Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

PENGENALAN Bumi dikenali sebagai al-ardhu dalam bahasa arab dan earth dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan planet ketiga dari matahari selepas planet Utarid dan Zuhrah dalam sistem suria. Dijangkakan bumi telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jejari bumi di khatulistiwa ialah 6378.14 km dengan ukur lilitnya 40 084 km dan mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer.

ASAL USUL KEJADIAN

Pendapat ahli falsafah Yunani, Anaximenes (585-528 SM) Alam semesta berasal dari udara yang berkumpul, lalu padat menjadi awan. Awan yang cair menjadi hujan manakala awan yang beku pula menjadi tanah dan batu, iaitu bumi. Kejadian matahari, bulan dan bintang pula wujud dari wap bumi. Wap yang keluar dalam bentuk api telah membentuk matahari. Bumi berbentuk datar seperti meja dan ia ditampung oleh udara.

Kajian kosmologi moden Dalam kajian kosmologi moden, kejadian alam semesta adalah hasil daripada teori letupan besar dan teori keadaan mantap. Menurut ahli astronomi Belgium bernama George Lemaitre pada tahun 1927, alam semesta ini sedang bergerak menjauhi di antara satu sama lain disebabkan letupan besar yang telah berlaku pada satu jisim mampat, kira-kira 15 ribu juta tahun dahulu. Berdasarkan teori ini, serpihan jisim selepas letupan besar yang berlaku telah mewujudkan galaksi, planet, debu-debu angkasa dan segala khazanah alam setelah mengalami pelbagai proses. Kesemua jisim tersebut masih lagi bergerak ke seluruh pelusuk alam hasil tenaga dari letupan tersebut.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Teori Big Bang Pada awalnya terdapat gumpalan kabut raksasa yang berputar pada aluannya. Putaran tersebut menyebabkan bahagian-bahagian kecil dan ringan terlempar ke luar dan bahagian besar berkumpul di pusat, membentuk cakera raksasa. Seterusnya, gumpalan kabut (nebula) raksasa itu meledak dengan dahsyat di luar angkasa yang kemudian membentuk galaksi dan nebula-nebula. Selama lebih kurang 4 hingga 6 million tahun, nebula-nebula tersebut membeku dan membentuk suatu galaksi yang disebut dengan nama Galaksi Bima Sakti serta membentuk sistem tata suria. Sementara itu, bahagian ringan yang terlempar ke luar tadi mengalami kondensasi sehingga membentuk gumpalan-gumpalan yang dingin dan padat. Kemudian, gumpalan-gumpalan itu membentuk planet-planet, termasuk planet bumi.

BUMI SEBAGAI SATU PLANET

Bumi

merupakan

planet

ketiga

daripada matahari.

Ia

juga

boleh

dirujuk

sebagai Bumi, Planet Bumi atau Terra. Rumah kepada jutaan spesies termasuklah manusia, bumi juga merupakan satusatunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 bilion tahun yang lalu dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70 C sehingga 55 C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. Purata jarak antara bumi dan bulan pula ialah 238,857 batu bersamaan 384,403.1 km.

Daripada 70% kawasan akuatik di dunia, 97% daripadanya merupakan kawasan air
masin manakala hanya 3% kawasan air tawar. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500 C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal. Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848meter dari paras laut.

Kawasan terendah di bumi pula adalah laut mati dengan 417.27 m di bawah paras laut. Laut mati mengandungi kandungan garam yang sangat tinggi sehinggakan mampu membuatkan sesiapa sahaja terapung. Walaubagaimanapun ia

menyebabkan tiada langsung hidupan hidup di Laut mati.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Sungai terpanjang di bumi adalah sungai nil dengan ukuran 6,695 km panjang.

Pulau terbesar di bumi kita pula adalah Greenland dengan keluasan 2,130,800 km persegi.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik.

Kandungan Bumi

Bumi dari ruang angkasa lepas

Dari ruang angkasa lepas, bumi dapat dilihat sebagai satu jasad berwarna biru, perang dan hijau, iaitu kesan daripada warna-warna lautan, daratan dan tumbuhtumbuhan bumi.

