Anda di halaman 1dari 13

1.

Pengenalan
Khurafat merupakan salah satu bentuk penyelewengan aqidah dalam Islam. Perbuatan

ini telah mengalih pergantungan manusia daripada khalik kepada makhluk. Di dalam AlQuran banyak terdapat ayatayat yang menyeru manusia supaya bergantung kepada Allah semata-mata dan menolak kepercayaan kepada selainnya. Perkataan Khurafat berasal dari perkataan Arab yang bermaksud cerita bohong, dongeng, tidak masuk akal dan tahyul. Khurafat juga merupakan perbuatan dan kepercayaan karut yang telah dianggap mempunyai kaitan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan akidah dan konsep tauhid. Khurafat mengikut Kamus Dewan edisi empat (2007), Kepercayaan karut yang diada-adakan kepada perbuatan perbuatan dan kejadian alam yang berlaku. Mengikut Kamus Arab pula disebut, al-Mujam al-Wasit iaitu cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta. Mengikut Kamus Marbawi pula Khurafat merupakan cerita karut marut. Khurafat bemaksud sesuatu yang dipetik atau cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu perkara yang tidak masuk akal atau sesuatu perkara yang dusta tetapi menarik. Khurafat juga merupakan cerita rekaan atau khayalan,pantang larang, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Secara jelasnya Khurafat merupakan segala amalan yang melibatkan perbuatan, cerita, ungkapan konsep, prinsip atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan boleh mendatangkan kebahagiaan dan kemudaratan kepada seseorang. 1.1 Khurafat Zaman Jahiliah Perbuatan khurafat ini telah bermula semenjak zaman Jahiliah lagi, iaitu zaman di mana manusia hidup dalam kegelapan dan kesesasatan. Masyarakat Arab Jahiliah terkenal dengan amalan yang bercanggah dengan syarak. Kehidupan mereka dipenuhi dengan amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang amat ditegah oleh agama Islam . Banyak perkara-perkara tahyul dan khurafat menjadi amalan mereka dalam kehidupan seharian. Pada zaman jahiliah, mereka yang ingin bermusafir akan melakukan satu perkara khurafat iaitu melepaskan seekor burung sebelum bermusafir, jika burung itu terbang ke kanan atau keatas maka ia akan

meneruskan musafir kerana kononnya ia membawa alamat baik. Tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, mereka akan menangguhkan pemergian kerana ditakuti akan ditimpa bala dan malapetaka. Terdapat juga orang Arab yang ingin bermusafir menggunakan busar panah, sekiranya busar yang dilepaskan meluncur arah ke kanan, ianya merupakan petanda baik dan sekiranya menghala ke kiri merupakan petanda buruk. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Mengikut Abu Nuaim didalam Hilyah al-Auliya Imam al-Syafii pernah berkata, Dahulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan menganbil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia erbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menggangap sial dan berpatah balik. Maka apabila nabi Muhammad diutuskan ,baginda menyeru orang ramai : kekalkan burung pada sarangnya. Ini bererti burung tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu yang akan berlaku. Sesetengah daripada mereka juga menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang mendesak. Kebanyakkan orang Arab Jahiliah telah beranggapan bahawa terdapat sial pada Bulan Safar. Mereka telah beranggapan bahawa bulan Safar merupakan bulan Allah menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu dalam bulan tersebut banyak kecelakaan akan berlaku terutama pada hari Rabu terakhir Bulan Safar, sebagai contoh dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikutnya tidak meninggalkan rumah melainkan benar-benar perlu. Dalam kitab tersebut ada menyatakan Syaikh tarekat itu meramalkan: Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Sesiapa yang mengekalkan adat tersebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa. Khurafat ini masih lagi terdapat dan diamalkan oleh segelintir masyarakat pada masa kini. Terdapat masyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran dengan sungai dan pantai akan mengadakan mandi safar yang kononnya boleh menolak bala. Di samping itu tedapat juga yang cuba mengelak untuk mengadakan kenduri pada bulan Safar kerana kononya jodoh tidak akan berpanjangan dan susah untuk mendapat zuriat. Arab Jahiliah juga mengamalkan penggunaan tangkal dan azimat dalam kehidupan mereka. Mereka menggunakan tangkal untuk tujuan perlindungan atau penyembuhan dari sesuatu

penyakit. Tangkal ini digantung pada badan atau disimpan pada tempat-tempat yang tertentu, kononnya dapat membantu mereka melawan perkara=- buruk dan melawan penyakit yang dihidapi. Amalan khurafat yang seterusnya ialah amalan membuang ancak. Ancak ialah memberi makan atau "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau jembalang-jembalang keturunan. Perbuatan membuang ancak ini kebiasaannya dilakukan di pantai-pantai atau di sugai-sungai tertentu.

