Anda di halaman 1dari 5

Tugasan Projek : PKP 3107

TUGASAN PROJEK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

TAJUK PROGRAM : PPG Pendidikan Pemulihan

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 1 KOD KURSUS : PKP 3107

SEMESTER :

TARIKH MULA

23 FEB 2013

TARIKH HANTAR

6 APRIL 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. Menjelaskan tahap dan penguasaan bahasa, perkembangan dan kemahiran-kemahiran bahasa. Menghuraikan strategi menangani masalah lisan, bacaan dan kefahaman untuk murid-murid pemulihan. Menghasilkan bahan bantu belajar untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman. Melaksanakan Pengajaran Mikro untuk kemahiran lisan, bacaan dan kefahaman.

3. 4. 5.

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3 dan 4. Objektif Projek 1. 2. Menghasilkan instrumen ujian diagnostik untuk kemahiran lisan, membaca dan kefahaman. Menjalankan ujian diagnostik lisan, membaca dan kefahaman dalam kalangan murid Pemulihan tahun 2 dan 3 (pilih seorang murid sahaja). Menghasilkan laporan pelaksanaan ujian yang dilaksnakan.

3.

Tajuk Projek Pelaksanaan Ujian Diagnostik untuk Kemahiran Lisan, Membaca dan Kefahaman dalam kalangan muridmurid yang mengikuti program Pemulihan.

Tugasan Projek : PKP 3107

Tugasan Projek (100%) Kanak-kanak pemulihan menghadapi banyak masalah dalam menguasai kemahiran lisan, membaca dan kefahaman. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kurang bersesuaian juga boleh menyebabkan murid tidak menunjukkan perkembangan yang menggalakkan. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila bahan bantu belajar yang digunakan kurang sesuai dan tidak menarik. Masalah ini merupakan salah satu punca tidak berkesannya intervensi dan murid kurang berminat mengikuti program pemulihan.

Soalan Kumpulkan bahan-bahan tentang ujian diagnostik untuk kemahiran membaca dan kefahaman. Bina ujian diagnostik membaca dan kefahaman untuk pengenalpastian daerah kelemahan murid. Sediakan laporan lengkap hasil ujian yang anda perolehi. Berikan cadangan strategi intervensi untuk mengatasi masalah berkenaan.

Sub-tugasan 1 (70%) 1. Pilih dua petikan / rencana daripada laman sesawang tentang strategi mengajar kemahiran membaca dan kefahaman (satu petikan bagi satu masalah). Rumusan bahan perlu dinyatakan dalam bentuk grafik. Perincian aspek bahan grafik: i. ii. Tajuk rencana Pelaksanaan strategi / kaedah

iii. Maklumat / kandungan lain yang berkaitan. Kedua-dua petikan ini perlu dihantar bersama-sama tugasan.

2. Bina instrumen ujian diagnostik membaca dan kefahaman . 3. Tadbirkan instrumen diagnostik di sekolah anda. 4. Pilih seorang murid untuk kajian.(dari kelas / tahap yang sama) 5. Cadangkan tiga strategi dan bahan bantu yang sesuai untuk intervensi berkaitan dengan masalah yang dihadapi. 6. Tuliskan laporan anda dengan lengkap.

Sub-tugasan 2 (30%) 1. Kuiz

Tugasan Projek : PKP 3107

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. 3. 4. 5. Tugasan ini adalah tugasan individu. Rumusan bahan bacaan perlu disediakan dalam bentuk grafik Instrumen Ujian Diagnostik Membaca dan Kefahaman dibina secara individu. Gunakan data yang dikumpul sebagai bahan utama isi tugasan anda. Paparan data atau maklumat yang dikumpul perlu dihasilkan dalam bentuk grafik seperti jadual, carta dsb. Lengkapkan huraian dengan grafik yang berkaitan. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. 8. 9. 10. Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

6. 7.

Amalan plagiat tidak dibenarkan. Panjang tugasan antara 15 20 muka surat termasuk grafik. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: a. Penghasilan grafik bahan bacaan tentang strategi mengajar kemahiran membaca dan kefahaman. Membina instrumen diagnostik membaca dan kefahaman. Melaksanakan Ujian Diagnostik Membaca dan Kefahaman di sekolah. Memilih seorang murid untuk pelaksanaan ujian. Mencadangkan tiga strategi yang berbeza untuk intervensi. Menyediakan laporan lengkap. 3

b. c. d. e. f.

Tugasan Projek : PKP 3107

3. 4. 5. 6.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Format Tugasan . 1. Pengenalan / pendahuluan 2. Objektif tugasan / kajian 3. Kepentingan tugasan / kajian 4. Instrumen Ujian Diagnostik Membaca dan Kefahaman 5. Jadual pelaksanaan tugasan 6. Dapatan Ujian Membaca dan Kefahaman untuk seorang subjek kajian. 7. Mencadangkan strategi untuk intervesi . 8. Rumusan 9. Senarai rujukan (APA). 10. Lampiran i. Biodata subjek kajian ii. Instrumen Ujian Diagnostik Membaca dan Kefahaman (untuk satu subjek kajian). iii. Dua petikan daripada laman sesawang. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan. (Sila rujuk Grid Kriteria Pemarkahan)

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

______________________ ( Meskinah bt. Taib )

_____________________ ( Abd. Rahim b. Talib )

Tugasan Projek : PKP 3107

Anda mungkin juga menyukai