1 Pestalozzi
PESTALOZZI
Johann Henrich Pestalozzi Dilahirkan di Zurich, Switzerland pada 12 januari 1946 Berbangsa Swiss Terlibat dengan politik pada awal pendidikan tingginya, kemudian beralih kepada bidang pendidikan. Selepas berkhawin cuba melibatkan diri dalam perniagaan tetapi gagal Mula menulis buku pada 1780 yang bertajuk The Evening Hours of a Hemmit dan buku kedua diterbitkan pada 1781 Leonard and Gertrude yang dianggap bermutu.
Menjaga anak- anak yatim yang kehilangan tempat tinggal akibat penjajahan Peranciske atas Switzerland Makin tertarik dalam bidang pendidikan kanak- kanak Membuka sekolah untuk anak- anak yatim tersebut dan penduduk sekitar dalam usaha mendidik menggunankan teknik pengajarannya.
Johann Henrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1946 di Zurich . beliau telah hidup berdikari sejak umur lima tahun lagi kerana bapanya telah meninggal dunia. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau mula bersekolah pada usia 9 tahun dan telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Zurich. Semasa di universiti Zurich beliau sangat aktif dalam penglibatan politik bersama dengan Johann Kasper Lavater dalam menyebarkan ideologi revolusi kerana kemiskinan pada waktu tersebut gagal diatasi oleh pemerintah. Semasa aktif dalam penglibatan politik Pestalozzi terlibat dengan gerakan militant pemuda di universiti. Gerakan yang diceburi ini telah berusaha membela nasib yang terabai. Contohnya gerakan ini telah mendakwa pihak pentadbiran negaranya pada ketika terlalu menumpukan perhatian terhadap pembangunan penduduk di bandar sahaja dan mengabaikan nasib penduduk di luar bandar. Pestalozzi turut mengkritik system pendidikan di negaranya meskipun dianggap antara system pendidikan yang terbaik di Eropah. Akibat daripada itu, Pestalozzi dipenjarakan pada Januari 1767 untuk beberapa hari. Selepas kematian sahabat karibnya Johann Kaspar Bluntschill, Pestalozzi telah menarikm diri dalam pergerakan politik dan menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan sahaja.
Pestalozzi merupakan seorang pendidik yang sering mencontohi amalan Romanusisme dalam pendekatannya. Psetalozzi lebih dikenali dengan bapa pendidikan sains moden dan menjadi tokoh dan inspirasi dalam bidang pendidikan kepada Johann Friedrich Herbart dan Friedrich Wihelm August Froebel. Pada tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg. Pada tahun 1769, Pestalozzi telah berkhawin dengan Anna Schulthess dari golongan pertengahan di Zurich dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Jean Jacques dan dikenali sebagai Schaggeli. Tetapi malangnya anaknya telah meninggal dunia pada usia 31 tahun lagi.
Gambar 2: Anna Schulthess dan Jean Jacque ( isteri dan anak Pestalozzi ) Beliau telah membeli tanah di Aargau dan tinggal di situ. Semasa menetap di situ Pestalozzi dan isterinya cuba menceburi bidang perniagaan pertanian herba Rubia namun gagal. Bukan itu sahaja, kegagalan turut dihadapi oleh Pestalozzi dalam menjalankan aktiviti pendidikan dengan mengubahsuai rumah ladangnya menjadi sebuah sekolah. Kegagalan ini tidak mematahkan semangat Pestalozzi. Malah Pestalozzi kembali mengusahkan ladangnya disamping membuat kajian berkaitan teknik- teknik dalam bidang pendidikan.
