Anda di halaman 1dari 25

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBIS1103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

ASSIGNMENT TITLE KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Name Faizul Hisham Bin Abdul Wahab

Matric number 810407095035001 NRIC 810407-09-5035 Telephone number 0125389996 E-mail address papaazulu@gmail.com Tutors name: Ustaz Ismail Bin Mat Ludin

Learning Centre: Kedah Learning Centre

Intake JANUARY 2012 Semester 1

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Pengenalan

Pendekatan Induktif

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Bertema Pendekatan Pemusatan Murid Bahan Pengajaran Dan Perinsip Yang Digunakan Rumusan 19 12

11

13

Rujukan

20

PENGHARGAAN


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Syukur ke-hadrat Allah Swt atas limpah kurnia dan rahmatnya, dapat saya menyempurnakan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan.

Rakaman ucapan jutaan terima kasih dan segunung penghargaan kepada Ustaz Ismail Bin Mat Ludin Pensyarah HBIS 1103 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu dan memberikan nasihat, bimbingan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini

Tidak lupa juga kepada keluarga dan teman- teman seperjuangan yang banyak memberikan dorongan,sokongan dan nasihat untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak di atas bantuan dan dorongan yang telah diberikan .Semoga Allah akan membalasnya InsyaAllah.

Faizul Hisham Bin Abdul Wahab

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Anda ditugaskan mengajar di sebuah sekolah luar bandar di mana ramai pelajarnya datang daripada keluarga yang baru memeluk agama Islam kurang daripada sepuluh tahun. Huraikan dengan jelas:

1. 2.

Pendekatan yang akan anda gunakan untuk mengajar pelajar tersebut. Bahan pengajaran dan prinsip-prinsip yang akan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.

[Total: 30 marks]

PENGENALAN

Tugas sebagai seorang guru ketika ini memerlukan semangat dan kesungguhan yang amat kuat demi untuk mengharungi cabaran dalam bidang pendidikan yang semakin hari di lihat semakin mencabar. Hal ini dibuktikan dan diperkukuhkan lagi dengan pertambahan usaha daripada pihak kerajaan dalam memartabatkan profesion perguruan.

Demi menyahut seruan dan usaha kerajaan, seorang guru ataupun bakal guru haruslah berjiwa kental dalam menghadapi reality bertugas sebagai seorang guru. Jika dilihat pada hari ini, kerajaan telah melaksanakan satu usaha untuk meramaikan jumlah guru yang bertugas mengajar di Sabah dan Sarawak berikutan isu kekurangan guru yang sanggup untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana keengganan mereka bertugas di kawasan pedalaman yang mana bilangan murid bukan Islam lebih ramai dari murid yang beragama Islam.

Dalam tugasan yang diberikan, kita akan membincangkan mengenai pendekatan, bahan pengajaran dan perinsip-perinsip pengajaran yang akan digunakan apabila kita ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah luar Bandar di mana kebanyakkan pelajarnya berasal dari keluarga yang baru memeluk agama Islam kurang daripada 10 tahun. Dalam scenario ini, pelajar ini mesti dibimbing supaya Aqidah mereka tidak kembali terpesong kepada ajaran asal mereka. Justeru, guru adalah orang yang berpotensi untuk membawa dan memimpin golongan ini untuk terus mendalami dan mempelajari serta menarik minat mereka untuk terus bersama dalam agama Islam.

Untuk merealisasikan usaha murni ini, guru seharusnya mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi golongan ini. Persiapan dari seorang guru ini meliputi aspek Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas.Dalam hal ini seorang guru perlu untuk merancang pendekatan, kaedah, perinsip dan bahan pengajaran yang sesuai untuk dijalankan semasa berada di dalam kelas. Tugasan ini akan membawa kita untuk meneliti keupayaan semua teknik yang dipraktikkan semasa belajar.

