Anda di halaman 1dari 17

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN SUKU KATA V+KV DAN KV+KV MELALUI TEKNIK LATIH TUBI MEMBACA KAD BACAAN OLEH: SUZAMREH BIN SALLEH PENYELIA: EN. HAMDEN BIN GANI
ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan bagi meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid pemulihan. Teknik ini telah dijalankan ke atas dua orang murid pemulihan dari kelas Tahun Dua di sebuah sekolah dalam daerah Tawau, Sabah. Melalui ujian lisan, mereka didapati tidak menguasai kemahiran membaca ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata V+KV dan KV+KV dengan baik. Oleh itu, kajian ini memberi focus kepada peningkatan tahap pembacaan ayat di kalangan murid-murid tersebut. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah senarai semak, soal selidik dan nota lapangan. Dalam pada itu, perbandingan skor di antara Ujian Pra dan Ujian Pos juga dijadikan sebagai data dapatan. Hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa teknik ini telah berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata V+KV dan KV+KV dengan baik sekali.

ABSTRACT This action research was conducted to determine the effectiveness of cue cards through the technique of drilling in expanding reading skills on sentences among remedial pupils. This technique has been carried out on two remedial students from Year Two at a school in Tawau, Sabah. Through the oral test given in class it was found that they do not acquire the reading skills on sentences containing words of V + KV and KV + KV. Therefore, this research helps the pupils to improve the reading ability through the technique of drilling using cue cards. Data was collected using instruments such as checklists, questionnaires and field notes. Meanwhile, comparison of scores between the pre and post test were also used as data retrieval. Result of the action research showed that this technique successfully helped students improve their reading skills on sentences containing words of V + KV and KV + KV.

PENDAHULUAN Program Pemulihan adalah satu rancangan pengajaran dan pembelajaran khusus untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada membaca, menulis dan mengira. Rancangan ini menyediakan kegiatan alternatif untuk mengatasi masalah yang tertentu dalam kemahiran asas yang disebutkan di atas. (Buku Panduan Pemulihan Dalam KBSR, Kementerian Pendidikan Malaysia). Naffi (2006) menerangkan bahawa pemulihan khas merupakan satu rancangan khas bagi membantu dan memulihkan murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran yang dikenal pasti oleh guru. Semasa melaksanakan program ini, murid-murid diasingkan daripada kelas biasa dan