Gambar 3: Sekolah daripada Rumah Ladang Pestalozzi telah menghasilkan buku pertamanya yang bertajuk The Evening Hours of a Hermit yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Pada tahun yang sama beliau telah mencetak jilid pertama novelnya yang bertajuk Leonard and Gertrude. Di dalam novel ini beliau telah mengumpulkan kebanyakkan idea-ideanya tentang pendidikan dan juga tentang program pemulihan sosial. Selain itu, ideologi pemulihan sosial yang diperjuangkan Pestalozzi turut diceritakan dalam novel ini yang turut membawa isu- isu pendidikan. Semasa penjajahan tentera Perancis ke Swizerland banyak kemusnahan yang telah berlaku akibat Revolusi Swiss. Kesan daripada revolusi tersebut ramai anak- anak yatim yang kehilangan yang tiada tempat bergantung. Mereka ditinggalkan tanpa sebarang makanan dan tempat berteduh di Canton of Nidwalden. Ekoran daripada itu, Pestalozzi telah menjaga anak yatim tersebut dan mengubahsuai gereja menjadi sebuah
sekolah bagi kegunaan anak- anak yatim tersebut. Di sinilah bermula kejayaan Pestalozzi dalam bidang pendidikan. Gambar4: Pestalozzi Bersama Anak Yatim
Pada tahun 1799, Pestalozzi telah membuka sekolah persendiriannya sendiri ekoran ketidakpercayaan masyarakat Kampung Burgdorf terhadap kaedah dan strateginya dalam pendidikan. Namun sekolah ini telah menarik perhatian umum dan antarabangsa. Akhirnya sekolah ini telah menjadi terkenal dan ditaja oleh pihak kerajaan buat pertama kalinya. Hasil usaha beliau, pada tahun 1801 sebuah buku yang lengkap dan sistematik yang berkaitan dengan cara-cara dan kaedah yang diguna pakai oleh Pestalozi telah diterbitkan. Setelah empat tahun Pestalozzi telah memindahkan sekolahnya ke istana lama di Yverdon pada tahun1805 selama 20 tahun. Sekolah ini telah mendapat perhatian dan menarik minat pelajar- pelajar dan guru- guru dari seluruh dunia kerana kaedah pengajaran yang diamalkan oleh Pestalozzi. Kerajaan Prussia merupakan wakil pertama yang mempelajari dan membawa pulang cara dan kaedah pengajaran Pestalozzi ke Prussiadan mengaplikasikannya dalam system pendidikan di negara mereka. Pada tahun 1826 Pestalozzi telah bersara dan menutup sekolah yang telah ditubuhkan olehnya. Sebelum meninggal dunia Pestalozzi telah menulis karya terakhirnya yang bertajuk "Schwanengesang (swansong). Buku tersebut terdiri dari dua bahagian. Bahagian yang pertama terdiri daripada sebuah autobiografi dan bahagian yang kedua adalah penerangan yang lengkap tentang teori-teori pembelajarannya. Gambar 5: Tuju memperingati Pestalozzi Teori dan kaedah pembelajaran yang dikemukan oleh Pestalozzi iaitu dengan mengembangkan kurikulum Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik dalam sistem pembelajarannya. Pestalozzi yakin pendidikan bertujuan menzahirkan kausa semulajadi dalam diri manusia yang meliputi aspek kemahiran semulajadi yang terpendam yang harus dicungkilmelalui pembelajaran.
6
Selain itu, Pestalozzi berpendapat penggunaan pancaindera mampu memberikan pendidikan yang berkesan kepada pelajar iaitu dengan memberikan pelajar pengalaman melihat, mendengar atau menyentuh objek yang berkaitan. Melalui kaedah ini, murid- murid akan berminat untuk meneruskan pembelajaran dan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan kesilapan, dan menerangkan pemantauan. Aktiviti ini mampu menggalakkan murid- murid untuk belajar melalui analisisi objek sekaligus memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam kepada murid.
BENNET REIMER
Seorang yang terkenal dalam bidang dan perangka dasar falsafah pendidikan muzik. Pengarah Ph.D. dalam Pendidikan Muzik
Pernah bekerja sebagai pemain clarinet dan obo. Kemudian, beliau menjadi pakar dalam pembangunan kurikulum,teori
penyelidikan dan program pendidikan seni melalui pendidikan yang diperolehinya di University of Illinois dan State University of New York pada tahun 50-an dan 60-an.
2.2.1 Sejarah Hidup Bannet Reimer Bennet Reimer seorang yang terkenal dalam bidang dan perangka dasar falsafah pendidikan muzik. Karya Bennet Reimer yang paling disegani ialah A Philosophy of Music Education yang diterbitkan pada 1970 dan masih diulang cetak walaupun setelah hampir 20 tahun kemudian. Kesinambungan buku tersebut turut diterbitkan pada 2003 serta diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain, yang diberi judul A Philosophy of Music Education: Advancing The Vision.
Gambar 6 : Karya Reimer A Philosophy of Music Education: Advancing The Vision. Beliau turut menulis pelbagai jurnal yang menghuraikan dengan lebih mendalam konsep-konsep yang diterangkan di dalam bukunya itu. Selain seorang penulis, Reimer merupakan seorang pensyarah dalam bidang muzik dan pendidikan kesenian. Kariernya dalam bidang muzik bermula dengan kerjayanya sebagai pemain clarinet dan obo. Kemudian, beliau menjadi pakar dalam pembangunan kurikulum,teori penyelidikan dan program pendidikan seni melalui pendidikan yang diperolehinya di University of Illinois dan State University of New York pada tahun 50-an dan 60-an.