Sebelum seseorang guru itu memulakan Pengajaran dan Pembelajarannya, dia mestilah memikirkan apakah pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk mengajar kelompok pelajar yang dikira masih baru dalam agama Islam. Mereka ini memerlukan bimbingan dari guru untuk mendalami keistimewaan ajaran Islam. Jika dilihat konsep pendekatan yang diterangkan berdasarkan Modul Open University Malaysia, ada dijelaskan mengenai konsep pendekatan dalam pengajaran. Pendekatan dalam Bahasa Inggeris ialah menghampiri.Dalam pendidikan ianya merujuk approach bermakna mendekati atau kepada cara bagaimana pengajaran

dilaksanakan. Ia juga merujuk kepada cara guru menghampiri isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai. Ia adalah satu rangka yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu atau lebih isi pelajaran dan kemahiran. Pendekatanpendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi lebih perhatian. Oleh itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenisjenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan kebiasaannya mencerminkan satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam teori pembelajaran yang diasaskan oleh Gestalt, beliau menyatakan bahawa kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian

memperinci elemen-elemen tersebut sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji pula bahagian-bahagiannya (Ahmad Mohd Salleh, 2004). Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan itu diolah, sejauh mana penglibatan pelajar dalam proses pengajaran serta teknik pengajaran yang digunakan. Pendekatan itu hendaklah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana ia difahami dan di mana ia disimpan? Sebagai contoh, ketika mengajar satusatu pelajaran, guru hendaklah membina satu pendekatan supaya senang diterima oleh murid di mana pendekatan itu ialah pendekatan tentang isi pelajaran. Dari sini murid-murid akan senang 6

memahami sesuatu isi pelajaran. Menurut Edward Anthony (1963), pendekatan merupakan satu andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik (dalam Ahmad Mohd Salleh, 2004). Oleh itu, pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya, daripada konkrit kepada abstrak, daripada mudah kepada kompleks, daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagian tertentu, daripada umum kepada spesifik, daripada spesifik kepada umum, daripada dekat kepada jauh, daripada majhul kepada maklum dan sebagainya. Apabila kita menggunakan cara-cara melaksanakan model, prinsip atau teori pembelajaran terhadap sesuatu pelajaran maka ia boleh dijadikan suatu pendekatan dalam pelajaran berkenaan. Sebagai

kesimpulan pendekatan dalam bidang pendidikan adalah merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan di dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Dalam tugasan ini saya hanya akan membincangkan EMPAT pendekatan yang akan saya gunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran khusus untuk pelajar luar bandar yang rata-rata baru 10 tahun memeluk agama Islam.EMPAT pendekatan yang akan saya bincangkan ini seringkali digunakan untuk mengajar pembelajaran Pendidikan Islam. Kesemua pendekatan yang dibincangkan ini mengandungi ciri-ciri yang : (a) Memberi ilmu kognitif; (b) Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah afektif; (c) Membina kemahiran dan amalan psikomotor; (d) Memupuk dan menanam penghayatan afektif; (e) Membentuk pandangan, sikap dan akhlak afektif; (f) Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid; (g) Menyepadukan faktor dan nilai; (h) Merentas kurikulum; (i) Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai; dan (j) Memotivasikan murid dalam pembelajaran 7

PENDEKATAN INDUKTIF Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing untuk memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran pendidikan Islam. Jenis pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya melakukan amali

solat setelah melihat kepada simulasi atau tunjuk cara daripada guru.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya kehidupan di Syurga adalah lebih

baik dari kehidupan penghuni Neraka.

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, kita akan

mendapat dosa apabila melakukan perkara yang ditegah oleh Allah.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku

manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran. Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus

menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan

kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang

sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.


Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan

memberi contoh-contoh yang serupa.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang

berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik

kepada umum.

PENDEKATAN DEDUKTIF Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yag dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.

Jenis pendekatan deduktif (a) Untuk penyelesaian masalah Pendekatan deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari bacaan dalam solat, mereka dikehendaki untuk mempraktikkan di dalam amali solat yang akan dikendalikan oleh guru.

(b) Untuk membuat generalisasi baru Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari bacaan dalam solat, mereka dikehendaki membaca semula hafalan bacaan tadi di dalam perlakuan solat yang sebenar. Dengan ini mereka dapat mengenalpasti bacaan dan pergerakan semasa bersolat. (c) Untuk membukti hipotesis Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari tajuk PUASA, mereka akan secara tidak langsung mengetahui perkara yang dilarang melakukan semasa berpuasa.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif


Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau

teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti

hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.


Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat. Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada

menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara

membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

10

PENDEKATAN BERTEMA

Menurut Kostelnik (1989), theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea. Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unitunit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada keduaduanya; iaitu guru dan kanak-kanak:

Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat

belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri.

Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema 11

yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.

Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali

merancang jadual aktiviti.

Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan

pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi

menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

PENDEKATAN PEMUSATAN MURID Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas. CiriCiri Strategi Pemusatan Murid

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka. 12

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

BAHAN PENGAJARAN DAN PERINSIP YANG DIGUNAKAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan-bahan bercetak dan bahan-bahan bukan bercetak. Bahan bercetak ialah terdiri daripada buku, akhbar, majalah, buku bacaan, nota, peta, skrip, rencana, kertas dan fotografi. Manakala bahan bukan cetak pula terdiri daripada tiga bahagian iaitu Perkakasan, Perisian dan bahan 3 Dimensi.

Perkakasan ialah : A) Bukan tayang B) Audio Visual C) Pelbagai Jenis Papan Tulis D) Radio, Televisyen dan Video Komputer Perisian ialah : A) Transparensi ( OHP ) B) Filem C) Carta D) Slaid

13

Bahan 3 Dimensi ialah : A) Glob B) Replika C) Model D) Boneka Dalam tugasan ini saya akan menggunakan bahan pengajaran yang berunsurkan bahan cetak kerana sumber bahan cetak ini sangat mudah untuk didapati dikalangan guru dan murid itu sendiri. Antara bahan cetak yang akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan islam ialah seperti buku, akhbar, majalah dan fotografi. Di sini ingin saya jelaskan bahawa penggunaan sumber bahan cetak ini adalah kerana di dalam buku itu sendiri terdapat pelbagai maklumat mengenai Pendidikan Islam yang mana penggunaan bahasa dalam buku tersebut amat mudah untuk difahami oleh murid khususnya golongan yang baru 10 tahun memeluk agama Islam.

Selain itu juga, akhbar dewasa ini turut memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penyebaran agama Islam. Artikel yang disediakan dalam dada-dada akhbar ini menunjukkan kematangan yang sekiranya dibaca oleh golongan ini boleh menimbulkan minat yang mendalam untuk mempelajari agama Islam. Sebagai contoh artikel mengenai dosa dan pahala apabila mematuhi dan melanggar perintah Allah Taala. Hal ini dapat kita terapkan dalam proses pengajaran semasa di dalam kelas.

Majalah juga adalah merupakan tunjang dalam usaha untuk menarik minat pembaca untuk berasa tertarik dengan apa yang dinukilkan oleh penulis mengenai keindahan agama Islam.Sebagai guru, saya dapat mengaplikasikan keratan dari majalah seperti himpunan kisahkisah teladan, cerita Nabi dan para sahabat dan sebagainya. Saya seharusnya boleh menerapkan nilai murni di samping menarik minat untuk mereka belajar Pendidikan Islam.

Akhir sekali ialah pengajaran melalui fotografi. Seperti yang kita ketahui, fotografi ialah satu tarikan yang kuat untuk murid cuba mengetahui apakah imej yang cuba ditonjolkan oleh guru. Di sini, saya dapat membuat set induksi yang menarik bagi merangsang minat untuk mereka terus belajar dan memahami apakah maksud di sebalik gambar yang ditunjukkan oleh guru.

14

Manakala bagi bahan bukan cetak yang akan saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya ialah penayangan filem seperti filem teladan, filem kisah perjuangan para sahabat dalam menegakkan agama Islam, filem animasi berunsurkan teladan yang rata-rata boleh didapati dengan mudah di kedai. Dari usaha ini saya dapat menerap dan menarik minat mereka untuk menghayati isi kandungan yang terdapat di dalam filem yang ditayangkan.

