2010. Aktiviti ini dijalankan semasa cuti pertengahan penggal 1. Persatuan Seni Visual yang telah dipimpin oleh Puan Janet Missi telah berjaya menghasilkan pelbagai mural di sekeliling kawasan sekolah seperti di Dataran St. Michael dan pada tahun ini persatuan Seni Visual sekali lagi menyumbangkan satu hasil karya di dinding kawasan gelanggang serbaguna SM. St. Michael. Aktiviti melukis mural ini bukan sahaja boleh memurnikan kawasan sekolah malah boleh membimbing murid lebih mencintai harta sekolah serta mencungkil bakat melukis murid-murid. Usaha murni ini sudah tentu akan dimanfaatkan dan dihayati oleh semua warga SM. St. Michael. Persatuan seni visual sebenarnya telah menyumbangkan hasil mereka pada dua tahun yang lepas dengan mural yang begitu cantik. Namun disebabkan oleh cuaca dan masa, warna mural tersebut telah luntur. Maka, melalui usaha Puan Janet dan murid murid dari kelas 5 Proaktif, mereka telah merancang dan memanfaatkan masa cuti dengan memberikan nafas baru kepada SM. St. Michael dengan mural baru. Usaha ini amatlah dihargai oleh semua warga SM. St. Michael.
Walaupun pada awalnya, keluarga saya sendiri tidak mempersetujui dengan keputusan saya berkecimpung dalam bidang ini, kini saya membuktikannya bahawa saya boleh berjaya, katanya yang mempunyai syarikatnya sendiri sejak tahun 2002. Kini, anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan mempunyai lapan orang pekerja terlatih yang membantunya menerajui perniagaan melukis mural di sekitar Lembah Klang. Karya mural saya lebih kepada seni tulisan khat. Itu kelebihan saya berbanding pelukis -pelukis mural yang lain. Selain melukis mural di sekolah-sekolah, saya turut melakukannya di masjid-masjid,
Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap. Teknik melukis pokok 1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.
2. Melukis garisan luaran pada pokok dan memperjelaskan lagi struktur daun dan kanopi pokok tersebut
3. Sekiranya tidak diwarnakan, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok tersebut. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan pada daun, dan kulit pada batang pokok.
1. Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan.
2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
3. Perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.
4. Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.