Anda di halaman 1dari 4

PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL Perkembangan Sosial Kanak-Kanak -Kanak-kanak lepas lahir dapat mengenal rupa paras orang terdekat.

-Semakin kanak-kanak membesar : mereka dapat bertutur dan berinteraksi.

KONSEP SOSIALISASI Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling. Proses Sosialisasi >Peniruan 'Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing others and gradually acquire control over their own behaviour' ( Bandura 1986, 1997 )

>Model / Pemerhatian -Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran. -Persekitaran mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. -Melalui proses peniruan ini kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan apakah kesannya.

Teori Pembelajaran Peniruan Bandura >Beberapa Cara Peniruan -Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung -Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. -Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain

>Peniruan Secara Langsung & Tak langsung -Attention ( Tumpuan/pemerhatian ) -Retention (penyimpanan) -Reproduction (mengingat/mengeluarkan ) -Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

MODEL -Model tingkah laku dan sikap yang diingini -Jadikan rakan sebaya murid sebagai model

-Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain -Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada yang lain -Guna teknik think aloud -Guna peneguhan vicarious -Galakan disiplin arahan kendiri murid

PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL KANAK-KANAK -Interaksi rakan sebaya -Pembentukan hubungan persabahatan -Pengaruh jantina -Kesedaran ras dan budaya -Sensitiviti terhadap orang-orang kurang upaya

Interaksi Rakan Sebaya -Berlaku sewaktu bermain

Baru lahir : Melihat wajah ibunya dengan penuh minat 6 minggu 3 bulan: Bayi mula senyum bila bercakap-cakap dengannya 4-5 bulan: Ketawa, main cak-cak, bermain dengan kakinya. Akan mengeluarkan bunyi tertentu untuk menarik perhatian orang. 5-6 bulan: Membawa semua benda ke mulut 10-11 bulan: Melambai-lambai. Mula mengecam orang yang tidak dikenalinya. 11-12 bulan: Akan cuba memberi sesuatu ditangannya apabila diminta Menunjukkan dengan jari telunjuk apa yang dikehendakinya. 12-15 bulan: minum dengan cawan. 15-18 bulan: Meniru kerja-kerja rumah dan melakukan arahan-arahan yang mudah. Mempelajari persekitaran dengan penuh minat. Dari 24 bulan: Memberitahu untuk ke tandas 3-4 tahun: Mula untuk berkongsi permainan, menggosok gigi, imaginative play 5-6 tahun : Suka memerhati orang bermain, sayangkan keluarga, - membentuk perasaan terhadap alam sekitar - mempunyai perasaan terhadap orang lain. - Lebih selesa berinteraksi dengan rakan seusia

TINGKAH LAKU PROSOSIAL -Perkembangan perasaan empati kanak-kanak menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah. -Cenderung untuk menunjukkan sikap membantu dan bekerjasama -Tingkah laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan

TINGKAH LAKU ANTISOSIAL

-Tingkah laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain, melakukan keganasan atau mencederakan orang lain -Tingkah laku antisosial kanak-kanak berbohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah -Punca modelling, kegagalan mencapai matlamat (kecewa)

SOSIALISASI Teori Sosial Bandura -Faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Kognitif mempengaruhi jangkaan kejayaan, sosial dan tingkah laku -Menganggap manusia makhluk aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan prosesproses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain -Mengemukakan model Determinisme Timbal Balik yang terdiri daripada 3 faktor utama iaitu perlakuan, individu dan persekitaran yang saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Perlakuan individu adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran

Teori Peniruan Apabila tingkah laku seseorang ditiru orang yang ditiru menjadi model kepada si peniru Cara peniruan i. Secara langsung guru membuat demonstrasi pelajar mengikut Ii. Sekatlakuan dan tak sekatlakuan. Contoh murid-murid bersorak di padang sekolah (tak sekatlakuan), dalam kelas tidak dibenarkan (sekatlakuan) Iii. Elisitasi timbul bila melihat perlakuan orang lain. Contoh jogging di waktu petang

Peringkat Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak 1. Pranatal tahap awal proses kehamilan iaitu antara 0 hingga 9 bulan Boleh dibahagikan kepada 3 peringkat: i. Peringkat ovam ii. Peringkat lembaga iii. Peringkat janin 2. Peringkat bayi Ada beberapa pergerakan pantulan. Contoh geli bila disentuh tapak kaki, menghisap bila ada

benda mententuh bibir dan terkejut Bila berusia 3 bulan boleh bertingkah laku lebih kompleks dan terorganisasi. Contoh bergolek, duduk (6 bulan), berdiri (111/2 bulan), berjalan (12 bulan)

3. Kanak-kanak Bersedia mengalami dan berinteraksi serta bertindak balas ke atas rangsangan sosial yang diterima. Contoh menggerakkan mata atau senyum bila mendengar suara orang yang dekat dengannya Kanak-kanak mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang lain dalam interaksi mereka. Boleh dibahagi kepada 3 tahap: i. Asosial Reaksi kanak-kanak terhadap orang lain masih samar dan tidak dapat membezakan orangorang tertentu Ii. Presosial Mula berupaya membezakan tingkah laku individu (1 bulan)

Anda mungkin juga menyukai