1.2. Ciri-ciri Khurafat Di antara ciri-ciri khurafat ialah: 1. Bersumberkan kepada kepercayaan dan bercanggah dengan ajaran Islam 2. Mengandungi cerita-cerita rekaan , mitos dongeng dan karut-marut. 3. Amalan yang tidak disandarkan kepada nas-nas Syarak iaitu Al-quran dan Hadis. 4. Menggunakan barang-barang tertentu atau objek bersalahan dengan tujuan asalnya seperti keris , batu permata , kubur dan sebagainya yang digunakan untuk tujuan pemujaan. 5. Bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam 6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus. Khurafat memberi kesan yang besar terhadap orang Islam,antaranya, boleh merosakkan aqidah,t idak mempercayai Qada dan Qadar Allah, menjadi malas untuk berusaha, mudah berputus asa dan menambahkan amalan bidah dalam kehidupan seharian

Perbuatan khurafat merupakan amalan yan tidak berdasarkan dalil-dalil dan nas yang sahih.Segala amalan, perbuatan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumbersumber yang jelas seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan berdasarkan riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barang siapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

2.0 ANALISIS DALIL-DALIL NAQLI TENTANG KHURAFAT Perbuatan mengaitkan sesuatu musibah dengan bulan Safar adalah perbuatan yang tercela kerana segala perkara yang berlaku ditakdirkan oleh Allah SWT. Semua amalan yang dikhususkan sempena Bulan Safar tidak pernah diperintahkan oleh rasulullah dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat. Segala nasib malang dan keburukan hanyalah ditetapkan oleh Allah.Amalan masyarakat yang tidak mahu mengadakan kenduri perkahwinan dalam bulan safar kerana dikhuatiri pengantin tidak akan bahagia dan tidak akan mendapat zuriat dan jodoh mereka juga tidak akan berkekalan, adalah tidak benar sama sekali. Rasulullah juga telah menegaskan, segala tanggapan tentang bulan safar yang penuh dengan musibah tidak benar sama sekali. Baginda juga berpesan supaya umat Islam jangan sekalikali beriktikad sial atau nahas bulan safar dapat memudaratkan hidup manusia. Perkara ini berdasarkan Sabda Rasulullah S.A.W 2.1. Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar. (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a.) Di dalam hadis ini juga ada menyebut tentang tiada sial atau malang pada burung hantu. Masyarakat kita sekarang selalu mengaitkan bunyi burung hantu dngan kematian dan masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih mempercayainya. Perkara ini tidak benar sama sekali dan merupakan perkara khurafat yang harus di bendung dari terus merebak

dalam masyarakat kita. Kepercayaan boleh ditolak berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Araaf ayat 131: Maksudnya Ketahuilah ,nahas dan malang mereka itu ,hanya ditetapkan disisi Allah , akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Allah juga telah menyebut dalam firmannya yang lain dalam Surah At-Taubah ayat 51 : Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): tiada akan menimpa kami sesuatu selain daripada apa yang sudah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. Berdasrkan kedua-dua firman Allah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa Allah telah mentakdirkan sesuatu itu berlaku sejak azali lagi. Tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa takdir Ilahi . Segala perkara malang yang berlaku yang menimpa manusia adalah ketentuan Allah SWT bukan bergantung kepada hari atau bulan tertentu .Mengaitkan bulan safar dengan bencana dan kecelakkan adalah khurafat semata-mata. Mencela bulan tertentu seolah-olah mencela Allah kerana semua bulan adalah ciptaan Allah. Setiap bulan dalam Islam sekiranya dipenuhi dengan kebaikan akan dipenuhi dengan keberkatan. Perbuatan yang mengaitkan sesuatu perkara buruk yang akan berlaku, dengan ramalan buruk kerana sesuatu adalah bercanggah dan bersalahan dengan aqidah Islam dan boleh membawa kepada syirik. Umat Islam hendaklah sentiasa yakin bahawa setiap sesuatu yang belaku adalah dengan kehendak Allah .Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Taghaabun ayat 64. Ayat ini juga disokong oleh Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Abdullah Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah S.A.W bersabda Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah iatu ramalan buruk kerana sesuatu, maka dia telah berbuat syirik. Daripada Abdullah Ibnu Masud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

