Anda di halaman 1dari 9

Jom. Kita ulangkaji cara mengerjakan Haji Tamattu'.

Haji Tamattu' .
Haji Tamattu' atau Haji yang dikerjakan secara tamattu' ; ialah mengerjakan ibadat Umrah terlebih dahulu , kemudian barulah mengerjakan Haji di dalam tahun yang sama.

Mengerjakan Umrah.
Panduan ringkas cara mengerjakan Haji dan Umrah ini merujuk kepada Jamaah Haji Malaysia. Setelah bakal Jamaah Haji sampai di miqat (tempat niat ) iaitu sebelum masuk ke Mekah di mana ketika itu mereka telahpun berpakaian ihram, maka mereka hendaklah berniat mengerjakan Umrah di tempat tersebut, setelah masuk ke Mekah mereka melakukan atau mengerjakan tawaf dan setelah tawaf pergi pula mengerjakan Sae. selepas selesai Sae, diikuti pula dengan tahlul ( bercukur ), dengan itu selesailah ibadat Umrah,Perbuatan mengerjakan Umrah dahulu daripada mengerjakan Haji itu dikenakan dam dan terikat dengan syaratsyaratnya, dam akan dibayar bersama-sama dengan dam yang lain nanti , kiranya terdapat lagi kekurangan yang terpaksa dikenakan dam.

Contoh aktiviti mengerjakan Umrah (1)

PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH Niat Umrah di miqatnya dalam pakaian ihram. Contoh niatnya:( Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )

(2)

Masuk ke Mekah dan tawaf. bermula pada tanda garis hijau, iaitu sudut Hajaratul Aswad. Selepas tawaf diikuti pula dengan Sae.

(3) Sae di sini, lihat laluannya di atas.Sae hendaklah dikerjakan selepas tawaf. ( Sae tidak sah tanpa bertawaf terlebih dahulu )

(4)

Bertahlul Selesai Sae terus sahaja bertahlul iaitu bergunting ( memadai sekurang-kurangnya ) tiga helai rambut ataupun afdal bercukur . Bagi kaum wanita memadai menggunting tiga helai rambut sahaja dan mereka yang tiada rambut di kepala dikehendaki membuat laluan pisau di atas kepalanya. Maka dengan itu selesailah ibadat Umrah dan tidak lagi terikat dengan pakaian ihram. ( bebas berpakaian ). ____ Selepas selesai mengerjakan Umrah mereka yang mengerjakan Haji secara tamattu' ini akan menunggu sehingga 8 Zulhijjah barulah mereka akan berangkat ke Arafah. Dalam masa menunggu itu bolehlah mereka melakukan berbagai ibadat di Masjidil Haram atau melakukan ibadat Umrah beberapa kali lagi sebelum tiba tarikh tersebut.

Mengerjakan Haji
Apabila tiba 8 hb.Zulhijjah mereka memakai pakaian ihram sekali lagi dan berniat ihram Haji di tempat kediaman mereka di Mekah dan bertolak ke Padang Arafah untuk berwuquf. Wuquf di Arafah - Di antara tuntutannya ialah mesti berada di Arafah (walaupun sebentar iaitu di antara gelincir matahari 9hb.Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10hb. Zulhijjah ). Biasanya selepas solat Isyak di Arafah mereka akan bertolak pula ke Muzdalifah dan bermalam di sana, mereka mesti berada di sini selepas separuh malam, di sini mereka mengutip anak-anak batu untuk melontor di tiga jumrah. Selepas solat Subuh di Muzdalifah mereka bertolak pula ke Mina, sampai di Mina mereka pun berehat di dalam khemah yang disediakan dan pada 10hb.Zulhijjah mereka pergi melontar di Jumrah Kubra (Aqabah ) dengan tujuh biji batu dan tujuh lontaran,( pada hari ini melontar di satu jumrah sahaja ) , setelah selesai lontaran maka mereka bolehlah bertahlul awal ( bergunting atau bercukur ) dan selepas itu dibolehkan berpakaian biasa. sebahagian besar larangan ketika ihram telah gugur kecuali masih dilarang bersetubuh,mencium, bercumbuan dengan isteri, berkahwin, menjadi wali kahwin dan menjadi wakil

kahwin. Pada 11, 12 dan 13hb.Zulhijjah menyambung lontaran ketiga-tiga jumrah ( sughra, wusta dan kubra ). Bagi mereka yang ingin membuat nafar awal mereka bolehlah balik ke Mekah selepas selesai membuat lontaran pada 12 hb.Zulhijjah dengan berniat tidak akan kembali ke Mina lagi untuk membuat lontoran seterusnya (lontaran mereka memadai ), sampai di Mekah mereka bertawaf dan kemudiannya mengerjakan Sae. Dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka. Bagi mereka yang memilih meneruskan lontaran pada hari 13hb.Zulhijjah, selepas selesai membuat lontaran di tiga jumrah tersebut, barulah kembali ke Mekah dan melakukan tawaf dan Sae, dengan itu mereka juga sempurnalah ibadat Haji yang dikerjakan itu.

Contoh aktiviti mengerjakan Haji.

Niat ihram Haji di kawasan Kota Mekah, tempat yang afdal ialah di pintu rumah kediaman. Contoh niatnya: ( Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )

(1)

Pada 8hb.Zulhijjah bertolak ke Padang Arafah .

(2)

Masa untuk berwukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas waktu Zohor sehingga masuk Subuh hari yang ke 10 Zulhijjah. Memadai berada sebentar di dalam tempoh tersebut.

(3)

Bermalam ( mabit ) di Muzdalifah, waktunya selepas separuh malam pada 10hb.Zulhijjah sehingga waktu subuh,( memadai berada sebentar dalam tempat tersebut ), biasanya jamaah Haji mengutip anak batu di sini

(4)

Bermalam ( mabit ) di Mina- iaitu selepas separuh malam pada 10hb.Zulhaijjah dan seterusnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bakal Haji dikehendaki berada di situ sehingga lebih separuh malam pada tiap-tiap malam tersebut kecuali mereka yang membuat nafar awal boleh meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari pada 12 hb. Zulhijjah. (Tinggal di dalam khemah dan berulang alik ke jumrah untuk melantar ).

(5)

Di Jumrah ( tempat melontar ) . Selepas selesai melontar balik ke Mekah.

Bertahlul. ( dilakukan selepas lontaran pada hari pertama - 10hb.Zulhijjah )

(6)

Sampai di Mekah mengerjakan tawaf Haji, kemudian mengerjakan Sae.


Kelihatan di hadapan itu orang sedang bertawaf ( berjalan arah ke kanan )

(7)

Selepas tawaf bersae di sini.setelah sempurna bersae maka selesai dan sempurnalah ibadat Haji, semua dam hendaklah dibayar dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai