Anda di halaman 1dari 21

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139) Pengenalan Akta Kilang dan Jentera 1967 dikuatkuasakan untuk mengawal kilang-kilang berkaitan dengan perkara-perkara keselamatan, kesihatan dan kebajikan individu yang terlibat di dalamnya, pendaftaran dan pemeriksaan jentera-jentera dan hal-hal lain yang berkaitan. Akta ini telah disemak semula dan bermula dari tarikh ini dikenali dengan Akta 139. Walaupun akta ini digubal dalam tahun 1967 tetapi penguatkuasaan sepenuhnya hanya berlaku dalam tahun 1970. Akta ini mengandungi peruntukan tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan bagi menjamin pekerja-pekerja kilang tidak diabaikan. Ia juga menghendaki tuan punya sesebuah kilang untuk mengadakan latihan dan mengawasi pekerja yang tidak berpengalaman menggunakan Jentera yang boleh mengakibatkan kecederaan badan yang serius jika berlaku kemalangan, Akta ini melarang seseorang yang berumur kurang daripada 16 tahun, bekerja atau mengendalikan sesebuah jentera, serta mengenal pasti dan menyenaraikan sesetengah Jentera seperti dandang stim, pengandang (vesel) tekanan tak berapi dan mesin angkat sebagai jentera yang perlu mendapatkan sijil kelayakan daripada Ketua Inspektor sebelum beroperasi. Begitu juga dengan mereka yang ditugaskan untuk mengendalikan jentera tersebut perlu mendapatkan sijil kelayakan daripada Ketua Inspektor. Ini penting kerana nama mereka akan direkodkan, dan apabila berlaku sesuatu kemalangan mereka akan dipanggil untuk penyiasatan dan bertanggungjawab ke atas perjalanan jentera tersebut. Dari aspek keselamatan, pekerja ini senang dan mudah untuk memahami dan mengambil langkah yang berkesan apabila seseorang Inspektor Kilang membuat pemeriksaan jentera. Jika majikan tidak menyediakan pekerja yang mahir dan tetap sebagaimana dikehendaki, pihak Jabatan Kilang dan Jentera akan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai masalah yang dihadapi oleh jentera itu. Jika berlaku sesuatu kemalangan industri atau sesuatu keadaan yang berbahaya maka majikan dikehendaki melaporkan kejadian ini kepada pihak Jabatan Kilang dan Jentera. Kemalangan industri yang dibincangkan ialah kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang menyebabkan mangsa itu tidak dapat menjalankan pekerjaan normalnya dalam masa empat (4) hari atau lebih. Jika mangsa boleh melakukan kerja pada hari ketiga maka ia tidak tergolong dalam kemalangan yangperlu dilaporkan. Menurut seksyen 32, apabila sesuatu penyakit industri telah dikesan berlaku di dalam sesebuah kilang maka adalah menjadi tanggungjawab pengawal perubatan yang mengesannya melaporkan kes tersebut kepada Ketua Inspektor, Jabatan Kilang dan Jentera. Beliaujuga dikehendaki menghantar laporan kepada majikan kilang tersebut mengenai penyakit yang telah dikesan dan berkemungkinan Sedang merebak di dalam kilang itu. Di dalam Jadual Ketiga telah disenaraikan penyakit-pcnyakit industri yang harus dilaporkan kepada Ketua Inspektor.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

Selain peruntukan mengenai keselamatan, kesihatan dan kebajikan, Akta inijuga menghendaki sesebuah kilang itu didaftarkan sebelum ia memulakan operasi. Pendaftaran juga diperlukan pada sebarang kerja mengubahsuai bangunan, mengalih kedudukan sesebuah jentera, mengubahsuaikan sesebuah jentera termasuk pendaftaran ketika bertukar hak milik. Apabila kilang itu didaftarkan maka satu kad rekod termasuk merekodkan lawatan-lawatan, maklumat-maklumat mengenai kilang dan kemalangan yang lepas Jika ada, akan disimpan di Jabatan Kilang dan Jentera. Setiap kilang akan diberi satu nombor pengenalan rasmi. Sebagai contoh kilang Nestle Food Specialities (Malaysia) Sdn. Bhd mempunyai nombor pendattaran SLK 20362 Kesemua nombor pendaftaran akan bermula dengan SLK. Lawatan pemeriksaan akan dijalankan oleh badan penguatkuasaan untuk memastikan kilang berkaitan tidak melanggar peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Akta. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kilang-kilang yang tidak mematuhi peruntukan dan akan disabitkan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967. Akta juga telah menetapkan kuasa-kuasa yang ada pada Menteri,Ketua Inspektor, Penolong Ketua Inspektor dan Inspektor-inspektor dalam menguatkuasakan kehendak dan syarat-syarat yang ditetapkan. Salah satu kuasa yang terdapat pada Menteri ialah untuk membuat peraturan-peraturan berhubung dengan peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Akta. Sehingga ke hari ini, Menteri di bawah kuasa yang diberikan telah membuat 15 peraturan yang berkaitan iaitu: (1) Peraturan-peraturan (Dandang Stim dan Pengandang Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970. (2) Peraturan-peraturan (Lif Barangan dan Pengangkutan Elektrik) Kilang dan Jentera 1970. (3) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. (4) Peraturan-peraturan (Orang Bertanggungjawab) Kilang dan Jentera 1970. (5) Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970. (6) Peraturan-peraturan (Pentadbiran) Kilang dan Jentera 1970. (7) Peraturan-peraturan (Peperiksaan-Sijil Kelayakan) Kilang dan Jentera 1970.

Pemerhatian semasa lawatan ke kilang Nestle pada 22 Disember 1992.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(8) Peraturan-peraturan (Pemberitahuan, Sijil Kesahan dan Siasatan) Kilang dan Jentera 1970. (9) Peraturan-peraturan (Pengkompaunan Kesalahan) Kilang danJentera 1980. (10) Peraturan-peraturan (Kesalahan-kesalahan yang Boleh Dikompaunkan) Kilang dan Jentera 1978. (11) Peraturan-peraturan (Lead) Kilang dan Jentera 1984. (12) Peraturan-peraturan (Proses Asbestos) Kilang dan Jentera 1986. (13) Peraturan-peraturan (Operasi Bangunan dan Kerja-kerja Pembinaan Kejuruteraan) Kilang dan Jentera 1986 (14) Peraturan-peraturan (Pendedahan Bunyi) Kilang dan Jentera 1989. (15) Peraturan-peraturan (Habuk Mineral) 1989. Secara keseluruhannya, Akta ini menjadi satu garis panduan dan mengenal pasti kemungkinan bahaya yang berlaku dan juga memeriksa kilang-kilang yang termasuk di bawahnya untuk memastikan setiap peraturan dan syarat-syarat dipatuhi. Jabatan Kilang dan Jentera, Kementerian Sumber Manusia adalah jabatan kerajaan yang telah dipertanggungjawab untuk rnelaksana dan menguatkuasakan Akta tersebut. Untuk memudahkan pembaca, peruntukan keselamatan kesihatan dan kebajikan akan dibincangkan secara berasingan dalam 3 bahagian kecil. la akan merangkumi keseluruhan seksyen dan peraturan yang telah dinyatakan di dalam: (a) Akta Kilang dan Jentera 1967. (b) Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970, (c) Peraturan-peraturan lain yang mempunyai kaitan rapat dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

