Anda di halaman 1dari 35

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

UNIT 4

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Pernahkah anda mengambil berat tentang isu-isu pendidikan di Negara Malaysia? Antara isu pendidikan yang telah wujud sekian lama di Negara ini ialah isu ketaksamaan peluang pendidikan.Topik ini membincangkan tentang aspek-aspek dan isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan yang membelenggu Negara Malaysia. Antara aspek-aspek yang akan dibincangkan dalam topik ini ialah dari aspek kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam topik ini ialah isu yang berkaitan dengan orang asli, bumiputra dan pedalaman. 4.1 Kelas Sosial Kelas sosial adalah berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Kelas sosial dalam kehidupan seharian dapat digolongkan sebagai golongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan dan hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Menurut Perutusan Tahun Baru 2006 yang disampaikan oleh YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, kelas sosial mampu merapatkan jurang pendidikn yang merangkumi jurang antara Bandar dengan luar Bandar, jurang antara yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan Negara. Kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis tergolong dalam dua golongan iaitu Bourgeoisie dan Proletariat. Bourgeoisie merujuk kepada sekumpulan masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. Manakala Proletariat pula merujuk kepada golongan masyarakat yang tidak memiliki modal, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja. Menurut Max Weber, kelas sosial terdiri daripada 5 kelas yang terdiri daripada Golongan bangsawan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, kelas pekerja dan golongan bawahan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Mobiliti Sosial

Status Sosio Ekonomi

Diskriminasi

Ketidaksamaan Sosial
Rajah 1 : Faktor-faktor kelas sosial

Rajah 1 menunjukkan faktor-faktor kepada ketidaksamaan peluang pendidikan dari aspek kelas sosial. Mobiliti Sosial adalah satu proses perubahan individu atau kelompok sosial dari satu lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial. Sistem stratifikasi sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat dalam sesuatu kategori manusia dalam sesuatu masyarakat. Ketidaksamaan sosial wujud disebabkan oleh faktor-faktor berikut : Orang yang dipinggirkan (Marginalisation) Orang yang mengalami eksploitasi Orang yang tidak ada kuasa, status dan imej Orang yang mengalami penjajahan budaya (Cultural imperialism) Keganasan (Violence)

Konsep diskrimasi atau ketidaksamaan pula boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negative oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik yang lain. Prejudis dan stereotaip di kalangan kumpulan etnik akan mewujudkan prasangka. Diskriminasi boleh berlaku dalam banyak bentuk sama ada

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


berbentuk individu atau kumpulan etnik, dan apabila mencapai tahap tertinggi sehingga melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. Diskriminasi peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya kelas sosial dari sistem feudal lagi. Penerimaan system pendidikan antara golongan rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana adalah amat berbeza di mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka. Ketidaksamaan sosial ialah ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial berbeza akibat daripada Sistem Stratifikasi Sosial. Rohand Meighan (1986), mengatakan bahawa ketidaksamaan sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama. Dalam kajian Saifuddin Hj. Masduki (1977), beliau mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Ruslin Md Zain (1998) pula melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapat tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Status sosio-ekonomi juga sangat ketara dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Status ini berkait rapat dengan tahap kesihatan murid seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Latar belakang sosioekonomi keluarga yang baik dengan tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran yang baik turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Perhatian dari Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3) untuk menangani jurang ini telah membawa semua rakyat mendapat peluang yang sama rata untuk menerima perubahan dalam system pendidikan Negara. Selain itu, faktor kekurangan kemudahan juga menyebabkan ketaksamaan dalam peluang pendidikan. Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Penggunaan ICT juga tidak dapat dilaksanakan disebabkan pelabelan

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


janakuasa yang rendah. Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa 3035KVa, agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT. Selain itu, segelintir sekolah juga mengalami masalah kekurangan murid sehingga pada tahun 2005, terdapat 2,261 sekolah yang dikategorikan sebagai SKM. Masalah ini telah menyebabkan wujudnya kelas bercampur yang memuatkan murid-murid yang pintar dan kurang pintar dan ini sangat menyukarkan guru-guru untuk mengajar kelas yang mempunyai perbezaan kognitif yang ketara. Cabaran KPM yang seterusnya adalah untuk memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah luar Bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan Bandar. RM1.0 bilion untuk keluarga miskin telah diperuntukkan oleh KPM melalui program berikut : Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Makanan Asrama. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Jaket Keselamatan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Skim Baucer Tuisyen (SBT) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti Asrama Harian

