Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM JALINAN MESRA 2013 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

ANJURAN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

TARIKH 1 MAC 2013 BERSAMAAN 19 RABIULAKHIR 1434 HIJRAH

TEMPAT DEWAN MUNSYI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0

PENGENALAN Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPG Kampus Sultan Abdul Halim merupakan sebuah persatuan seni mempertahankan diri yang telah menapak di IPG Kampus Sultan Abdul Halim sejak tahun 2009. Lebih istimewa, persatuan ini merupakan yang pertama seumpamanya berjaya ditubuhkan di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Sebagai sebuah persatuan yang dianggotai ahli dari seluruh pelosok negara, sememangnya persefahaman dan permuafakatan memainkan tunjang utama bagi mengekalkan perpaduan dan ikatan yang utuh antara setiap ahli persatuan. Atas kesedaran tentang hal ini, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) IPG Kampus Sultan Abdul Halim telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan sebuah pertemuan yang dapat mengumpulkan ahli-ahli dalam kalangan guru pelatih serta ahli-ahli persatuan dari sekitar Kedah. Tujuan utamanya adalah bagi menyediakan platform untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli. Di samping mengeratkan silaturrahim, program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan melengkapkan guru pelatih dengan selok-belok pengelolaan program serta memperbaiki kemahiran komunikasi sebagai persediaan untuk menggalas tanggungjawab dalam profesyen perguruan pada masa hadapan.

2.0

OBJEKTIF 2.1 Merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di sekitar Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. 2.2 Menjadi platform kepada ahli persatuan berkumpul dan berbincang tentang masalah dan isu berkaitan persatuan.

2.3

Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPG Kampus Sultan Abdul Halim (guru pelatih) dalam mengendalikan program.

2.4

Merapatkan hubungan antara persatuan dengan pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

3.0

NAMA PROGRAM Program Jalinan Mesra 2013 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia IPG Kampus Sultan Abdul Halim

4.0

TEMA ERATKAN UKHWAH, JALINKAN KEMESRAAN

5.0

ANJURAN Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) IPG Kampus Sultan Abdul Halim

6.0

TARIKH 1 Mac 2013 (Jumaat)

7.0

MASA 8.00 malam 11.00 malam

8.0

TEMPAT Dewan Munsyi IPG Kampus Sultan Abdul Halim

9.0

JEMPUTAN KHAS 9.1 Tuan Haji Mustafa bin Abd. Hamid BCK, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim 9.2 Ybhg. Dato' Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain DSDK, KMN, AMN, BKN, JP, Penyelaras Parlimen Merbok, Kedah 9.3 Prof. Madya Ar. Dr. Haji Abdul Majid bin Ismail, Naib Presiden II Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 9.4 En. Rosli bin Mansor, Yang di-Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah

10.0

KUMPULAN SASARAN 10.1 10.3 Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia IPG Kampus Sultan Abdul Halim Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah 10.4 Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang 10.5 Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah

10.6 10.7

Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah

11.0

ATURCARA MAJLIS Rujuk LAMPIRAN 1

12.0

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Pengarah Program Timb. Pengarah Program Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Ahli Jawantankuasa

: : : : : : : :

Tn. Hj Taufik bin Ab. Razak Izam bin Bakar Marina Misa binti Muhsin Nur Hazirah binti Osman Intan Munirah binti Mohd Nordin Ruziatul Izni binti Abd Hamid Amirah binti Mohd Tarmizi Tempat dan Alatan 1. Zulhilmi bin Mustapa 2. Nor Atiqah binti Nor Azizan 3. Abdul Wafi bin Abdullah Makanan 1. Nurulhuda binti Ariff 2. Muhammad Zakwan bin Mohamad 3. Mohammad Azrif bin Abdul Khoder

Multimedia/Publisiti 1. Mohd Hamizan bin Mohd Hatta 2. Abdul Shafiq bin Md Subahir Sambutan 1. Mohd Iqtaruddin bin Md Noor 2. Siti Syazwani binti Mohd Said 3. Naziatul Hawa binti Abdul Halim Buku Program 1. Suhaiza binti Mohamed Ghani 2. Ummi Umairah binti Zainal 3. Hazman bin Manaim Pengacara Majlis 1. Wan Mohd Hafizu bin Wan Abdullah 2. Ainun Solehah binti Md Ariff

13.0

SUMBER KEWANGAN Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) IPG Kampus Sultan Abdul Halim

14.0

PENUTUP Pelaksanaan program ini merupakan salah satu aktiviti yang melengkapkan rancangan tahunan PSSCM IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada tahun ini. Semoga program ini dapat berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Oleh yang demikian, kertas kerja ini diharap mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................................... (NUR HAZIRAH BINTI OSMAN) Setiausaha, Program Jalinan Mesra 2013 PSSCM, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

................................................ (IZAM BIN BAKAR) Pengarah, Program Jalinan Mesra 2013 PSSCM, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Disahkan oleh,

.................................................. (TN. HJ TAUFIK BIN AB. RAZAK) Ketua Jabatan Sains, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM JALINAN MESRA 2013 PSSCM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

MASA 8.00 malam 8.20 malam 8.30 malam

PERKARA Pendaftaran dan para jemputan mengambil tempat Ketibaan tetamu khas Bacaan doa Ucapan Yang di-Pertua PSSCM Cawangan Kedah Ucapan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim Ucapan dan perasmian oleh Ybhg. Dato' Haji Tajul Urus bin Haji Mat Zain

9.00 malam

Persembahan demonstrasi PSSCM Jamuan makan Persembahan Qasidah Majlis bersurai

11.00 malam

Anda mungkin juga menyukai