Peruntukan Mengenai Keselamatan (i) Binaan Asas dan Luaran Peruntukan-peruntukan keselamatan yang penting dibincangkan di dalam bahagian ini boleh dibahagikan kepada beberapa skop keselamatan kecil iaitu binaan asas dan luaran, binaan dalaman, tangga titi sambung, lorong, susunan barangan, cecair merbahaya, bahan-bahan berat, kebakaran, Jentera am, jentera pacu dan saluran paip. Akta Kilang dan Jentera 1967 telah memberi peruntukan tentang keselamatan di dalam Bahagian II yang bermula dengan seksyen 10. Sesuatu tapak binaan dan lantai sesebuah kilang hendaklah dibina supaya ia dapat menahan beban berat yang secukupnya dan sesuatu tapak itu tidak boleh dibebani dengan berat yang berlebihan.3 Langkah keselamatan ini diambil untuk mengelakkan berlaku runtuhan bangunan yang boleh mengakibatkan kematian dan kecederaan kepada pekerja. Begitu juga dengan bumbung kilang hendaklah dibina supaya dapat menanggung beban berat yang sesuai.4 Seksyen-seksyen ini telah diterangkan dengan terperinci dalam Peraturan-peraturan Keselamatan yang menetapkan sebarang premis atau bangunan atau mana-mana bahagian yang digunakan sebagai kilang tidak boleh digunakan sebagai tempat kediaman keluarga.5 Begitu juga dengan bilik bawah tanah tidak sesuai digunakan sebagai kilang kecuali stor.6 Ini untuk memastikan yang pekerja di dalamnya mendapat udara yang bersih, cahaya dan senang untuk melarikan diri keluar daripada premis kilang jika berlaku sesuatu kemalangan atau kebakaran, Demi mengelakkan daripada berlaku runtuhan bangunan, peraturan telah menetapkan bahawa sesuatu Jentera tidak boleh dipasang di tingkat atas daripada tingkat tanah melainkan ia telah direka khas untuk menanggung beban yang dikenakan dan telah mendapat kelayakan daripada seorang pakar mengenai binaan.7 Sijil kelayakan oleh pakar ini hendaklah dihantar kepada Pengarah Jabatan Kilang dan Jentera untuk mendapat pengecualian khas. (ii) Binaan Dalaman Berkenaan dengan binaan dalaman kilang, Akta telah menetapkan setiap lantai, paras pekerjaan, platform, dek, tangga, lorong, titi sambung, tangga tetap dan pemijak hendaklah dibina dengan selamat untuk mengelakkan risiko pekerja terjatuh ke bawah, menggalakkan risiko daripada runtuh dan hendaklah sentiasa dijaga dengan sempurna supaya bebas daripada bahan longgar dan licin.8 Apabila terdapat bahan-bahan binaan dalaman itu longgar kemungkinan berlaku runtuhan adalah tinggi dan dengan demikian, majikan hendaklah memasdkan binaan itu sentiasa sempuma dan selamat.
3 4

Seksyen 10(a). AktaKilang dan Jenlera 1967. Seksyen 10(b). Akta Kilang dan Jentera 1967 5 Peraluran 3, Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kcsihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970 6 Peraturan 4. 7 Peraturan 5. 8 Seksyen 10(c), Akta Kilang dan Jentera 1967.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

Peruntukan keselamatan dalam seksyen 10(c) di atas diterangkan dengan lebih terperinci dalam Peraturan-peraturan (Keselamatan Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970. Menurut Peraturan 6(1) setiap lantai yang dilalui oleh pekerja disenggara dalam keadaan rata, baik dan tidak licin supaya seseorang boleh berjalan dengan selamat. Lantai hendaklah bebas daripada lubang-lubang paku dan segala unjuran yang menjadi halangan. Menurut Peraturan 6(3),jika sesebuah kilang itu menjalankan operasi yang boleh menyebabkan lantai basah maka lantai itu hendaklah dicuramkan dan saluransaluran air yang mencukupi hendaklah diadakan. Ini adalah untuk mengelakkan air bertakung dan merbahaya kepada pekerja-pekerja.9 Majikan juga dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan bcrkesan bagi membuang air hujan atau air banjir daripada mana-mana lantai.10 (iii) Tangga Jika seseorang bekerja di tingkat atas atau paras yang tinggi, majikan hendaklah mengadakan satu tangga untuk turun naik ke tingkat itu. Menurut Peraturan 9(1), tangga itu hendaklah mempunyai anak tangga selebar tidak kurang 3 kaki dan mempunyai curaman tidak kurang daripada dua puluh darjah (20).11 Jika tangga itu mempunyai lebar yang kurang daripada tiga puluh enam inci (36") maka majikan hendaklah memasang sekurang-kurangnya satu susur tangan pada sebelah kanan anak tangga.12 Susur tangan akan menolong pekerja berpaut padanya semasa turun dan naik. Di dalam Subperaturan 3, susur tangan tiap-tiap tangga hendaklah selanjar bagi satu-satu susunan tangga dan juga pada lantarannya dan permukaannya hendaklah selanjar bagi satu-satu susunan tangga dan juga pada lantarannya dan permukaannya hendaklah licin dan tidak terhalang. Sebagai langkah keselamatan semasa kebakaran, adalah dinasihatkan supaya tangga diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar kerana ia amat penting sebagai penyambung tetingkat dan memudahkan jalan keluar.13 Peruntukan terperinci mengenai tangga tetap, dinyatakan di dalam Peraturan 10 yang memberi garis panduan yang lebih kurang sama seperti kewajipan memasang susur tangan atau pemegang tangan jika tangga itu condong. (iv) Titi Sambung Menurut Peraturan 11(1), setiap titi sambung, titi samping atau landas larian yang disediakan khas untuk seseorang lalu dari satu tempat ke satu tempat hendaklah dipasang dengan pengadang rel di kedua-dua belah berserta dengan 'toe board' sekurangkurangnya empat inci tinggi, Begitu Juga dengan lerengan, setiap lerengan yang digunakan oleh orang-orang untuk turun dan naik hendaklah dihadkan condongannya
9

Peraturan 6(3). Peraturan 6(4). 11 Peraturan 9(I)(a) dan (b). 12 Peraturan 9(I)(8a). 13 Peraturan 9(4).
10

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

iaitu tidak melebihi satu dalam sepuluh darjah (10) dan hendaklah mempunyai pengadang rel dan susur tangan.14 (v) Lorong Sering kali kita terdengar berita tentang pekerja-pekeija yang terhidu asap-asap dan gas beracun yang bocor. Kejadian ini disebabkan ruangan-ruangan sempit tempat bekerja seperti di dalam tangki, tong, liang, pengandang (vesel) tekanan atau pengandang lain dalam mana asap-asap / wap merbahaya mungkin berada sehingga menyebabkan seseorang lemas. Menurut peruntukan undang-undang yang dinyatakan dalam Peraturan 13(1) setiap ruangan sempit hendaklah dilengkapkan dengan lorong berbentuk segi empat, bujur atau bulat dan lebamya hendaklah melebihi enam belas inci. Peraturanperaturan Keselamatan juga menetapkan bahawa tiada sesiapa dibenarkan masuk ke sesuatu ruangan sempit melainkan:15 (a) Majikan mengambil langkah yang praktik untuk mengeluarkan apa-apa asap atau mencegah kemasukannya. (b) Majikan telah menjalankan ujian yang tertentu untuk pastikan tiada asap-asap merbahaya. (c) Majikan menempatkan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman di pintu masuk tangki atau pengandang untuk menyeliakerjadan mengambil tindakan wajar semasa kecemasan. Menurut Peraturan 13(3), jika ujian tidak dapat dijalankan maka majikan hendaklah membekalkan pesawat pelindung nafas, radas pemulih, tali-tali sawat keledar yang sesuai kepada pekerja. Walaupun peralatan ini disediakan, masalah tidak akan selesaijika majikan tidak melatih dan tidak memberi penerangan yang sempurna mengenai cara mengguna dan mengendalikan alat demikian.16 Akta Kilang dan Jentera 1967 juga memberi peruntukan mengenai jalan lalu yang selamat ke tempat keija. Majikan hendaklah menyediakan satu laluan yang selamat pada setiap masa.17 Peruntukan ini diperincikan lagi di dalam Peraturan 7,18 di mana ruangan lapang dan tidak terhalang hendaklah diadakan dan disenggara pada semua Jentera untuk membolehkan kerja dijalankan di situ dengan tiada apa-apa bahaya serta memberi laluan yang bebas pada setiap masa ke mana-mana bahagian Jentera untuk dikendalikan dan diperiksa. Majikan juga hendaklah memastikan tiada bahan, barang atau benda yang