Pada masa kini, pembangunan intelektual tidaklah menjadi keutamaan dalam kebanyakkan masyarakat. Namun masih ada segolongan manusia yang tidak menyedari bahawa tanpa semua ini, tidak mungkin sesuatu Negara itu mendapatkan ilmu pengetahuan yang semakin berkembang hebat ketika ini. Sekiranya kita mahu melahirkan modal insane kelas pertama, kita haruslah mempunyai masyarakat yang mengamalkan budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir setiap kelas sosial berhak menerima hak yang sama.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Berhenti dan Reflek

Bincangkan dalam kumpulan anda, apakah yang telah terjadi kepada pendidikan di Malaysia disebabkan oleh aspek kelas sosial dalam isu ketaksamaan peluang pendidikan?

4.2 Jantina Jantina atau gender memberi maksud wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan serta interaksi lelaki dan perempuan. Perbezaan lelaki dan wanita amat ketara bukan sahaja dari segi fizikal dan biologikal tetapi juga sifat dan keinginan. Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja wanita dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada kepada peningkatan status ekonomi wanita. Tiga faktor tersebut ialah : 1. Kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. 2. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. 3. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar Bandar ke kawasan Bandar. Penyelidik Aminah Ahmad (2000) mengatakan bahawa pengibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di Politeknik. Antara faktor lain yang telah mencetuskan ketaksamaan peluang pendidikan adalah seperti berikut : Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran bersifat keperempuanan dan kelelakian.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Peluang pendidikan diberi kepada lelaki manakala golongan perempuan sebaliknya semasa zaman penjajahan. Peluang pekerjaan mengikut gender. Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding pelajar lelaki.

Berhenti dan Semak Kefahaman

Bincangkan dalam kumpulan anda, apakah yang anda dapat simpulkan secara menyeluruh tentang aspek jantina dalam isu ketidaksamaan peluang pendidikan?

Soalan

Dalam memastikan isu ketidaksamaan peluang pendidikan berlarutan, sebagai seorang masyarakat yang berpendidikan, kita seharusnya meningkatkan peluang pendidikan yang sama rata dan positif di kalangan rakyat. Pilih salah satu aspek yang mempengaruhi ketidaksamaan peluang pendidikan dan jelaskan cara bagaimana menanganinya.

4.3 Kumpulan Minoriti Minoriti bermaksud suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Fakotr geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman iaitu kaum asli, kadazan, murud dan sebagainya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun, segelintir daripada kumpulan minoriti ini berpeluang juga untuk mendapatkan pendidikan formal bagi kawasan yang jauh dari pedalaman.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kaum asli

KUMPULAN MINORITI
Murud Kadazan

Berhenti sejenak dan semak kefahaman Apakah yang anda faham tentang kumpulan minoriti?

Oleh yang demikian, walaupun terdapat juga kumpulan minoriti yang mendapat pendidikan menurut kajian, kumpulan minoriti biasanya akan menunjukkan sifat negatif terutamanya di dalam sekolah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Contohnya murid daripada kumpulan minoriti suka ponteng kelas, ponteng sekolah, ada diantara mereka merupakan kaki pembuli, suka merokok, lepak, gengterisme dan sebagainya. Hal demikian bukan disebabkan mereka memang bersifat sebegini dari asalnya, tetapi disebabkan oleh faktor minoriti yang mengakibatkan mereka terasa tersisih dalam kelompok majoriti. Murid dari kumpulan minoriti merupakan murid yang tercicir terutamanya dari segi sosial antara murid di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah harus mempunyai tanggungjawab terhadap masalah sebegini. Pihak sekolah perlu beri perhatian kepada murid terutamanya murid dari kumpulan minoriti. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir murid daripada kumpulan minoriti yang menunjukkan sifat positif. Antara sifat yang ditunjuk adalah seperti ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya. Bagi murid yang menunjukkan sifat positif sebegini biasanya mereka akan bergerak dalam kumpulan sendiri dan bilangan ahli adalah sedikit sahaja. Mereka juga

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


perlu diberi perhatian terutamanya daripada pihak sekolah. Kesimpulannya, semua kumpulan minoriti perlu diberi perhatian supaya mereka tidak tercicir dalam arus pendidikan.

Berhenti dan reflek Bincangkan bagaimana pihak sekolah boleh membantu murid kumpulan minoriti.

