Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang dipertua.Rakan-rakan kerajaan,perwakilan pemabangkang serta ahli-ahli dewan .

Assalamualaikum wbt,salam sejahtera dan selamat bersidang.

Tuan Yang Dipertua,

Saya selaku menteri ketiga telah diberi amanah untuk membidas serta mematahkan ketiga-tiga hujah yang telah dikemukakan sebentar tadi oleh pihak pembangkang. Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini ,adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada sidang dewan sekalian bahawa sesungguhnya remaja itu merupakan tunjang yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan Negara kelak. Oleh yang demikian,pihak kerajaan telah bersepakat serta sebulat suara bersetuju dengan premis Remaja Berkualiti Modal Insan Negara.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk menolak usul yang dikemukakan pihak pembangkang , saya akan mendedahkan serta menyatakan kelemahan-kelemahan hujah yang dilakukan oleh perwakilan pembangkang sebentar tadi.

Saya tidak pandai bermain dengan emosi.Maka,saya ingin membetulkan ketidaktepatan fakta.Kelemahan pertama yang dilakukan oleh YAB_____________ menyatakan bahawa jenayah dalam kalangan remaja kini bagai tiada noktahnya. Namun kenyataan itu salah sama sekali. Hal ini kerana, statistic kadar jenayah dalam kalangan remaja kini menunjukkan penurunan yang ketara.kondisi ini bukan sekadar omong kosang,Polis Diraja Malaysia(pdrm) kini berada di landasan yang betul dalam mengurangkan indekskadar jenayah yang melibatkan kerjasama daripada masyarakat itulah kata-kata yang daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

yang saya petik pada laman MSTAR online yang telah dipaparkan pada 1oktober 2011. Berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM pada setiap tahun mencatatkan jumlah penurunan kadar jenayah yang memberangsangkan. Statistik terkini menunjukkan indeks kadar jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala kadar jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus dalam tempoh sama berbanding 2009. Hal ini telah terbukti bahawa dengan adanya hubungan yang kukuh antara polis dan penduduk merupakan asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah dengan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya.Jelas sekali pencegahan jenayah bukan sahaja memerlukan kesedaran tentang jenayah masyarakat, malah amat bergantung kepada kerjasama yang diterima pihak polis daripada masyarakat setempat.

Seterusnya,kerapuhan usul kedua yang di kemukakan oleh ______________ yang berbunyi remaja mempunyai keperibadian yang lemah .Bagi menangikis tuduhan yang tidak berasas itu, Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 julai 2003. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara.Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan.Penubuhan Program Latihan Khidmat Negara ini juga merupakan salah satu platform untuk memberi didikan,pembangunan moral dan merangsang tenaga intelektual bagi membina tamadun bangsa yang cemerlang.saya ingin melontarkan satu soalan yang cukup penting.Adakah kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan sperti P..LKN ini masih ingin disia-sia kan serta dipandang enteng? Sedangkan kemudahan ini jugalah yang mencorak satu generasi yang berilmu,berketerampilan ,bersahsiah mulia.Malah, kemudahan ini jugalah yang menampilkan wajah genarasi muda yang bersulamkan tekad yang ingin menjulang Negara hingga ke puncak jagat.

Bagi menjernihkan tanggapan yang keruh yang telah dikemukakan oleh _________________ yang berbunyi remaja kini menzalimi diri sendiri.Kondisi ini memang tidak dapat dinafikan oleh semua

pihak seperti mengambil dadah,melakukan seks bebas dan sebagainya.pascamodenisasi ini,remaja semakin dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit dan mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran . Namun , pihak kerajaan mengambil langkah sederap bagi mengekang kemelut ini agar masyarakat tidak dihinggapi masalah social yang teruk.Kerajaan telah menyediakan pusat pemulihan penagihan narkotik(PUSPEN),pusat perlindungan wanita,pusat pemulihan akhlak,klinik pemulihan dan prihatin 1malaysia yang bertujuan untuk membentuk semula nilai keinsanan yang syumul dalam diri remaja.Disamping itu, Datuk Seri Abdullah telah membuat keputusan memberi peruntukan kewangan 2006 kepada sektor sosial sebanyak 9.9 bilion ringgit berbanding 5.6 bilion ringgit untuk sektor pertahanan dan 3.6 bilion ringgit untuk pentadbiran pembangunan. Bagi pembangunan sumber manusia atau human capital, beliau membuat keputusan memperuntukkan 29 bilion ringgit atau satu per lima daripada peruntukan Bajet 2006 untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Sebanyak 5 bilion ringgit telah diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan pelajaran dan latihan untuk guru, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, peruntukan sebanyak 493 juta ringgit disediakan bagi menampung 98 ribu pelajar di sekolah teknikal, vokasional dan institusi latihan kemahiran. Selain itu, peruntukan hampir satu bilion ringgit disediakan bagi latihan perdagangan dan industri yang sedang dilaksanakan di Institut kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi. Nampaknya usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengatasi punca masalah sosial diberi penekanan yang sangat jelas dan menyeluruh,bagi memanifestasikan remaja yang berkualiti,sakinat dan madani kelak.

Tuan Yang dipertua,

Deduksinya,saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa usul yang telah dikemukakan oleh pihak pembangkang ditolak kerana pihak pembangkang gagal menyatakan usul yang relaven.Dengan ini,saya mohon agar semua pihak memberi komitmen dan pengertian yang serius terhadap usul pada hari ini malah kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.,saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa,namun saya masih berpegang teguh dengan pendirian saya iaiti remaja berkualiti pemacu pembangunan

Anda mungkin juga menyukai