14 15

Peraturan 11(5). Peraturan 13(2). 16 Peraturan 13(4). 17 Seksyen 19(d) Akta Kilang dan Jentera 1967. 18 Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

diletakkan atau disusun sehingga menghalang laluan.19 Jika laluan di dalam kilang itu disekat maka sukar bagi pekerja-pekerja untuk melakukan tugas mereka dan sukar untuk keluar daripada tempat kerjajika berlaku kecemasan. Seksyen 10,(e) dan Peraturan 8, menegaskan setiap lubang, pembukuan, liang dan pintu perangkap hendaklah ditutup dengan selamat atau dipagar dengan selamat untuk mengelakkan risiko pekerja terjatuh ke dalamnya. Lubang yang ada di lantai juga dipagar dengan pengadang rel di sebelah yang terdedah.Berkenaan dengan pintu 'teagle' atau muka pintu yang terletak di hujung bangunan untuk keperluan mengangkat dan menurunkan barang hendaklah dipagar dengan selamat semasa kerja-kerja pengangkutan tidak dijalankan.20 (vi) Susunan Seksyen 10(f) memberi peruntukan keselamatan mengenai barang-barang yang disusun dan disimpan di dalam stor. Majikan hendaklah memastikan susunan barang-barang itu berada dalam keadaan yang stabil untuk mengelakkan daripada terjatuh. Dalam menjalankan kerja penyusunan ini, perlu dilihat sama ada susunan barangan itu telah menghalang pekerja daripada mendapat cahaya yang mencukupi, ganti udara yang bersih, ruangan dan laluan yang selamat dan menghalang keberkesanan alat-alat pemadam api. Pada masa kini, terdapat majikan yang tidak sedar berlakunya perkara ini di dalam kilang mereka. Kadang-kadang susunan kotak telah menghalang pekerja untuk mengambil alat pemadam api yang terletak di tepi dinding. Syarat-syarat terperinci mengenai susunan barang dinyatakan oleh Peraturan 20 di mana susunan atau tindanan bahan hendaklah didirikan atas asas-asas kukuh dan tidak dibebankan dengan banyak sehingga melampaui berat yang boleh ditanggung oleh lantai. Bahan-bahan yang tidak boleh disusun hendaklah disandarkan pada penyekat atau dinding yang cukup kuat untuk menahan tekanan bahan-bahan itu. Subperaturan (3) memberi garis panduan susunan gundi-gundi (bagged materials) yang hendaklah disusun seperti berikut: (a) Mulut gundi itu diletak ke arah dalain. (b) Empat gundi pada hujung tiap-uap satu tindan hendaklah diikat silane. (c) Satu gundi hendaklah dikurangkan pada tiap-tiap lima tindan gundi. Begitu juga dengan kotak-kotak, peti-peti dan kartun-kartun berisi hendaklah disusun di atas permukaan yang luas dan tidak terlalu tinggi yang boleh meremukkan kotak-kotak, peti-peti dan kartun-kartun di bawah.21 Kilang-kilang yang menggunakan atau mengeluarkan paip dan bar besi hendaklah disusun atas rak-rak simpan yang stabil supaya bahan-bahan itu dapal ditarik keluar dengan selamat dan tidak menimbulkan
19 20 21

Peraturan 7(2). Peraturan 8(5). Peraturan 20(4)(a).

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

bahaya.22 Peruntukan ini penting untuk kilang-kilang besi paip dan bar besi. Di setiap hujung paip dan bar itu hendaklah dipasang dengan penahan kayu atau dengan membengkokkan ke atas untuk mengelakkan kecederaan kepada pekerja-pekerja yang lalu di tepi susunan itu. Besi-besi yang menganjur itu bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan.23 Garis panduan mengenai susunan paip, paip-paip besar, gulungan-gulungan kertas atau benda lain berbentuk habuk juga dinyatakan dalam Peraturan 26(6)(a). (vii) Cecair Berbahaya Setelah membincangkan peruntukan undang-undang mengenai keselamatan pada binaan luardan binaan dalaman sesebuah kilang, penulis akan meneliti dan membincangkan langkah-Iangkah keselamatan seterusnya yang harus diambil oleh pihak majikan. Seksyen 11, Akta Kilang dan Jentera 1967 menyatakan tindakan yang harus diambil oleh pihak majikan jika terdapatpekerjayang terdedah kepada risiko kecederaan disebabkan oleh bahan-bahan letupan, beracun, menghakis atau kesan radioaktif, dengan memastikan bahan-bahan itu disimpan dengan selamat atau dibuang. Cara untuk menyimpan bahanbahan cecair mencelur, menghakis atau beracun diterangkan dalam Peraturan 14(1) dan (2). Mengikut peraturan ini, cecair berbahaya hendaldah disimpan di dalam pengandung, takungan, liang atau rangka binaan yang mana bibir alat-alat tidak boleh melebihi tiga kaki enam inci ketinggian daripada lantai atau aras kerja di sebelahnya. Tujuan mengehadkan ketinggian bibir supaya jika ada cecair yang melimpah keluar, tahap percikannya tidak tinggi sehingga mencapai bahagian muka dan badan pekerja-pekerja. Tambahan itu untuk mengelakkan mana-mana bahagian badan pekerja tercelup ke dalam cecair itu, majikan diwajibkan menutup dengan selamat atau menggarisnya sehingga 3 kali 6 inci. Majikan juga dikehendaki melabelkan pengandung cecair berbahaya itu atau meletakkan tanda amaran yang senang dilihat oleh semua pekerja Peraturan 15(1) menjelaskan cara-cara yang selamat untuk menyimpan bahan 'volatile' (sejenis cecair yang cepat aktif bertukar kepada gas). Tiap-tiap paip, tin atau pengandung bahan cecair ini hendaklah ditutup dengan selamat dan apabila bahan ini tidak lagi diperlukan, maka, perlu dipindahkan keluar daripada tempat kerjabahan itu digunakan. Majikanjuga dilarangmembawamasuk bahan volatile dalam kuantiti yangbesar ke dalam tempat kerja.24Apa yang harus dilakukan ialah majikan hanya membawa masuk kuantiti bahan itu sekadar mencukupi untuk keperluan satu hari satu, Langkah ini perlu dipatuhi untuk mengelakkan pekerja-pekerja daripada terhidu gas dalam kuantiti yang besar apabila cecair itu bertindak balas. Kuantili yang kecil tidak memudaratkan pekerja-pekerja. Menurut proviso kepada Peraturan 15, peruntukan ini tidaklah dipakai bagi bilik yang manapengawasan yang cukup mengenai keselamatan dan kesihatan telah diambil.
22 23 24

Peraturan 20(5)(b). Peraturan 20 (5)(b). Peraturan 15(2).