9
Bannet Reimer telah menjadi pendidik di empat buah kolej ternama di Amerika Syarikat sebagai pensyarah muzik dan pendidikan seni disamping menjadi penulis sambilan. Beliau turut menerima anugerah Legend of Teaching dari Northwestern University. Beliau merupakan pengarang dan penyunting kepada lebih 24 buah buku, 150 buah artikel dan ulasan yang merangkumi bidang-bidang falsafah pendidikan muzik, teori kurikulum, teori penyelidikan, isu kepelbagaian budaya, kesusasteraan, pendidikan keguruan,pendidikan muzik antarabangsa serta psikologi kognitif dalam pendidikan muzik. Reimer merupakan seorang penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MEN ) Committee on Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MEN sebagai ahli The Alliance for Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision Authors of Position Paper for the MEN vision 20/20 project. Pengarah kepada projek penyelidikan 3 tahun
berkaitan kurikulum am muzik yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Penyelidik kepada projek From Kindergarten through Conservatory in China dan Harvard Project Zero.
Gambar 7. : Reimer (kiri) pada Persidangan Agung Persatuan Pendidikan Muzik Antarabangsa (MENC). MENC telah menyarankan Standard Movement iaitu: i. ii. iii. Nyanyian Bermain Menggunakan apa-apa bahan yang ada
10
Mencipta / menyusun / menggubah Kemahiran membaca not ( notasi ) dan memahaminya. Mendengar Menilai Hubungan antara muzik dan lain-lain seni serta disiplin. Memahami muzik dan sejarahnya serta dimensi budaya. Selain itu, Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu
dan nilai-nilai estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Nilai estetik ini bermaksud tanggapan dan kepuasan dalam muzik iaitu respon. Pendidik-pendidik mestilah menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak. Antara nilai-nilai estetika dalam muzik menurut Reimer iaitu; (i) Bunyi-bunyi yang merdu. (ii) Mencipta muzik yang bermakna ( fikiran, badan dan perasaan ). (iii) Universal / kebudayaan / individu. (iv) Pengalaman langsung dengan bunyi-bunyi muzik. Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain budaya. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih dalam pada diri kita dan hubungan dengan budayabudaya lain. Selain itu Reimer turut mencirikan pengalaman dalam muzik iaitu (i) Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik.
11
(ii) Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi. (iii) Muzik sebagai cara untuk membelai rasa. (iv) Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif. (v) Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual.
12
3.0 IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH 3.1 Implikasi dan Kepentingan Falsafah Pestalozzi Pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dalam bilik darjah memerlukan seorang pendidik muzik memahami asas falsafah untuk
membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan terhadap murid- murid. Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik menjdi lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan
pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan dalam falsafah ia dapat membantu seseorang pendidik
dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan. Falsafah merupakan pandangan, pemikiran dan kajian daripada tokohtokoh terkemuka. Ia digunakan sebagai pegangan fahaman dan prinsip seseorang terhadap sesuatu perkara. Selain itu, falsafah turut dijadikan sebagai panduan dan landasan dalam membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, falsafah Pestalozzi turut ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan prinsip dalam falsafah Pestalozzi, guru boleh menggunakan teknik mengajar menggunakan bunyi terlebih dahulu sebelum tanda atau simbol. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah hafalan sebelum catatan. Melalui kaedah ini murid akan didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari not muzik. Hal ini kerana, apabila murid telah berjaya mengenal bunyi dan menghafal bunyi-bunyi tersebut, adalah mudah bagi murid untuk mengecam simbol yang akan dijelaskan oleh guru selepas itu. Sekiranya guru memulakan pengajaran dengan memperkenalkan simbol atau tanda, adalah sukar untuk murid
mengaitkan simbol tersebut dengan bunyi yang diajar kemudian. Melalui falsafah Pestalozzi, guru-guru dapat mempraktikkan kaedah pengajaran secara urutan iaitu kaedah pengajaran dari satu aspek
13
ke satu aspek dan bukan secara serentak. Melalui ini murid perlu menguasai serta mahir dalam satu aspek muzik serta melalui latihan yang mencukupi terlebih dahulu sebelum beralih kepada aspek yang
berikutnya. Dengan itu, murid akan menguasai sepenuhnya kemahiran yang diajarkan oleh guru sebelum mempelajari kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh, guru mengajar aspek irama sehingga murid dapat menguasainya kemudian setelah murid menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat. Selain itu, falsafah Pestalozzi juga memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran secara penemuan sendiri dimana murid-murid dididik dan diberi galakan supaya mereka memerhati, mendengar, meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarinya seterusnya
