Anda di halaman 1dari 20

Kesalahan ejaan dan imbuhan (Kertas Percubaan dari seluruh negara yang menyumbangkannya dalam blog)

Latihan 1 (SPM PERCUBAAN 2012- SELANGOR) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Penggunaan email pada hari ini banyak memberi kemudahan untuk berkumunikasi dengan cepat. Sesuatu mesej dapat disampaikan dalam berapa saat sahaja, walaupun pada peringkat antara bangsa. Mesej juga dapat dihantar kepada lebih daripada seorang penerima dan diguna secara meluas dewasa ini. [6 markah] Latihan 2 (SPM PERCUBAAN 2012- WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) (i) Ibu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka. (ii) Pokok kakabu yang tumbuh berhampiran dengan rumah saya ditebang oleh ayah kerana ditakutkan akan menimpa rumah. (iii) Mesin pencetak dijital ini sangat berkualiti kerana tidak pernah rosak selama tiga tahun saya gunakannya. [6 markah] Latihan 3 (SPM PERCUBAAN 2012- SARAWAK) (i) Para pelajar yang ponteng sekolah suka berhabis masa di pusat snooker dan kafe siber. (ii) Penetapan gaji minima tidak akan memuflis negara sebaliknya dilihat sebagai pemangkin kepada golongan pekerja untuk meningkatkan produktiviti. (iii) Kita perlu mengembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni. [6 markah] Latihan 4 (SPM PERCUBAAN 2012- PULAU PINANG) (i) Encik Othman telah membawakan keluarganya untuk menikmati keenakan mi goreng dan murtabak ayam di kedai itu. (ii) Yang Dipertuan Agong telah mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perletakan batu asas masjid baharu di kampung itu. (iii) Perdana Menteri telah menitipkan ucapan balasungkawa kepada keluarga mangsa tanah runtuh yang hilang ahli keluarga mereka. [6 markah] Latihan 5 (SPM PERCUBAAN 2012- PAHANG) Dalam zaman pasca modenisasi negara terpaksa menghadapi dengan penyakit merbahaya yang mampu meranapkan peradaban bangsa, yakni pembuangan bayi. Perbuatan ini berupa tanda kepincangan manteliti gulongan muda. [6 markah]

Latihan 6 (SPM PERCUBAAN 2012- NEGERI SEMBILAN) (i) Kemajuan industri pelancongan memerlukan tenaga professional dan buruh yang banyak sama ada yang terlibat dengan kerja binaan mahupun pengurusan. (ii) Kerja-kerja mendalami Sungai Muda telah dijalankan agar dapat membantu mengatasi masaalah banjir kilat di bandar Seri Setia. (iii) Kerajaan Malaysia telah menghadkan kemasukan buruh asing demi kesejahteraan rakyat dinegara ini. [6 markah] Latihan 7 (SPM PERCUBAAN 2012- MAKTAB RENDAH SAINS MARA) (i) Kehilangan anak sulong Puan Rahimah sejak seminggu lalu dirisaukan ahli keluarga. (ii) Pekerja salun itu telah mencucikan rambut adik yang kerinting sebelum mewarnakannya. (iii) Kerim muka yang digunakan oleh kakak mudah mendapatkan di pasar raya seluruh negara. [6 markah] Latihan 8 (SPM PERCUBAAN 2012- JOHOR) (i) Meneroka angkasa lepas merupakan bidang baharu yang dicebori oleh generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara lain. (ii) Pertandingan merwarna yang disertai oleh pelajar pra sekolah itu dapat meningkatkan kemahiran seni lukis mereka. (iii) Remaja hendaklah mengelak diri daripada melepak di komplek beli-belah kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah. [6 markah] Latihan 9 (SPM PERCUBAAN 2012- KELANTAN) (i) Pada setiap tahun, kerajaan telah memperuntukan jutaan ringgit untuk membiayai pusatpusat serenti dan menjalankan kempen anti-dadah. (ii) Peraduan menulis essei sewajarnya diperbanyak demi meningkat kemahiran menulis bahan ilmiah. (iii) Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan dan pencapaian atlit kurang upaya dalam beberapa acara yang bertanding pada peringkat antarabangsa. [6 markah] Latihan 10 (SPM PERCUBAAN 2012- KEDAH) (i) Alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa suara puntianak menggilai itu bukanlah suara sebenar tetapi rakaman daripada telefon bimbit milik rakanku.

