Anda di halaman 1dari 12

Isi Kandungan 1.0 Pendahuluan 2 2.0 Literasi Kreatif Dalam Pengajaran 3.0 Kreativiti Dalam Pengajaran 3.

1 Asas Berfikiran Kreatif 4.0 Strategi Untuk Menggalakan Pemikiran Kreatif Dalam Kalangan Pelajar 5.0 Pemikiran Kritis 6.0 Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Pemikiran Pelajar 7.0 Kesimpulan 7-8 9 103 5-7 3 4-5

1.0 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kreatif didefinisikan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Selain itu, daya kreatif adalah kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu kreativiti, dan menjana kekreatifan mengikut kemampuan diri sendiri. Manakala kreativiti adalah kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Creativity is a matter of talent there is nothing you can do about it except get creative people (de Bono, 1996). Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis ialah suatu konsep pembelajaran yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin. Kreativiti adalah domain yang boleh dikaji dan difahami berdasarkan beberapa pandangan sarjana dan school of thought yang berbeza-beza seperti bisnes, pengurusan, ekonomi, seni, falsafah, perubatan, psikoanalisis dan kepimpinan. Oleh yang demikian, ada juga sarjana yang berpendapat kreativiti suatu konsep ilmu yang sudah memasuki fasa paradoks. Perkembangan yang keterlaluan dalam pelbagai bidang ini menjadikan kreativiti sebagai suatu bidang yang amat diminati. Bagaimana pun kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu yang spesifik masih agak baru. Pada masa ini kreativiti sebagai suatu disiplin ilmu masih belum mantap dan masih berdiri dalam disiplin psikologi. Sehingga kini telah banyak institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat (University of Buffalo), Australia (University of Queensland), Eropah dan Britain (university of Essex) yang menawarkan pengajian sepenuh dan separuh masa hingga ke tahap doktor falsafah. Sebenarnya disiplin kreativiti telah berkembang lebih satu abad. Oleh yang demikian telah banyak perkembangan yang berlaku khususnya terhadap konsep dan teori kreativiti. Perkembangan yang amat menggalakkan ini hasil daripada pertemuan para sarjana, penyelidik dan penggiat disiplin kreativiti dalam seminar-seminar kreativiti peringkat dunia. Selain itu, beribu-ribu buah buku telah dihasilkan dalam pelbagai perspektif yang membahaskan tentang kreativiti. Selain itu, beberapa jurnal terkemuka yang menjadi medan perbincangan intelek di kalangan para penyelidik. Bagi memantapkan disiplin ini, persatuanpersatuan kreativiti ditubuhkan di seluruh dunia sekaligus jaringan dan perkongsian maklumat dapat diwujudkan.

2.0 Literasi Kreatif Dalam Pengajaran Literasi kreatif amat penting dalam proses pendidikan kerana ia mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society) dan negara kreatif (creative nation). Tempat terbaik memupuk semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam pembelajaran formal mahu pun bukan formal. Di Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini terpancar dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran (Abd. Rahim, 1999). Literasi kreatif ialah suatu keadaan di mana seseorang individu atau sekelompok

manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti dalam usahanya untuk i. membuat keputusan ii. menyelesaikan masalah iii. menerbitkan idea iv. menghasilkan sesuatu inovasi (produk, proses dan sistem) Dalam konteks literasi kreatif, individu, sekelompok individu atau organisasi seharusnya memahami dan mengetahui; i. Konsep berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ii. Kepintaran kreatif iii. Tindakan kreatif iv. Faktor-faktor dan elemen yang merangsang kreativiti v. Teknik-teknik berfikir kreatif vi. Penyelesaian masalah secara kreatif 6

Justeru itu, konsep literasi kreatif ini menekankan kefahaman individu terhadap persoalan know-what, know-why, dan know-how dalam konteks pengetahuan dan pengaplikasiannya. Atau paling tidak, pada tahap sederhana individu mengetahui dan faham akan konsep kreativiti serta tahu bagaimana untuk berkreativiti dalam pelbagai keadaan dan suasana (Mohd. Azhar, 2003). Literasi kreatif adalah suatu usaha secara sedar yang dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya para pendidik untuk menyebarluaskan pengetahuan dan aplikasi kreativiti dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. Hasrat ini, selanjutnya akan menyuburkan budaya kreativiti sekaligus membina sebuah masyarakat dan negara kreatif.