4.4 Murid Berkeperluan Khas (exceptional students) Menurut Kirk dan Kirk (1994), murid Berkeperluan Khas berbeza dari murid biasa dari segi mental(kognitif), fizikal(keupayaan otot-otot dan sendi), sosial(interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi(keupayaan menangani perasaan). Kanak-kanak yang berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku. Mereka mempunyai tingkah-laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang lain. Bukan itu sahaja, kanak-kanak Berkeperluan Khas juga menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai diri kendiri. Kanak-kanak ini juga mempunyai tingkah laku anti-sosial yang boleh membataskan hubungan sosial antara satu sama lain. Di sekolah pula, kanak-kanak ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, ponteng dan lain lagi.

Terdapat 7 kategori kanak-kanak intimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas. I. II. Kerencatan mental Bermasalah pembelajaran

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


III. IV. V. VI. Kecelaruan tingkah laku Cacat pendengaran dan masalah komunikasi Cacat penglihatan Cacat fizikal pintar-cerdas dan berbakat istimewa

a) Kerencatan mental (autisme) Murid yang mengidapi kerencatan mental akan mengalami ketidakupayaan memahami perkara sekeliling. Biasanya simptom akan kelihatan pada usia 30 bulan. Autisme adalah gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi dan komunikasi. Ciri-ciri autisme Suka menyendiri Maslah bahasa dan komunikasi Asyik dengan aktiviti sendiri Ketawa tiba-tiba Tidak rasa sakit apabila jatuh Tidak takut pada bahaya Menangis atau marah tanpa sebab Mengulangi kata-kata Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal Tidak bertentangan mata semasa bercakap Menunjukkan dengan jari arah yang disukai Bertingkah laku melampau.

Cara mengatasi Pakar jiwa Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan pebuh perhatian. Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya. Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


b) Bermasalah pembelajaran (Disleksia) Murid disleksia merupakan salah satu masalah pembacaan iaitu sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan. Murid disleksia ini mempunyai kecerdikan yang memuaskan dan boleh bersosial budaya. Namun begitu, otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik. Mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan. Walau bagaimanapun, kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa. Ciri-ciri disleksia Kesukaran membaca sifir, tam dan tolak. Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira. Melakukan banyak kesilapan ejaan. Lambat atau terhenti-henti ketika membaca. Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu seperti s, c, p, q, d dan b. Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini. Boleh dipulihkan.

c) Kecelaruan tingkah laku (Hiperaktif) Hiperaktif terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4 hingga 9 tahun. Namun begitu, ia akan mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas. Jika tiada sebarang perubahan sekitar usia 9 tahun, maka rawatan harus diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku berlaku. Ciri-ciri hiperaktif Bising atau merayau Mengganggu orang tanpa sebab Nakal dan tidak takut pada hukuman Tidak mendengar kata Tidak menumpukan pada kelas

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Tidak menyiapkan kerja sekolah Suka membuat rekaan Suka merosakkan harta orang Kasar Resah Tidak disukai orang ramai

Punca Kurang kasih sayang Minta perhatian Pengaruh keluarga Kerosakan otak Sifat semula jadi Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil Kebimbangan tinggi Deraan keluarga terlampau keras dalam mendidik

Berhenti dan reflek

Bincangkan bagaimana anda dapat mengawal murid hiperaktif dalam bilik darjah?

d) Cacat pendengaran dan masalah komunikasi Kehilangan pendengaran memberikan masalah bukan sahaja dari segi untuk berkomunikasi malah memberikan impak yang besar terhadap kehidupan peribadi dan sosial individu yang berkenaan yakni malu untuk bergaul dengan orang lain. Kanakkanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Biasanya mereka tergolong dalam dua kumpulan iaitu: Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual) Kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual)

Kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. Kanak-kanak cacat pendegaran dalam peringkat pretutur menghadapi masalah pembelajaran dan masalah komunikasi yang lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat postutur. Ciri-ciri cacat pendengaran Bersifat pendiam, pemalu serta tidak suka bertanya. Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Pertuturan kurang lancar, sering tersekat atau terulang-ulang. Menghadapi masalah untuk memahami kata orang lain. Kurang berupaya menggunakan perkataan yang tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea. Pendapat yang diberikan kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat. Sering memerhati pergerakan bibir orang untuk mendengar dan memahami maksud yang ingin dikatakan. Sering mengelak daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoal. Mendekatkan muka ke depan untuk mendengar dengan jelas percakapan orang lain. Pencapaian dalam pelajaran lemah terutamanya yang berkaitan dengan bahasa

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


e) Kecacatan penglihatan Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille. Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang. Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang. Mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan kursus (definisi di Malaysia). Punca Penyakit berjangkit siflis, campak rubella. Keturunan Jangkitan kuman semasa mengandung. Kekurangan vitamin A. Termakan racun. Kemalangan.