Selain itu, penggunaan carta dan slaid juga dapat membantu saya semasa menjalankan proses P&P di dalam kelas. Hal ini kerana segala isi kandungan pelajaran yang akan diajar pada hari itu dapat dikumpul dan dipamerkan dalam bentuk carta dan slaid. Apabila ini berlaku, pelajar ini akan merasa lebih mudah untuk memahami kandungannya kerana guru telah meringkaskannya ke dalam bentuk carta dan slaid.

Semua perkara yang telah disentuh tadi memerlukan peranan yang besar daripada seorang guru. Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh seorang guru jika inginkan anak didiknya berjaya.

PERINSIP-PERINSIP PENGAJARAN

Daripada Mudah kepada Kompleks Guru dapat mengekalkan dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran dengan memberikan bahanbahan yang senang terlebih dahulu dan mudah kemudian diikuti dengan bahan yang kompleks dan susah. Mudah dan rumit mestilah ditentukan berdasarkan penglihatan dan pendapat pelajar. Apa saja bahan yang diajar kepada pelajar-pelajar hendaklah disesuaikan dengan kebolehan mereka. Contoh: (a) Pengajaran akhlak (i) Murid menyatakan kelebihan orang yang menjaga kebersihan diri dan hukumnya. (ii) Kemudian murid dikehendaki menerangkan kelebihan orang yang menjaga kebersihan diri (iii) Murid membanding beza kelebihan dan kelemahan tidak menjaga kebersihan diri

15

(b)Pengajaran ibadah (i) Murid menyatakan erti solat jumaat, bilangan rakaat serta masa untuk menunaikan solat jumaat (ii) Kemudian murid dikehendaki menerangkan cara menunaikan solat jumaat (iii) Guru meminta murid mengikut perbuatan guru dalam latihan amali.

Daripada yang Diketahui Kepada yang Tidak Diketahui Pengetahuan yang lepas pelajar berperanan sebagai asas yang membolehkan pengetahuan yyang baru bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baru diterima oleh pelajar, guru perlu memastikan pengetahuan lepas pelajar mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuannya

yang baru. Pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru di kelas untuk mengetahui dan mempastikan pengetahuan lepas pelajar. Antaranya guru boleh mengemukakan pelbagai soalan supaya pelajarpelajar mengingat kembali pengetahuan yang lepas. Pastikan pengetahuannya yang lepas itu

tepat, jelas dan lengkap. Maklumat guru-guru tentang diketahui) akan dapat membantu

pengetahuan lepas tersebut (yang

menyusun strategi yang sesuai untuk menyampaikan

pengetahuan yang baru (yang tidak diketahui) bagi memudahkan penerimaan Contoh: (a) Pengajaran ibadah (i) Guru boleh bertanya kepada murid tentang puasa yang pernah dilakukan olehnya semasa berumur berapa tahun. (ii) Guru mengaitkan jawapan murid dengan topik puasa di bulan ramadhan.

(b) Pengajaran Adab (i) Guru meminta sumbang saran daripada murid tentang apakah yang perlu dilakukan apabila menziarahi kawasan tanah perkuburan (ii) Guru mengaitkannya dengan topik adab berziarah kubur serta menerangkan perkara-perkara yang ditegah semasa menziarahi kawasan perkuburan. 16

Daripada yang Konkrit Kepada yang Abstrak Pelajar-pelajar perlu belajar untuk memahami idea-idea yang abstrak. Oleh itu, untuk memudahkan memahaminya guru mestilah bermula dengan contoh yang konkrit (jelas) iaitu yang boleh dipegang, dilihat atau dirasa. Hal ini dapat membantu merangsang pemikiran murid untuk mengetahuinya. Proses ini akan lebih berkesan jika dibantu dengan bahan bantu mengajar bagi mencapai pemikiran yang tinggi/abstrak. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Contohnya untuk pelajaran tauhid, guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ia tidak akan terjadi dengan sendirinya. Kemudian barulah dikaitkan dengan kewujudan Allah SWT yang bersifat abstrak bagi mereka. Mungkin murid akan mempersoalkan tentang kewujudan Allah yang tidak dapat dilihat oleh mereka. Dalam menghadapi situasi ini, guru boleh membuat analogi. Guru bertanya kepada murid; adakah udara wujud? Guru mengaitkan kewujudan udara yang tidak boleh dilihat dengan persoalan yang ditimbulkan oleh mereka. Penggunaan prinsip ini dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan.

