Anda di halaman 1dari 5

SJK (T) GUNUNG RAPAT KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH ( LUKISAN MURAL) 2013

1.0 PENGENALAN Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 Unit pengajian tamil dalam memenuhi terma dan syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru - guru pelatih dalam menjayakan sesuatu projek. Program keceriaan ini juga dapat membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.

2.0 RASIONAL

Pelaksanaan projek ini adalah untuk : 1. Mengindahkan dan menceriakan dinding hadapan sekolah bangunan pentadbiran sekolah dengan melukis mural yang bertemakan pendidikan. 2. Mengindahkan dan menceriakan ruang dinding dengan lukisan mural yang mencerminkan nilai-nilai murni. 3. Mengeratkan hubungan antara guru-guru dan guru pelatih IPG. 4. Mendapat kerjasama dari warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gunung Rapat.

3.0 OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk melaksanakan sesuatu projek . 2. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-guru pelatih dan warga sekolah. 3. Memberi guru pelatih peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari di IPG . 4. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah. 5. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih dalam program yang dilaksanakan 6. Memenuhi proforma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4.0 TEMA Mural Menjurus Ke arah Kecemerlangan

5.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PROGRAM KECERIAAN LUKISAN MURAL Tarikh : 04.07.2013 19.07.2013 ( 2 Minggu)

6.0 TEMPAT Ruang Dinding Bangunan Pentadbiran Sekolah Gunung Rapat

7.0 KUMPULAN SASARAN Guru pelatih IPG dan Warga sekolah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA HARGA SEUNIT (RM) 1 Cat pelaka Putih Merah Kuning Biru Hijau Hitam RM 30.00 6 x 30 RM 180 KUANTITI JUMLAH

Berus cat Berus besar Berus kecil RM 8.00 RM 2.00 4 x 8.50 4 x 2.00 RM 40

Plate

RM 1.80

2 x1.80 Jumlah

RM 3.60 RM 223.60

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN Sumbangan dari pihak sekolah. 10.0 PERINCIAN PROGRAM Hari Perkara

4 Julai 2013

Membuat rancangan dan perbincangan dengan mentor berkaitan dengan pelan mural dan

mengambil gambar sebelum membuat cat asas di dinding ruang bangunan. 5 Julai 2013 15 Julai 2013 Melukis dan mewarna dinding

15 Julai 2013 19 Julai 2013 Melakukan gambar

kemasan

terakhir

serta

mengambil

11.0 JAWATANKUASA PROJEK 11.1 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Pn.P. Kamala Devi Guru Besar Pengerusi : Pn.M.Jothy Guru Penolong Kanan Hem Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari AJK Dokumentasi : Cik. Rogini Thevathas : Cik. Mathimalar Rajainatharan : Cik. Indra : Pn.R.Vaani

12.0 PENUTUP Pihak Sekolah Tamil Gunung Rapat dipohon agar meluluskan kertas kerja ini agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman pahit getir yang ditimba sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu sandaran atau pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru. Di samping itu, projek ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan mesra sesama ahli masyarakat dan membina sahsiah guru yang cemerlang.

Disediakan oleh, ______________________ (CIK. ROGINI THEVATHAS) Setiausaha, Program Keceriaan Lukisan Mural Program Internship Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disemak oleh, ______________________ (Pn. M. JOTHY) Mentor Program Internship, Guru Penolong Kanan 1 SJK(T) Gunung Rapat.

Disahkan oleh, ______________________ (Pn. P. KAMALADEVI) Guru Besar, SJK(T) Gunung Rapat, Ipoh.