Anda di halaman 1dari 4

3.

Peranan pihak pengurusan sekolah, guru dan organisasi sekolah

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan Negara dapat dinyatakan sebagai suatu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai segi. Tidak kiralah sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Hal yang demikian, setiap sekolah perlu berperanan untuk menuju ke arah matlamat tersebut. Semua pihak pengurusan sekolah amat berperanan dalam membentuk aspek JERI ke dalam diri setiap pelajar-pelajar sekolah. Di dalam sesebuah organisasi sekolah, Guru Besar merupakan salah seorang yang amat penting dalam membentuk aspek JERI dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana Guru Besar adalah ketua kepada anak-anak buahnya. Sebagai seorang yang mempunyai daya kepimpinan dan berkarisma tinggi dalam menjalankan tanggungjawabnya, seorang Guru Besar memainkan peranan yang paling penting dalam membentuk nilai-nilai murni dan sikap positif dalam kalangan para guru dan pelajar-pelajar sekolah. Menerusi temu bual bersama En Najib b. Awang Hassan, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cochrane, Kuala Lumpur, saya dapat menilai ciri-ciri yang amat baik yang ada dalam diri beliau. En Najib bukan sahaja dapat menjaga kesemua kebajikan para guru malahan telah menunjukkan contoh yang baik bagi membentuk aspek-aspek JERI. Dengan adanya seorang role model yang baik, usaha melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERI dapat dilaksanakan dan kerja tersebut menjadi lebih mudah untuk melakukannya. Sebagai seorang Guru Besar, En Najib mempunyai kuasa veto dalam mempengaruhi perkembangan para pelajarnya. Guru Besar bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga berperanan sebagai pengerusi bagi setiap semua persatuan di sekolah termasuk tatatertib, kurikulum dan kokurikulum. Oleh hal yang demikian, peranan Guru Besar sangat besar tanggungjawab dan pengaruhnya dalam pentadbiran sekolah. Melalui tatatertib sekolah pula, Guru Besar akan sentiasa memantau sikap para pelajar supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah dan akan mengenakan tindakan yang tegas sekiranya tidak mematuhi undang-undang dan

peraturan sekolah. Dengan mengenakan tindakan sebegini, para pelajar akan lebih bersikap berdisiplin. Dalam sistem kurikulum, Guru Besar akan menetapkan sistem pendidikan di sekolah dan memeriksa jadual waktu sekolah yang bersesuaian. Guru Besar akan pastikan semua pelajar mesti berpeluang mempelajari sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan mereka agar penerimaan dalam pendidikan akademi dapat meningkatkan intelektual para pelajar. Dalam sistem kokurikulum, Guru Besar sentiasa memastikan agar pelajarpelajar mesti menyertai aktiviti-aktiviti sekolah termasuk unit beruniform, kelab, persatuan dan permainan termasuk sukan tahunan sekolah. Guru Besar juga harus memastikan mata pelajaran Pendidikan Jasmani harus dilaksanakan dengan baik bagi meningkatkan aspek jasmani pelajar dan tidak digantikan untuk mengajar mata pelajaran lain dan mewajibkan subjek tersebut untuk dipelajari. Selain itu, Guru Besar perlu menjalankan aktiviti kokurikulum lain seperti mengadakan aktiviti merentas desa beramai-ramai dan sukan tahunan sekolah. Setiap kali aktiviti kokurikulum ini berlangsung, En Najib akan sentiasa datang bagi membuat pemantauan keadaan semasa latihan dijalankan. Beliau amat menggalakkan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti sukan dan juga kesenian. Beliau amat menitikberatkan keseimbangan dalam akademik dan kokurikulum. Selain itu, Guru Penolong Kanan sekolah juga berperanan dalam membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar terutamanya dalam aspek JERI. Guru penolong kanan bertugas membantu Guru Besar dalam semua hal pengurusan, pentadbiran dan perjalanan sekolah. GPK juga berperanan sebagai ahli jawatankuasa tatatertib sekolah dan memastikan kerja-kerja penyelarasan di sekolah dikendalikan dengan baik dan sempurna.

