Anda di halaman 1dari 23

BMM3110

Tajuk 6 : Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu


Disediakan oleh : Muhammad Muaz bin Sariff Nurul Amira binti Johari Siti Aida binti Murhazan
PISMP 6.O6
Pensyarah pembimbing: Dr Sobariah binti Baharum

Pendidikan
Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

Merendahkan martabat bahasa Melayu

Matematik
Sains

BI

Bukan jalan penyelesaian

Langkah ini menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran

Masalah kekurangan guru yang berupaya mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris >> mereka terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu mengikuti kursus pendidikan Kesannya murid menghadapi masalah memahami ilmu dalam Bahasa Inggeris.

Dalam hubungan dengan nasib dan masa depan Bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu pengurangan peranan-peranannya sebagai bahasa pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya. Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya sematamata iaitu untuk komunikasi biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

Pentadbiran Kerajaan
Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli korporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen, mesyuarat walaupun sesama mereka. Semasa kepimpinan mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir, Tun Hussein Onn ,Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi. Jarang sekali kita mendengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris. Para cendekiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan pendidikan Melayu, Kongres Agenda Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu hanya dua hari setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet.

Ekonomi
Ada yang mempertikaikan keupayaan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham, korporat, perbankan dan penjenamaan produk. Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dalam konteks hari ini masih tidak meluas. Hal ini berlaku dalam lingkungan masyarakat tempatan, apatah lagi di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersil dan sukar digunakan dalam urusan perdagangan. Hakikatnya, dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu telah dipelajari oleh setiap individu sejak peringkat sekolah rendah. Apatah lagi, bahasa Melayu dijadikan subjek utama dan subjek wajib lulus dalam peperiksaan di sekolah. Namun demikian, bahasa Melayu tetap dikalahkan oleh bahasa Inggeris dalam banyak situasi terutama dalam bidang ekonomi.

Bahasa Melayu masih digunakan dalam peringkat tempatan dan hubungan yang bersifat dalam kelompok yang kecil, bergantung kepada masyarakat yang menuturkannya. Namun demikian, pada peringkat yang lebih besar dan luas, penggunaan bahasa Melayu didapati semakin berkurangan. Sikap tidak yakin terhadap bahasa Melayu memberi persepsi yang merendahkan bahasa Melayu itu sendiri. Keadaan sedemikian berlaku di negara ini. Rancangan yang melibatkan perbincangan kewangan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Rancangan yang tidak berkaitan dengan ekonomi dan kewangan, contohnya Majalah Tiga menggunakan bahasa Melayu. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahasa Inggeris sahaja yang boleh digunakan untuk urusan ekonomi.

KEPERLUAN BAHASA INGGERIS DALAM EKONOMI

Bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi perhubungan perniagaan di peringkat antarabangsa atau pun global. Para peniaga dan usahawan dari seluruh dunia mengambil peluang-peluang ekonomi yang tumbuh dengan pesat di merata dunia tanpa sekatan bahasa, bangsa ataupun agama. Syarikat-syarikat dari luar negara datang melabur dalam Malaysia untuk menjalankan perusahaan perniagaan yang pelbagai jenis di dalam semua industri perniagaan. Rakyat tempatan juga melakukan langkah yang sama dengan melakukan perluasan perniagaan ke negara-negara lain untuk mendapatkan peluang-peluang ekonomi yang lebih baik.

Kedwibahasaan
Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli. berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik.
Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa.

Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baharu dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat peribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.

Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya. Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain.

Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka.

Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya mencampur adukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya. Terdapat dua jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua, pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur persamaan.

Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama masyarakat penuturnya akibat pertembungan dua bahasa.

Matematik, Sains dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris


Matematik , Sains dan Teknologi di Malaysia banyak menggunakan Bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan. Perkara yang paling jelas dapat dilihat dalam ketiga aspek ini di dalam sukatan pelajaran di Malaysia iaitu semasa pelaksanaan PPSMI. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dihasilkan bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 19 Julai 2002. PPSMI telah dilaksanakan secara berperingkat dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan PPSMI adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing dalam era globalisasi.

Objektif PPSMI Objektif pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi. Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu dan komunikasi yang amat penting bagi memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Matematik dan sains adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilah sains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Di samping itu, pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Sejarah pelaksanaan PPSMI Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk melaksanakan PPSMI dengan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dalam dwibahasa dari tahun 2003 hingga 2007. Apabila keputusan dasar kerajaan ini diumumkan, terdapat pelbagai reaksi termasuk daripada pemimpin masyarakat, guru dan ibu bapa. Terdapat golongan yang menyokong dan ada juga yang kurang senang dengan keputusan kerajaan. Salah faham timbul tentang matlamat kerajaan melaksanakan dasar ini, serta rasional kerajaan memilih mata pelajaran sains dan matematik yang lebih mudah difahami jika diajar dalam bahasa ibunda. Terdapat juga kebimbangan di kalangan hampir setiap lapisan masyarakat tentang kesediaan guru dan pelajar mengikuti perubahan ini. Akhirnya, dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam.

Langkah Langkah dalam PPSMI 1) Mengadakan kelas tambahan (secara percuma) Pihak sekolah boleh mengadakan kelas tambahan untuk subjek Matamatik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris secara percuma. Kelas tambahan ini boleh meningkatkan kefahaman dan ilmu pelajar dalam Sains dan Matamatik dan juga boleh memantapkan lagi Bahasa Inggeris mereka. 2) Latihan guru Latihan guru haruslah dilaksanakan secara berterusan melalui usaha-usaha yang lebih teratur dan bersistematik untuk meningkatkan kualiti guru. Bagi meningkatkan kemahiran guru dalam Bahasa Inggeris, penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik serta penggunaan kemudahan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) haruslah dipergiatkan. 3) Bahan Pembelajaran Membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru serta untuk ulangkaji pelajar. Bahan-bahan tersebut adalah perisian interaktif, rancangan TV Pendidikan dan buku bacaan tambahan 4) Perisian pengajaran Perisian pengajaran ini adalah perisian multimedia dalam bentuk cakera padat (CD) yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan sepenuhnya serta dengan berkesan dalam bilik darjah Perisian pengajaran ini juga mengandungi pelajaran yang lengkap untuk mata pelajaran yang berkenaan serta mengikut sukatan pelajaran sepenuhnya

Reaksi Dalam PPSMI Dasar PPSMI telah menimbulkan berbagai-bagai reaksi daripada masyarakat termasuklah; 1. ahli politik 2. akademik 3. ibu bapa Ada yang menyokong dan terdapat pula yang menentang. Kebanyakan ibu bapa berpendapat langkah kerajaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik wajar diteruskan. Mereka berpendapat bahawa ini boleh membantu anak-anak mereka untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan boleh bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Di kalangan guru, mereka berpendapat bahawa dasar ini akan membebankan pelajar dan guru dan seterusnya akan merosotkan keputusan pelajar dalam Sains dan Matematik terutamanya pelajar dari luar bandar. Golongan ahli politik juga telah memberi reaksi menentang yang kuat tehadap dasar ini. Antara yang paling jelas ialah tindakan daripada Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Pada pendapat mereka, pelaksanaan PPSMI akan menghilangkan identity bangsa, kepatriotan dan kebudayaan negara kita. Mereka berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama di Malaysia dan masyarakat seharusnya diangkat sebagai bahasa ilmu dan menjadi salah satu Bahasa Antarabangsa melalui peluasan penggunaannya.

Kesan Positif PPSMI PPSMI diperkenalkan bagi menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dalam kebanyakan istilah sains dan matematik yang telah dimelayukan. Membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi di tahap tinggi, seterusnya berupaya pula menjana ilmu dan teknologi baru dalam bidang-bidang tersebut pada masa yang datang, dan sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengakses maklumat dan menerokai maklumat dengan mudah. Kesan Negatif PPSMI Bahasa pertuturan setempat iaitu bahasa ibunda adalah lebih sesuai untuk menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik kerana Bahasa Melayu lebih mudah difahami. Dasar lebih memihak kepada murid di bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk belajar. Mewujudkan perbezaan prestasi antara murid yang sosio-ekonomi ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar dan di bandar. Hal ini kerana pelajar yang kurang mampu tidak berpeluang untuk belajar dengan lebih baik kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke kelas tambahan. Pencapaian negatif pelajar terutama di kawasan luar bandar, pendalaman dan FELDA kerana kemudahan pembelajaran yang terhad. Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang lemah.

Kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Pada masa kini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Kita sedia maklum, bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa dominan bagi bahasa teknologi maklumat. Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet dunia di Amerika Syarikat.

KESIMPULAN Cabaran kepada bahasa Melayu pada masa depan terletak pada sama ada kita boleh memperkembangkannya menjadi bahasa sumber ilmu, bahasa sumber ekonomi, bahasa sumber teknologi dan bahasa sumber pemodenan yang boleh diharapkan untuk membuka pintu gerbang ilmu, mencari mutiara maklumat dan menaiki mahligai pendidikan yang lebih tinggi untuk dapat menikmati rasa kemodenan, sekali gus peningkatan taraf hidup.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai