Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 1 Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang Pemerintahan, kepercayaan dan pertanian.

(a) Nyatakan dua ciri dalam sistem pemerintahan Tamadun Hwang Ho? [2 markah] Pemerintahan beraja berkuasa mutlak Anak lelaki raja sebagai pengganti raja Kuasa pemerintahan adalah mandat dari tuhan (b) Nyatakan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang masih diamalkan oleh masyarakat Cina sehingga hari ini. [2 markah] Feng Hsui Konsep Yin dan Yang Pemujaan roh nenek moyang (c) Jelaskan kemajuan pertanian dalam tamadun Hwang Ho. [3 markah] Pembinaan sistem pengairan Penciptaan cangkul dan sabit menggunakan batas untuk tanaman Kemajuan dalam teknologi pembajakan (d) Senaraikan tiga iktibar yang boleh diambil oleh generasi hari ini daripada masyarakat Hwang Ho. [3 markah] Kecekalan para pemerintah Tabah menghadapi masalah Kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah Patuh pada ajaran agama SOALAN 2 Di Makkah, dakwah Islamiah secara terbuka oleh Nabi Muhammad s.a.w. ditentang oleh orang Arab Quraisy. (a) Namakan tempat-tempat Nabi Muhammad s.a.w. melakukan dakwah secara terbuka. [1 m] Bukit Safa Rumah Ali bin Abu Talib (b) Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam di Makkah? [2 m] Perbezaan kepercayaan Menolak konsep persaudaraan Islam Salah faham terhadap tugas nabi (c) Bagaimanakah orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.? [2 m] Cemuhan

Ejekan melalui puisi pemulauan terhadap keluarga nabi Ancaman bunuh terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (d) Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menghadapi penentangan Arab Quraisy? [2m] Dakwah secara lembut Tidak memaksa Membaca ayat al-Quran Menunjukkan teladan yang baik (e) Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha penyebaran Islam. [3 m] Tidak mudah berputus asa Bijak membuat keputusan Berusaha menegakkan kebenaran Sabar, tabah, gigih SOALAN 3 Pada tahun 622 M. Nabi Muhammad s.a.w. telah merangka perlembagaan yang merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. (a) Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam. [2m] Golongan Arab Suku Aus dan Khazraj Golongan Yahudi Bani Quraizah, Bani Quraiqa, Bani Nadhir Golongan Nasrani (b) Nyatakan kandungan Piagam Madinah dari aspek berikut: (i) Politik [1 m] Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin Madinah Nabi sebagai hakim (ii) Ekonomi [1 m] Kerjasama untuk majukan ekonomi Unsur penipuan dan riba dihapuskan (iii) Sosial [1 m] Masyarakat Madinah dianggap satu ummah Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan (c) Jelaskan kepentingan Piagam Madinah dari segi politik. [2 m] Model kerajaan Islam sebagai panduan pemerintahan negara Kerajaan Islam boleh diterima pakai oleh semua golongan Undang-undang yang adil dan lengkap

Merangkumi peraturan berkaitan dunia dan akhirat (d) Apakah nilai masyarakat Madinah yang dapat diterapkan ke dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum? [3 m] Hidup bersatu padu Rela berkorban Bertimbang rasa Menghormati kebebasan beragama SOALAN 4 Revolusi Perindustrian telah melonjakkan negara-negara Eropah menjadi kuasa imperialis pada abad ke-19 dan 20. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Revolusi Perindustrian? [1 m] Pengeluaran barangan secara besar-besaran Barangan dihasilkan dengan penggunaan mesin Produk lebihan diperdagangkan (b) Nyatakan faktor tercetusnya Revolusi Perindustrian di Britain. [3 m] Peladang kaya melabur modal Revolusi Pertanian menyediakan makanan untuk pekerja kilang rekaan dalam bidang sains dan teknologi semangat dan kegiatan keusahawanan (c) Bagaimanakah Revolusi Perindustrian menggiatkan kegiatan imperialisme kuasa-kuasa Eropah? [2 m] Mahu mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang banyak dan berterusan Untuk meluaskan pasaran Semangat persaingan antara kuasa-kuasa Barat (d) Sekiranya anda menjadi seorang pengusaha kilang di Eropah, mengapakah anda perlu melaksanakan perkara berikut: (i) Pengkhususan pekerjaan [2 m] Mewujudkan tenaga mahir Meningkatkan kualiti barangan Mengawal kos (ii) penggunaan teknologi [2 m] Menjimatkan masa Meningkatkan kuantiti dan kualiti barangan Menjimatkan sumber tenaga manusia

Anda mungkin juga menyukai