Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH : SK ST.

JOSEPH , PENAMPANG NAMA PESERTA : ALDRIDGE JOSHUA NOIROM KATEGORI : TAHAP 1 TAJUK CERITA : JACK DENGAN POKOK KACANG

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, barisan para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Jack dengan Pokok Kacang. Pada suatu masa dahulu, tinggal seorang ibu tunggal yang miskin bersama anaknya, Jack. Semua barang di dalam rumahnya habis dijual untuk membeli makanan. Kini yang tinggal hanyalah lembunya bernama Putih yang mengeluarkan susu setiap hari. Suatu hari, Putih tidak dapat mengeluarkan susu lagi. Ibu, kita mesti menjual Putih, kata Jack. Percayalah, saya akan membuat tukaran yang bagus, katanya lalu pergi ke pasar. Dalam perjalanannya Jack bertemu dengan seorang penyembelih. Kamu tukar lembu ini dengan lima biji benih kacang sakti ini. Tanamkannya malam ini dan esok ia akan tumbuh mencecah ke awan. Panjat pokok kacang itu dan kamu akan temui nasib yang baik di sana nanti, kata peyembelih itu. Jack begitu gembira dan berlari pulang untuk memberitahu ibunya tetapi ibunya sangat marah lalu melontarkan biji benih itu keluar tingkap. Keesokan paginya apabila bangun, Jack terkejut apabila melihat di luar tingkapnya ada sebatang pokok kacang yang besar dan tinggi hingga ke awan. Aku akan naik dan lihat ia sampai ke mana, fikir Jack. Dia terus memanjat hingga pondok ibunya kelihatan jauh di bawah. Akhirnya Jack tiba di hujung pokok kacang itu dan mendapati dia berada di sebuah kawasan yang cantik. Dari jauh kelihatan sebuah istana tersergam indah. Jack ternampak seekor gergasi perempuan yang besar berdiri di depan pintu istana. Bolehkah berikan saya sedikit makanan kerana saya tidak makan semenjak semalam lagi, kata Jack. Gergasi perempuan itu adalah isteri kepada seekor gergasi yang mendiami istana itu. Baiklah, kamu boleh masuk tetapi kamu mesti cepat kerana jika suamiku tahu, ia

akan menelan kamu. Belum sempat Jack menghabiskan makanannya, terdengar bunyi ketukan yang kuat di pintu. Gergasi perempuan itu segera menyembunyikan Jack di dalam sebuah takar. Hmm, ada bau manusia, kata gergasi ketika masuk. Mana dia? Aku akan makan dia sebagai sarapan aku, kata gergasi. Jangan mengarut. Itu bau sapi yang aku masak, kata gergasi perempuan. Gergasi duduk dan makan hidangan sapi yang dihidangkan oleh isterinya. Selepas makan dia memanggil isterinya. Bawakan beg berisi duit. Gergasi mula mengira duitnya dan kemudian tertidur. Jack keluar perlahan-lahan dan mengambil dua beg berisi duit itu. Ketika anjing gergasi menyalak, Jack sudah turun dari pokok kacang. Ibu Jack berasa sangat gembira. Kini mereka tidak susah lagi. Ada banyak makanan untuk dimakan. Suatu hari Jack pergi lagi ke istana gergasi. Apabila gergasi perempuan nampak Jack, dia membenarkan Jack masuk ke dapur dan memberinya makan dengan banyak. Jack bersembunyi apabila gergasi pulang. Selepas makan gergasi berkata kepada isterinya, Bawakan ayam kecil aku. Gergasi meletakkan ayam kecilnya di atas meja. Bertelur! kata gergasi. Ayam kecil bertelur dan dia memasukkan telur emas itu ke dalam sakunya. Akhirnya gergasi tertidur. Jack mencuri ayam kecil itu dan melarikan diri. Ayam kecil itu mengeluarkan banyak telur emas. Jack dan ibunya kini hidup senang tetapi Jack ingin pergi sekali lagi ke istana itu. Kali ini dia menyelinap masuk dan bersembunyi di dalam tempat pembakar yang besar. Gergasi duduk dan makan sarapannya. Selepas sarapan dia memanggil isterinya, Bawakan kecapi emas aku. Kecapi emas itu diletakkan di atas meja. Menyanyi! kata gergasi. Kecapi emas terus menyanyi dengan sungguh merdu hingga gergasi tertidur. Jack segera mengambil kecapi emas itu. Kecapi emas itu menjerit, Tuan! Tuan! Gergasi terjaga dan ternampak Jack . Dia terus mengejar Jack dengan belantannya. Jack segera turun dari pokok kacang dan ketika gergasi berada ditengah pokok kacang itu, Jack sudah sampai ke bawah. Jack menjerit memanggil ibunya, Ibu, bawakan kapak! Ibu Jack mengambil kapak dan Jack segera menebang pokok kacang itu.

Akhirnya pokok kacang tumbang dan gergasi itu jatuh terhempas lalu mati. Jack dan ibunya menjadi kaya apabila ayam kecil itu mengeluarkan telur emas setiap hari. Mereka hidup senang lenang dan bahagia selama-lamanya sambil mendengar nyanyian merdu kecapi emas setiap hari. Demikianlah cerita Jack dengan Pokok Kacang. Hadirin sekalian, moral dari cerita ini kita haruslah mempunyai sifat keberanian seperti Jack dalam mengubah nasib hidupnya. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekian, terima kasih.