Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : 4

TARIKH MULA

6 Mac 2013

TARIKH HANTAR

6 April 2013

Hasil Pembelajaran Kursus Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikromakro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah; 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam dan dapat membandingbezakan konsep: strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat; 3. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dan kontekstual dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 5. Menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. mengintepretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; 2. mengenal pasti sumber yang berkaitan dengan konteks pengajaran dan pembelajaran; 3. membina satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap dengan menyerapkan penggabungjalinan kemahiran dan menyerapkan unsur-unsur di atas dengan sempurna; 4. mengintegrasikan kemahiran mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan; 5. membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

Tajuk Kerja Kursus (100%) Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan murid dapat direalisasikan melalui pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik sebagai pemangkin kreativiti guru. Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik bertujuan memantapkan keupayaan guru untuk mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menarik dalam bilik darjah. Oleh itu pemilihan pelbagai teknik dan pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dengan unsur penggabungjalinan dan penyerapan kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah yang sempurna dapat menyediakan pengajaran pembelajaran bahasa yang berkesan. Bagi menyokong aspirasi tersebut, anda diminta melaksanakan kerja kursus berikut;

(a) Tugasan 1 : Analisis Teknik Pengajaran Bahasa (Kumpulan) 1. Dapatkan maklumat dan analisis teknik pengajaran bahasa yang diamalkan dalam bilik darjah. Huraian perlu meliputi konsep, ciri-ciri, jenis, tujuan, prinsip pelaksanaan dan contoh yang sesuai. Pilih dua daripada teknik pengajaran bahasa yang berikut ; i. ii. iii. iv. drama permainan bahasa latih tubi bercerita

(b)

Tugasan 2 : Penulisan RPH (Kumpulan) 1. Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dengan memberikan penekanan terhadap pendekatan, kaedah dan teknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

(c)

Tugasan 3 : Pengajaran Mikro danPenulisan Refleksi (Individu) 1. Laksanakan pengajaran mikro berdasarkan RPH yang disediakan dalam situasi pembelajaran sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirakam dan dikemukakan sebagai eviden. 2. Berdasarkan pengajaran mikro di atas, buat refleksi tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran itu, dan cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. 2. 3. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan individu. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut : 3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2. Fon Arial 3.3. Saiz huruf - 12 3.4. Langkau 1.5 baris 3.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association) 3.6. Lampiran 3.7. Tugasan ditulis dalam Bahasa Melayu Amalan plagiat tidak dibenarkan Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%

4. Mengikut format Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan. 5. 7. 8.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut : 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : i. ii. iii. iv. 3. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan perkaedahan dan kemahiran bahasa. Pelaksanaan pengajaran mikro yang mengikut perancangan (RPH) serta mengaplikasikan kaedah pengajaran bahasa yang berkesan. Penulisan refleksi yang menjelaskan kekuatan dan kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran mikro. Cadangan penambahbaikan yang bernas dan berupaya meningkatkan kualiti pengajaran bahasa.

Bahan-bahan yang dapat menyokong RPH anda hendaklah dikemukakan sebagai bukti perancangan dan pelaksanaan pengajaran bahasa. Rakaman pengajaran dibuat dalam CD-ROM. Keseluruhan isi dan kandungan RPH perlu member penekanan terhadap pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bahasa. Format dan organisasi RPH perlu menunjukkan keaslian, jelas dan koheren. Penulisan refleksi cadangan penambahbaikan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah Disahkan oleh:

4. 5. 6.

Disediakan oleh: (ANUAR MD. AMIN) Penyelaras Kursus BMM 3117 Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ilmu Khas