(ii) Langkah kerajaan menurunkan taarif elektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan mengurangkan kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara. (iii) Tanah runtoh berlaku akibat pembangunan tanpa mengambil kira atau memahami peranan hutan dan bukit-bukau sebagai kawasan tadah hujan yang penting. [6 markah] Latihan 11 (SPM PERCUBAAN 2012- SBP) Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat menikmati berbagai kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru, pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat. Di kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat bagi menghilangkan rasa penatlelah di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan cita rasa semua kaum. [6 markah] Latihan 12 (SPM PERCUBAAN 2012- YIK) (i) Pilihanraya kecil akan diadakan di kawasan parlimen Kulim dalam tempoh 60 hari kerana wakil rakyatnya telah mengisytiharkan muflis oleh mahkamah. (ii) Perjanjian itu terpaksa dibatalkan oleh pihak suruhanjaya kerana dua orang saksi enggan diturunkan tanda tangan dalam borang yang disediakan. (iii) Spesis tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan Sarawak perlu melestarikan untuk mengelakkan daripada berlakunya kepupusan. [6 markah]

Latihan 13 (SPM PERCUBAAN 2012- TIMES) Satu kajian sainstifik telah dijalankan terhadap pegaga dan terdapat bahawa pegaga berkesan dalam merangsang pembetukan kolojen, iaitu sejenis serat yang memainkan peranan penting di dalam tisu menyambung kulit. Kajian juga menunjukan bahawa pegaga banyak terkandung vitamin dan galian, khususnya Vitamin C dan Vitamin E. Satu cara mudah untuk memanfaatkannya adalah dengan cara membuat jus. [6 markah] Latihan 14 (SPM PERCUBAAN 2012- TERENGGANU) (i) Kawasan yang disyaki menjadi tempat bersembunyi kuncu-kuncu pemberontak itu sedang diawasi oleh pihak tentera. (ii) Ketua Panitia Sejarah telah mengarahkan semua guru mata pelajaran mengemaskini fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di bawah seliakan masing-masing. (iii) Setiap pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang

menyalahkan hukum tata bahasa. [6 markah] Latihan 15 (SPM PERCUBAAN 2012- PERLIS) (i) Pihak pengurusan pasar raya itu memperkenal tiket pra-bayar untuk kemudahan pengunjung meletakkan kenderaan di premis tersebut. (ii) Dia tetap memegang pada adat dan budaya timur walaupun berada di luar negara lebih daripada dua puluh tahun. (iii) Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan negara dikenali seantero dunia. [6 markah] Latihan 16 (SPM PERCUBAAN 2012- PERAK) Kebanyakan ahli sukan negara kita belum dapat bersaing pada peringkat antara bangsa walaupun telah menjalankan latihan intensif. Contohnya, sukan rugbi tidak pernah dirangkul sebarang pingat dalam pertandingan bertaraf dunia. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan ketiadaan juru latih berwibawa yang boleh memacu bidang sukan negara pada tahap yang boleh membanggakan. [6 markah] Latihan 17 (SPM PERCUBAAN 2012- MELAKA) (i) Guru-guru hendaklah memperkukuhkan ilmu saikologi bagi menghadapi murid pada zaman teknologi maklumat. (ii) Puan Hajjah Rogayah telah menghadiahkan anak tunggalnya sebuah rumah sempena ulang tahun kelahiran anaknya itu. (iii) Gejala hedonisme telah mempengaruhi remaja kita dengan pelbagai pembuatan yang bersifat anti-sosial. [6 markah] Latihan 18 (SPM PERCUBAAN 2012- SABAH) (i) Usaha untuk menunjolkan bakat muda dalam seni pertahanan diri perlulah mengambil segera. (ii) Semua penduduk kampung itu telah kerjasama untuk menjayakan majelis ulang tahun yang kelima puluh. (iii) Pihak kerajaan telah meluluskan perbelanjaan untuk progeram mengindahkan pantai yang sudah lama terbiar itu. [6 markah]

LATIHAN 1 (SOALAN SEBENAR KERTAS PERCUBAAN BM SBP -2012) (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. bagai lebah menghimpunkan madu belakang parang kalau diasah lagikan tajam genggam bara api biar sampai jadi arang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. [6 markah LATIHAN 2 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. panjang tangan lidah bercabang sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [6 markah] LATIHAN 3 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. usaha tangga kejayaan sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit hati hendak semua jadi berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [6 markah]
LATIHAN 4 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. guru bagai lilin yang membakar diri demi menerangi hidup muridnya berat sama dipikul, ringan sama dijinjing guru kencing berdiri, murid kencing berlari berputus asa