Daripada Keseluruhan (Umum) kepada Bahagian-bahagian Tertentu (Khusus) Pendekatan keseluruhan kadang-kadang lebih baik daripada pendekatan bahagian-bahagian. Pembelajaran keseluruhan umumnya lebih baik dari pembelajaran sebahagian kerana bahan yang hendak dipelajari memberi makna dan bahagian-bahagian dapat dilihat oleh pelajar sebagai sesuatu yang saling berhubungan dan juga mereka melihat hubungan antara idea utama dengan bahan yang hendak dipelajari dan dirinya. Semasa menentukan keseluruhan, guru hendaklah berhati-hati. Keseluruhan bagi pelajar lemah hendaklah lebih kecil dari keseluruhan bagi pelajar yang lebih pintar. Sekiranya keseluruhan yang dikemukakan melampaui kebolehan mereka, biasanya mereka tidak akan dapat mempelajari sesuatu. Jika pelajar-pelajar dikemukakan suatu siri bahagian-

bahagian yang tidak berkaitan, mereka juga tidak akan dapat mempelajari sesuatu. Oleh itu dalam pembelajaran guru perlu membentuk keseluruhan yang bermakna yang kemudiannya dapat difokuskan pula kepada bahagian-bahagian secara khusus. Contohnya dalam ibadat; sebelum guru 17

menerangkan tentang cara mengklasifikasikan najis dan cara menyucikannya,guru perlu menerangkan secara umum apakah itu taharah dari segi konsep umum. Setelah pelajar dapat memahami konsep taharah barulah guru menjelaskannya secara terperinci dengan menerangkan pembahagiannya.

18

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan daripada tugasan yang dibincangkan, di sini dapat kita simpulkan bahawa guru yang baik akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran profesionalismanya. Dalam hal ini seorang guru perlu mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran dan pembelajarannya. Justeru itu, bakal guru perlulah sentiasa berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan di dalam bilik darjah dan aktiviti pengajaran sentiasa menimbulkan keseronokkan dan pelajar tidak akan merasa bosan semasa mempelajari pelajaran khususnya dalam tajuk berkaitan Pendidikan Islam.

Oleh yang demikian, tugasan ini secara menyeluruh membincangkan bagaimanakah cara untuk mengajar Pendidikan Islam khususnya kepada golongan yang masih mentah dalam menghayati agama Islam. Kita dapat menarik minat dan memupuk rasa seronok untuk mempelajari pelajaran agama Islam dengan mempelbagaikan pendekatan untuk menarik minat pelajar seperti yang telah dibincangkan dalam tugasan ini. Guru perlu mempelbagaikan pendekatan dan seharusnya pendekatan yang digunakan itu berupaya menarik minat golongan ini untuk terus kekal minat mengenai agama Islam. Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam ialah Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Bertema dan Pendekatan Pemusatan Murid.

Selain itu, sumber lain yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kesesuaian dalam pemilihan bahan sumber pengajaran. Bahan pengajaran yang menarik, jelas, berwarna dan mudah difahami adalah faktor besar yang mempengaruhi minat golongan pelajar ini untuk mempelajari apa yang disampaikan oleh guru. Bahan pengajaran yang menarik dilihat lebih kepada alat untuk memudahkan proses pemahaman mengenai sesuatu tajuk kerana guru telah meringkaskan tajuk pelajaran ke dalam bentuk yang lebih khusus. Guru bertindak memperkecilkan skop pelajaran kepada yang lebih khusus untuk memudahkan murid memahami tajuk yang diajarkan. Semua usaha ini sebenarnya memerlukan pengorbanan daripada guru dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman golongan murid seperti ini.

19

RUJUKAN

Mohamad Haron. ( 1992 ). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran & pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991 ). Pedagogi 3 Bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaacub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

20

21

22

23

24

25