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

ditempatkan di dalam kelas khas bersama-sama dengan murid yang menghadapi masalah yang sama daripada kelas-kelas lain. Aktiviti pemulihan harus diberikan kepada pelajar-pelajar yang tertinggal daripada segi penguasaan sesuatu isi kandungan mata pelajaran tertentu. Pelajar berkenaan tidak mampu menguasai sesuatu mata pelajaran mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan, lemah atau lambat menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, aktiviti pemulihan yang dianjurkan oleh guru-guru mempunyai satu tujuan yang khusus iaitu mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar yang menghadapi masalah yang dinyatakan di atas (Shahabuddin, Mahani & Ramlah, 2006) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Ketika mengajar 2 orang murid pemulihan khas, pengkaji dapati mereka belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca ayat yang mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV. Mereka tidak dapat menyebut kembali beberapa perkataan yang terdapat dalam ayat-ayat yang diberikan. Walaupun setiap ayat mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV yang telah mereka kuasai, namun mereka tidak berupaya mengingat kembali semua perkataan tersebut dan menyampaikannya dalam bentuk ayat yang lengkap. Contohnya ayat Ani suka milo susu di sebut menjadi Ani susu, Ani suka susu, dan Ani ada susu milo. Masalah seperti ini mungkin berpunca daripada masalah daya ingatan yang terhad. Permasalahan ini perlu diperbaiki dan diberi perhatian sepenuhnya kerana situasi di dalam kelas perdana adalah lebih mencabar. Murid-murid ini tentunya akan menghadapi kesukaran membaca soalan-soalan kefahaman, petikan mahupun sebuah karangan. Oleh yang demikian, pengkaji rasa terpanggil untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV. Pengkaji berusaha menggunakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan kebolehan mereka. Fokus Kajian Fokus utama kajian ini ialah menjurus kepada Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan dalam membantu memaksimakan penguasaan kemahiran membaca suku kata, perkataan dalam ayat-ayat mudah. Apabila kemahiran ini berjaya dikuasai oleh murid, secara tidak langsung, keyakinan diri mereka dapat dipertingkatkan dan terus bermotivasi dalam sesi pembelajaran di dalam kelas pemulihan malah di dalam kelas perdana pada masa akan datang. Objektif Kajian Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam membaca ayat-ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya empat patah perkataan gabungan dua suku kata V+KV dan KV+KV dengan lancar melalui Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Soalan Kajian Adakah murid-murid dapat membaca ayat-ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya empat patah perkataan dengan lancar melalui Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan? Definisi Istilah dan Operasional Kemahiran Membaca. Kemahiran membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya (Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini kemahiran membaca merujuk kepada bacaan ayat-ayat mudah yang mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV. Ayat. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap (Tatabahasa Dewan, 2008). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan ayat mudah yang mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV. Suku kata Merujuk kepada Syarifah, Nornajmah & Rosdah (2007), suku kata ialah pecahan pada sesuatu perkataan yang terdiri daripada hanya satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. Iaitu V, VK, KV, KVK, KKV, KKVK, VKK, KVKK, KKKV dan KKKVK. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan perkataan yang mengandungi suku kata V+KV dan KV+KV. Teknik Kemahiran guru mengolah dan melaksanakan kaedah mengajar yang telah dirancang (Shahabuddin, Rohizani & Mohd, 2007). Pengkaji menggunakan teknik Latih Tubi semasa melaksanakan sesi rawatan ke atas subjek kajian. Latih Tubi Latih tubi adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menekankan pengulangan sebutan. Tujuannya supaya murid/pelajar dapat meneguhkan daya ingatan serta dapat menguasai kemahiran lisan yang diajar oleh guru (Naffi, 2006). Pengkaji Menggunakan teknik latih tubi ke atas kad bacaan bagi meningkatkan kemahiran bacaan subjek kajian. Kad Bacaan Kad bacaan ialah bahan-bahan yang digunakan untuk mengajar membaca seperti kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar (Rohani, Nani & Mohd, 2003). Dalam kajian ini, kad bacaan merupakan bahan-bahan rangsangan melaksanakan teknik latih tubi.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Latih Tubi Membaca Kad Bacaan Merupakan proses membaca secara berulangan ke atas bahan-bahan yang digunakan untuk mengajar membaca iaitu kad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad cantum, kad imbasan dan kad bergambar.

KAJIAN LITERATUR Penyusunan kemahiran membaca perlulah teratur, yakni mestilah dimulakan dengan tahap kemahiran membaca yang mudah dan diakhiri dengan tahap kemahiran yang susah (Tajul, 2006, seperti dinyatakan dalam Idris & Dahlia, 2006:263). strategi p&p dengan mengambil kira penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti menyediakan kad suku kata KVK, kad perkataan KVKVK dan kad ayat yang mengandungi perkataan KVKVK dengan warna-warna kertas yang terang (striking) perlu untuk latih tubi di kalangan murid bagi meningkatkan ingatan yang bermula dari aras mudah kepada aras sukar bagi memudahkan murid untuk lebih memahami perkara-perkara baru yang dipelajari. Dipetik dari Nor Adzleena, (2003, seperti dinyatakan dalam Idris & Dahlia, 2006:182) Dolhaji (2007) menegaskan bahawa dengan menggunakan pengulangan suku kata, perkataan dan ayat akan memudahkan murid-murid membuat pengecaman perkataan dan seterusnya mempercepatkan penguasaan kemahiran membaca. Pernyataan tersebut juga selari dengan Nor Adzleena (2003), bahawa teknik mengajar secara ulangan dilakukan untuk memastikan murid mengingati dan menguasai isi kandungan pembelajaran yang dilalui secara berterusan. Menurutnya lagi kad gambar bersiri, kad gambar tunggal dan buku nota kecil 555 juga dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid. Kajian yang telah dijalankan oleh Abdillah (2009) ke atas 9 orang murid Tahun 3 di SK Ratus, Kuching mendapati bahawa aktiviti-aktiviti latih tubi, nyanyian dan bacaan bergred dapat memberi peningkatan prestasi bacaan. Peningkatan dapat dilihat melalui perbezaan markah sampel semasa sesi Ujian Pra dan Ujian Pos. Pengakaji tersebut telah berjaya mencapai objektif kajiannya iaitu ingin meningkatkan kemahiran 9 orang murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV+KV+KV. Ruskey (2011) dengan tajuk kajian beliau increasing Fluency using Repeated Reading: These fluent readers make connections with the text as they are reading. They understand what they read and make links with prior knowledge as well as recognize the purpose for reading. If students do not develop fluent reading in the early grades, it can impact their reading speed, accuracy, comprehension and enjoyment of printed text.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Roziah (2005) telah menjalankan kajian ke atas 10 orang murid Tahun 1 Murni di Pahang Darul Makmur. Bagi pengkaji tersebut kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebebkan murid tidak daapt membaca dengan betul dan lancar. Program latih tubi menggunakan suku kata dan gambar telah dilaksanakan dan pengkaji tersebut mendapati pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca telah dapat dipertingkatkan dengan baik sekali.

