Anda di halaman 1dari 1

Semua Pasaraya berpintu kaca Boleh lihat barang-barang di dalam Tajuk pantun elok membaca Memang disuruh oleh

Islam Kegunaan kaca adalah berbagai Boleh buat cermin mata Dalam syurga mengalir sungai Tempat orang mukmin bersukacita Sungai kecil sungai besar Memberi manfaat pada manusia Dengan ibubapa janganlah kasar Nasihat mereka ikutlah sentiasa Pergi ke sekolah menaiki basikal Ada yang menaiki bas Membaca boleh mencerahkan akal Baru kehidupan tidak terbabas Di kedai kopi bermain dam Habis masa begitu saja Manusia pertama Nabi Adam Setiap waktu Allah dipuja Nabi Adam nabi pertama Siti Hawa jadi isterinya Sesama manusia elok bekerjasama Dengan ilmu datanglah cahaya Terbit bulan waktu malam Waktu pagi terbitlah matahari Membaca memang disuruh Islam Dengan keredhaan Allah dicari