menentukan sendiri sama ada bunyi tersebut sama atau berbeza, serta seronok atau tidak untuk didengar. Melalui kaedah ini, penerangan dan panduan adalah pada tahap minima untuk membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dan bukan secara pasif. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperoleh sendiri pengalaman meneroka ilmu dan juga mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Kepentingan falsafah Pestalozzi adalah memberikan penekanan kepada pembelajaran secara praktikal atau amali Hal ini menunjukkan bahawa segala teori dan prinsip hanya diberikan setelah amalan praktik dijalankan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali dengan aspek teori dengan usaha sendiri. Prinsip ini dinamakan pembelajaran Heuristik. Falsafah Pestalozzi turut menitikberatkan peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri. Melalui ini murid-murid digalakkan membuat latihan-latihan
dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik. Kaedah ini disebut kaedah pendekatan berkonsep. Penerokaan penting untuk mendorong murid-muridnya
14
mengkaji muzik dengan usaha sendiri seterusnya membuat latihan sendiri tanpa bimbingan guru terutamanya ketika berada di rumah. Hal ini membolehkan murid-murid sentiasa membuat latihan kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan menghafal teori tetapi dengan latihan yang kerap serta bimbingan daripada guru. Kepentingan seterusnya melalui falsafah Pestalozzi penyelarasan nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Hal ini untuk memudahkan murid-murid mempelajari dan mengingati nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Oleh itu, nyanyian solfa adalah tidak digalakkan menturut Pestalozzi. Di samping itu, Pestalozzi percaya bahawa falsafah dalam pendidikan muzik akan mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia dengan sendirinya. Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk mencungkil bakat terpendam murid supaya bakat tersebut tidak disia-siakan. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat akan menjadi bertambah maju. Apabila murid berpeluang untuk meneroka sendiri, mereka dapat mencapai potensi diri yang penuh dan aktif secara berterusan. Guru perlu bijak meranang P&P yang sesuai dan menarik supaya tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya diberikan oleh murid ketika di dalam kelas. P&P juga perlulah memberi peluang kepada murid-murid meneroka sendiri supaya penyerapan ilmu berlaku dengan lebih pesat. Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Hal ini untuk membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa.
15
Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, kita boleh menggunakan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa seperti menanamkan rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi perpaduan negara. Perpaduan negara merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Razak (1956). . Muzik juga boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata-
mata pelajaran yang lain di Malaysia, khasnya pada peringkat sekolah rendah. Lagu The Alphabet Song, misalnya, boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris. Muzik juga boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Jasmani dalam aktiviti-aktiviti seperti gimrama, aerobik, dan tarian-tarian rakyat. Muzik boleh disifatkan sebagai "jendela dunia" kerana muzik boleh digunakan untuk lebih memahami kebudayaan asing. Selain itu, muzik juga boleh membantu para pelajar menyedari serta memahami konsep persaudaraan antara manusia sejagat. Tuntasnya melalui implikasi dan kepentingan ini dapat dijelaskan bahawa terdapat empat pandangan iaitu falsafah naturalisme, idealisme, realisme dan pragmatisme.Kesan daripada keempatempat falsafah ini ke atas Pendidikan Muzik telah dipertimbangkan. Mengikut pandangan falsafah naturalisme, pendidikan muzik haruslah seimbang dengan perkembangan fizikal dan mental semula jadi pelajar. Sehubungan itu pelajar digalakkan belajar tanpa gangguan guru. Peranan guru pula sebagai pembantu dan bukan sebagai pemberi maklumat. Guru dan pelajar perlu bergandingan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sementara itu, falsafah Idealisme pula mementingkan fahaman secara keseluruhan atau komprehensif yang mana pelajar dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan muzik. Pelajar memperolehi
16
pengetahuan dankemahiran muzik menerusi guru dan sumber lain. Dalam erti kata lain guru adalah model kepada pelajar. Mengikut pandang falsafah realisme, pelajar boleh belajar muzik dengan lebih berkesan melalui kaedah pemerhatian dan pembuktian secara saintifik.Dalam konteks ini, apa yang dilihat oleh pelajar adalah realiti yang sebenarnya. Sehubungan itu, organisasi sekolah dan guru perlu membentuk pelajar melalui disiplin dan kurikulum yang telah ditetapkan. Dalam hal yang sama, falsafah pragmatisme pula
berpendapat bahawa,setiap pelajar ialah insan yang unik dari segi biologi, sosiologi da psikologi. Ianya harus dihormati serta diberi keutamaan. Sehubungan itu, pengalaman dan aktiviti muzikal pelajar dianggap amat penting untuk pengajara dan pembelajaran. Falsafah pendiidkan muzik ini penting kepada pendidik kerana ia mempunyai fahaman yang sistematik dan komprehesif terhadap apa yang dilakukannya di bilik darjah. Selain itu ia membolehkan pelajar memahami isu-isu asas dalam kehidupan mereka dengan lebih baik. Seterusnya ia turut memudahkan pendidik muzik menghuraikan rasional dan justifikasi mengapa mata pelajaran pendidikan muzik sangat penting di sekolah. Akhir sekali, kepentingan falsafah pendidikan dalam pendidikan muzik turut membolehkan seseorang pendidik muzik bersikap lebih berani dan yakin terhadap apa yang dilakukannya di dalam dan di luar bilik darjah.
17