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang yang juga merupakan murid-murid pemulihan khas di sekolah pengkaji. Murid-murid tersebut telah dipilih sebagai subjek kajian melalui pemerhatian dan latihan bacaan secara lisan yang pengkaji jalankan di dalam kelas, Murid-murid ini telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan dua suku kata V+KV dan KV+KV. Prosedur Tindakan Pengkaji melaksanakan kajian dengan mengaplikasikan model yang telah dikemukakan oleh Kurt Lewin (1952). Terdapat empat peringkat dalam model tersebut iaitu peringkat rancangan, peringkat tindakan, peringkat pemerhatian dan yang terakhir adalah peringkat refleksi. Kajian dilakukan dalam dua kitaran seperti rajah berikut:

Rajah 1 : Model Kurt Lewin (1952)

Kitaran Pertama Peringkat Rancangan Pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas pelajar untuk dijadikan responden. Setelah menegenalpasti responden dan masalah, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan, alat-alat kajian serta merancang tindakan.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Peringkat Tindakan Pengkaji memilih untuk mengaplikasikan Teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kad Bacaan dibina berdasarkan tahap keupayaan murid. Pemeringkatan ayat diutamakan bagi memudahkan murid membaca mengikut kemampuan mereka. Terdapat 3 Tahap pemeringkatan bagi kad-kad bacaan: a. Tahap Mudah. Murid yang tidak menguasai kemahiran asas membaca hanya membaca ayat-ayat yang mengandungi satu atau dua patah perkataan sahaja. Dalam pada itu, ilustrasi atau gambar-gambar yang berkaitan disertakan bagi memudahkan murid memahami maksud perkataan yang dibaca. Penambahan kosa kata adalah terhad dan pada tahap yang paling minima. b. Tahap Sederhana. Murid yang boleh membaca di tahap sederhana dikehendaki membaca ayat-ayat yang mengandungi tiga patah perkataan sahaja. Ilustrasi atau gambar-gambar yang berkaitan juga disertakan bagi memudahkan murid memahami maksud ayat yang dibaca. c. Tahap Sukar. Murid membaca ayat-ayat dalam kad yang mengandungi 4 atau lebih patah perkataan di dalamnya. Murid-murid yang berjaya membaca ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada lima patah perkataan dianggap sebagai telah menguasai tahap pembacaan yang baik. Di samaping itu, murid-murid juga dikehandaki membuat aktiviti latih tubi yang berasaskan kad bacaan. Contohnya memadankan kad perkataan dengan gambar, memadankan kad ayat dengan gambar, mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan dan mencantum kad-kad perkataan bagi membentuk ayat mudah. Pembelajaran Masteri digunakan sebagai pendekatan bertujuan untuk memastikan pelajar betul-betul menguasai sesuatu isi pelajaran dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi (Shahabuddin, 2008) Peringkat Pemerhatian Dalam membuat pemerhatian pengkaji membuat catatan ke dalam nota lapangan tentang setiap peristiwa dan perkembangan yang berlaku kepada responden. Fokus utama pemerhatian pengkaji adalah berdasarkan soalan kajian. Pengkaji juga menggunakan borang senarai semak untuk memerhati peningkatan tahap pembacaan responden.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Peringkat Refleksi Refleksi dilakukan untuk mengenal pasti setakat mana tahap dan peringkat bacaan responden. Adakah responden telah menguasai tahap bacaan tahap mudah, sederhan atau pun tahap sukar. Pengkaji juga mereflek kekuatan dan kelemahan kajian yang dijalankan untuk membuat penambahbaikkan pada kitaran yang seterusnya. Kitaran Kedua Peringkat Rancangan Dalam peringkat rancangan iaitu untuk memilih responden dan untuk mengenal pasti masalah bacaan yang dilakukan oleh responden tidak lagi dilakukan dalam kitaran kedua. Hal ini demikian kerana pengkaji masih menggunakan dapatan dalam kitaran pertama. Ini