Antara tugas Pn Rehan, GPK 1 sekolah ini, Pn Rehan telah banyak membantu Guru Besar dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI. Selain itu, Pn Rehan turut sama membantu dalam merancang aktiviti sekolah agar mempunyai objektif yang sebenar. Beliau banyak mengemukakan kertas-kertas cadangan bagi membuat lawatan sambil belajar kepada para pelajar sebelum disahkan oleh pihak Guru Besar. Beliau juga merupakan salah seorang guru yang mesra dan menjaga hubungan baik dengan guru-guru lain dan ini merupakan salah satu nilai murni dalam membentuk nilai kerohanian dalam diri kalangan pelajar. Oleh yang demikian, Pn Rehan akan sentiasa memastikan sukatan mata pelajaran Agama dan Moral dimasukkan dan diterapkan dalam pendidikan sekolah untuk memupuk nilai kerohanian. Peranan GPK Hem boleh dikatakan hampir sama dengan GPK 1. Semasa menemu bual Puan Kamariah binti Mustafa, GPK Hem sekolah, beliau turut menekankan aspek-aspek akademik dan kokurikulum. Antara peranan lain yang dilakukan untuk merealisasikan FPK adalah perlu memastikan sikap dan sahsiah pelajar dalam keadaan baik. Bagi pelajar yang bermasalah, Puan Kamariah akan membawa pelajar ke bilik kaunseling dan memastikan sahsiah pelajar akan diubah dan diperbaiki. Namun begitu, Puan Kamariah lebih gemar untuk berinteraksi secara terusan dengan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kerana dikatakan cara ini akan lebih berkesan. Bagi mewujudkan pelajar yang seimbang dari aspek JERI, guru penolong kanan kokurikulum juga mempunyai peranan yang penting dan membantu meningkatkan prestasi pelajar. GPK kokurikulum bertanggungjawab memastikan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Bagi memastikan perkembangan jasmani pelajar, GPK kokurikulum harus mewajibkan penglibatan semua pelajar semasa melakukan sesuatu aktiviti yang penting seperti merentas desa dan sukan tara sekolah. Kehadiran para pelajar adalah wajib dan akan mengenakan tindakan kepada mereka yang ponteng. Pn Rohana Abas merupakan GPK Kokurikulum bagi sekolah ini. Penglibatan pelajar pada setiap tahun dalam aktiviti sukan amat ketara dan tahap pencapaian prestasi mereka pun turut memuaskan.

Selain itu, guru-guru kelas juga berperanan dalam memastikan aspek-aspek JERI mesti disemai dalam kalangan pelajar-pelajar. Sebagai guru, kita patut sedar tentang kepentingan FPK dan memastikan matlamatnya tercapai. Guru-guru kelas harus menjadi role model semasa mengajar di dalam kelas. Alat bantuan mengajar yang disediakan oleh guru perlu menarik minat pelajar dan kreatif supaya para pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran di dalam kelas. Kesabaran amat penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Guru harus sentiasa membantu pelajar yang mempunyai masalah dan harus mencari jalan agar dapat menyelesaikan bukan mengamalkan sikap tidak ingin tahu atau sambil lewa. Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran emosi mereka dengan membantu mereka mengawal tingkah laku mereka agar tidak bersikap emosional. Selain itu, secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap kemahiran pemikiran mereka jika kita sabar meemberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka mendapatkan ilmu pengetahuan. Sebagai guru, hendaklah berdedikasi dalam memberi pendidikan kepada semua pelajar tanpa memilih kasih. Sebagai guru yang peka kepada FPK, kita tidak seharusnya mengabaikan mata-mata pelajaran lain yang telah dimuatkan dalam jadual waktu pelajar. Ini adalah kerana kepentingan ilmu pengetahuan dalam semua bidang adalah sama. Jika sesuatu mata pelajaran itu tidak penting, ia tidak akan termaktub dalam kandungan pendidikan ataupun dimasukkan dalam jadual waktu. Sebagai guru yang peka kepada FPK, kita hendaklah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kematangan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.