.
Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al- Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal. (Hadis Imam Abu Daud). Di dalam hadis ini menyuruh kita supaya sentiasa bertawakkal dan yakin dengan kekuasaan Allah.Umat Islam juga hendaklah sentiasa menghindarkan diri dari sebarang perbuatan syirik kerana syirik merupakan dosa besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah sebagaimana firmannya dalam surah An-nisa ayat 119. Masyarakat kita hari ini juga masih mengamalkan penggunaan tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat merupakan benda-benda yang digunakan untuk tujuan perlindungan atau penyembuhan dari sesuatu penyakit. Tangkal ini kebiasaanya digantung pada badan atau di simpan di tempat-tempat tertentu. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami, pemakaian tangkal ini selalunya bertujuan untuk mendapatkan kebaikan atau menolak keburukan .Perbuatan ini merupakan khurafat dan boleh membawa kepada syirik. Tegahan Allah mengenai penggunaan tangkal ini telah disebutkan dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir, bahawa satu kumpulan yang terdiri dari sepuluh orang datang menghadap Rasulullah, Sembilan orang telah mengaku taat setia kepada Rasulullah, tetapi Baginda enggan mengakui taat setia lelaki yang seorang lagi.Mereka pun bertanya sebab keengganan Baginda. Sabda Baginda sesungguhnya padanya ada tangkal. Maka orang itu pun memasukkan tanganya lalu memutuskan tangkal itu dan Rasulullah mengakui taat setia orang itu. Rasulullah S.A.W juga bersabda Sesiapa yang memakai tangkal dia telah melakukan kesyirikan. Berdasarkan hadis ini dan beberapa hadis lain perbuatan memakai tangkal ini hendaklah dijauhi oleh umat Islam.

Penggunaan jampi mantera untuk perubatan juga merupakkan khurafat yang ditegah oleh agama Islam kerana memohon perolonagan daripada jin dan hantu syaitan. Setiap orang Islam hendaklah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Memohon pertolongan selain dari Allah merupakan dosa besar yang akan membawa kepada syirik. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyeru umat Islam supaya sentiasa memohon dan bergantung

kepada Allah semata-mata, dan tidak bergantung kepada makhluk yang lain. Firman Allah Taala dalam surah Az-Zumar ayat 38: Maksudnya Katakanlah (kepada mereka)Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang sesuatu yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu, atau jika Allah memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatnya itu? Katakanlah lagi Cukuplah bagiku Allah, kepada Nya lah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri. Amalan menggunakan ilmu guna-guna bagi memikat lelaki atau perempuan juga masih lagi diamalkan dalam masyarakat kita. Perbuatan ini hendaklah sentiasa dijauhi oleh umat Islam kerana amalan tersebut merupakakan satu perbuatan khurafat dan syirik kepada Allah. Sabda Rasulullah: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik. Mempercayai atau memuja kubur-kubur lama, busut, pokok pokok besar yang dianggap sebagai sesuatu yang keramat dan terdapat segelintir masyarakat memohon pertolonan daripada benda-benda tersebut. Upacara untuk mendirikan rumah baru juga masih terdapat dalam masyarakat, antara upacaranya seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar .

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut.perkara ini merupakan satu perbuatan khurafat.

Perbuatan khurafat ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat kita masa kini. Perbuatan memohon sesuatu kepada benda tersebut dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah adalah bertentangan kepercayaan tauhid kepada Allah. Perkara seperti ini hendaklah sentiasa dijauhkan oleh seluruh umat Islam berdasarkan firman Allah dalam ayat 106 Surah Yunus:

Dan janganlah engkau(wahai Muhammad) menyembah atau memuja selain dari Allah, yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian,, maka pada saat itu jadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim ( terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Daripada dalil-dalil naqli yang dhuriakan di ata jelaslah bahawa amalan khurafat adalah satu perbuatan syirik yang merosakkan Aqidah umat Islam dan perlu dijauhi serta perlu ditegah dengan sekeras-kerasnya. Perbuatan syirik ini merupakan dosa yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 116 Maksudnya Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya dengan sesuatu dan akan mengampunkan dosa selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakinya , sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu , sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh surah An-Nisa ayat 116

