Anda di halaman 1dari 2

SINOPSIS CERITA Tajuk : Kisah Kerbau dan Buaya Watak : Kerbau, Buaya, Kancil, Burung Cerita ini bermula

apabila sang Kerbau yang sedang meragut rumput terdengar satu suara meminta tolong. Suara yang meminta simpati itu datang daripada sang Buaya yang sedang kesakitan. Sang Kerbau telah ditimpa oleh dahan pokok kayu mati yang besar. Sang Kerbau yang berasa sungguh kasihan terhadap keadaan yang menimpa sang Buaya telah menawarkan diri untuk membantunya. Sang Kerbau berjaya mengalihkan dahan kayu mati yang menimpa sang Buaya setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sang Buaya tidak mengenang budi yang dilakukan oleh sang Kerbau terhadapnya. Sang Buaya bertindak menggigit kaki sang Kerbau dan ingin memakannya sebaik sahaja dahan besar itu dialihkan daripada badannya. Sang Buaya yang jahat memberikan alasan sudah sebulan dia tidak makan. Sang Kerbau menjerit meminta tolong kerana kesakitan akibat digigit oleh sang Buaya. Kebetulan pada masa itu, Sang Burung yang melalui kawasan itu telah memerhatikan kejadian tersebut. Dia berasa kasihan kepada sang Kerbau, sang Burung telah terbang untuk mencari sang Kancil. Sang Burung mencari sang Kancil kerana sang Kancil adalah haiwan yang pintar dan pasti dapat membantu sang Kerbau. Apabila bertemu dengan sang Kancil, sang Burung menceritakan kejadian yang telah menimpa sang Kerbau. Sang Kancil yang berasa simpati dengan Sang Kerbau telah memikirkan idea untuk menolongnya. Sang Kancil telah menyuruh Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan meminta untuk mereka melakonkan situasi pada awal kejadian untuk diadili. Sang Buaya telah bersetuju dengan permintaan sang Kancil setelah diberitahu bahawa dia akan dapat memakan sang Kerbau selepas itu.

Sebaik sahaja dahan pokok telah diletakkan pada badan sang Buaya, sang Kancil terus mengajak sang Kerbau lari meninggalkan sang Buaya yang telah tertipu. Sang Kerbau pun lari mengikuti sang Kancil dan tidak lagi menoleh kepada sang Buaya yang terkial-kial ditindih dahan kayu mati. Sang Buaya yang tidak tahu mengenang jasa telah menerima padah akibat daripada perbuatannya yang jahat.

Anda mungkin juga menyukai