Ciri-ciri kecacatan penglihatan Rupa. Sensitive pada cahaya, bahagian tepi mata merah dan berair, juling terdapat bintik hitam di tengan mata hitam. Tingkah laku menggosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata. Aduan mengadu mata panas, kabur, berganda dan pening kepala.

f) Cacat fizikal, pintar-cerdas dan berbakat istimewa Cacat fizikal (cerebral palsy) akan menyebabkan kesukaran bergerak kerana tidak dapat mengkoordinasikan badan. Ia disebabkan oleh neurologi motor yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kecederaan di otak. Kecederaan ini mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Pada umumnya kanak-kanak ini juga mungkin mempunyai kecacatan lain seperti masalah penglihatan, pertuturan atau terncat akal.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Ciri-ciri cacat fizikal (celebral palsy) otot kurang bermaya (mudah letih) dan lambat menyaipkan kerja. Terjejas pusat kawalan otak di otak. Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan. Kesan-gerak badan kekok, imbangan bada mengeletar, badan lembik, kaki dan tangan kejang, masalah menghisap dan menelan Punca Kerosakan otak Deman kuning yang teruk selepas lahir. Demam panas Kelahiran awal Kecederaan, pembengkakan aotak dan selaput. Jangkitan Rahim. Pendarahan sebelum kelahiran; rawatan Mengajar kebolehan asas Berjumpa pakar otopedik, disioterapi, jurupulih cara kerja dan jurupulih pertuturan.

Maklumat sokongan ke perpustakaan

Haliza Hamzah (2008). Perkembangan Kanak-kanak.Subang Jaya, Selangor

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Pintar cerdas dan berbakat istimewa Murid pintar cerdas atau berbakat istimewa merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi

mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Ciri-ciri pintar cerdas Daya pemerhatian tajam dan perasaan ingin tahu terlalu tinggi. Bahasa perbendaharaan kata luas dan pertuturan lancar. Menyelesaikan lasalah kreatif dan inovatif. Ingatan yang baik. Cepat menguasai kemahiran baru. Menunjukkan bakat luar biasa. Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru. Menyusun turutan secara logik. Menghasilkan idea yang aneh dan tidak munasabah. Boleh berbincang dan menghuraikan idea. Minat menulis dan membaca. Cepat belajar dan mengaplikasi apa yang dipelajari. Inisiatif dan mahu bekerja sendiri. Menumpukan perhatian yang lama dan meneruskan kerja yang mencabar. Menunjukkan kepintaran dan kelucuan. Teransang dengan sesuatu yang kompleks dan suka meramal. Menunjukkan perasaan dan pendapat yang teguh Sangat kritikal pada diri.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

4.5 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi. Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. sosioekonomi dan Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis tahap keupayaan pelajar. Impak jurang pendidikan telah

menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3). Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. Kemennterian Pelajaran Malaysia telah

mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang bandar dan luar bandar Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk tercicir daripada sistem pendidikan. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas. Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses pengajaran da pembelajaran pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

Kekurangan Kemudahan Asas Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman. Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well). Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air tadahan hujan. Sekolah Kurang Murid Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % Sekolah Kurang Murid ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan Sekolah Kurang Murid mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam program

pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina. 4.5.1 Orang Asli Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. Terbahagi kepada tiga rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Suku kaum Negrito menetap di pedalaman utara negeri Perak dan Kelantan. Suku kaum Senoi berada di sepanjang lereng bukit Banjaran Titiwangsa di pedalaman negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Suku kaum Melayu Proto hidup berhampiran dengan kampung-kampung tradisional Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sebahagian besar kepercayaan mereka berasaskan animisme. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup dengan alam sekitar

membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati ada dalam kalangan ibu bapa orang asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Sekolah bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit. Kadar keciciran sangat

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di tahap rendah. Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan. Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makanan seharian. Sekain itu, tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Taraf sosio-ekonomi yang rendah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Seterusnya, pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada motivasi untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

berhenti dan reflek

Apakah yang mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal ?

Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


kebudayaan). Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya mereka tidak terus mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Dasar kerajaan yang telah mewajibkan pendidikan wajib kepada semua warganegara merupakan salah satu cara untuk mengelakkan keciciran berlaku.

Isu tentang orang Asli Kurang infrastruktur serta prasarana yang lengkap. Kadar keciciran yang tinggi Prestasi pelajar orang Asli yang rendah Jumlah enrolmen sekolah yang rendah

berhenti dan reflek

Bincangkan bagaimanakah anda sebagai guru berperanan untuk meningkatkan minat pendidikan anak-anak orang asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran dalam pelajaran ?

4.5.2 Indigenous Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak. Di Sabah seperti Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang Brunei manakala di Sarawak seperti Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan dan Kelambit. Sistem

pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Jika dilihat, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan luar. Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka. Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga. Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman yang merupakan proses pendidikan yang manusiawi (humanistik) kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia. Dalam sistem belajar asli pula, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara manusia akan mengalami sesuatu secara nyata, memikirkannya secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas. Selain itu, proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman Apakah yang anda faham mengenai konsep sistem belajar asli?

4.5.3 Pedalaman merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara yang kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama (RMKe-3, 1976-1980).

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang. Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik. Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Seterusnya pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. Apabila segala

kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut

mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sehubungan itu, suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. Hal ini merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih menebal dengan ciri-ciri penduduk desa dan kebanyakkannya masih tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan. Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan. Ketaksamaan Kelas Sosial Taraf atau kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan. Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan) Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat ) Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan Kelas sosial masyarakat: Sistem feudal Golongan pembesar Golongan istana Golongan petani Golongan masyarakat kampung Golongan yang tinggal di bandar Golongan kurang berkemampuan Golongan pemimpin Golongan berada

Berhenti dan reflek Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya ketaksamaan

peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Soalan Latihan

Dalam kumpulan bertiga, bincangkan peranan anda sebagai guru yang ditugaskan ke kawasan pedalaman untuk memajukan sistem pendidikan di kawasan pedalaman temapt anda ditugaskan.

Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari. Ketaksamaan peluang pendidikan dikaitkan dengan aspek kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas. Ia bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Terdapat 2 kelas sosial iaitu yang memiliki punca-punca pengeluaran (Bourgeoisie) dan yang hanya menggunakan tenaga kerja sahaja. (Proletariat) Terdapat 3 isu-isu utama ketaksamaan peluang pekerjaan iaitu orang asli, bumiputra dan pedalaman.

Teks bacaan asas dan sumber rujukan

Teks Bacaan Asas Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya dan Pembelajaran. Edisi ketiga. Puchong, Selangor. Penerbitan Multimedia. Rujukan

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Haliza Hamzah (2008). Perkembangan Kanak-kanak (untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan).Subang Jaya, Selangor Marimuthu T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman. Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI Subjek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran merupakan subjek yang menyeronokkan bagi diri saya kerana subjek ini banyak mengajar tentang isu-isu terkini pendidikan dan budaya di sekolah, adat resam pelbagai kaum dan banyak lagi. Pensyarah pembimbing bagi subjek ini ialah Encik Othman , beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepenuhnya dalam memberi ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran ini. Pertama kali mendapat tugasan ini, saya begitu teruja untuk mengetahui apa tugasan yang harus saya siapkan kali ini yang berkaitan dengan budaya dan pembelajaran ini. Taklimat yang jelas oleh Puan Siti Khadadiah memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini, apatah ia merupakan tugasan kumpulan. Banyak sumber yang saya dapat untuk laksanakan tugasan ini, apatah lagi bantuan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing telah memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mendalami dan lebih memahami ketaksamaan peluang pendidikan, kerana kumpulan saya terpilih untuk membuat tajuk ini. Pengetahuan saya dalam isu-isu pendidikan ini bertambah dengan adanya kolaborasi antara saya dengan rakan-rakan dari opsyen lain, ini memberi saya peluang untuk bertukar pendapat tentang pendapat mereka berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan. Selain itu, tugasan ini juga membuka mata saya untuk memahirkan diri mengetahui selok-belok pendidikan di luar sana kerana ia penting bagi seorang bakal guru kerana kita tidak akan tahu bagaimana keadaan sekolah yang akan kita duduki di masa akan datang. Saya amat gembira menyiapkan tugasan ini kerana banyak pengalaman yang saya dapat melalui tugasan ini. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana limpah kurnia yang diberi kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dan menghantarnya tepat pada masanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing Encik Othman dan Pn Siti serta rakan-rakan yang senantiasa memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan, ribuan terima kasih saya ucapkan. Saya juga ingin berterima

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dari segi keperluan-keperluan yang saya perlukan. Akhir sekali, saya berharap sekiranya ada lagi tugasan seperti ini, akan saya lekukan dengan lebih baik lagi berbanding saat ini.