3.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MENANGANI KHURAFAT Guru pendidikan mempunyai peranan yang amat besar dalam masyarakat. Peranan guru Pendidikan Islam tidak hanya dalam ruang lingkup sekolah sahaja ,bahkan turut berperanan dalam membentuk aqidah masyarakat. Peranan Guru pendidikan Islam semakin mencabar dalam era globalisasi ini. 3.1. Guru Pendidikan Di Sekolah Peranan Guru Pendidikan Islam dalam ruang lingkup sekolah ialah memberi kefahaman yang bersungguh- sungguh kepada murid-murid semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, terutamanya kepada pelajar tahap 2. Dalam sukatan pelajaran Tahun 6 terdapat tajuk yang berkaitan dengan syirik, dosa kecil dan dosa besar, Guru pendidikan Islam hendaklah memberi penekanan yang lebih pada tajuk-tajuk tersebut supaya dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar. Guru Pendidikan Islam hendaklah mengaitkan tajuk-tajuk tersebut dengan perbuatan khurafat yang berlaku dalam masyarakat dan persekitaran mereka seperti gagak bertenggek di rumah adnya petanda buruk.Guru perlu menegaskan perbuatan ini

merupakan khurafat semata-mata dan perlu dijauhi.Guru Pendidikan Islam perlu juga menjelaskan perbuatan mengunjungi kubur dan memohon sesuatu pada kubur merupakan satu khurafat dan perlu dijauhi. Murid-murid perlu faham khurafat merupakan syirik dan satu dosa besar. Murid yang mempunyai kefahaman yang jelas tentang pengajaran guru, akan dapat menerangkan kepada ahli keluarga tentang keburukan amalan khurafat ini. 3.2 Guru Pendidikan Islam dan Masyarakat Guru Pendidikan Islam mesti bergiat aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan dan perlu mesra dengan masyarakat setempat. Hubungan yang baik dengan

sentiasa bergaul

masyarakat setempat ini dapat memudahkan guru tersebut melihat dan menegur sesuatu perbuatan yang merosakkan aqidah atau perbuatan khurafat dalam masyarakat. Dalam masyarkat kini, masih terdapat perbuatan memakai tangkal azimat di pinggang, pergelangan tangan ,di leher atau digantung didepan pintu rumah, perkara sepertu perlulah ditegur dan dinasihati dengan baik oleh GPI. Upacara lenggang perut dan persiapan semasa menyambut kelahiran bayi dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal bercanggah dengan akidah Islam dan perlu juga ditegur oleh GPI dengan berhemah. Hubungan yang mesra dengan masyarakat memudahkan mereka menegur segala kepincangan aqidah dalam masyarakat. Guru Pendidikan Islam mestilah terlibat secara langsung dalam aktiviti keagamaan seperti Majlis doa selamat, Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil dan pelbagai aktiviti keagamaan masyarakat setempat. Penglibatan dalalam aktiviti sebegini membolehkan guru Pendidikan Islam menjadi Daie secara tidak langsung dan boleh menegur sebarang kepincangan yang berlaku dalam masyrakat. Guru Pendidikan Islam juga hendaklah memimpin majlis tahlil dan kenduri arwah di dalam masyarakat. Dalam majlis seperti ini, GPI boleh berperanan sebagai daie dengan menegur secara berhemah perkara-perkara khurafat yang masih diamalkan. Contohnya: Semasa seseorang meninggal dunia bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat yang baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk

kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur. Perkara-perkara seperti ini perlu diperbetulkan kerana ianya merupakan amalan khurafat yang perlu dibendung. Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam. Mengadakan kenduri selepas kematian dibolehkan tetapi tidak boleh mengira hari-hari tertentu kerana merupakan perbuatan khurafat dan mengikut kepercayaan Hindu. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab memperbetulkan pegangan tersebut semasa majlis kenduri tersebut.