Di bahagian luar lapisan bumi terdapat tanah untuk kediaman, pertanian, gunungganang dan tanah tanah pamah yang dikenali sebagai kerak bumi iaitu litosfera, kemudian diikuti oleh permukaan lautan (hidrosfera), lapisan batu-batan yang kaya dengan galian (mesosfera) dan lapisan yang paling dalam iaitu pusat bumi.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi.

Bumi mempunyai lapisan udara (atmosfera) dan medan magnet (magnetosfera) yang melindung permukaan bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya dan radiasi dari angkasa lepas bagi membolehkan sebarang kehidupan.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Saiz Bumi Berbanding Matahari Diameter Bumi ialah 12756 km dan Matahari ialah 1377648 km Nisbah diameter bumi : Matahari adalah 1 : 108.

Saiz bumi berbanding matahari

ATMOSFERA

Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Atmosfera bumi mengandungi gas-gas nitrogen sebanyak 75%, oksigen (23%), karbon dioksida dan gas-gas lengai (2 %). Atmosfera kekal di sekeliling bumi disebabkan tarikan graviti. Lapisan ini semakin tumpat pada paras purata laut dan menipis apabila semakin tinggi. Pembahagian lapisan atmosfera adalah mengikut kadar ketumpatannya, bermula daripada lapisan troposfera, stratosfera, mesosfera, themosfera. dan Eksosfera.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas.

Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa. Atmosfera menjadi penting bagi bumi dan penghuninya disebabkan: Kandungan atmosfera mengandungi gas yang sesuai untuk pernafasan. Lapisan atmosfera menapis sinaran matahari yang merbahaya dari sampai ke bumi. Lapisan atmosfera membantu memerangkap haba daripada sinaran matahari dan ini membantu menyeimbangkan suhu permukaan bumi. Perbezaan suhu yang kecil di antara waktu siang dan malam adalah di antara ciri-ciri penting untuk mem-bolehkan kehidupan wujud di muka bumi. Molekul dalam atmosfera membantu menyerakkan cahaya matahari ke persekitaran, menjadikan panorama bumi begitu indah.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera. Ia merupakan sejenis gas hasil rangkaian 3 atom oksigen atau trioksigen (O3) yang dapat melindungi manusia daripada sinaran ultra-lembayung matahari yang merbahaya, terutama terhadap kulit dan sistem pelalian manusia.

Walau bagaimanapun sejak beberapa dekad yang lalu, melalui kajian yang dijalankan didapati lapisan ozon semakin nipis. Kajian saintifik menunjukkan penipisan ini berpunca daripada karbon klorofluro (CFC) yang terbebas ke udara dan akan memasuki stratosfera, di mana CFC akan dihuraikan menjadi unsur klorin yang aktif sehingga dapat merosakkan lapisan ozon dengan cara memusnahkan molekul ozon. CFC merupakan bahan kimia digunakan sebagai gas penyejuk dalam peti sejuk, alat penghawa dingin.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Lapisan Atmosfera Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan tersebut. Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh dibahagikan kepada: Troposfera Stratosfera Mesosfera Termosfera Eksosfera

Lapisan Atmosfera Troposfera Merupakan lapisan atmosfera yang ternipis dan terhampir dengan permukaan bumi. Troposfera bermula dari permukaan bumi sehingga lapisan tropopause (antara ketinggian 10 - 16 kilometer, bergantung kepada latitud). Dalam lapisan tropopause, suhu berkurangan dengan pertambahan ketinggian altitud, dari sekitar 17oC hingga 52oC.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Kebanyakan sistem cuaca berlaku dibawah lapisan tropopause. Lapisan ini ialah lapisan di mana campuran gas-gasnya adalah yang paling ideal untuk menampung kehidupan di bumi. Di lapisan ini kehidupan juga terlindung dari pancaran radiasi yang dipancarkan oleh matahari dan objek langit lain.

Stratosfera Merangkumi kawasan bermula daripada lapisan troposfera (antara ketinggian 10 16 kilometer, bergantung kepada latitud) sehingga lapisan mesosfera (lebih kurang 50 kilometer). Suhu stratosfera meningkat dengan altitud disebabkan kehadiran lapisan ozon pada ketinggian 25 kilometer. Molekul ozon menyerap sinaranultra-lembayung (uv) dari matahari menyebabkan

suhu meningkat pada aras tersebut (maksimum ~270 Kelvin di sempadan atas stratopause), dan pada masa yang sama melindungi bumi daripada sinaran uv.