LATIHAN 5 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. beraja di mata, bersultan di hati pandu cermat jiwa selamat biar lambat asalkan selamat sediakan payung sebelum hujan [6 markah]

LATIHAN 6 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. yang baik dijadikan kawan, yang buruk dijadikan lawan hidung tinggi bagai mencurahkan air ke daun keladi menconteng arang di muka [6 markah] LATIHAN 7 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. bagai aur dengan tebing anak buah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara bersatu kita teguh, bercerai kita roboh [6 markah] LATIHAN 8 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak berombak ikut hati mati, ikut rasa binasa manusia ada asa, Tuhan ada kuasa tiada kekusutan yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan [6 markah] LATIHAN 9 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. Anak emas bagai menatang minyak yang penuh lebih banyak makan garam nasi sudah menjadi bubur [6 markah] LATIHAN 10 (e) Bina satu perenggan yang mengandungi tiga daripada peribahasa yang disenaraikan. membaca itu jambatan ilmu katak di bawah tempurung terang hati ilmu pelita hidup [6 markah]

Betulkan kesalahan di bawah dengan menulis semula ayat yang betul selepas membetulkan kesalahannya.

1. Semua pekerja-pekerja kilang itu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. 2. Encik Shahnon tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana kepala sakit. 3. Sesetengah pelajar menyiapkan kerja-kerja rumah mereka di perpustakaan. 4. Seluruh penduduk-penduduk di negara ini digalakkan membeli barangan buatan Malaysia. 5. Bagi menambah pendapatan, Kak Alicia menjual goreng pisang pada waktu petang. 6. Sri Muda Restoran menghidangkan bubur kacang sebagai pencuci mulut. 7. Tiap-tiap pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan kelas masing-masing. 8. Beberapa keping-keping cakera padat mata pelajaran Bahasa Malaysia ditunjukkan oleh Murad kepada saya petang semalam. 9. Abang Nicole membeli sebuah digital kamera model terbaharu di kedai elektrik itu. 10. Lima belas orang pemuda di kampung saya telah dipilih untuk menternak telur ayam dan ayam daging. 11. Beberapa buah kereta-kereta di Kota Kemuning telah dirosakkan dan peralatan di dalamnya dicuri. 12. Setengah-tengah pelajar suka menghabiskan masa mereka di perpustakaan awam. 13. Encik Jay Juin bangga melihat keempat-empat orang anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. 14. Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. 15. Beberapa buah mini estet akan dibuka di Kemuning Rimbayu. 16. Kelima anaknya menjadi guru di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua. 17. Dua buah kereta-kereta yang terlibat dalam kemalangan itu telah ditarik oleh Majlis Perbandaran Klang. 18. Persembahan semasa perasmian Sukan Malaysia di Kuantan itu semalam paling hebat sekali hingga mempesonakan penonton. 19. Rumah banglo di tepi Tasik Anggerik Vanilla itulah yang tercantik sekali di kawasan Kota Kemuning. 20. Yi Jue yang takut akan anjing itu lari dengan sungguh pantas sekali tanpa menoleh ke belakang. 21. Kehidupan Mak Yin Jue yang dahulunya susah, kini sudah senang-lenang amat setelah anaknya berjawatan tinggi. 22. Pameran buku di PWTC adalah yang paling terbesar sekali. 23. Orang yang tertinggi sekali di dunia itu telah diumumkan oleh Guiness World of Record. 24. Jeremy Cheong amat girang sekali setelah dumumkan sebagai pemenang pertandingan memancing. 25. Ketua kumpulan ekspedisi itu memandu anggota-anggotanya meredah hutan dengan berpandukan pada peta. 26. Penduduk kampung tidak lalu jalan utama untuk ke pekan kerana jalan itu dinaiki air. 27. Cikgu Kavinash cuba menasihatkan pelajar di kelas itu agar belajar bersungguh-sungguh kerana UPSR semakin hampir. 28. Kami sekeluarga terpegun dengan pemandangan indah di Pantai Port Dickson. 29. Oleh sebab terlalu sibuk, Puan Samantha lupa janjinya dengan jiran sebelah rumah. 30. Semua pelajar di kelas itu berkerjasama untuk menyiapkan poster antidadah sempena Kempen

