Anda di halaman 1dari 7

PERNYATAAN PROFESIONAL

Muhammad Firdaus Bin Yussof

MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM (21-29 MAC 2013) HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 1 Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 1 April hingga 26 April 2013. Minggu ini juga merupakan minggu cuti penggal pertama. Ini merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang. Saya dan rakan saya, Wan Muhammad Naim B. Wan Ahmad akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang, Simpang Empat, Perlis. Saya berasa seronok kerana kami sudah sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum ini. Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami bisa melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap dapat berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa 1 ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambahbaik lagi prestasi dan kekurangan sepanjang pembelajaran saya yang lalu. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarang saya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid di sekolah saya agar tidak wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-murid seperti mereka memerlukan lebih bimbingan dan perhatian. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.
Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

APA YANG TELAH DILALUI DAN DILAKSANAKAN SEPANJANG PRAKTIKUM 1 April 2013 jam 7.20 pagi saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang sebuah sekolah kategori luar bandar. Saya juga ada terdengar yang mengatakan sekolah ini merupakan Sekolah Berprestasi Rendah. Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap praktikum yang akan saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya Wan Muhammad Naim b. Wan Ahmad. Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah ketiadaan Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Saya meneruskan perjalanan ke stor sukan bagi melihat alatan yang ada serta sebagai persediaan saya untuk mengajar. Beramah mesra bersama guru-guru seawal hari pertama adalah sangat penting. Secara kebetulan, terdapat 4 orang guru di sekolah berkenaan merupakan bekas anak murid pensyarah pembing kami, Miss foo Ai Peng, jadi ada juga cerita yang ingin disembangkan. Saya mula mengajar pada hari keempat setelah mendapat jadual waktu tugas pada hari ketiga daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan sedikit. Sesi pengajaran berjalan dengan cukup menduga hati. Setiap hari situasi hampir sama iaitu, cikgu nak main bola, main bola lagi seronok cikgu. Namun saya terus lakukan tugas saya seperti yang saya rancang. Barulah saya tahu tugas sukar menanti saya ketika mula mengajar sebenar kelak. Saya sempat menyertai beberapa aktiviti dan program sekolah terutamanya membentuk dan melatih pasukan sekolah. Hajat saya tercapai jua untuk melatih sukan bola tampar kepada muridmurid, namun jangka masa seminggu latihan sebelum ke hari pertandingan tidak cukup membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi. Namun berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid pasukan sekolah saya telah mendapat Johan bagi kategori perempuan dan naib johan bagi katergori lelaki. Walaupun saya berpuas hati dengan apa yang dikecapi, namun jauh di sudut hati ingin melihat murid-murid mendalami dengan lebih mendalam tentang kemahiran-kemahiran asas bola tampar.

Sepanjang minggu kedua saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani terdapat beberapa masalah telah saya hadapi, antaranya ialah kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap
Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P) seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan persekitaran yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan sewaktu P&P misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan : Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:

1) Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru. 2) Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah.

Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

Selain

itu,

guru

wajar

mengaplikasikan

kemahiran

komunikasi

berkesan. Kemahiran

berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003) Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, saya akan merancang dan melaksanakan aktiviti P&P yang lebih menarik serta lebih kepada bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P berlangsung. Saya juga amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.

Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

APA YANG TELAH DICAPAI SEPANJANG PRAKTIKUM (1 April 26 April 2013) Tempoh 4 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu oleh warga Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab atau aktiviti secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk diungkapkan dengan luahan kata-kata. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada En Khairul Azhan b. Ahmad yang juga bertindak selaku guru pembimbing. Dengan pengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann. Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan En Azizan b. Puteh supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-input yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya senantiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah.

Praktikum Fasa I 1-26 April 2013

PERNYATAAN PROFESIONAL
Muhammad Firdaus Bin Yussof

Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru pendidikan jasmani ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar khas SKDN semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak begitu bijak seperti murid di bandar, namun saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya, kanak-kana merupakan kanak-kanak insan yang sangat istimewa dan perlu dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini mengingatkan saya kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai tekanan terutama dari pihak luar yang menyatakan pendidikan jasmani ini merupakan subjek yang mudah dan sering di pandang rendah, namun setelah hampir tiga tahun barulah saya faham dan benar-benar percaya bahawasanya subjek ini merupakan subjek yang paling penting kerana ianya melibatkan kehidupan harian kita. Asas yang kukuh dapat memberikan kita satu landas atau tiang yang dapat memberikan kekuatan untuk kita kelak. Saya berharap untuk praktikum akan datang, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada murid. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 1 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

Praktikum Fasa I 1-26 April 2013