Mesosfera Merupakan lapisan udara ketiga, di mana suhu atmosfera akan berkurangan dengan pertambahan altitud sehingga ke lapisan keempat termosfera. Zarah udara yang terdapat di sini akan mengakibatkan pergeseran berlaku dengan objek yang datang dari angkasa dan menghasilkan suhu yang tinggi.

Kebanyakan meteor yang sampai ke bumi biasanya terbakar di lapisan ini. Mesosfera terletak di antara 50 km dan 80-85 km dari permukaan bumi, manakala suhunya berkurang dari 290 K hingga 200 K (18oC hingga 73oC).

Termosfera Lapisan ini terletak di atas mesosfera dan di bawah eksosfera. Lapisan ini hanya mempunyai sedikit sahaja udara. Fenomena aurora (tirai cahaya) terhasil di sini hasil tindak balas angin

suria dengan medan magnet bumi.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Di lapisan ini juga sinaran uv akan menyebabkan pengionan (lihat ionosfera). Lapisan termosfera bermula kira 80 km di atas permukaan bumi hingga antara 5001000 km di mana lapisan teratas atmosfera, eksosfera bermula. Suhu di sini amat tinggi akibat sinaran matahari dan aktiviti pengionan, dan boleh mencapai hampir 2000oC.

Eksosfera Lapisan teratas atmosfera bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 500-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini. Satelit yang mengorbit bumi terletak di sini.

AWAN Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Awan terbahagi kepada dua kumpulan besar : iaitu yang berbentuk kumulus (cumiliform) dan yang berbentuk berlapis-lapis (stratiform). Warna awan berbeza mengikut ketebalannya. Awan yang nipis kelihatan berwarna putih disebabkan keupayaan sinaran matahari menembusinya, manakala awan yang tebal kelihatan berwarna hitam dan kelabu disebabkan sinaran matahari gagal menebusinya. Saiz, bentuk dan warna awan berubah mengikut kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera. Atmosfera pada amnya dibahagi kepada tiga peringkat yang boleh di definisikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu seperti berikut:

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Pembentukan Dan Jenis-Jenis Awan Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu: Awan peringkat rendah: Stratokumulus dan stratus (ketinggian kurang daripada 2000 meter) Awan peringkat pertengahan: Altokumulus (ketinggian 2000-6000 meter). Awan peringkat tinggi: Sirus, Sirokumulus, dan Sirostratus (ketinggian lebih daripada 6000 meter).

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Kedudukan awan mengikut ketinggian Jenis-jenis yang selebihnya tidak tergolong dalam peringkat peringkat tersebut di atas sepenuhnya. Awan-awan ini mempunyai kecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut: Altostratus biasanya terjadi pada peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang ke peringkat tinggi. Nimbostratus berkembang dari peringkat pertengahan ke peringkat tinggi dan rendah . Awan-awan Kumulus dan Kumulonimbus lazimnya mempunyai tapak di peringkat rendah tetapi mengembang ke peringkat pertengahan dan tinggi.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Ciri-ciri setiap jenis awan: Jenis Gambar Ciri-ciri Awan ini kebiasaannya bewarna kelabu seperti ada bayangan, tetaapi ada kalanya boleh menjadi lebih gelap.

Stratus

Juga dikenali sebagai awan lapis yang boleh menutupi pancaran matahari dan bulan. Awan ini dapat membentuk cuaca yang kelam dan gelap dan selalunya diikuti hujan. Menyebabkan berlakunya hujan gerimis. Merupakan awan tumpat, tebal, rendah dan tidak mempunyai bentuk tertentu.

