Anda di halaman 1dari 1

Penggunaan computer pada masa kini amat penting.

Bincangkan

Komputer merupakan satu daripada rekaan teknologi maklumat yang amat penting. Kini, penggunaan komputer di Negara kita semakin meluas. Komputer digunakan hampir dalam semua bidang. Komputer dapat menyimpan data dan maklumat penting. Dengan hanya menekan kekunci komputer, semua butiran yang dikehendaki akan terpapar pada skrin komputer. Segala surat-menyurat, pembayaran cukai, dan sebagainya dapat dikendalikan dengan cepat. Hal ini akan menjimatkan masa dan tenaga. Dalam bidang komunikasi, komputer memudahkan perhubungan. Kita dapat menghubungi orang yang jauh dengan mudah melalui internet. Segala urusan di darat, laut dan udara dapat dilakukan dengan komputer. Dalam bidang perindustrian pula, pengeluaran sesuatu barangan dapat ditingkatkan. Pelbagai jenis rekaan turut dihasilkan seperti barangan elektronik, kenderaan, bangunan, jalan raya, dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja meningkatkan keluaran Negara, malah menaikkan nama Malaysia. Komputer dapat mengesan penyakit dengan segera. Penyakit yang dapat dikesan lebih awal memudahkan doctor merawat pesakit. Selain itu, computer turut membantu dalam penciptaan ubat, pembedahan, rawatan dan sebagainya dengan lebih berkesan. Ternyata penggunaan kompeter amat penting pada masa kini. Computer menjadikan kehidupan kita bertambah maju dan selesa.

Anda mungkin juga menyukai