. Kemudian, ditarik dari hujung ke hujung untuk menegankan kain tersebut bagi memudahkan proses seterusnya, iaitu membuat lakaran.

Gambar 2: kain direntang di atas papan

Gambar 3: kain ditarik dari hujung ke hujung papan

Gambar 4: paku latuh digunakan untuk menegangkan kain.

Langkah 2: Kain dilukis design / lakaran menggunakan pensel (lakaran adalah bebas, mengikut kreativiti dan citarasa pembuat itu sendiri).

Gambar 5: pembuatan lakaran batik biasanya menggunakan pensel

Langkah 3: Setelah kain selesai dilakar, dengan menggunakan canting yang diisi dengan wax (lilin yang cair), design yang dibuat tadi dilapis . diikuti lagi lakarannya (tujuan penggunaan wax adalah supaya ketika diberikan pewarna ke atas kain, bahagian yang dilukis menggunakan wax tidak akan terkena atau terkeluar).

Gambar 6: wax (lilin) yang dipanaskan sehingga cair disiut menggunakan canting.

Gambar 7: wax dalam canting dilakarkan di atas kain.

Gambar 8: contoh lakaran bebas yang dibuat Langkah 4: Permukaan yang kosong kemudiannya diisi dengan dye (warna). Warna yang dipilih adalah bebas mengikut citarasa.

Gambar 9: Dye (warna) disapukan di dalam lakaran yang telah dibuat

Langkah 5: Selesai mewarna, hasil pembuatan batik hendaklah dikeringkan (minimum 24 jam).

Gambar 10: karya hasil batik yang dibuat oleh pembuat batik

Langkah 6: Bagi batik rekaan atau bukan untuk dijual, batik yang sudah dikeringkan tadi kemudiannya digosok menggunakan seterika (tujuannya ialah untuk menghilangkan lapisan lilin). Bagi batik yang dijual atau akan dikomersilkan, batik yang sudah dikeringkan itu kemudiannya direbus dengan air panas selama beberapa minggu (tujuannya sama seperti batik yang bukan untuk dijual. Ianya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga tulisan lilin yang ditulis sebelumnya dapat dilihat dengan lebih jelas).

Gambar 11: batik yang telah ada di pasaran.

Anda mungkin juga menyukai