Anda di halaman 1dari 2

Levi

Pembayaran Levi Bahagian VIII AKTA 520 menjelaskan keperluan undang-undang bagi kontraktor-kontraktor untuk memaklum dan mengemukakan kepada LPIP maklumat-maklumat kerja-kerja pembinaan yang bernilai melebihi RM 500,000.00 pada satu kontrak yang mana levi akan dikenakan dengan kadar 0.125% daripada harga kontrak tersebut. Disamping objektif Kerajaan Persekutuan menubuhkan LPIP sebagai satu badan berkanun untuk menggalak, menggiat membangun, meningkat dan mengembangkan Industri Pembinaan, Kerajaan juga telah memberi kuasa kepada LPIP, melalui AKTA 520, untuk memungut levi dari kontrak-kontrak. Pengenaan levi merupakan sebahagian dari keperluan-keperluan perundangan yang memberi kesan kepada kontraktor-kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan melebihi RM 500,000.00 bagi satu-satu kontrak. Levi akan dikenakan ke atas kontraktor pada kadar 0.125% dari amaun kontrak. Kegagalan Pematuhan Kontraktor-kontraktor yang gagal mematuhi telah membuat satu pelanggaran dan kesalahan dibawah undangundang dan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 50,000.00 jika disabitkan kesalahan atau dikenakan tindakan disiplin terhadap pendaftaran mereka dengan LPIPM yang melibatkan

Pembatalan Penggantungan Penarikan balik

Pegawai-pegawai Penyiasat LPIP diberi kuasa untuk memjalankan penyiasatan-penyiasatan ke atas pelanggaranpelanggaran berkaitan pembayaran levi melalui peruntukan di Bahagian IX AKTA 520. Pertimbangan-Pertimbangan Dalam Pembayaran Levi Perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan oleh kontraktor-kontraktor:

Kontraktor-kontraktor yang hendak melaksanakan projek-projek pembinaan sebagai kontraktor utama mempastikan bahawa peruntukan Levi telah dimasukkan dalam tawaran harga tender mereka. Firma-firma Pengurusan Projek adalah tidak tertakluk kepada keperluan pembayaran levi kecuali jika mereka melaksanakan projek-projek pembinaan tersebut sebagai kontraktor utama. Mana-mana kerja/projek pembinaan yang merupakan sebahagian dari mana-mana kontrak yang telah dikenakan levi, adalah tidak tertakluk kepada pengenaan levi selanjutnya.

Peruntukan-Peruntukan Perundangan Dua (2) peruntukan perundangan bagi pengenaan levi adalah:

Bahagian VIII Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (AKTA 520) dan

Peraturan-peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996

AKTA 520 terpakai di seluruh Malaysia dengan Seksyen-seksyen tertentu, yang diperuntukkan sebagai peraturanperaturan khusus kepada Kontraktor-Kontraktor Berdaftar. Naskah lengkap AKTA 520 boleh dicetak atau dibeli di kaunter-kaunter di pejabat-pejabat Wilayah LPIPM atau di Ibu Pejabat.

Anda mungkin juga menyukai