Antidadah. 31. Permandangan di perkampungan itu indah dan permai pada waktu petang. 32. Pihak penganjur itu memberikan saya peluang kedua sebelum disingkirkan daripada pertandingan. 33. Tok Bomoh menceritakan tentang pengalamannya sepanjang 30 tahun mengubati penyakit misteri. 34. Kai Ping mengirimkan ibunya sekeping poskad dari kota London. 35. Kerajaan telah menurunkan harga petrol ROM97 daripada RM2.70 ke RM2.60. 36. Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk merasmikan pembukaan Pusat Beli-belah Pavillion Kuala Lumpur. 37. Ayah akan memperbarui lesen memandunya secepat mungkin supaya tidak terlupa. 38. Tolong jangan buat bising, kata Puan Puvani kepada murid-murid 3 Anggerik. 39. Pelajar sekolah digalakkan membaca pelbagai-bagai bahan bacaan yang berguna meningkatkan pengetahuan mereka. 40. Beberapa buah rumah di kawasan yang rendah itu telah ditenggelami air bila hujan lebat turun melebihi 5 jam. 41. Koleksi lagu-lagu tradisional akan diperdengarkan kepada peminat lagu klasik melalui saluran Radio Asli milik Radio Televisyen Malaysia (RTM). 42. Suatu pergerakan besar-besaran telah diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2012 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. 43. Beberapa ikatan buah langsat telah dibeli oleh ayah daripada kawannya yang memiliki gerai buah-buahan di hujung jalan utama itu. 44. Paras air di Empangan Kuala Langat semakin surut akibat kemarau yang menimpa kawasan Lembah Klang sejak akhir-akhir ini. 45. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi telah menempah sejarah apabila muncul sebagai juara pertandingan berbalas pantun. 46. Chang Jie Yi telah dihadiahkan sejambak bunga oleh kekasihnya yang baru pulang dari luar negara untuk meraikan hari jadinya. 47. Berapa harga sebatang pen mata bola yang berdakwat merah dan sebatang pen berdakwat yang berwarna hitam? 48. Para pemimpin sedang berusaha untuk mengatasi masalah kesihatan yang rakyat Pakistan hadapi sejak beberapa dekad yang lalu. 49. Kuih-muih yang dijual oleh emak Zainab itu sedap-sedap belaka kerana keturunannya memang penjaja kuih yang popular. 50. Di suatu masa dahulu, manusia suka tinggal di sepanjang sungai kerana sungai membekalkan air dan ikan kepada manusia. 51. Sebagai akibat banjir besar yang melanda kita baru-baru ini, beratus haiwan ternakan mati sehingga merugikan penternak. 52. Pelajar yang memperoleh markah yang paling tinggi sekali dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ialah Lee Qao Shaun. 53. Cikgu Azizah mengarahkan ketua tingkatan supaya mengumpulkan buku latihan-buku latihan dan meletakkannya di atas mehja guru. 54. Setengah peniaga suka mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ekoran kenaikan harga petrol yang diumumkan oleh kerajaan. 55. Kebanyakan peserta-peserta larian jarak jauh itu dijangkakan mampu membuat catatan masa

yang baik kerana latihan intensif telah dijalankan. 56. Low Yu Jing menghadiahi Evone sebuah cincin emas yang bertahtakan berlian lalu melamarnya di hadapan ibu bapa kekasihnya itu. 57. Kereta mewah yang diletakkan di hadapan Pusat Tuisyen Alam Gemilang sejak pagi semalam itu milik siapakah?

SPM 2012 - Ulang Kaji TATABAHASA SPM


Jawaban bagi setiap latihan di bawah akan saya hantar melalui e-mel kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya. Sila e-melkan alamat e-mel anda kepada saya. Semoga anda semua dapat skor dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 ini. LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH (b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet sering kali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. [ 6 markah] LATIHAN 2 : MRSM (b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga atau ayat pasif songsang. (i) Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi. (ii) Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok. (iii) Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad. (iv) Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah. (v) Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam. (vi) Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini. [6 markah] LATIHAN 3 : MPSM MELAKA (b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa. (ii) Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam. (iii) Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda. [6 markah] LATIHAN 4 : MPSM JOHOR (b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak boleh diselesaikan oleh ibu bapa sekiranya mereka mengambil langkah pencegahan awal. (ii) Kursus perhubungan awam telah ditawarkan oleh kebanyakan kolej dan universiti di negara kita. (iii) lsu pembuangan bayi perlu kita tangani dengan segera demi menjaga imej negara.

