Anda di halaman 1dari 33

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (TERAS)

BAB 1 REKA CIPTA

Mengenal pasti masalah Mengumpul maklumat & data Menyenaraikan pelbagai idea penyelesaian masalah Menilai & memilih idea yang paling sesuai Melakar beberapa reka bentuk projek Menilai & memilih konsep reka bentuk Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik Mengenal pasti & memilih alatan Membuat jadual kerja & mengira kos pengeluaran Mengukur, menanda & memotong Memeriksa & menguji sambungan & pemasangan Membuat kemasan Menguji & menilai projek Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina Membuat persembahan projek

PENGENALAN REKA CIPTA


Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk bagi memenuhi Kehendak pengguna masa kini dan masa akan datang.

Produk yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri Atau diubahsuai dan mempunyai nilai kormersial. Reka Cipta tidak hanya terhad kepada sesuatu bidang tertentu sahaja tetapi merangkumi bidang-bidang seperti
1. Grafik Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti pengiklanan , pembungkusan dan penerbitan bahan-bahan bercetak. 2. Ukiran Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja mengukir seperti hiasan rumah , perabut dan cenderahati.

3. Reka Bentuk Perindustrian Bidang ini dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu i. Rekaan perabut seperti kerusi , meja dan almari. ii. Rekaan produk seperti perkakas rumah, barangan elektrik , dan alat-alat permainan . iii. Rekaan kenderaan seperti kereta , basikal dan kasut roda. 4. Tekstil Bidang ini berkaitan dengan reka corak seperti pembatikan , tenunan dan anyaman. 5. Fesyen Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti rekabentuk pakaian seragam , fesyen semasa , beg tangan dan kasut.

6. Seramik Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti rekabentuk pasu , jubin dan pinggan mangkuk dari seramik. 7. Barangan Logam Halus Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti rekabentuk barang kemas , kutleri dan ukiran logam. 8. Elektronik Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti membuat robot , automasi dan mekatronik. 9. Rekabentuk Bangunan dan Lanskap Bidang ini berkaitan dengan kerja-kerja seperti merekabentuk bangunan , pengubahsuaian dalaman dan lanskap.

Contoh Reka Cipta Dan Inovasi Alexander Graham Bell telah merekacipta telefon pada tahun 1847. Dengan adanya kemajuan di bidang sains dan teknologi manusia telah mengubahsuai telefon ini dari segi bentuk dan saiz untuk memenuhi keselesaan pengguna.

Pernyataan Masalah
Masalah yang dinyatakan perlu menunjukan situasi yang bermasalah dan keperluan individu yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat masalah itu. Situasi boleh merangkumi aspek-aspek: Tempat, masa dan keadaan fizikal seperti ruang, saiz, suhu, berat dan kelajuan. Menyatakan masalah dengan jelas Beberapa kata kunci yang boleh digunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah: - susah, lambat, bahaya, sakit, penat, membazir wang, masa, tenaga, tidak tahan lasak, tidak tepat, tidak peka dan lain-lain lagi.

CONTOH PERNYATAAN MASALAH


1.

Tema: Penyimpanan Mengenalpasti masalah

2.

Anda mungkin menghadapi masalah untuk menyimpan cakera padat anda kerana koleksinya yang semakin bertambah. Apabila anda mengambil cakera padat, cakera padat yang lain mungkin akan bertaburan. Anda terpaksa mengemasnya semula setiap kali anda mengambil cakera padat. Kaedah penyelesaian masalah ialah mereka bentuk sebuah rak menyimpanan cakera padat
LAIN-LAIN CONTOH

Mengumpul Maklumat Dan

Data

Data perlu dikumpulkan untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian. Kaedah Pengumpulan data Kaedah pengumpulan data atau maklumat boleh dilakukan melalui
Pemahatian

Pengalaman sendiri

Lawatan

Mengumpul Maklumat & Data

Pembacaan & penyelidikan

Melayari internet

Bimbingan guru

Soal Selidik

Pengalaman Sendiri atau Orang Lain


Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain. Aktiviti: Menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu berlaku. Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah. 1. Situasi yang pernah dialami merupakan maklumat yang paling sesuai untuk mengumpul maklumat dan data

Pembacaan dan penyelidikan


Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal, majalah, artikal dan media elektronik. Aktiviti: a. Membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik. b. Menyatakan sumber kajian media cetak: pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat. Media elektronik: jenis ( radio / tv ), tajuk siaran, tarikh dan masa.

Bimbingan guru
Mendapat panduan dan khidmat nasihat yang diperlukan daripada guru bagi memudahkan proses mendapatkan maklumat dan idea.

Soal Selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik.
Aktiviti:
a. Menyediakan borang soal selidik - mudah dan tepat - gunakan jawapan soalan berbentuk ya / tidak, betul / salah - soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia ada yang dikenalpasti iaitu ciri-ciri rak cakera padat pilihan mereka (orang ramai) b. Menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat. c. Mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan. d. Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Melayari Internet
Melayari internet untuk mendapatkan maklumat terkini tentang reka bentuk dan reka cipta rak cakera padat. Pengguna perlu tahu alamat laman web yang diperlukan

Lawatan
Mengadakan lawatan ke kilang untuk mendapatkan idea tentang projek seperti kaedah pembinaan, bahan buatan dan jangka masa menyiapkan produk.
Aktiviti: a. Mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian. b. Mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar. c. Lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di beberapa tempat.