Nimbostratus

Awan ini gelap dan mempunyai lapisan yang jelas. Dikenali juga sebagai awan membawa hujan berterusan. Awan ini berbentuk sfera besar dan tersusun tetap. hujan yang

Stratokumulus

Mempunyai lapisan rendah yang berwarna kelabu. Dikaitkan dengan cuaca baik atau cerah. Merupakan lapisan hamparan nipis dan

terdapat di serata permukaan langit. Awan ini seragam, berwarna kelabu dan kebiru-biruan serta mempunyai bahagian

Altostratus

dasar yang rata. Awan ini menyebabkan matahari kelihatan seperti tompok cerah apabila dilihat

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

menembusinya. Awan ini dikaitkan dengan kejadian cuaca buruk seperti hujan lebat yang panjang

tempohnya. Merupakan lapsan kumpulan awan yang

tersusun berjalur, terpisah-pisah, gelombang dan rapat-rapat. Altokumulus Bentuknya seperti sfera atau glob yang telah dihimpit. Kumpulan awan ini kelihatan keputih-putihan atau agak kekelabuan pada bahagiannya yang terlindung. Sirus Awan ini biasanya menggambarkan keadaan cuaca yang sederhana baik. Berbentuk kepulan nipis dan kelihatan seperti kapas atau sutera nipis. Awan ini boleh kelihatan dengan jelas sebelum berlakunya ribut atau pertukaran cuaca. Awan sirus ini menandakan cuaca yang cerah dan akan membentuk waktu senja yang kelihatan indah. Awan ini merupakan lapisan yang lebih lengkap, Sirostratus Sirokumulus menghasilkan satu kalungan

mengelilingi matahari atau bulan. Awan ini kelihatan seperti tirai. Awan ini boleh membantu kita mengecam kedatangan ribut. Merupakan lapisan yang terdiri dripada

kepulan awan berbentuk bulat dan padat yang tersusun berkumpul-kumpul atau berbaris.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Juga dikenali sebagai awan sisik.

Timbunan awan jenis ini dapat dilihat melalui pembentukan bahagian bawah yang gelap dan

Kumulus

membumbung tinggi membentuk himpunan kubah-kubah putih Biasanya terdapat di kawasan tropika yang lembap. Awan yang tumpat, kelihatan seperti gunung atau menara. Awan ini mempunyai dasar yang rata dan berkembang secara menegak.

Kumulonimbus

Awan

ini

menyebabkan

terjadinya

hujan

perolakan. Hujan ini turun dalam bentuk ribut pada awal petang dan disertai dengan kilat. Juga dikenali sebagai awan ribut.

TEKANAN UDARA

Merupakan suatu daya yang timbul akibat jisim lapisan udara, makin tinggi suatu tempat dari permukaan laut makin rendah tekanan udaranya. Tekanan udara di ukur dengan menggunakan barometer.

Perbezaan tekanan udara, dapat menimbulkan aliran udara. Aliran udara bergerak dari tekanan udara yang tinggi ke yang rendah. Aliran udara ini disebut angin. Dan diukur menggunakan anemometer.

Tekanan udara dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Oleh itu, pada tempat dan waktu yang berbeza, tekanan udaranya juga berbeza.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Tekanan udara secara vertikal iaitu makin ke atas semakin menurun. Hal ini dipengaruhi oleh: Penyusunan komposisi gas semakin ke atas semakin berkurang. Sifat udara yang boleh dimampatkan iaitu disebabkan oleh tarikan graviti. Semakin ke atas semakin lemah. Ada perbezaan suhu secara vertikal di atas troposfer (>32 km) sehingga semakin tinggi tempat, semakin suhu menaik.

Putaran global Atmosfera Pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan membentuk tekanan udara yang berbeza. Ini menggerakkan udara dari satu destinasi ke destinasi lain. Udara yang bergerak tersebut dikenali sebagai angin Udara digerakkan oleh tekanan dan suhu yang berbeza serta putaran bumi. Udara panas akan naik ke atas, manakala udara sejuk turun dan mengisi ruang bumi

Tekanan udara

Keseimbangan udara di atmosfera bergantung kepada suhu udara yang naik yang mempunyai hubungan relatif dengan suhu persekitarannya.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

Suhu udara tidak sama di tempat-tempat yang berlainan mengikut keadaan atmosfera itu sendiri. Haba bergerak dari kawasan latitud rendah (khatulistiwa) ke kawasan latitud tinggi (Utara & Selatan)

Kestabilan udara mempengaruhi pembentukan awan. Ini bermakna, kestabilan yang berbeza akan menghasilkan bentuk awan yang pelbagai. Apabila sekumpulan udara berdekatan dengan permukaan bumi dipanaskan maka ia akan menjadi lebih ringan daripada udara di sekeliling, lalu ia bergerak naik ke atas.