bermakna pengkaji masih menggunakan responden dan masalah bacaan yang sama seperti yang digunakan oleh pengkaji dalam kitaran pertama (seperti yang digunakan oleh Fatihe Mohammad, 2011). Peringkat Tindakan Dalam peringkat ini, pengkaji masih meneruskan tindakan dengan menggunakan teknik Latih Tubi Membaca Kad Bacaan. Subjek kajian yang telah berjaya menguasai bacaan di tahap mudah, diberi rawatan ke tahap sederhana. Begitu juga halnya dengan responden yang telah berjaya menguasai tahap sederhana akan diberi rawatan ke peringkat yang seterusnya. Dalam kitaran ini pendekatan Pembelajaran Masteri masih lagi digunakan. Peringkat Pemerhatian Seperti dalam kitaran pertama, pengkaji masih menggunakan kaedah yang sama semasa membuat pemerhatian (seperti yang digunakan dalam kajian Fatihe Mohammad, 2011). Pengkaji membuat catatan ke dalam nota lapangan tentang setiap peristiwa dan perkembangan yang berlaku kepada responden. Fokus utama pemerhatian pengkaji adalah berdasarkan soalan kajian. Pengkaji juga menggunakan borang senarai semak untuk memerhati peningkatan tahap pembacaan responden. Peringkat Refleksi Refleksi dilakukan untuk mengenal pasti setakat mana tahap dan peringkat bacaan responden. Adakah responden telah menguasai bacaan di tahap mudah, sederhana atau tahap sukar. Pengkaji juga mereflek kekuatan dan kelemahan kajian yang dijalankan untuk membuat penambahbaikkan pada kitaran yang seterusnya.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Cara Mengumpul Data Senarai Semak Senarai semak digunakan ketika melakukan pemerhatian. Pengkaji menyenaraikan item-item untuk menilai kemahiran yang diperhatikan. Item-item yang terdapat dalam borang senarai semak adalah berkaitan dengan tahap kemahiran membaca ayat-ayat yang mengandungi dua, tiga atau lebih patah perkataan di dalamnya. Bagi memudahkan proses triangulasi semasa menganalisis data, pengkaji juga memilih untuk menyediakan borang senarai semak yang perlu dilengkapkan oleh guru mata pelajaran selepas sesi rawatan dijalankan. Nota Lapangan Nota lapangan adalah penulisan (catatan) yang dilakukan oleh pengkaji berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul serta membuat refleksi terhadap data yang diperoleh. Soal Selidik Soal selidik digunakan untuk menilai prestasi akademik, maklumat dan fakta berkaitan responden. Pemilihan penggunaan soal selidik sebagai alat dalam kajian ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa yang mudah sesuai dengan aras dan kebolehan responden. Oleh kerana responden belum boleh membaca dan memahami sepenuhnya soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal selidik, pengkaji cuba membacakan sendiri dan menerangkan kepada responden. Jawapan responden dianalisis berdasarkan jawapan YA atau TIDAK sahaja. Cara Analisis Data Pengakaji menggunakan data kualitatif sebagai cara menganalisis data. Data kualitatif digunakan untuk menghuraikan kenyataan, melengkapkan teori dan menerangkan kejadian. Kajian kualitatif menggunakan sampel yang kecil, analisis deskriftif, interaksi bersemuka dan interprestasi secara naratif (Rossinah, 2011). Menurut beliau, menyatakan data kualitatif biasanya dianalisis dengan menggunakan empat langkah iaitu: i. Bacaan/memoing Pengkaji membuat bacaan termasuklah membaca nota lapangan, soal selidik dan data kualitatif yang lain. Bacaan yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk memahami secara mendalam maksud yang disampaikan dan mengenalpasti tema-tema atau fokus utama yang terdapat dalam transkripsi dan catatan nota lapangan. ii. Penerangan Pada perikat ini pengkaji menerangkan semula apa yang telah dibaca untuk memberi gambaran tentang apa yang diperhati dan diterangkan dalam transkripsi atau dokumen yang dibaca.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