3.0 Kreativiti Dalam Pengajaran Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar kearah pemikiran kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran dan pengajaran tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar aspek-aspek kreatif. 3.1 Asas Berfikiran Kreatif Asas bermaksud detik mula yang mengukuhkan dan memantapkan sesuatu kerja, usaha, kemahiran dan sebagainya. Hal ini berlaku dalam kebanyakan aktiviti dalam hidup manusia seperti memasak, menjadi ibu yang baik, menjadi seorang pelajar yang pintar, menjadi guru yang inovatif dan sebagainya. Asas akan memperkukuhkan lagi motivasi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada juga segelintir daripada kita yang menguasai sesuatu kemahiran tanpa mengetahui asas perkara atau aktiviti yang hendak dilakukannya. Bagi pakar psikologi, fenomena ini dinamakan sebagai bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh tuhan. Justeru itu, dalam konteks pemikiran kreatif ini penting seseorang menguasai asas-asasnya terlebih dahulu. Memang semua manusia dilahirkan kreatif, tetapi jika sifat dan bakat kreatif itu tidak digilap, kreativiti seseorang itu tidak terserlah. sewenang-wenangmya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada

Roger dan Sperry (1960) penerima anugerah Nobel, berjaya membuktikan manusia berfikir dalam dua paksi yang ekstrem, iaitu kreatif dan kritis. Penemuan ini agak istimewakerana selepas daripada itu, terbongkar rahsia yang menakjubkan berkenaan fungsi dan otak kanan. Kreatif adalah kata nama bagi suatu bentuk pemikiran yang luar biasa dan perkataan yang menggambarkan perbuatan dan sifat yang berpunca daripada pemikiran yang kreatif. Menurut Davis (1983) dalam Nik Azis (1994), terdapt empat langkah dalam perkembangan kreatif. Antara lain, model itu menghuraikan cara-cara menyusun kandungan pelajaran dan aktiviti bagi mengukuhkan sikap dan kesedaran berkaitan kreativiti, kebolehan dan kemahiran pemikiran kreatif serta teknik pemikiran kreatif.

4.0 Strategi Untuk Menggalakan Pemikiran Kreatif Dalam Kalangan Pelajar Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu. Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas

bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan (Rickards dan deCock, 2003). Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli lainyang membuat tugas yang disarankan guru. Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semngat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik. Pada kebiasaannya, pelajar kreatif tidak gentar menghadapi sesuatu yang salah. Mereka bersedia meneroka sesuatu sehingga hujung jalan untuk menghasilkan idea inovatif. Mereka ini

sedar bahawa dalam misi menghasilkan sesuatu tugas pasti ada yang perlu dikorbankan sebelum mencapai kejayaan. Golongan pelajar yang kreatif rela menghadapi risiko dalam tindaktanduknya. Seterusnya guru harus mneyediakan persekitaran yang dapat membantu melahirkankeinginan secara semulajadi. Guru menyediakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang dapt merangsang pelajar untuk meneliti segala sudut kearah menyelesaikan maslah-masalah kreatif. Selain itu, guru harus menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti. Guru harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadp aktiviti-aktiviti berisiko yang dilakukannya. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti yang digemari oleh mereka. Jika guru tidak memberi galakan terhadap kreativiti pelajar, minat mereka untuk melakukannya secara terus-menerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada pelajar meneroka aktiviti-aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar. Guru hendaklah memberi insentif kepada pelajar yang sentiasa bereksperimen terhadap aktiviti-aktiviti yang baru supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan. Pihak guru tidak boleh mengkritik terhadap aktiviti-aktiviti yang menemui kegagalan. Dalam kes seperti ini, guru hendaklah membina keyakinan pelajar dengan berbincang dan memperbetulkan aktiviti atau sebahagian aktiviti yang telah menemui jalan kebuntuan. Dengan cara ini, daya kreativiti pelajar akan dipupuk dan prestasi aktiviti tersebut akan mencapai kejayaan yang diharapkan. Sejajar dengan daya dan tahap kreativiti, guru hendaklah menggalakkan daya motivasi dalaman pelajar dengan memberi hadiah atau sijil-sijil terhadap usaha-usaha dan kreativiti yang dtunjukkan oleh pelajar. Dengan pemberian ganjaran seperti ini, pelajar akan berasa keseronokan secara intrinsik hasil kreativiti yang ditunjukkan melalui aktiviti yang dilakukan. Motivasi yang tinggi sangat berkaitan dengan kreativiti terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Jika pelajar dipupuk minat terhadap aktiviti, maka kreativiti juga akan terserlah. Ini kerana pelajar sedar bahawa guru sentiasa memberi motivasi ekstrinsik untuk pelajar membina motivasi intrinsik untuk menghasilkan kerja penuh kreativiti.