3.3 Peranan sebagai pemimpin masyarakat Guru pendidikan Islam juga hendaklah sentiasa ke depan atau menjadi pemimpin di dalam masyarakat. Mereka hendaklah menjadi pemimpin di surau-surau atau masjid dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Imam atau ahli jawatankuasa surau atau masjid. Jawatan yang dipegang di dalam organisasi masjid atau surau memudahkan seseotang GPI membuat perancangan bagi memantapkan ilmu agama dan aqidah umat Islam. Perancangan program untuk memantapkan aqidah ini akan menjadi mudah kerana Guru Pendidikan Islam mempunyai kepakaran dalam bidang agama. Mereka dapat menjadi daie atau pendakwah secara tidak langsung. Program-program seperti ceramah, seminar dan halaqah boleh dijalankan bagi membantu memperbetulkan aqidah umat Islam daripada amalan khurafat. Di dalam masyarakat juga Guru Pendidikan Islam boleh menjadi sebagai daie dengan cara menyampaikan ceramah atau kuliah di masjid atau surau . Mereka boleh menyampaikan Kuliah Maghrib, kuliah Subuh dan majlis ilmu di masjid atau surau. Tentunya program seperti ini dapat membantu memantapkan aqidah dikalangan umat Islam setempat.

3.4 Guru Pendidikan Islam dan teknologi. Guru pendidikan Islam boleh bertindak sebagai daie dengan menguasai teknologi maklumat. Guru Pendidikan Islam hendaklah mendalami ilmu ICT untuk menyebarkan dakwah melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter bagi membendung gejala khurafat yang masih berleluasa di dalam masyarakat kita .Antara pendakwah yang terkenal dan aktif di laman social ialah Ustaz Azhar Idrus yang telah menjadi ikon anak muda dalam bidang agama. Penggunaan jaringan laman social memudahkan penyebaran dakwah secara cepat dan

berkesan . GPI hendaklah mengikut jejak langkah pendakwah yang telah berjaya menyebarkan dakwahnya melalui laman sosial dan blog. 3.5. Kerjasama dengan pihak berkuasa. Guru Pendidikan Islam juga bertanggungjawab membantu pihak berkuasa agama memantau kawasan-kawasan yang sering melakukan perkara-perkara khurafat seperti membuang ancak, upacara mandi safar, mengunjungi kubur-kubur yang di anggap keramat dan sebagainya. Sekiranya terdapat perkara khurafat dilakukan, guru Pendidikan Islam bertanggungjawab melaporkan kepada pihak berkuasa untuk sama-sama membasmi amalan khurafat tersebut. Guru Pendidikan Islam hendaklah sentiasa berpegang kepada konsep amar makruf dan nahi mungkar serta saling mengingati dalam kebenaran dan kebaikan. 4.0 RUMUSAN Segala perbuatan syirik dan khurafat yang terdapat dalam masyarakat kita hari ini menunjukkan amalan jahiliah masih diwarisi oleh segelintir masyakat kita yang cetek tentang ilmu tauhid atau konsep ketuhanan. Memperkuat dan mendalami ilmu agama sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang Islam daripada terus sesat dan memimpinnya untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kekuatan dan kefahaman yang mendalam tentang aqidah akan menjadi benteng dan tidak mudah terpedaya dengan godaan nafsu dan syaitan.Setiap umat Islam mestilah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang keburukan khurafat. Semua mempunyai peranan masing-masing di dalam masyarakat untuk sama- sama membantu membasmi amalan khurafat ini. Pihak yang bertanggungjawab perlu mengkaji semula tentang penayangan cerita-cerita tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa pada masa ini. Penonton-penonton lebih suka menonton cerita-certa khurafat berbanding filem lain.

Ibubapa juga berperanan menerangkan kepada anak-anak semasa melihat filem-filem berunsur tahyul dan khurafat ini supaya aqidah anak-anak tidak akan terpesong. Undang-undang juga perlulah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara-perkara khurafat Perbuatan khurafat yang tidak dibendung akan menyebabkan umat Islam semakin mundur dan hanya melihat kejayaan orang lain. Hal ini boleh terjadi kerana halangan dan sekatan keatas pengamal khurafat kerana merka sentisa berada dalam ketakutan dan tidak bebas melakukan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna. Mengamalkan perbuatan khurafat juga menyebabkan iman seseorang Islam itu akan terbatal dan menyekat akal fikiran dari berfikir secara logik dan sistematik. Kita harus mempertingkatkan kefahaman tentang Aqidah Islam dan jauhilah diri dari perbuatan yang menyesatkan dan yang mengelirukan supaya aqidah kita akan terselamat dan hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat.

RUJUKAN Adil Akhyar SH.LL.M (2010), Khurafat Alam Melayu, Pustaka Azhar: Johor Bahru. http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-KHURAFAT