Semakin udara bergerak ke atas, ia akan kehilangan tenaga haba kerana tenaga dilepaskan ke atmosfera akibat tekanan dan suhu yang semakin rendah pada altitud yang semakin tinggi.

Sekiranya suhu persekitaran tidak turun secara mendadak pada altitud yang semakin meningkat, maka kumpulan udara yang naik yang naik akan menjadi

lebih sejuk daripada udara persekitarannya, lalu hilang daya apungan lalu turun kepada keadaan asal [ke bawah]. Inilah dikatakan sebagai seimbang. Tetapi jika udara di persekitaran turun secara mendadak dengan peningkatan altitud maka kumpulan udara terus naik, maka ini yang dikatakan udara tidak stabil atau ketidakseimbangan atmosfera. Semasa udara yang naik mengalami penyejukan, ia terkondensasi dan menjadi awan. Semakin tidak seimbang/ tidak stabil atmosfera, maka semakin udara tersebut naik. Awan kumulus yang sedikit membuktikan bahawa atmosfera dalam keadaan stabil dan sebaliknya. Ketidakstabilan atmosfera juga ditunjukkan dengan dengan

kehadiran guruh dan petir. Dalam sistem tekanan udara yang tinggi [antisiklon], udara akan berkurangan, mengecut dan memerlukan tenaga, seiring dengan peningkatan altitud. Keadaan ini dapat dikesan apabila banyak awan di langit.

TOPIK 1_SCE 3110 Oleh Nur Adzrini Binti Mohd Nayan

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU PISMP SAINS JANUARI 2011

RUJUKAN David A.Rothery (2000). Planets. United States: Contemporary Publishing Company. Dr. Albert R. Hibbs, Dr. Albert F. Eiss (1974). The Earth Space Sciences: Investigating Mans Environment. United States: Laidlaw Brothes Publishers. Dr. Mikdar Rusdi (2011). Al-Quran dan Fungsi Lapisan Atmosfera Suatu Pendekatan Tafsir Maudui. Seminar Wahyu Asas Tamadun: Universiti Sains Islam Malaysia. Hairul Anuar bin Samingan (2006, Mei). Bumi. Buletin At-Taqwa. 8-9. Heins Watcher (1973). Meteorology Forecasting the Weather. New York: Collins Publishers Franklin Watts Inc. Hiyaatul Yaakob (2012, Jun). Sistem Bumi. Diakses pada 7 Februari 2013 daripada Modul Pengajaran Geografi (Alam Sekitar Fizikal) STPM

http://geog1stpm.blogspot.com/2012/06/tema-1-sistem-bumi.html Laman Web Al-Falak SMK Seri Mahkota (2011). Bumi. Diakses pada 7 Februari 2013 daripada http://www.al-azim.com/~smkserimahkota/bumi.html Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2013, Januari). Jenis Awan. Diakses pada 20 Januari 2013 daripada http://www.islam.gov.my/e-falak/jenis-awan Panitia Geografi SDAR (2011, Mac). Atmosfera Bumi. Diakses pada 3 Mac 2013 Daripada http://panitiageografisdar.blogspot.com/2011/03/atmosfera-bumi.html Rahayati binti Ali (2012, Oktober). Berapakah Jauh Bulan? Diakses pada 7 Februari 2013 daripada Portal Pendidikan Sains Angkasa

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/26/cid/968 Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie (2007). Geografi Fizikal Teks dan Rujukan Lengkap. Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd. Sofian Sulaiman (1980). Bumi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Spike (2012, Julai). Saiz Bumi Berbanding Matahari. Diakses pada 1 Mac 2013 daripada matahari.html Tidak Dinyatakan Pengarang (2012, Mei). Fakta Menarik Bumi Kita. Diakses pada 12 Februari 2013 daripadahttp://okitsafact.blogspot.com/2012/05/ok-fakta-menarikbumi-kita.html http://rubicubedu.blogspot.com/2012/07/saiz-bumi-berbanding-