iii. Pengkelasan Pengkaji membuat pengkelasan ke atas tahap pencapaian subjek kajian dalam pembacaan sama ada berada di tahap mudah, sederhana atau sukar. Menurut Rossinah (2011), analisis kualitatif adalah mengkelaskan data kepada unit-unit kecil dan memasukkan tema-tema ke dalam kategori yang sesuai mengikut keperluan penyelidik dan persoalan kajian. iv. Pentafsiran Pentafsiran dilakukan setelah melakukan bacaan, penerangan dan pengkelasan. Hasil analisis data kualitatif akan ditafsirkan dengan jelas merujuk kepada soalan kajian serta tema-tema tersebut. DAPATAN KAJIAN Analisis Senarai Semak Jadual 1: Senarai Semak tahap pembacaan Murid A dan B Catatan / Tarikh Bil Tahap kemahiran bacaan Murid A 1 2 3 4 Dapat membaca ayat yang mengandungi 2 patah perkataan Dapat membaca ayat yang mengandungi 3 patah perkataan Dapat membaca ayat yang mengandungi 4 patah perkataan Dapat membaca ayat yang mengandungi 5 atau lebih patah perkataan 2hb Ogos 2012 (minggu 4) 20hb Ogos 2012 (minggu 7) 29hb Ogos 2012 (minggu 8) 29hb Ogos 2012 (minggu 8) Murid B 2hb Ogos 2012 (minggu 4) 15hb Ogos 2012 (minggu 6) 20hb Ogos 2012 (minggu 7) 20hb Ogos 2012 (minggu 7)

Berikut merupakan analisis terhadap senarai semak yang pengkaji gunakan: i. Murid A dan B dapat membaca ayat yang mengandungi dua patah perkataan setelah empat minggu sesi rawatan. ii. Dalam minggu yang keenam Murid B telah berjaya membaca ayat yang mengandungi tiga patah perkataan. Manakala Murid A berjaya membaca ayat yang mengandungi tiga patah perkataan setelah masuk minggu yang ketujuh selepas rawatan. Murid B berjaya membaca ayat-ayat yang mengandungi empat atau lebih patah perkataan pada minggu yang ketujuh. Manakala Murid A berjaya menguasainya pada minggu yang kelapan.

iii.

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Analisis ke atas borang senarai semak yang dilengkapkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Jadual 2: Senarai semak oleh guru mata pelajaran mengenai Murid A. Tandakan Kemahiran Membaca Ya Tidak Murid boleh kenal dan menamakan abjad. / Murid boleh menyebut perkataan-perkataan sehari/ hari seperti baju, adik, ayam dan lain-lain. Murid boleh membunyikan suku kata terbuka KV. / Murid boleh membaca perkataan V+KV. / Murid boleh membaca perkataan KV+KV. / Murid boleh membaca frasa yang mengandungi dua / patah perkataan V+KV dan KV+KV. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi tiga / patah perkataan V+KV dan KV+KV. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi empat atau lebih patah perkataan V+KV dan / KV+KV. Jadual 3: Senarai semak oleh guru mata pelajaran mengenai Murid B. Tandakan Kemahiran Membaca Ya Tidak Murid boleh kenal dan menamakan abjad. / Murid boleh menyebut perkataan-perkataan sehari/ hari seperti baju, adik, ayam dan lain-lain. Murid boleh membunyikan suku kata terbuka KV. / Murid boleh membaca perkataan V+KV. / Murid boleh membaca perkataan KV+KV. / Murid boleh membaca frasa yang mengandungi dua / patah perkataan V+KV dan KV+KV. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi tiga / patah perkataan V+KV dan KV+KV. Murid boleh membaca ayat yang mengandungi empat atau lebih patah perkataan V+KV dan / KV+KV.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Hasil analisis mendapati kedua-dua sampel telah berjaya meguasai kemahiran membaca ayat-ayat mudah yang mengandungi perkataan V+KV dan KV+KV.