Yang benar, Diana Habirin Lapongan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


REFLEKSI

Pertama sekali saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini sebelum tiba pada tarikh penyerahan tugasan. Tugasan ini merupakan tugasan di bawah subjek EDU 3106 (Budaya dan Pembelajaran). Pada 19 Mac 2012 yang lalu, kami telah diberi satu tugasan kerja kursus berasasksan ilmu untuk mata pelajaran EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran oleh pensyarah penyelaras kami iaitu

Puan Khadadiah Binti Mohammed. Subjek EDU 3106 ini iaitu Budaya dan Pembelajaran merupakan subjek yang

saya gemari, hal ini kerana sepanjang menjalani sesi kuliah yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing subjek EDU

3106 kami iaitu Encik Osman Leon, kami telah didedahkan dengan pelbagai tajuk yang baharu ataupun pengetahuan yang baharu di mana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui akan isu-isu yang telah dibincangkan semasa sesi kuliah. Hal sedemkian menyebabkan saya berasa seronok semasa mengikuti kuliah EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran. Dalam melaksanakan tugasan ini saya telah mempelajari banyak perkara baru terutamanya mengenai ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat orang asli,pedalaman dan indigenous dan juga cara-cara menghasilkan modul dengan menggunakan ikon-ikon yang sesuai. Semasa saya memulakan langkah untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam kerja kursus kali ini saya terlebih dahulu menyusun senarai kandungan kerja kursus iaitu mengatur apa seharusnya isi yang perlu saya masukkan dalam kerja kursus ini bagi menjawab soalan yang diberi setelah memahami dan membaca soalan yang diberi. Selepas itu saya juga telah mancari pelbagai maklumat tentang isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan di negara kita mengikut kelompok tertentu dan juga nota-nota yang berkenaan dengan isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kelompok orang asli, pedalaman dan indigenous. Seterusnya, dalam tugasan ini juga

