Anda di halaman 1dari 14

Definisi Kaunseling

Menurut Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990), mendefinisikan: Kaunseling melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan, dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Laman Sesawang

Menurut Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Jurnal

Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak semestinya baik juga untuk klien.

Menurut Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.

Buku

Menurut Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan hanya menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan-pilihan yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.

DEFINISI BIMBINGAN

Menurut Shertzer dan Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu,mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stres yang melampau.

Buku

Menurut Alice Crow (1964) menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek yang perlu.

Bimbangan adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. Laman Sesawang

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Jurnal

Bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Contohnya ialah seperti memilih gaya hidup yang diingini.Menurut Gladding (2003) menjelaskaan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan hargai. Sementara itu, kaunseling perlu berfokus kepada membantu klien untuk berubah. Kebanyakan tugastugas bimbingan di peringkat awal berlaku disekolah dan juga pusat kerjaya di mana seorang yang lebih dewasa dan matang.

Bagi tujuan menawarkan perkhidmatan yang berkesan serta memenuhi keperluan sekolah, guru dan kanak-kanak, bimbingan dan kaunseling berpegang kepada prinsip-prinsip di bawah:

Bimbingan dan Kaunseling adalah satu proses pendidikan yang terancang dan berterusan: Disediakan sepanjang tempoh persekolahan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. SEMUA kanak-kanak boleh guna perkhidmatan serta libatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang dilaksanakan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak: Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang,kaum etnik dan agama. Aktiviti harus menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak. Contoh:Bengkel Menjawab Soalan tidak hanya tertumpu pada kanakkanak pintar sahaja tetapi mesti diubahsuai dan sesuai dengan golongan sederhana juga.

Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan kanak-kanak bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka : Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.

Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama : Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir,guru-guru lain,ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa,tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

Bimbingan dan Kaunseling adalah satu proses pembelajaran : Kedua-dua pihak guru bimbingan dan kaunseling serta kanak-kanak yang berkenaan saling belajar dalam proses bimbingan dan kaunseling.Kanak-kanak akan lebih menyedari tentang bakat,potensi dan kebolehan diri.Seterusnya membawa kepada pemahaman dan penerimaan situasi kehidupan diri.Ini proses penting yang berlaku di luar persekitaran bilik darjah.

Prinsip Bimbingan dan Kaunseling


PRINSIP BIMBINGAN 1 Untuk semua pelajar. PRINSIP KAUNSELING

1. Kaunseling diberi kepada org normal yang sedang menghadapi kecelaruan dan kerunsingan.

2. Satu sistem tanggungjawab bersama. 3. Mengutamakan perkembangan individu.

2. Hubungan interaksi antara kaunselor dan klien berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting.
3. Kaunselor membantu klien untuk membuat keputusan, Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan.Kaunselor ibarat torchlight

4. Berasaskan proses perlakuan individu -Walaupun buat secara 4. Kaunselor percaya sesorang itu haruslah mempunyai peluang kelompok besar namun kita kena tahu ntuk memilih matlamat hidup dan bebas dalam mencapai apa kehendak mereka. matlamat hidup. 5. Proses berterusan. 5. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. 6. Kaunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan berasaskan teori-teori dalam kaunseling. 7. Kaunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang baik.

FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Sedarkah anda bahawa pembentukan falsafah bimbingan dan kaunseling bukan sahaja berkisar kepada prinsipprinsip di atas malahan juga berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988)? "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Secara khusus, falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berbunyi seperti berikut:
BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBLING SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP,BERKESAN DAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Anda mungkin juga menyukai