10

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Analisis Terhadap Nota Lapangan Terdapat beberapa perkara yang penting semasa menganalisis nota-nota lapangan pengkaji:i. Murid A telah berjaya membaca beberapa ayat yang mengandungi 3 patah perkataan. Berikut merupakan sebahagian daripada petikan nota lapangan pengkaji tentang situasi tersebut: Nampaknya murid ini telah berjaya membaca 3 daripada 8 ayat yang mengandungi tiga patah perkataan di dalamnya (nota lapangan: 20hb Ogos 2012). ii. Murid A telah berjaya mengingat dan menyatakan semula perkataanperkataan yang terdapat dalam ayat yang dibacanya. Malah sudah boleh membaca dengan agak baik. Berikut sebahagian petikan pengkaji: Dia boleh mengingat ayat yang mengandungi 4 atau lebih perkataan di dalamnya. Syukur Alhamdulillah, akhirnya murid ini berjaya juga membaca dengan agak baik. (nota lapangan: 29hb Ogos 2012) Murid B tidak perlu lagi mengeja semula setiap perkataan untuk baris ayat yang berikutnya. Menurut catatan pengkaji: Setelah saya beritahu bahawa dia tidak perlu mengeja semula untuk baris ayat yang kedua, nampaknya Murid B berjaya membaca dengan agak laju sedikit. (nota lapangan: 15 Ogos 2012) Murid B berjaya menguasai kemahiran membaca ayat mudah yang mengandungi lebih daripada 4 patah perkataan dengan baik sekali selepas beberapa sesi rawatan. Berikut merupakan petikan daripada nota lapangan pengkaji: Sungguh tidak diduga, setelah mengikuti beberapa sesi rawatan, Murid B telah berjaya membaca 5 ayat yang dianggap sukar. Yang mana di dalam ayat-ayat tersebut mengandungi lebih daripada 4 patah perkataan. Murid B berjaya membacanya dengan baik sekali, (nota lapangan: 20hb Ogos 2012).

iii.

iv.

Hasil analisis ke atas nota lapangan tadi dapatlah disimpulkan bahawa kedua-dua subjek kajian telah berjaya membaca ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada 4 patah perkataan. Mereka juga mudah untuk mengingat semula perkataan-perkataan yang telah dibaca serta dapat menyatakan semula perkataan tersebut dalam baris berikutnya tanpa perlu mengejanya sekali lagi.

11

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Analisis Soal Selidik Soal Selidik ke atas Sampel. Murid A dan Murid B dijadikan sebagai Responden 1 dan Responden 2. Memandangkan kebolehan dan aras pembacaan kedua-dua responden dalam situasi semasa (kategori Pemulihan Khas), pengkaji perlu membacakan soalan-soalan yang terdapat dalam borang soal selidik dan responden hanya perlu menjawab Ya atau Tidak sahaja. Jadual 4 dan 5 merupakan data yang telah diberikan oleh Responden 1 dan Responden 2 terhadap soal selidik yang dijalankan.

Jadual 4: Soal Selidik ke atas Responden 1 Soal Selidik Tentang Pengajaran Guru 1. Saya suka cara guru mengajar. 2. Saya suka membaca ayat yang mudah dan ringkas. 3. Saya suka membaca ayat yang berulang-ulang agar tidak perlu saya mengejanya berkali-kali. Saya sudah boleh membaca dengan laju. Saya sudah boleh membaca ayat yang panjang. Saya mudah untuk mengingat semula setiap perkataan yang telah saya baca. Jadual 5: Soal Selidik ke atas Responden 2 Soal Selidik Tentang Pengajaran Guru 4. Saya suka cara guru mengajar. 5. Saya suka membaca ayat yang mudah dan ringkas. 6. Saya suka membaca ayat yang berulang-ulang agar tidak perlu saya mengejanya berkali-kali. Saya sudah boleh membaca dengan laju. Saya sudah boleh membaca ayat yang panjang. Saya mudah untuk mengingat semula setiap perkataan yang telah saya baca. Tandakan (/) Ya Tidak / / / / / / Tandakan (/) Ya Tidak / / / / / /

Hasil analisis mendapati kedua-dua responden mengakui sudah boleh membaca ayat-ayat yang panjang dan bacaan mereka juga semakin baik atau laju daripada sebelumnya. Kedua-dua responden juga menyatakan mudah untuk mengingat semula setiap perkataan yang telah mereka baca.

12

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Jadual 6: Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian Pra SKOR BAHAGIAN Murid A Murid B A: Membaca ayat yang mengandungi 2 patah 2/3 2/3 perkataan. B: Membaca ayat yang mengandungi 3 patah 2/3 2/3 perkataan. C: Melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul 2/3 2/3 berdasarkan gambar. D: Membaca petikan pendek 2/6 1/6 yang terdiri daripada 6 ayat.

Ujian Pos SKOR Murid A Murid B 3/3 3/3

3/3

3/3

3/3 6/6

3/3 6/6

Analisis ke atas Ujian Pra dan Ujian Pos mendapati kedua-dua sampel telah berjaya menguasai semua kemahiran yang diuji dengan baik sekali. Peningkatan yang paling ketara dapat dilihat pada Bahagian D (Membaca petikan pendek). Keduadua subjek kajian berjaya memperoleh skor penuh berbanding sebelum rawatan dilaksanakan. Perbincangan Dapatan Kajian Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati teknik latih tubi membaca kad bacaan telah berjaya mencapai objektif kajian malah dapat menjawab soalan kajian. Kemahiran membaca ayat-ayat di kalangan subjek kajian telah dapat dipertingkatkan. Tahap bacaan mereka semakin bertambah baik. Subjek kajian telah dapat membaca ayat-ayat mudah yang mengandungi lebih daripada lima patah perkataan V+KV dan KV+KV. Teknik ini juga berjaya menguatkan daya ingatan subjek kajian semasa membaca ayat. Dengan itu mereka tidak perlu lagi mengeja perkataan berulang kali. Oleh yang demikian bacaan mereka semakin lancar. Bimbingan secara latih tubi membaca kad bacaan dengan betul telah membuahkan hasil dan sangat membanggakan pengkaji. Seperti yang dinyatakan dalam Syed dan Ahmad (2010) dalam buku Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Guru memberikan bimbingan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murid lemah supaya mereka dapat mempertingkatkan prestasi diri dalam pencapaian akademik.

13

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Menurut Shahabuddin (2008), sewaktu guru mengajar perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar, atau daripada konkrit kepada abstrak. Ini kerana otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh yang demikian adalah penting untuk memperkenalkan perkara yang mudah-mudah kepada kanak-kanak terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak. Penguasaan daripada yang asas terlebih dahulu sebelum pergi ke peringkat yang lebih tinggi merupakan salah satu cara terbaik untuk melihat peningkatan sesuatu kemahiran. Shahabuddin (2008) menyatakan elemen penting dalam pendekatan masteri adalah aspek penilaian pembelajaran. Ini kerana guru perlu mengetahui setakat mana pelajarnya menguasai sesuatu isi pelajaran sebelum beralih ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Sekiranya terdapat kegagalan yang teruk, program pemulihan segera perlu diadakan supaya sesuatu kegagalan itu dapat diperbaiki. Manakala aktiviti pengayaan perlu diberikan kepada pelajarpelajar yang sudah menguasai kemahiran dengan baik supaya mereka dapat meneguhkan ingatan dan pemahaman pada tajuk-tajuk tertentu. Dapatan ini juga telah menyokong pendapat pengkaji lepas: Walaupun pada mulanya murid-murid yang dikaji menghadapi kesukaran dalam bacaan, namun selepas beberapa minggu melaksanakan aktiviti latih tubi membaca kad perkataan akhirnya para pelajar dapat membaca perkataanperkataan tersebut kerana telah biasa dengan ejaan dan sebutan perkataan yang dikukuhkan amalannya semasa aktiviti latih tubi tersebut. (Abdillah, 2009). Kesimpulannya, Latih Tubi Membaca Kad Bacaan merupakan satu langkah rawatan yang sangat berguna dan berkesan digunakan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembacaan ayat. Dengan melaksanakan kajian ini, penguasaan terhadap suku kata, perkataan dan ayat dapat dipertingkatkan kepada tahap yang lebih baik lagi. Cadangan Kajian Lanjutan Pengkaji mencadangkan kajian lanjutan dijalankan untuk melihat sejauh mana kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran bacaan dalam kemahiran Diftong (au ai dan ua). Mengikut pandangan pengkaji, kemahiran membaca perkataan diftong merupakan satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid pemulihan. Penggunaan kad bacaan mungkin dapat menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana ketepatan pendapat tersebut.

