Anda di halaman 1dari 6

Asas Perkhemahan

Di kala banyak blog orang lain sibuk berbincang memerah idea tentang politik, baiklah saya menyimpang dari laluan mereka. Saya kira perkara yang akan saya kongsi bersama ini pun tidak kurang pentingnya pada anak bangsa Malaysia yang gemarkan kegiatan luar atau rekreasi. Jadi oleh kerana saya lama berkecimpung di dalam lapangan ini, saya fikir adalah baik untuk memberi sedikit tips untuk panduan para penggemar lapangan ini. Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Jadi untuk permulaan saya akan bincang dan kungsi pengalaman yang sedikit dan rasakan amat cetek ini di blog ini. Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza : 1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. 2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk. 3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan. Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat 1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. Peristiwa

dipanah petir pernah berlaku di sebuah gunung di Negeri Pahang satu ketika dahulu. 2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebingtebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. 3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai. 4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter. 5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah. 6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini telah berlaku kematian sebagaimana berlaku di Gunung Korbu, Ulu Kinta satu masa dulu. 7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar. 8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah. 9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah. 10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah. 11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah. 12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu

13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula 14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati. Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek. Satu pesanan penting : Bawa keluar apa yang dibawa masuk, terutama tin dan bekas plastik. Jangan menebang pokok sekiranya tidak sangat-sangat diperlukan. Buang najis hendaklah di dalam lubang dan ditimbus bukan di dalam sungai. Sekian

Teknik memilih/membeli khemah

Khemah adalah satu element terpenting dalan aktiviti perkhemahan. Meterial khemah yang baik adalah yang terpenting dalam perangcangan membeli khemah untuk memberi perlindungan dari hujan,panas,sejuk,angin,binatang dan serangga. Perkara yang harus diperhatikan dan diambil kira apabila kita membelinya ialah:
1.Jenama- jenama yang terkenal seperti colemen dan lain-lain, terkenal dengan kualiti yang baik, tetapi ada juga yang tidak berjenama berkualiti baik. 2.Harga-Bergantung kepada kemampuan dan keperluan 3.Kegunaan (fungsi)-untuk kepantai atau mendaki gunung atau sungai atau hutan sebab ia mempunyai fungsi yang berlainan

jenis khemah gunung 2.Perlindungan-dapat memberi perlindungan dengan baik daripada hujan,panas, sejuk dan haiwan merayap contoh mempunyai netting. di pintu dan ventilation yang baik; perhatikan apa yang terbaik yang ada pada khemah tersebut. 3.Ukuran- Pilihlah untuk berdua, berempat atau berenam kerana ia menentukan keselesaan. 4.Kalis air-kebisaanya yang berjenama lebih baik walaupun bukan 100% 6.Tahan lasak-sebenarnya bergantung kepada cara anda menggunakan dan menjaganya.

7.Mudah dipasang dan dibuka- lagi senang dipasang lagi bagus Jika khemah sudah ada, perlu pula ada kemahiran untuk memasangnya pula; belajarlah dari meraka yang mahir atau buat latihan berdasar rajah atau gambar cara memasang khemah tersebut. Bila sudah pandai, untuk mendirikan khemah kita kena tahu pula peraturan yang mesti diikuti iaitu: 1-Pasang khemah ditempat yang telah disediakan atau yang bersesuaian. 2-Pastikan jarak yang selamat antara khemah-khemah agar senang lalu dan jika berlaku kebakaran tidak semua khemah terlibat. jika ikut peraturan jarak yang selamat ialah 3 meter antara satu sama lain. 3-Bersihkan tapah perkhemahan contoh batu dan ranting 4-Jika berada dilaluan angin, elakan pintu masuk menghadap laluan tersebut. 5-Pasang khemah anda dengan kukuh (kuat), gunakan pemacak yang telah disediakan agar khemah tidak terbang jika angin kuat melanda. 6-Sebaik-baik cara pemasangan khemah ialah ada formasi yang teratur contoh bentuk bulat atau bentuk u. Apabila semua sudah siap, kebersihan khemah juga harus diperhatikan: ini untuk keselamatan kita juga. antara peraturan yang harus di ikuti ialah: 1-Jangan tinggalkan khemah dengan pintu terbuka, jika hendak buka juga pastikan memggunakan netting. ini untuk mengelakan serangga atau binatang masuk kekhemah. 2-Bersihkan khemah dengan segera jika ia kotor akibat makanan atau sebagainya. 3.Jangan simpan baju basah dalam khemah atau mengantung atau meletakan baju dimanamana bahagian khemah. 4-Jangan merokok didalam khemah

Teknik memilih tapak perkhemahan dan tempat yang harus dihindarkan. 1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.
2-Terdapat sumber/punca air berhampiran. 3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah. 4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik. 6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan) 7-Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam seperti tandas, parking kereta dan lain-lain. Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah: 1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku) 2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah) 3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan. 4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh) 5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan khemah) 6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah) 7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat) 8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.

pokok rengas

9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia


10- Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan) 11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit) 12.Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Nota: Walauapa pun yang telah dicatitkan seperti diatas, tidak semua tapah perkhemahan memenuhi apa yang dikehendaki oleh kita.Ia bergantung kepada keadaan yang

memungkinkan pertimbagan yang sewajarkannya untuk memilih tempat perkhemahan tersebut. ia bergantung kepada keadaan berikut:
1-Jangkamasa berkhemah, jika satu malam saja tidak perlulah smua yang disenaraikan diatas dipenuhi . Gunakan yang perlu sahaja 2-Bilangan peserta-jika ramai fikirkan yang perlu, jika sekadar berdua atau satu keluarga kecil memadai yang terpenting sahaja. 3-Jenis perkhemahan-berkaitan memilih tapak, ikut kesesuaian sesuatu program itu. 4-Keadaan alam sekeliling-jika dapat pemandangan yang menarik satu bonus. Sumber : http://lusuh.multiply.com

Anda mungkin juga menyukai