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

Bahan-bahan 'volatile' hendaklah disimpan di dalam bilik atau gerobok yang dibina khas daripada bahan-bahan merintangi api yang sesuai atau ditempatkan di kawasan lapang yang terpencil sama sekali dalam lingkungan lima belaskaki.25 Menurut Peraturan 17(4), bahan 'volatile' bererti larutan cellulose (termasuk larutan-larutan yang mengandungi: "cellulose acetate", 'cellulose nitrate' atau "celluloid"), alkohol, petroleum dan hasilan, hasuan lain yang bertakat kilat rendah. Peruntukan keselamatan juga mengawasi habuk-habuk yang meletup dan mudah terbakar di dalam bilik kerja. Majikan hendaklah mengambil tindakan yang telah ditentukan jika mendapati ada kemungkinan habuk-habuk itu akan masuk ke dalam bilik kerja. Di antaranya ialah; a) dengan menutup loji yang diguna dalam proses itu dan jika perlu mengasingkan ]oji itu daripada bangunan-bangunan lain. Jika loji itu ditempatkan di dalam bilik maka bilik itu hendaklah diasingkan dengan bilik-bilik lain dengan dinding merintang-api yang diluluskan dan sentiasa tertutup sendiri (automatik). (b) Dengan membuang atau mencegah habuk-habuk daripada terhimpun. (c) Dengan mengasingkan atau menutup semuapunca yang boleh menyebabkan penyalaan.26 (viii) Benda Berat Seksyen 12, Akta Kilang dan Jentera 1967 menghalang majikan daripada mengarahkan pekerja-pekerja untuk mengangkat, membawa atau memindahkan jumlah muatan yang terialu berat sehingga boleh menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada mereka. Jumlah muatan yang terlalu berat boleh membuat pekerja itu tidak stabil dan bergoyanggoyang semasa mengangkatnya. (ix) Kebakaran Peruntukan mengenai kebakaranjuga telah disebut di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967. Setiap kilang hendaklah mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran dan majikan juga diwajibkan menyediakan laluan keluarkecemasan selain daripadapintu keluar utama dan menyediakan kelengkapan untuk memadam kebakaran.27 Peruntukan ini telah diperincikan di dalam Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970. Peraturan 16( 1), melarang sebarang bakaran, nyalaan atau api-api yang tidak dilindungi dibawa masuk ke dalam mana-mana bilik yang mana bahan 'volatile' digunakan atau disimpan. Ini adalah disebabkan kemungkinan bakaran dan nyalaan ini akan menyalakan bahan-bahan 'volatile' yang disimpan. la juga
25 26

Peraturan 17(3)(a). Peraturan 17(1). 27 Seksyen I3,Akta Kilang dan Jentera 1967.

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

melarang mana-mana pekerja merokok di dalam bilik bahan-bahan 'volatile' yang mudah terbakar. Untuk menguatkan lagi larangan ini, majikan dikehendaki mengadakan suatu notis larangan merokok di tempat yang mudah dilihat oleh semua orang.28 Menurut proviso Peraturan 16(1), peruntukan dalamnya tidak terpakai bagi sesuatu bilik itu digunakan sebagai makmal di manajenis kerja penyelidikan dijalankan danj ika pengurusan yang cukup mengenai keselamatan dan kesihatan orang-orang telah diambil. Proviso ini terlalu luas dan kabur kerana tidak dinyatakan garis panduan yang sesebuah kilang atau majikan itu telah dikatakan mengambil pengawasan yang cukup mengenai keselamatan dan kesihatan. Perkataan 'cukup' adalah terlalu luas pengertiannya dan ia bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh inspektor-inspektor kilang yang memeriksa tempat itu.Pentafsiran mereka akan berlainan daripada seorang dengan seorang yang lain. Ini akan menyulitkan majikan untuk menentukan tahap pengawasan yang dikehendaki oleh Akta Kilang dan Jentera 1967. Setelah membincangkan peruntukan atau langkah-langkah yang perlu diambil oleh majikan untuk menghindari kebakaran, Peraturan 21, menyatakan peruntukan keselamatan yang harus diambil oleh majikan sekiranya berlaku kebakaran di dalam kilangnya. Sesebuah bangunan kilang hendaklah disediakan dengan sekurang-kurang 2 pintu keluar pada setiap tingkat.29 Jika sesebuah kilang itu mempunyai 3 tingkat tempat kerja maka ianya harus mempunyai sekurangnya 6 pintu keluar. Setiap pintu kecemasan atau pintu-pintu yang memberi kemudahan untuk lari hendaklah ditanda dengan terang dan mudah dilihat dengan suatu pemberitahu 'KELUAR' atau TINTU KECEMASAN' yang dicetak dengan huruf merah yang besar.30 Majikan juga perlu memberi latihan kecemasan kebakaran supaya semua pekerja-pekerja menyedari dan biasa tentang kemudahan untuk lari dan membuatperaturan-peraturanbiasayang harus diikuti oleh pekerja-pekerja kilang sekiranya berlaku kebakaran.31 Adalah tidak manfaatjika pekerjapekerja tidak tahu tentang kewujudan pintu-pintu kecemasan. Majikan dan pekerja hendaklah saling membantu untuk memastikan keadaan dan susunan barang di dalam tempat kerja sentiasa kemas dan teratur supaya tidak menghalang usaha menyelamatkan diri semasa kebakaran.32 Sesebuah kilang yang menjalankan operasi kerja pada mana-mana tingkat atas atau bawah daripada tingkat tanah hendaklah menyediakan ialuan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti berikut:33 (a) mempunyai hubungan terus dengan udara di luar; (b) cukup, pada pendapat Inspektor, untuk semua pekerja di tingkat itu;
28 29

Peraturan 16(2). Peraturan 21(1). 30 Peraturan 21(3). 31 Peraturan 21(4). 32 Peraturan 21(5). 33 Peraturan21(2).

