Anda di halaman 1dari 6

GAYA LOMPAT TINGGI Lompat tinggi dilakukan melalui empat fasa iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pendaratan.

Malah, terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Secara umumnya, gaya-gaya tersebut menunjukkan ciri-ciri yang berikut : a) Gaya gunting Pelompat akan menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur. b) Gaya pelana Hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat akan menuju ke palang secara bersudut. Semasa melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah menakala badannya seolah-olah meniarap di atas palang. c) Gaya guling barat Sama seperti gaya gunting iaitu menuju ke palang secara bersudut. Pelompat akan melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk melakukan pelepasan. d) Gaya Fosbury Flop Pelompat akan menuju ke palang sebelum melonjak dengan secara melengkung. Pelompat akan melepasi palang dengan membelakangi palang. e) Gaya Timur Gaya ini tiada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula digunakan oleh Sweeny dan diikuti oleh semua orang-orang pantai Timur Amerika.

CARA LATIHAN GAYA PELANA ( STRADDLE ) Penujuan / Larian Landas Pelompat akan berlari sebanyak lima atau tujuh langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Sebelum membuat larian, jarak larian landas perlu ditentukan dengan menyuruh pelompat membuat lompatan gaya gunting melepasi palang. Ini adalah untuk menentukan kaki mana yang lebih selesa dan kuat untuk melonjak.

Satu bulatan berjejari 50 cm ditandakan berhampiran dengan tiang tegak (tiang kiri bagi pelompat yang melonjak dengan kaki kiri dan sebaliknya). Kaki lonjak diletakkan di tengah bulatan dan pelompat mestilah membuat larian dengan cepat dan beritma menuju ke hadapan pada sudut 30 hingga 45 darjah. Lima atau tujuh langkah dari tengah bulatan sudah memadai. Langkah yang terakhir iaitu langkah 5 atau langkah 7 dibuat secara pantas dan terkawal. Kemudian, badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang. Kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir dan ditandakan. Seterusnya, pelompat perlu mengulangi langkah yang sama dan pastikan langkah terakhir memijak tempat yang sama (langkah yang telah ditanda), jika tidak penyesuaian perlu dibuat. Akhirnya, jarak antara langkah 5 atau langkah 7 diukur. Ukuran ini boleh digunakan pada masa latihan akan datang, malahan boleh digunakan semasa pertandingan.

Lompatan gaya gunting Cara mengukur jarak antara langkah 5 atau langkah 7 Lonjakan Pergerakan melonjak bermula dengan bahagian tumit dan diikuti dengan bahagian hujung kaki. Sebelum melonjak, kedua-dua tangan akan berada di belakang, manakala pinggul akan bergerak ke hadapan secara automatik serta kaki bebas bergerak ke hadapan Apabila peha kaki bebas melepasi pinggul, kaki lonjak mestilah terkedang lurus. Ayunan kaki bebas serta kedua-dua tangan ke atas dan depan akan meninggikan pusat graviti badan. Gerakan ayunan kaki bebas, tangan serta tolakan kaki lonjak akan menaikkan badan. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak badan dengan kuat. Titik lonjakan hendaklah dekat dengan tiang tegak, biasanya 70 cm dari tiang tegak dan 70 cm dari palang, kerana pusat graviti pelompat terletak di atas palang semasa di udara.

Penerbangan / Layangan

Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya. Ketika melepasi palang, sudut di antara kedua-dua kaki agak luas, iaitu kaki bebas dan kaki lonjak terbuka untuk memudahkan pelepasan pada palang. Kaki lonjak diputar ke luar pada pinggul, manakala lutut serta jari kaki seperti sepakan ke luar. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membaluti palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

Pendaratan Ketika ini, tangan kanan atau tangan kiri (tangan yang berada di sebelah luar) dan kaki bebas pelompat yang mendarat terlebih dahulu. Hal ini kerana, ia dapat melambatkan pergerakan badan. Ini disusuli dengan gulingan badan pada bahu atau pinggang.