14

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Rumusan Secara keseluruhannya, penerokaan ke atas ilmu pengetahuan amat penting sekali semasa menjalankan sesuatu bidang kajian. Ilmu pengetahuan amat berguna ketika mengkaji tentang sesuatu permasalahan. Pengkaji dapat melihat dari pelbagai sudut setiap pandangan dan idea terhadap sesuatu masalah. Terdapat permasalahan yang sama di lain-lain tempat, tetapi cara penyelesaian adalah berbeza. Malah terdapat juga cara penyelesaian yang sama dilakukan oleh para pengkaji lain. Dalam masa yang sama, pengetahuan mengenai sesuatu masalah itu dapat dipertingkatkan lagi. Pengkaji dapat memahami permasalahan tersebut beserta dengan langkah-langkah untuk mengatasinya. Menurut Syed dan Ahmad (2010), dalam buku Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional menyetakan bahawa: penyelidik perlu berteraskan kepada dua matlamat yang berperanan dalam membentuk penyelidik yang baik iaitu pengembangan ilmu pengetahuan dan juga penyelesaian dalam sesuatu masalah yang timbul atau dihadapi atau di kaji. Latih Tubi Membaca Kad Bacaan ternyata amat berkesan dalam meningkatkan tahap kemahiran membaca ayat-ayat mudah di kalangan muridmurid pemulihan. Dalam kajian ini, tahap bacaan subjek kajian semakin laju dan lancar. Mereka tidak perlu lagi mengeja berulang kali apabila membaca ayat atau teks yang diberi. Melalui kajian ini juga mendapati mereka telah berjaya membaca ayat-ayat yang mengandungi lebih daripada empat patah perkataan V+KV dan KV+KV dengan lebih baik. Akhir sekali, Latih Tubi Membaca Kad Bacaan sememangnya sangat sesuai digunakan terhadap murid-murid yang mengalami masalah pembacaan. RUJUKAN Abdillah, B. N. A (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV. Diperoleh dari http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2009/8%20Abdillah% 20.pdf Angela, R. R & Philip T. R (2009). The Effect of Repeated Reading on Student Fluency: Does Practice Always Make Perfect? Journal of Human and Social Sciences: 54-59 Aspalaila, R. & Maslinda M (2006). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV+KVK. Diperoleh dari http://www.slideshare.net/handbyone/jurnal-asal

15

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Azizah, Z. (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan Kelancaran dan Kefahaman dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Prosiding of International Conference on Teacher Education: hlm 312-320 Dolhaji, N. (2007). Marilah Membaca Buku 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Fatihe, B. M. (2011). Pelaksanaan Program Token Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP. Idris, M. R. & Dahlia, J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tg. Malim. University Perguruan Sultan Idris. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia, (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Prorgam Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) . Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad. Kamarudin, H. H. dan Siti, H. A. A. (1998). Penguasaan Kemahiran Membaca: Kaedah Dan Teknik Membaca. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamus Dewan. (2005). Kamus Dewan Edisi Kempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Naffi, M. (2006). Glosari Pengajian Melayu. Selangor: Cerdik Publication Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), (1993). Buku Panduan Penilaian Pemulihan Dalam KBSR Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Rohani, A., Nani M. & Mohd, S. A. (2003) Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong, Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.. Rosinah, E. (2011) . Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Roziah, B. A. H (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 1 dengan Latih Tubi Menggunakan Suku Kata dan Kad Gambar. Prosiding Seminar IPBA. Hlm 92-99 Ruskey, N. (2011). Increasing Fluency using Repeated Reading. University of Wisconsin-Stout. Diperoleh dari http://www2.uwstout.edu/content/lib/thesis/2011/2011ruskeyn.pdf

16

Seminar Penyelidikan Tindakan (Pendidikan Pemulihan Sekolah Rendah) IPG Kampus Sarawak, 6-7 Disember 2012

Shahabuddin, H., Mahani, R. & Ramlah, J. (2006). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Syarifah, N. S. A. R., Nornajmah, N. & Rosdah, O. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2 Teks Rujukan Lengkap. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Syed, I. B. S. M. & Ahmad, S. B. M. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Tatabahasa Dewan. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17