PEMERHATIAN
Membuat pemerhatian tentang rak cakera padat yang sedia ada di pasaran.
Cari kelebihan dan kekurangan produk tersebut

1.1.3

Menganalisis Maklumat

Setelah maklumat diperolehi dan dikumpulkan


Analisis maklumat Kajian tentang kekuatan dan kelemahan serta membuat perbandingan yang relevan kepada penghasilan produk Merekodkan keputusan penganalisaan produk Dapatkan bantuan daripada guru Setelah menganalisis keputusan dapatkan idea untuk mereka produk yang dapat menyelesaikan masalah dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan

Contoh hasil analisa tentang beberapa produk di pasaran


Produk: Produk A Rak XXX

Produk B Rak Pintar


Produk C Rak Plat XXX

CONTOH LAIN

Menyenaraikan kekuatan kelemahan produk yang diperolehi


DIPASARAN
Rak XXX

PRODUK

KEKUATAN
1. Rak ini boleh menyimpan pelbagai mengikut jenis. 2. Rak ini boleh menyimpan telefon, nota memo, dll dalam jumlah yang banyak 3. Rak ini menarik sebagai hiasan
1. Rak ini boleh menyimpan alatan dengan lebih kemas 2. Rak ini dapat memilih alatan dengan mudah 3. Rak ini dapat ditempatkan di ruang yang kecil 1. Rak ini dapat menyimpan alatan dengan kemas dan tersusun 2. Rak ini dapat digunakan dalam kenderaan kerana ia stabil 3. Rak ini tiada tepian yang tajam

KELEMAHAN
1.Rak ini tidak stabil bila menyimpan nota dan perkakas alatulis dalam kuantiti yang banyak 2. Rak ini memerlukan ruang meja yang luas.
1.Rak ini ruang menyimpan alatan terhad 2.Rak ini tidak sesuai untuk nota meno sebab mudah hilang. 1.Rak ini ruang menyimpan nota memo terhad 2.Rak ini mempunyai ruang terhad.

Rak Pintar

Rak Plat

1.1.4 Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah

Penjanaan idea awal


Proses penjanaan idea merupakan proses bagi menghasilkan beberapa rekacadang atau konsep yang masih memerlukan usaha-usaha perkembangan seterusnya. Ia boleh dilakukan dengan mengemukakan konsep secara catatan dan lakaran. Lakaran berlabel yang dihasilkan menjurus kepada penyelesaian masalah dan menghuraikan fungsi setiap idea secara ringkas dan jelas.
Cadangan aktiviti: Perbincangan dalam kumpulan untuk

mendapat pelbagai idea Sesi sumbangsaran mendapatkan

pelbagai perkembangan idea penyelesaian

Apa? Apakah jenis produk yang ingin dikeluarkan

Bagaimana? Bagaimanakah produk tersebut dipasarkan

Siapa?

Penyelesaian Masalah

Siapakah sasaran yang sesuai bagi produk tersebut

Mengapa? Mengapakah prodik tersebut perlu dikeluarkan

Bila? Bilakah masa yang sesuai untuk mengeluarkan produk tersebut

Di mana?
Di manakah produk itu boleh dipasarkan

PEMILIHAN IDEA
1.2.1 Menilai dan Memilih Idea yang Paling Sesuai Pemilihan idea hendaklah dibuat setelah proses analisis dijalankan. Analisis dibuat dengan melihat kekuatan dan kelemahan idea tersebut

Menilai dan Memilih yang Paling Sesuai


Keupayaan Kendiri: Projek tersebut mestilah bersesuaian dengan kemanpuan & keupayaan fizikal, kemudahan & peruntukkan masa Kepentingan Produk:
Dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan pengguna

Mesra Alam:
Produk itu mestilah tidak mencemarkan alam sekitar dan selamat digunakan

PEMILIHAN IDEA

Pengetahuan Dan Kemahiran:


Pelajar mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya apabila memilih projek yang hendak dibuat

Cara Pembuatan :

Teknik pembuatan hendaklah bersesuaian di dalam hasil produk berkualiti,

Bahan & Komponen :


Hendaklah bersesuaian dari segi penggunaannya, kos bahan & komponennya mudah diperolehi

CONTOH LAKARAN

1.3 PEREKAAN PROJEK


Perekaan projek adalah terjemahan idea dalam bentuk grafik mengikut spesifikasi yang dirancang. Lakaran dalam bentuk 2D atau 3D
Idea Terbaik

Lakaran
Sesi Kritikan

Idea Terbaik

Lakaran

Sesi Kritikan
Lukisan Kerja

Sesi Kritikal
Model Awal Sesi Kritikan

PROTOTAIP

Anda mungkin juga menyukai