10

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(c) jika dilengkapkan dengan pintu, pintu tersebut hendaklah dipasang supaya terbuka keluarke arah bilik, lorong atau tangga-tangga dari mana seseorang itu boleh melarikan diri dari kecemasan. Pintu itu hendaklah tidak dikunci atau berkancing dan bebas daripada sebarang halangan. Menurut Peraturan 22, majikan wajib menyediakan alat-alatpemadam api yang moden dan baru. Ini adalah untuk menentukan supaya alat-alat pemadam ini sentiasa boleh digunakan. Mengenai bilangan yang diperlukan, peruntukan ini tidak menyatakan jumlah yang spesifik sebaliknya bergantung kepada jenis proses yang dijalankan, kuantiti dan jenis bahan-bahan tafsiran mengikut budi bicara Inspektor-inspektor Kilang dan juga hakim-hakim mahkamah jika perkara ini dicabar ke mahkamah. (x) JenteraAm Akta juga menyuruh majikan mengambil langkah-langkah keselamatan mengenai jenterajentera yang digunakan di dalam kilang. Setiap jentera atau bahagian-bahagiannya termasuk semua pemasangan dan sangkutan hendaklah dibina bebas daripada sebarang kerosakan; dan dijaga dengan rapi supaya ia sesuai dengan tujuanjentera itu beroperasi.34 Majikan juga diwajibkan memagar dengan selamat kesemua bahagian jentera yang berbahaya untuk menghalang kecederaan ke atas pekerja-pekerja.35 Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970 telah menyatakan peruntukan yang terperinci mengenai keselamatan jentera dan garis panduan pemagaran jentera. Mengikut Peraturan 4, setiap bahagian jentera pacu, penggerak utama dan jentera penghantaran hendaklah dipagar dengan selamat menurut peraturanperaturan ini. Pengecualian bertulis akan dikeluarkan jika Ketua Pemeriksa berpuas hati dengan keadaan-keadaan keselamatan jentera di dal am kilang tersebut.36 Peraturan5(1)(a) memberi peruntukan-peruntukan mengenai jentera yang tidak dipagar. Walaupun terdapat jentera yang bergerak tidak dipagar di dalam sesebuah kilang, majikan boleh mengarahkan pekerjanya melakukan pemeriksaan, peliciran atau pelarasan jika beliau dapat membuktikan kerja-kerja pemeriksaan, peliciran dan pelarasan itu hanya boleh dilakukan semasa bahagian jentera itu bergerak sahaja. Majikan juga boleh menjalankan pemeriksaan, peliciran dan pelarasan semasa jentera itu bergerak jika Ketua Pemeriksa telah menetapkan satu perakuan bertulis bahawa ia berpuas hati disebabkan jenis proses di dalam kilang itu memerlukan satu proses yang berhenthhenti dan pemberhentian bahagian jentera itu akan mengganggu semua perjalanan proses.37 Meskipun undang-undang membenarkan sesuatu jentera itu diperiksa atau dilicir semasa ia bergerak, undang-undang juga telah menetapkan peruntukan- peruntukan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan Peraturan 5(1)(a) dan (b) iaitu:

34 35

Seksyen 14,Akta Kilang danJentera 1967. Seksyen 15, Akta Kilang dan Jentera 1967. 36 Peraturan 4(2) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamalan) Kilang dan Jentera 1970. 37 Peraturan 5(l)(b)Peraluran-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970.

11

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(a) Pemeriksaan, peliciran atau pelarasan hendaklah dilakukan oleh seorang yang berumur 20 tahun ke atas dan terlatih dan memahami kemungkinan bahaya yang timbul. (b) Pakaian pekerja itu hendaklah tidak mempunyai apa-apa kain yang lebih seperti tali di baju, saiz yang besar daripada badan atau memakai apa-apa sarung tangan kain yang boleh menarik tangannya ke dalam jentera bergerak itu. (c) Tangga atau bangku yang digunakan untuk berdiri semasa menjalankan kerja itu dipasang, ditambat atau dipegang dengan kuat oleh pekerjayang lain.38 Langkah-Iangkah keselamatan ini hendaklah dipatuhi oleh majikan dan pekerja sebelum kerja pemeriksaan dijalankan ke atas sesebuah jentera yang bergerak demi untuk mengelakkan kemalangan. Semua pagar atau adang hendaklah dibina dengan selamat dan sentiasa disenggara dan terikat pada tempatnya setiap masa semasa bahagian-bahagian jentera itu bergerak.39 Peruntukan ini mengkehendaki majikan memastikan setiap pagar atau adang itu tidak longgardan senang tercabut semasa jentera beroperasi. Segala pagar dan adang yang buruk dan rosak hendaklah diganti dengan yang baru. Peruntukan ini tidak merangkumi ke atas peruntukan yang dinyatakan dalam Peraturan 5. Majikan juga perlu memastikan bahawa tiada lubang besar pada pagar dan adang sehingga membolehkan seseorang pekerja atau pelawat menyentuh bahagian-bahagian jentera yang bergerak dalam pagar itu.40 Semasa pemasangan pagar dan adang itu, majikan perlu mengadakan ruang lapang atau kelegaan di antara jentera yang bergerak dengan adang itu sekurangnya 12 inci dan tidak boleh melebihi 20 inci. (xi) Jentera Pacu Berkenaan dengan jentera pacu yang digerak oleh kuasa sawat (kuasa mekanikal) telah dinyatakan peruntukan keselamatan nya dalam Peraturan 9 dan 10, Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. Jentera-jentera pacu (driven machinery) adalah jentera yang mempunyai risiko yang tinggi bagi pekerjapekerja mendapat kecederaan atau kemalangan seperti putusjari, patah tangan, luka dan lain-lain lagi disebabkan ia sentiasa bergerak dan terdedah kepada anggota-anggota badan. Mesin-mesin yang dikategorikan dalam istilah jentera dipacu ialah: (a) Jentera-jentera pelelas, pencanai, pengilat dan penggilap (b) Jentera-jentera yang menggunakan rol (c) Gergaji kerja kayu (d) Mesin ketam (e) Mesin spindal pembentuk (f) Mesin pelurah dan penanggam (g) Mesin rantai
38 39

Peraturan 5(2) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. Peraturan 6 Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera l970, 40 Peraturan 7 Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamalan) Kilang dan Jentera 1970.

12

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(h) Mesin penggaul, pengacau dan pencampur (i) Mesin penyincang (j) Mesin pengisar dan penghabuk (k) Mesin pengempar dan pemerah-hidro (l) Himpit kuasa (m) 'Guillotine' (n) Pisau getah (o) Alat-alat mesin (p) 'Tea rolling machine" (q) Mesin pengisi dan penutup botol (r) Jentera pengangkut Pemakaian pemntukan undang-undang tentang jentera pacu ini dapat dilihat dalam kes Seng Chong Metal Works Ltd. Iwn Lew Fa.41 Dalam kes ini, plaintif telah membawa tuntutan terhadap majikan kerana pecan tugas di sisi undang-undang. Plaintif yang bekerja sebagai operator mesin himpit kuasa (power press) telah terputus tangannya. Majikan telah dituduh gagal untuk mematuhi Peraturan 34(3), Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. Mahkamah telah memutuskan bahawa majikan bersalah kerana gagal mematuhi peruntukan Akta.42 Di antara kesalahan yang dilakukan oleh majikan ialah: (a) Gagal untuk menyediakan satu pagar atau adangan yang selamat pada mesin itu. (b) Gagal untuk menyediakan satu sistem suapan automatik atau separuh automatik yang mana penggunaan tangan untuk menyuap akan dihadkan. (c) Gagal untuk menyediakan satu sistem mula dan henti dengan selamat. Pemakaian undang-undang yang sama mengenai nasihat himpit kuasa yang tidak diadang dengan selamat terdapat dalam kes Tan Sin Chong Iwn Hong San Kwong Onn Chuan Foundary.43 Majikan perlu memeriksa dengan teliti kesemua mesin pacu yang digunakan di dalam kilang supaya ia berada dalam keadaan selamat mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan. Undang-undang telah menetapkan bahawa setiap skru, pin, bolt atau kunci pada mana-mana aci, spindal, roda hendaklah dibenamkan, ditutup atau diadang dengan sempuma untuk mengelakkan bahaya.44 Begitujuga dengan gear taji atau gear bergigi yang tidak memerlukan pemeriksaan, peiiciran atau pelarasan semasa ia bergerak hendaklah ditutup sama sekali.45 Majikan perlu menentukan dan mengenai pasti mana-mana bahagian gear yang tidak memerlukan pelarasan (adjustment) semasa bergerak dan menutupnya demi keselamatan pekerja, Tambahan kepada itu, setiap mesin
41 42

[1966]2MLJ63. Lihat juga United Plywood & Sawmill Ltd. Iwn Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237. 43 (1968)1MLJ62. 44 Peraturan 9(a) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. 45 Peraturan 9(b) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970.