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


memerlukan kami untuk menghasilkan satu modul hasil daripada penerangan atau maklumat yang diberikan mengikut setiap tajuk-tajuk besar dan topik-topik kecil. Saya mendapati bahawa pengetahuan dalam tajuk kami iaitu isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan ini sangat penting bagi guru-guru kerana melalui pengetahuan ini para guru dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi senario sedemikian apabila ditugaskan di kawasan penempatan seperti orang asli, pedalaman dan di kawasan kelompok indigenous. Selain itu, melalui pengetahuan sedemikian kita sebagai bakal guru akan mempunyai kesedaran untuk mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran demi untuk memperluaskan pendidikan tanpa mengira perbezaan taraf hidup dalam kalangan kelompok-kelompok tersebut. Seterusnya melalui tugasan ini, saya memperolehi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai cara pemikiran setiap insan terhadap pendidikan ini. Walaupun secara am nya saya dapati minat belajar para murid-murid daripada kalangan orang asli, indigenous dan pedalaman adalah rendah, akan tetapi bagi saya hal ini merupakan cabaran kepada kami sebagai bakal guru yang dilatih untuk membantu pihak kerajaan menangani dan mengatasi masalah tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya di negara kita. Hal ini terbukti kerana pihak kerajaan telah mewajibkan setiap kanak-kanak di negara ini mendapatkan pendidikan di sekolahsekolah yang telah disediakan tidak kira di kawasan bandar dan pedalaman. Selain itu saya juga telah mencari maklumat mengenai contoh-contoh penghasilan modul sebagai panduan saya untuk membina atau membuat soalansoalan serta huraian dan penerangan dalam tajuk saya. Sepanjang proses menjawab kerja kursus ini terdapat soalan yang saya kurang fahami iaitu bagaimana hendak membuat soalan berdasarkan penerangan yang dilakukan dengan menggunakan ikonikon yang telah diberikan, namun selepas membuat banyak perbincangan dengan pensyarah subjek dan rakan-rakan serta membuat rujukan dengan senior, akhirnya saya memahami apa sebenarnya kehendak soalan. Bagi pendapat saya walaupun kerja kursus ini agak sukar disiapkan namun ianya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya sebagai seorang bakal guru apabila berada di sekolah kelak.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Antara ilmu dan pelajaran penting yang saya dapat selepas menyiapkan kerja ini ialah ilmu berkaitan dengan budaya pembelajaran bagi orang asli, indigenous dan masyarakat pedalaman. Selain daripada itu saya juga telah mempelajari, mengkaji dan memahami mengenai penghasilan modul yang baik, kelak apabila menjalani sesi praktikum saya menyedari pengalaman dan ilmu pengetahuan ini pastinya dapat digunakan untuk membantu guru-guru di sekolah nanti. Melalui kesedaran dan pemerhatian ini saya mengharapkan kelak apabila saya menjadi seorang guru saya tidak akan bermalas-malas untuk menjalankan tugas saya sebagai pendidik. Pada mulanya saya kurang yakin untuk menlakukan dan menyiapkan tugasan ini kerana saya tidak berapa faham tentang soalan tersebut namun apabila saya mula membuat grafik dan nota ringkas akhirnya saya mendapat idea yang sistematik untuk melaksanakanya. Walaupun banyak perkara baik yang saya perolehi semasa pelaksanaan kerja ini namun satu hal yang saya rasakan masih perlu saya perbaiki dalam pelaksanaan kerja kursus ialah komunikasi dengan pensyarah, setakat ini saya masih kurang berkomunikasi dengan pensyarah sama seperti semester-semester lalu walaupun menyedari kepentingannya, saya berharap perkara ini akan dapat saya perbaiki secara perlahan-lahan pada masa akan datang. Akhir sekali semua isi tugasan ini adalah asli dan hasil idea saya sendiri kecuali beberapa nota yang saya perolehi dari buku dan laman web namun cara penghasilan dan penyelidikan ialah ilham saya sendiri dan berharap tidak akan ditiru oleh mana-mana pihak yang lain, saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan penghasilan tugasan ini dan tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing, ibubapa, rakan-rakan, keluarga dan semua yang telah membantu saya menyiapkan tugasan kali ini. Sekian terima kasih.

yang benar,

Felicia Pearl Fidelis

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

JAWAPAN KEPADA SOALAN : Apakah yang mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal ?

mendapati ada dalam kalangan ibu bapa orang asli yang menanamkan kepercayaan mereka. Sekolah bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum

ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit. Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah. Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak

mereka itu normal atau berkeperluan khas. pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada motivasi untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Bincangkan bagaimanakah anda sebagai guru berperanan untuk meningkatkan minat pendidikan anak-anak orang asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran dalam pelajaran ?

guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). Pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif antara kumpulan minoriti ini supaya mereka tidak terus mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Dasar kerajaan yang telah mewajibkan pendidikan wajib kepada semua warganegara merupakan salah satu cara untuk mengelakkan keciciran berlaku.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Apakah yang anda faham mengenai konsep sistem belajar asli?

sistem belajar asli memiliki banyak hal positif antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan


mempelajari sesuatu.

Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga. Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman yang merupakan
proses pendidikan yang manusiawi (humanistik) kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

belajar asli merupakan proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara
manusia akan mengalami sesuatu secara nyata, memikirkannya secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

Dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous, masyarakat lebih memiliki kepekaan
terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Bincangkan

faktor-faktor yang menyebabkan

kurangnya ketaksamaan

peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman.

kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang. guru bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. lokasi jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. murid tidak berminat untuk belajar murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. pertumbuhan pusat urban yang lembab kurangnya kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang teruk. suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang. ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. ibu bapa lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN


Dalam kumpulan bertiga, bincangkan peranan anda sebagai guru yang ditugaskan ke kawasan pedalaman untuk memajukan sistem pendidikan di kawasan pedalaman temapt anda ditugaskan.

Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. guru perlu kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru perlu membimbing murid-murid dengan member pendedahan kepada mereka sebagai contoh membuat kem motivasi diri guru memberi pendedahan kepada murid-murid dari segi prospek kerjaya dan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka. mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dal bilik darjag sebagai salah satu cara untuk menarik minat murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai