Anda di halaman 1dari 1

kursus antropologi dan sosiologi (ansos) ditawarkan di bawah fakulti sastera dan sains sosial, UM, UKM dan

USM. dalam kursus lain, misalnya pendidikan, sosiologi turut diwajibkan, tetapi tidaklah begitu mendalam. antropologi ialah kajian tentang asal usul manusia yang dipanggil homo sapien, cara manusia berinteraksi, berbudaya, berbahasa dan berurus niaga. bidang antropologi termasuk juga arkeologi, iaitu kajian tentang artifak, fosil, genetik dan tamadun silam. ahli antropologi akan mendapatkan bantuan pakar kimia forensik untuk memperinci penemuan mereka dari sudut saintifik. sosiologi ialah kajian tentang susun lapis (strata) masyarakat, adat resam, pantang larang, kepimpinan, nilai dan banyak lagi. seperti antropologi, pengajian sosiologi juga sangat luas seperti sosiologi pembangunan, sosiologi gunaan, globalisasi, jenayah, media, pendidikan dan sebagainya. siswazah ansos memiliki pengetahuan yang sangat luas tentang kepelbagaian budaya dan tingkah laku manusia, serta kebolehan reka bentuk perancangan dasar sosial. siswazah ansos berpotensi sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (ptd), pensyarah, penyelidik, pemimpin politik dan korporat, guru. pakar runding sosial dan sebagainya. syaratnya hanya satu, belajar dengan tekun dan cintai ilmu, serta berazam meletakkan Islam sebagai teras kajian ansos kelak.

Anda mungkin juga menyukai