13

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

pacu, berkuasa sawat hendaklah mempunyai alat-alat penyetat dan pemberhenti yang cekap dan alat-alat ini mestilah ditempatkan di sesuatu tempat yang bebas daripada sebarang gangguan supaya pekerja yang mengendalikannya dapat mengendalikan alatalat itu dengan mudah.46 Pekerja-pekerja yang telah ditugaskan untuk mengendalikan mana-mana mesin pacu tidak dibenarkan menyetatkannya sehingga segala pengawasan telah diambil untuk menentukan tiada sesiapa pun akan tercedera dan berada dalam keadaan berbahaya apabilajentera itu dioperasikan.47 Dalam kes Mohamed Hussin Iwn Shum Yip Loong Rubber Works Ltd., seorang pekerja kilang telah terputus empat jari tangannya akibat terpotong ketika mengendalikan mesin himpit 'clicking'.48 Menurut peruntukan Peraturan Jentera 1959, peraturan 32(1) yang mempunyai persamaan dengan Peraturan 34(5) (a) dan 34 (7) dalam Peraturanperaturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. Majikan dalam kes ini telah didapati bersalah kerana gagal untuk menyediakan satu sistem kerja yang selamat. Di antara kesalahan yang dilakukan oleh majikan ialah: (1) Gagal menyediakan 'guard' dan pagar pada mesin himpit 'clicking' seperti yang diperuntukkan oleh Akta. (2) Gagal untuk menyediakan suis 'mula dan suis 'henti' yang hanya dapat dikendalikan dengan kedua-dua tangan serentak dan tidak dapat dikendalikan dengan satu tangan sahaja. (3) Gagal untuk memasang satu adang rapat automatik untuk menolak dan mengeluarkan semasa mesin himpit diturun. Di sini jelas yang majikan telah gagal mematuhi peruntukan yang telah ditetapkan dan mengakibatkan kemalangan yang serius kepada pekerja kilang. Peruntukan keselamatan jentera yang telah dibincangkan sebentar tadi perlu diikuti dan dipatuhi oleh majikan-majikan. Jikalau seseorang majikan gagal mematuhi peruntukan ini, maka dia tidak boleh: (a) Menjual atau menyara Jentera itu kepada orang lain.49 (b) Membuat, memperbaiki atau memasang jentera itu.50

46 47

Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan (Pemagaran Jentera dan Keselamatan) Kilang dan Jentera 1970. 48 [1972] 1MLJ 17. Lihat jugak es-kes Goh Eng Chye Iwn Amalgamated Lumber Sdn. BM.[l982]2MLJ 180; Wong Soon San Iwn Malayan United Industrial Co. Ltd. [1967] 1 MLJ 1; Lee Lau & Sons Realty Sdn. Bhd. Iwn Tan Yah & YL [1983]2MLJ51. 49 Seksyen 17, Akta Kilang dan Jentera 1967. 50 Seksyen 18(1), Akta Kilang dan Jentera 1967.

14

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(c) Mengimport jentera itu.51 Sebagai satu langkah kawalan oleh Jabatan Kilang dan Jentera untuk menjamin setiap jentera yang berada di dalam sesebuah kilang itu selamat dan tidak berbahaya maka sebelum sesebuah jentera itu beroperasi ia hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil kelayakan (certificate of fitness) yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta ini.52 Majikan yang telah memulakan operasi kilang tanpa memperolehi sijil kelayakan boleh dikenakan tindakan oleh pihak penguatkuasaan Jabatan Kilang dan Jentera.53 Satu notis bertulis melarang operasi jentera itu akan dihantar kepada majikan. Inspektorjuga boleh menahan atau mengunci jentera yang tidak diluluskan itu sehingga majikan telah mendapat satu sijil kelayakan yang sah. Apabila Jabatan Kilang dan Jentera mengeluarkan sijil ini, merekaakan menentukan tempoh sah dan akan menetapkan tarikh yang jentera itu perlu diperiksa semula supaya majikan sentiasa mengikut peruntukan keselamatan yang telah termaktub dalam Akta. (xii) Paip dan Saluran Peraturan tambahan yang tidak dinyatakan dalam Akta Kilang dan Jentera ialah mengenai peruntukan keselamatan berhubung dengan paip-paip dan saluran. Peruntukanpemntukan sebelum ini adadibincangkan dalam Akta dan kemudiannya diperincikan dalam Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera. Majikan hendaklah menentukan semua paip sama ada membawa cecair berbahaya atau tidak; sama ada diletakkan di atas tanah atau digantung, ditebat atau diadang dengan sempuma. Sering kali kita mendengar pekerja-pekerja mendapat kecederaan di kepala disebabkan terhantuk di paip ataupun terjatuh disebabkan tersepak paip yang tidak diadang. Adangan yang dilakukan itu mesti dapat mengelakkan pekerja-pekerja dari bersentuhan dengan paip-paip itu semasa menjalankan pekerjaan biasa. Peruntukan Kesihatan Kesihatan pekerja kilang perlu dijaga dengan mewujudkan satu suasana kerja yang bersih daripada segala bahan dan elemen yang boleh mengancam kesihatan. Majikan perlu menentukan tahap kebersihan, ruangan kerja, ganti udara, kebersihan udara, makan dan minum, suhu, cahaya dan tandas berada di peringkat baik dan mematuhi peruntukan Akta Kilang dan Jentera 1967. Dalam bahagian ini, penults akan membincangkan dan ini diteliti peruntukan kesihatan yang melibatkan perkara di atas. (i) Kebersihan Penerangan yang lebih terperinci mengenai kebersihan yang dinyatakan dalam seksyen22(l)(a) boleh dirujukkepadaPeraturan23,Peraturan-peraturan
51 52 53

Seksyen 18(2), AktaKilang dan Jentera 1967. Seksyen 19(l),Akta Kilang danJentera 1967. Seksyen 19(2),Akta Kilang dan Jentera 1967.