[6 markah] LATIHAN 5 : MPSM PERLIS (b) Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau ayat tanya. (i) Menerusi komunikasi, pelbagai maklumat disebarkan dari sebuah negara ke sebuah negara lain dengan mudah dan cepat. (ii) Siapakah namakau? soal seorang pemuda berwajah garang sambil mendekati diriku. (iii) Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara. (iv) Syabas, kamu telah berjaya menjuarai kejohanan yang berprestij itu! (v) Mazwin, tolong hantar buku-buku ini ke bilik guru dan letakkan di atas meja saya, kata Puan Geetha kepada Mazwin dengan lembut. (vi) Sampai bilakah Pak Dol akan menangisi kematian isteri kesayangannya itu? [6 markah] LATIHAN 6 : MPSM SABAH (b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini. (i) Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu! (ii) Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair. (iii) Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah? (iv) Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok. (v) Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu. (vi) Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang. [6 markah] LATIHAN 7 : MPSM SARAWAK (b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Di Malaysia hampir dua pertiga sumber air kita digunakan oleh sektor pertanian dan sektor ini adalah antara sektor yang banyak mencemar dan membazirkan air namun tiada sistem pengurusan permintaan air bagi sektor ini. Ladang-ladang penternakan haiwan dan penternakan hidupan akuatik dalam sangkar juga menjadi punca pencemaran. [6 markah] LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayatayat berikut menjadi tiga ayat. Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia. [6 markah] LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU (b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah

maksud asalnya. (i) Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu. (ii) Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat. (iii) Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat. [6 markah] LATIHAN 10 : MPSM PULAU PINANG (b) Baca dan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian gabungkan setiap dua ayat tersebut dengan kata hubung yang sesuai. (i) Atiqah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya dengan segera. (ii) Ibunya membenarkan dia turut serta dalam perkhemahan pengakap itu. (iii) Puan Haliza berjanji akan memenuhi permintaan anak kesayangannya itu (iv) Anaknya itu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. (v) Orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri. (vi) Pelajar-pelajar tingkatan tiga terpaksa mengulang kaji pelajaran [6 markah] LATIHAN 11 : MPSM NEGERI SEMBILAN (b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah yang berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan. (i) Sila buat laporan tentang kes meniru itu. (ii) Usahlah dikenangkan lagi perkara yang lalu. (iii) Awak siapkan tugasan ini sekarang. (iv) Awak tidak usahlah datang ke sini lagi. (v) Pujuklah budak yang menangis itu. (vi) Tolong hantarkan karangan ini sebelum hari Khamis. [6 markah] LATIHAN 12 : MPSM PAHANG (b) Tulis petikan di bawah ini semula dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. MAN :Tuk ... tuk ..., orang jumpa mayat lagi. Orang jumpa mayat. Mayat itu besar, tuk. PAK MAN :Di mana Man? MAN :Tepi pantailah, tuk. Marilah tengok mayat tu. Mari tuk. PAK MAN :Mayat orang Melayu atau orang Cina? MAN :Bukan, tuk. PAK MAN :Kalau bukan, mayat siapa? India kot? MAN :Bukanlah, tuk. Ini mayat ikan dugong besar, tuk. [6 markah] LATIHAN 13 : MPSM KEDAH (b) Baca ayat-ayat di bawah dan nyatakan golongan atau jenis kata bagi setiap kata yang berhuruf tebal dalam ayat tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Gagasan 1Malaysia diyakini dapat membantu negara ini mengecap kemakmuran dari segi pembangunan dan kesejahteraan hidup.
[6 markah] LATIHAN 14 : MPSM PERAK (b) Tukar ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat bersusunan songsang. (i) Ingatan Pak Hamid yang berusia 80 tahun itu masih kuat. (ii) Kehebatan pemidato itu terletak pada kekuatan hujahnya. (iii) Zaid telah ditukarkan ke ibu pejabat sebagai langkah penstrukturan syarikat itu semula. [6 markah] LATIHAN 15 : MPSM KELANTAN (b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) (i) Dia masih tidur. (ii) Bas itu dari Seremban. (iii) Kucing itu kurus kering. (iv) Rakannya gadis Filipina. (v) Puan Ramziah guru di sekolah itu. (vi) Merokok membahayakan kesihatan. [6 markah]