Suatu unsur penting ialah pelajar yang berkreatif sentisa berusaha kearah menghasilkan sesuatu yang terbaik. Pelajar yang berasa gembira dan mengambil sesuatu perkara secara mudah dalam berdepan dengan sesuatu akitiviti, maka jangkaan daripadanya adalah sesuatu yang maksimum. Keadaan ini menyediakan peluang keapda pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran atau penglahiran idea-idea dinamik. Peluang yang harus diberikan kepada pelajar untuk bertemu dengan orang-orang kreatif seperti penyajak, ahli kraftangan, pakar sains, dan ahli muzik. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi dikalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi. 5.0 Pemikiran Kritis Pemikran kritis melibatkan pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti untuk memperoleh dapatan yang logik dan tepat. Pada masa kini, pemikiran kritis diminati oleh para pendidik untuk menanam sikap berhujah secara memberikan bukti-bukti terhadap masalah pembelajaran. John Dewey (1933) mencadangkan idea kepada pelajar untuk memikirkan secara reflektif. Pelajar sentiasa digalakkan untuk memberi jawapan dengan menerangkan secara tepat. Guru harus memberikan galakan untuk bertanya dan bersoal jawab bagi mendapatkan jawapan berdasarkan bukti terhadap maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Pemikiran kritis penting dalam dunia yang mencabar. Pelajar harus belajar mengaplikasikan pemikiran kritis semasa berhujah tentang apa jua topik perbincangan. Kemahiran berhujah dapat melahirkan palajar yang peka dan sensitif tentang jawapan yang mengandungi bukti-buktinya. Guru harus membiba secara sedar pemikiran kritis didalam pengajaran dan pembelajaran. Santrock (2004) menggariskan beberapa cara untuk mengukuhkan pemahaman pelajar tentang pemikiran kritis dalam konteks pembelajaran didalam bilik darjah seperti berikut: 1. Bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga bagaimana dan mengapa. 2. Memeriksa fakta-fakta untuk mengenal pasti sama ada wujud bukti untuk menyokongnya.

3. Berbincang dengan cara bersebabdan bukan melalui emosi. 4. Sedar bahawa kadangkala wujud lebih daripada satu jawapan atau penerangan yang betul. 5. Bandingkan jawapan-jawapan yang lain kepada soalan-soalan yang lain kepada soalan yang ditnya dan diadili jawapan mana yang terbaik. 6. Menilai dan bertanya apa yang disebut oleh orang lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang benar secara tergesa-gesa. 7. Bertanya soalan-soalan dan cuba berspekulasi lebih lanjut tentang apa yang telah diketahui untuk mewujudkan idea-idea dan informasi yang baru.10 Pada asasnya kebanyakan sekolah menggunakan banyak masa untuk membimbing palajar menjawab soalan dengan menggunakan satu jawapan. Guru kurang menggalakkan pelajar untuk mengembangkan pemikiran dengan mengutarakan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru seringkali meminta pelajar untuk memberikan definisi, menyatakan, menyenaraikan daripada menganalisis, menghubungkaitkan, mengkritik, kreativiti, menilai, memikir dan memikir semula. Dalam pada itu, kebanyakan pelajar yang berjaya melengkapkan latihan-latihan di sekolah mendapat markah dan gred yang tinggi. Tetapi, mereka tidak atau kurang belajar secara kritis dan memahami sesuatu dengan luas dan mendalam. Menurut Brooks dan Brooks (1993,2001), mereka percaya sekolah-sekolah tidak menggalakkan pelajar memikir secara mendalam. Oleh itu, pelajar sentiasa kurang didedahkan kepada penyelesaian masalah dengan melibatkan diri dalam pemikiran yang bermakna kearah penyelesaian masalah. Menurut Winn (2004), cara untuk menggalakkan pelajar memikirkan secara kritis adalah dengan guru mengemukakan topik-topik kontroversial atau artikel-artikel yang memaparkan isu yang boleh didebatkan dengan baik. Ada juga dalam kalangan guru-guru berasa malu atau kurang selesa untuk melibatkan pelajar dalam pemikiran kritis atau perbincangan kerana ianya kelihatan tidak sopan atau kurang baik. Dalam pemikiran kritis, pelajar berdepan dengan isu-isu konflik yang boleh memotivasikan pelajar untuk melibatkan secara serius dan mendalam untuk cuba menyelesaikan

masalah atau sesuati isu. Pada situasi ini guru tidak harus menyatakan sebarang pendapat atau pandangan tentang isu. Mereka harus membiarkan pelajar menyatakan pendapat dengan bebas. Pelajar dapat menganalisis isu-isu dengan bebas dalam perspektif yang berlainan. Pemikiran kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif kearah menganalisis, mengsintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kritis. Pelajar harus digalakkan untuk berusaha secara intelektual untuk berfikir dengan cara kompleks. Guru harus merangsang keupayaan pelajar untuk memikirkan masalah dalam konteks pemikiran kritis. Sistem pendidikan seharusnya membantu pelajar manjadi pemikir yang baik. Dalam sistem persekolahan, semua pihak seperti pentadbir, guru, dan pelajar hendaklah berusaha ke arah mencapai matlamat untuk melatih pelajar untuk manjadi pemikir yanng baik.