15

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970. Majikan sesebuahkilang dikehendaki menyediakan bekas-bekas yang sesuai dan cukup bilangannya untuk mengumpul sarnpah dan bahan buangan. Semua sampah sarap dan bahan buangan mestilah dibersihkan dart kawasan kerja setiaphari.54 Selepas sampah dibersihkan dart kawasan kerja, majikan hendaklah mencuci lantai kilang sekurangkurangnya sekali dalam masa seminggu.55 Majikan juga perlu memberi perhatian kepada dinding dalam dan bahagian atas sesebuah kilang yang menurut Peraturan 23(c) (i) hendaklah dibasuh dengan air panas dan sabun sekurang-kurang sekali dalam tempoh 15 bulan bagi permukaan dinding yanglicin.Sementara bagi permukaan yang perlu dicat atau di varnish, majikan hendaklah mengecatnya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 7 tahun.56 Bagi kilang yang menjalankan proses yang banyak mengeluarkan habuk-habuk dan benda-benda busuk, hendaklah disapu dan dibersihkan setiap hari selepas waktu kerja. Selalunya, kilang papan mengeluarkan habuk-habuk kayu yang banyak dan ia perlu disapu atau dibersih dengan pembersih hampagas untuk mengelakkan udara daripada kotor.57 Bahan buangan cecair juga perlu disalurkan dengan saluran-saluran yang dilengkapi dengan adang-adang yang berkesan untuk mencegah keluaran bau busuk.58 Majikan juga hendaklah memastikan semua bilik kerja itu dibina dan disenggara dengan baik supaya boleh mencegah apa-apa jenis tikus, serangga dan. hama daripada masuk.59Jika terdapat juga tikus, serangga dan hama di dalam bilik kerja maka hendaklah dihapuskan dengan langkah-langkah yang sesuai untuk mengelakkannya daripada masuk semula.60 (ii) Ruangan Kerja Pekerja-pekerja kilang berhak untuk mendapat mangan kerja yang cukup dan sesuai dengan jenis pekerjaan yang dijaIankan.Majikan juga perlu mengehadkan jumlah pekerja dalam satu masa supaya suasana kerja tidak sibuk dan berceramuk.61 Peraturan 24(10) telah menetapkan seorang pekerja perlu mendapat ruang tidak kurang daripada 400 kaki padu dalam setiap kilang. Setiap ruangan kerja yang digunakan oleh pekerja mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 10 kaki daripada permukaan lantai kecuali bagi bilik-bilik kerja yang hanya mempunyai jentera dan tiada pekerja sepenuh masa di situ.62 Ini adaiah untuk memberi kelegaan yang sesuai dan semua pekerja mendapat udara yang cukup untuk bernafas. Udara yang kurang boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan pitam.
54 55

Peraturan 23(a) Peraluran-peraluran (Keselamalan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970 Peraturan 23(b). 56 Peraturan 23(c)(ii). 57 Peraturan 23(d). 58 Peraturan 13(.e). 59 Peraturan 23(f). 60 Peraturan 23(g). 61 Peraturan 24(1). 62 Peraturan 24(2).

16

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(iii) Ganti Udara Menurut seksyen 22(l)(c) (i), suatu langkah yang berkesan hendaklah diambil oleh kilang untuk menentukan kilang itu mempunyai sistem ganti udara yang mencukupi untuk mengelakkan kemudaratan kepada pekerfa- pekerja disebabkan gas, asap tebal, habuk dan bahan-bahan berterbangan yang lain. Sesebuah kilang itu dikategorikan sebagai kilang yang mempunyai ganti udara yang mencukupi jika bilangan gantian udara dalam satu jam: (a) Tidak kurang daripada sepuluh bagi proses kilang yang menjana sedikit sahaja haba, asap dan bau-bauan. (b) Tidak kurang daripada dua puluh bagi proses kilang yang menjana banyak haba, asap dan bau-bauan. (c) Tidak kurang daripada tiga puluh bagi proses kilang yang menjana asap yang mungkin membencanakan badan seseorang pekerja.63 Majikan sesebuah kilang yang mempunyai ganti udara tidak mencukupi dan menepati syarat-syarat di atas hendaklah menambah ganti udara semula jadi danjuga menambah ganti udara sawat. Semasamemasang ganti udara tersebut, Peraturan 24(3) hendaklah dipatuhi iaitu saiz lubang masuk ganti udara mestilah melebihi sekurang-kurangnya 50% daripada saiz lubang udara yang keluar. Lubang-lubang masuk udara hendaklah ditempatkan di bahagian bawah aras lantai dan lubang keluar udara hendaklah ditempatkan pada aras tertinggi yang boleh, Peruntukan ini dibuat untuk menjamin udara yang masuk itu bersih danjuga menjamin kualiti udara masuk yang tinggi berbandingkan udara panas yang akan keluar melalui bumbung kilang itu. (iv) Kebersihan Udara Tidak dapat dinafikan terdapat kilang-kilang di Malaysia yang menjalankan proses pengeluaran yang akan melepaskan asap dan habuk berbahaya dan memudaratkan pekerja-pekerjanya. Peraturan 26(1) telah memberi perhatian mengenai perkara ini dan mewajibkan setiap majikan kilang tersebut mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi pekerja daripada menyedut asap atau habuk itu dan untuk menghalang asap dan habuk itu berkumpul di dalam kilang. Pekerja di dalam kilang yang tidak mengambil langkah menghalang asap itu berkumpul pasti lama-kelamaan akan mendapat penyakit. Majikan perlu memastikan bahawa udara di dalam kilangnya adalah bersih dan selamat untuk bemafas.

63

Seksyen 22(l)(b), Akta Kilang dan Jentera 1967.

17

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

Langkah-langkah yang perlu diambil mengenai habuk-habuk ialah udara yang berhabuk itu hendaklah dibuang ke tempat yang selamat melalui apa-apatudung, litup, rangkap atau saluran.64 Majikan juga perlu berhati- hati supaya tudung dan saluran untuk menyedut udara berhabuk itu hendaklah dibina dengan teliti supaya ia meliputi kesemua bahagian punca asap atau habuk itu.65 Terdapat kilang yang telah mengambil langkah untuk menyalurkan asap dan habuk ke luar bangunan tetapi saluran atau tudung yang dibina untuk menyedut asap atau habuk menghisap itu lebih kecil dan tidak tepat ke atas lubang yang melepaskan habuk dan asap. Langkah ini adalah sia-sia sahaja kerana masih terdapat asap dan habuk yang bebas berkumpul di dalam kilang itu. Begitujuga dengan proses enjin-enjin pembakaran dilarang oleh undang-undang daripada beroperasi sehingga majikan membuat usaha untuk membawa hasilan pembakaran itu ke kawasan terbuka yang selamat.66 (v) Makan dan Minum Pekerja dilarang makan dan minum di dalam tempat kerja terutama jika tempat kerja itu melepaskan benda beracun, wasap dan habuk semasa proses. Majikan hendaklah memberi penerangan supaya pekerja faham akan larangan yang dikenakan ke atas mereka.67 Majikan juga perlu menyediakan sebuah kantin yang bersih dan mampu menampung bilangan pekerja di situ. (vi) Suhu Menurut seksyen22(d)(i)Akta, majikan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk mengekalkan tahap suhu di dalam kilang itu supaya ia memberi keselesaan kepada pekerja dan menghalang daripada kecederaan tubuh badan. Walau bagaimanapun,jika sesuatu jentera yang dikendalikan dalam sesebuah kilang itu menerbitkan haba yang berlebihan maka majikan adalah dikehendaki seperti mana diperuntukkan di bawah peraturan untuk menyediakan alat penyejuk dan pengedaran udara yang cukup supaya dapat mengurangkan suhu badan seseorang pekerja.68 Ini termasuklah menyediakan alat hawa dingin, lubang-lubang udara yang lebih, alat ganti udarakeluar yang canggih atau dengan menebat jemera dengan bahan penebat. Selain daripada haba yang dikeluarkan oleh entera, haba matahari yang terpancar ke arah kilang yang dibina dengan bahan-bahan hantaran haba yang tinggi juga perlu diberi perhatian. Bangunan tersebut hendaklah dicat dengan warna putih atau kapur putih untuk mengurangkan haba.69

64 65 66

Peraturan 25(2).

Peraturan 26(2). Peraturan 26(2) 67 Peraturan 27. 68 Peraturan 28(2). 69 Peraturan28(3).

18

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

(vii) Cahaya Seksyen 22(e) melarang pekerja kilang bekerja di dalam mana-mana bangunan jika cahaya yang masuk sama ada cahaya semulajadi atau cahaya tambahan itu kurang 10% daripada luas lantai kilang itu. Masalah akan timbul kepada mereka terutamanyajika proses kilang banyak menggunakan jentera-jentera tajam dan berbahaya. Oleh yang demikian, majikan hendaklah merancang dengan sempumakedudukan tingkap atau tingkap bumbung supaya cahaya matahari boleh masuk dan menyinari seluruh kawasan kerja.70 Bagi kilang-kilang yang berhawa dingin dan tertutup ataupun bilik tempat kerja itu berada di tengah-tengah bangunan, lampu tambahan hendaklah dipasang untuk menolong memberi cahaya yang diperlukan. Lampu tambahan juga diperlukanjika pihak penguat kuasa mendapati ukuran penyinaran di dalam kilang tidak cukup walaupun tingkap dan tingkap bumbung diadakan.71 Majikan dalam menjalankan kerja pemasangan lampu tambahan hendaklah menentukan punca cahaya itu berada di atas tempat yang tinggi supaya ia melepasi garisan pandangan biasa.72 Jika punca cahaya itu selari dengan garisan pandangan biasa maka sukar bagi pekerja-pekerja untuk menjalankan tugas mereka. Lampu itu juga hendaklah dipasang supaya cahayanya hanya tertumpu pada tempat kerja dan persekitaran.73 Bekalan elektrik yang menjadi punca untuk menghidupkan lampu tambahan ini tidak boleb dijamin dapat membekalkan elektrik tanpa kerosakan atau tergendala atau terputus disebabkan oleh sesuatu bencana. Sebagai contoh, pada 1 Oktober 1992, bekalan elektrik terputus hamper ke seluruh Malaysia, dan bagi kilang yang beroperasi 24 jam sehari mereka menghadapi kerugian beijuta-juta ringgit.74 Memang tidak dapat dinafikan kerugian besartimbul di sini, tetapi adakah majikan-majikan menyedari akan keselamatan pekerja semasa bekaian ini terputus dengan tiba-tiba. Keselamatan pekerja akan terancam kerana keadaan yang gelap menyukarkan mereka menyelamatkan diri atau keluar daripada tempat kerja. Kecederaan tubuh badan akan berlaku terutama pada kilang-kilang yang banyak menggunakan jentera tajam dan berbahaya seperti kilang-kilang papan, besi, aluminium, asiddan lain-Iain lagi. Untuk mengatasi masalah ini, Akta melalui Peraturan 29(h)(i) telah menetapkan iaitu sesebuah kilang yang mempunyai 50 orang pekerja pada satu masa hendaklah memasang sistem cahaya kecemasan di tangga,jalan lalu, dan pintu-pintu keluar. Cahaya kecemasan ini hendaklah dapat memberi sinaran selama satu jam dan tempoh cukupuntuk memberi
70 71

Peraturan 29(b). Peraturan29(e). 72 Peraturan29(f)(i). 73 Peraturan29(f)(ii). 74 Utusan Malaysia, 2 Oktober 1992, hlm. 16.

19

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

peluang kepada pekerja-pekerja keluar daripada bangunan kilang.75 la hendaklah dipasang dengan sistem yang canggih supaya lampunya akan terpasang sendiri (automatik) apabila bekalan elektrik putus atau berlaku kerosakan pada lampu tambahan.76 (iv) Pertolongan Cemas Setiap pekerja yang tercedera semasa tugas di dalam kilang hendaklah diberi pertolongan cemas dan jika perlu dibawa ke hospital yang berdekatan selepas itu. Rawatan permulaan ini adalah penting untuk menenteramkan pesakit dan mengurangkan kesakitannya seperti membalut luka, menghentikan pendarahan, rawatan pemafasan dan sebagainya. Menurut Peraturan 38(2), setiap kotak pertolongan cemas hendaklah: (a) Dilengkapkan menurut Jadual Keempat. (b) Ditanda terang-terang dengan pangkah merah atas latar belakang putih. (c) Dikunci dan anak kuncinya disimpan oleh seorang yang bertanggungjawab yang boleh dihubungi setiap waktu kerja; dan (d) Orang yang bertanggungjawab hendaklah terlatih dalam rawatan kecemasan dan nama beliau hendaklah ditampalkan untuk pengctahuan semua pekerja. (v) Tempat Duduk Cara mengendalikan kerja berlainan di antara kilang mengikut proses pengeluaran yang dijalankan. Misalnya, kilang best yang kebanyakan pekerjanya berdiri sambil melakukan kerja dan ini berbeza dengan kilang Elektronik di mana pekerja-pekerjahanya menjalankan satu jenis pekerjaan yang sama dan di tempat yang sama sahaja. Makadi sini, majikan hendaklah menjaga kebajikan pekerja-pekerja itu kerana mereka tidak boleh berjalan atau meninggalkan tempat kerja mereka disebabkan wujudnya proses pembuatan satu persatu {assemble). Tempat duduk yang sesuai hendaklah disediakan.93 Sesuai di sini bermakna tempat duduk itu dibina untuk memberi keselesaan dan tidak membebankan pekerja. Adalah lebih baik jika tempat duduk itu boleh dilaras mengikut kesesuaian cita rasa pekerja dan jika perlu peletakkaki hendaklah disertakan untuk mengurangkan letih.94 (vi) Pakaian dan Alat-alat Keselamatan Badan Pakaian yang dipakai sewaktu bekerjahendaklah cukup padan dengan badan pekerja dan tidak mempunyai apa punca atau tali yang terburai, koyak atau cobak-cabik. Ini adalah
75 76 93

Peraturan 29(h)(ii).

Peraturan 29(h)(iii). Peraturan 30(1). 94 Peraturan 30(2)(a) dan {b).

20

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967 (AKTA 139)

untuk mengelakkan pakaian ini ditarik olehjentera yang bergerak tanpa disedari oleh pekerja, Pakaian kerja juga tidak dibenarkan mempunyai poket atau lipatan yang dapat memerangkap habuk-habuk yang berbahaya.95 Majikan juga perlu memastikan pekerja memakai kasut-kasut yang sesuai yang dibuat khas untuk keselamatan dalam kilang dan bukannya memakai selipar atau kasut biasa.96 Pekerja-pekerjajuga hendaklah memakai 'penutup kepala' terutamanya pekerja perempuan untuk mengelakkan rambut mereka ditarik masuk ke dalam bahagianjentera yang bergerak. Pemeriksajuga boleh mengarahkan pekerja dalam kilang pembuatan makanan dan minuman memakai 'penutup kepala' dan pakaian 'overall' yang sesuai untuk menjamin kebersihan barangan keluaran kilang itu.97 Selain daripada pakaian, kepala dan kasut keselamatan, majikan juga perlu menyediakan peralatan-peralatan badan yang lain mengikut jenis proses kilang itu dan keadaan kerja yang dilakukan oleh pekerja. Jika pekerjaan dan suasana yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anggota tubuh badan, maka peruntukan Peraturan 32{b) hingga (g) terpakai ke atas majikan kilang tersebut. Peralatan tersebut ialah topi keledar, pelindung mata, palam dan pelindung telinga, pakaian pelindung, sarung tangan dan pelindung nafas.

95 96

Peraturan 32(a)(iv). Peraturan 32(a)(v). 97 Peraturan 32(a)(vi).

21

Anda mungkin juga menyukai