Gambaran penuh bagi Gaya Pelana :

GAYA FOSBURY FLOP Penujuan / Larian Landas Biasanya pelompat akan mengambil 9 hingga 13 langkah larian untuk menentukan jarak antara palang, dimana tiga langkah terakhir adalah dalam bentuk melengkung Larian melengkung inilah yang menyebabkan pelompat melepasi palang dengan mendahulukan bahagian belakang. Cara menentukan jarak penujuan atau larian landas bagi gaya ini adalah seperti berikut :

Lonjakan Pada tiga langkah terakhir, pelompat akan membelok melengkung menuju ke arah palang. Ketika melangkah, tumit kaki mestilah menyentuh bumi terlebih dahulu diikuti bahagian tapak kaki yang lain.

Pinggul direndahkan dengan menggunakan lutut, manakala kaki lonjak dibengkokkan. Dalam fasa ini, setiap langkah mestilah jauh ke depan dan tapak kaki perlu menghala ke arah lompatan. Gerakan tangan mula berubah, iaitu dibawa ke depan serta dibengkok dan diputarkan ke bahagian dalam. Sebelum melonjak, tangan diayun turun ke belakang pinggul, sementara kaki lonjak mendarat. Pada langkah yang terakhir, pinggul ditolak kearah depan dan ke atas. Lonjakan dilakukan berhampiran dengan tiang tegak dan agak jauh daripada palang supaya pusat graviti badan pelompat benar-benar terletak di atas palang. Titik yang sesuai untuk membuat lonjakan ialah 70 cm dari bahagian dalam tiang dan 70 cm di depan palang.

Fasa 2 : Lonjakan Penerbangan / Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang iaitu memandang palang sambil melentikkan badan.

Ketika ini, tangan berada di sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang, manakala dagu ditarik ke dada dan kedua-dua tangan terentang.

Selepas pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dilakukan supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan sebagai persediaan untuk pendaratan.

Fasa 3 : Layangan Pendaratan Dilakukan dengan bahagian pungung terlebih dahulu menyentuh tilam yang disediakan. Kaki pelompat diangkat ke atas, kedua-dua tangan terentang, dan dada serta kepala ditarik ke arah kaki.

Dalam fasa ini, lutut tidak dibengkokkan kerana merbahaya, iaitu boleh mengenai muka. Fasa 4 : Pendaratan

Gambaran penuh bagi gaya Fosbury Flop :

GAYA GULING BARAT Penujuan / Larian Landas Selalunya dilakukan dari sudut 30 hingga 40 darjah dari palang. Sekiranya pelompat melompat dengan menggunakan kaki kiri, pelompat haruslah memulakan lariannya dari sebelah kiri menghadap palang. Pelompat akan berlari sebanyak tiga, lima, tujuh atau sembilan langkah mengikut tahap kebolehan masing-masing. Langkah yang terakhir merupakan langkah yang terpanjang berbanding langkah-langkah yang sebelumnya. Lonjakan Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan diikuti dengan bahagian hujung kaki. Mata pelompat mestilah memandang tepat ke arah palang dan badannya hendaklah dicondongkan ke belakang. Langkah yang terakhir mestilah langkah yang terpanjang dari langkah yang sebelumnya. Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah menolak dengan kuat. Fasa lonjakan ini dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas. Penerbangan / Layangan Kedudukan badan atas palang adalah secara mengiring. Lutut kaki lonjakan dibengkokkan serta-merta ke arah dada. (a) Kaki bebas pula dilunjurkan serta dikilaskan tapak kaki ke arah bawah. Tangan yang terdekat pada palang dilepaskan terkulai ke bawah (ke arah tempat mendarat) supaya dapat mendarat dengan sempurna. Pendaratan Pelompat akan memusingkan badannya dan mendarat di atas tulang belikat (bahagian belakang badan). Kaki lonjakan dan kedua-dua tangan mencecah bumi (tilam).

Kaki bebas diluruskan belakang dan ke atas bagi membolehkan pengawasan mendarat yang selamat.