6.0 Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Pemikiran Pelajar Strategi-strategi pengajaran yang perlu dilakukan ialah: 1. Guru harus berperanan untuk membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarnya sendiri. Dalam konteks ini, guru harus menilai soalan-soalan pelajar dengan serius. Guru hendaklah mendapatkan pandangan, penerangan dan keinginan datau minat pelajar dengan tekun untuk membantu mengannalisis isu-isu atau situasi-situasi pembelajaran yang memberangsangkan dan mencabar. Guru tidak seharusnya mempunyai pandangan negatif dengan mencari jawapan yang satu atau simple sahaja. Guru dan pelajar tidak seharusnya bergantung pada buku-buku teks dan latihan sahaja untuk menjana ilmu pengetahuan. 2. Guru harus menganalisis strategi megajar dengan cara mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajr memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Dalam pengajaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanya soalan-soalan berdasarkan enam aras taksonomi Bloom, iaitu menguji pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Usaha guru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau topik pengajaran dengan lebik efektif.

3. Guru hendaklah menyediakan model peranan yang posotif untuk pemikiran. Guru hendaklah mengenal pasti tokoh-tokoh model yang tinggal dalam komuniti untuk menjemput mereka berkongsi pengalaman sebenar yang mereka lalui sehingga muncul sebagai tokoh yang disegani. Pelajar dapat berinteraksi dengan idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif. 4. Guru harus mengemas kini perkembangan isu-isu terkini dalam pemikiran. Guru harus terus belajar dengan aktif tentang perkembangan isu-isu baru dan terkini. Ia membantu guru mengajar pelajar memikir secara efektif. Guru boleh mendalami aspek-aspek teknologi terkini dalam mengetengahkan kemahiran pemikiran pelajar. Ilmu pengetahuan yang baru melalui pembcaan meluas iaitu pembacaan jurnal-jurnal pendidikan, contohnya dapat membantu gurumelengkapkan informasi tentang pemikiran.

7.0 Kesimpulan Kreativiti adalah aktiviti mental yang kompleks, tetapi sangat penting kepada kehidupan manusia. Bagi memiliki kemahiran berfikir secara kreatif, seseorang itu perlu mengetahui asas kaedah berfikir secara kreatif supaya ia benar-benar difahami dan sekali gus seseorang itu dapat memperoleh hasil yang menarik. Ia adalah disiplin yang perlu dikuasai menerusi pembelajaran dan pengalaman hidup. Seseorang itu dapat mengukuhkan lagi peribadi dan personaliti kreatif yang sedia dimiliki. Strategi pengajaran secara kreatif dan kritis dapat membantu para pelajar menjana idea baru dan meneroka sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Selain itu, dengan adanya teknik yang bersesuaian dalam memupuk idea kreatif, para pelajar dapat mengembangkan bakat yang sedia ada dan sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mengembangkan bakat dan kebolehan tersebut. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru dan bersifat holistik yang merangkumi semua aspek perkembangan. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif kearah menganalisis, mengsintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kreatif, kritis, dan inovatif.

Rujukan

Ahmad Zaharuddin Idrus (eds.). (2001). Kecemerlangan Menerusi Kreativiti: Transformasi & Cabaran UTM. Skudai: Penerbit UTM. Amabile, Teresa. (1989). Growing Up Creative: Nurturing a Lifetime of Creativity. New York: The Creative Education Foundation Buzan, Tony. (2001). The Power of Creative Intelligence. London: Thorsons.Cropley. J. A. (2001). Creativity in Education & Learning. London: Kogan Page. De Bono, Edward. (1996). Serious Creativity. London: Harper Collins Business. Kenneth Lyen et al. (eds.) (1998). The Education of Highly Creative People. Singapore: Stamford Press Pte Ltd. Leonard MS Yong. (1994). Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Leonard MS Yong & Karen L. Biraimah. (1996). Guru Kreatif: Isu-isu Teoritikal & Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala