Anda di halaman 1dari 3

YANG DI-PERTUAN AGONG Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong diinstitusikan melalui Perlembagaan Persekutuan. Sebagai Ketua Utama Negara, mengikut Perlembagaan, baginda mengatasi semua orang dalam Malaysia dan tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah atas tugas-tugas rasmi baginda sebagai ketua eksekutif. Tetapi baginda boleh didakwa dalam Mahkamah Khas yang diperuntukkan di bawah Bahagian XV. Ini bermakna bahawa Yang diPertuan Agong tidak mempunyai imuniti ( kekebalan) yang mutlak dari sisi undang- undang. Inilah amalan konsep Raja Berperlembagaan. Ini juga menunjukkan bahawa sistem pemerintahan demokrasi berparlimen memelihara keadilan dan setiap warganegara adalah tertakluk kepada undangundang negara. Yang di-Pertuan Agong adalah satu institusi yang mulia di sisi Perlembagaan. Untuk menjaga dan memelihara agar institusi ini tidak tercemar dan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada masyarakat zaman berzaman beberapa perkara tidak wajar dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Antaranya ialah: Tidak boleh menjalankan tugas-tugas Raja di negerinya

1.

2.

Tidak boleh memegang sebarang jawatan yang bergaji

3. 4.

Tidak boleh berniaga Tidak boleh menerima apa-apa emolumen sebagai raja di bawah perlembagaan atau undang-undang negeri baginda Tidak boleh meninggalkan persekutuan selama lebih 15 hari pada sesuatu ketika tanpa mendapat persetujuan dari Majlis Raja-Raja kecuali atas urusan rasmi negara.

5.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong boleh dipilih daripada kalangan Raja-Raja Melayu dari sembilan buah negeri dalam persekutuan mengikut giliran negeri . Pemilihan dibuat berdasarkan prosedur-prosedur tertentu seperti yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan. Seseorang raja, setelah tiba gilirannya, layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali: 1. 2.

Baginda masih seorang remaja, _ Baginda sendiri memutuskan tidak mahu dipilih (walaupun tiba gilirannya), Ada kekurangan yang dialami oleh baginda seperti keuzuran fizikal atau mental, atau Atas sebab-sebab lain yang meyakinkan Ahli Majlis dengan sokongan undi minimum lima orang.

3.

4.

Mengikut peraturan sultan/raja yang terkanan dalam giliran adalah layak dipilih. Terkanan dalam giliran telah diasaskan kepada pengiraannya lama berada di atas tahta kerajaan negeri yang telah pun dibuat semenjak sebelum merdeka lagi. Hanya sultan/raja sahaja yang layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dengan pencalonan bagi institusi ini, hanya raja atau sultan sahaja yang berhak dicalonkan. Tempoh jawatan ini adalah selama lima tahun. Semenjak merdeka, semua sultan/raja dari kesembilan negeri telah menerima giliran masing-masing dalam pusingan pertama. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong sekarang telahpun memasuki pusingan yang kedua.

Anda mungkin juga menyukai