Anda di halaman 1dari 10

TAJUK 5

Pembentukan Dan Pelaksanaan Ujian

Sinopsis

Peringkat selepas pengubalan soalan ialah mentadbir ujian calon. Ini mencakupi persediaan bilik peperiksaan,mengedarkan kertas soalan dan jawapan, memungut kertas jawapan dan menyimpan dan menyerahkan kertas jawapan kepada pemeriksa. Tajuk ini secara khususnya akan menerangkan bagaimana ujian seharusnya ditadbir dan membincangkan tentang penyelarasan pemarkahan, pemeriksaan skrip jawapan,

penyelarasan dan penilaian markah ujian.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. 2. Membincangkan langkah pentadbiran ujian Membincangkah perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir ujian 3. 4. Menyelaraskan pemarkahan jawapan ujian dan markah ujian Membuat penilaian terhadap markah ujian.

iii

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kandungan Isi

5.1

Pentadbiran Ujian

A.

Arahan Ujian Arahan ujian melibatkan dua aspek; pertama arahan ketua pengawas dan kedua arahan dalam kertas soalan.

Arahan yang diberikan dalam kertas soalan: Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam kertas jawapan yang disediakan Masa peperiksaan 2 jam 30 minit Sila tulis jawapan pada ruangan yang disediakan Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Arahan Ketua Pengawas: Berikut beberapa arahan yang biasa diberi kepada calon; i. Sebelum peperiksaan bermula. Calon diarahkan untuk memasuki bilik/dewan peperiksaan dan duduk dimeja yang telah ditetapkan. Calon diingatkan tidak melakukan sebarang salah laku peperiksaan seperti meniru jjawapan atau berbincang dengan calon lain.Seterusnya calon diarahkan untuk mengisi maklumat pada kertas jawapan, seperti k/pengenalan dan angka giliran. Kemudian ketua pengawas mengarahkan calon untuk menyemak kertas soalan peperiksaan supaya tidak ada sebarang kecacatan, seperti bilangan muka surat mencukupi,mendapat kertas soalan peperiksaan yang sepatutnya dan percetakan yang jelas.

ii.

Semasa mula menjawab soalan Apabila tepat masa menjawab soalan, ketua pengawas akan memberikan arahan supaya calon mula menjawab dan memberi tahu masa tamat menjawab soalan. iv

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

iii. Sebelum tamat masa menjawab Lima belas minit sebelum masa menjawab tamat, ketua pengawas perlu mengumumkan berapa lama masa yang masih ada untuk calon menjawab soalan.

iv. Selepas tamat masa menjawab Ketua pengawas mengarahkan semua calon berhenti menjawab soalan dengan meletakkan pen atau pensel di atas meja, apabila masa menjawab tamat.Ketua pengawas mengarahkan semua calon duduk ditempat masing-masing sehingga semua kertas jawapan dikutip.

B. Suasana di bilik peperiksaan Menurut Abu Bakar (1996), calon yang lemah dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Oleh itu guru perlu memberikan tempat peperiksaan yang tidak menganggu tumpuan calon semasa menjawab. Ini termasuklah aspek pencahayaan dan pengudaraan yang sesuai.

C. Jarak tempat duduk calon . Kedudukan tempat duduk dan meja calon perlu dijarakkan sedikit antara kedudukan tempat duduk calon dihadapan dan belakang seta di kiri dan kanan calon. Ini bagi mengelakkan calon daripada meniru jawapan calon lain dan ini juga bagi memudahkan pergerakan pengawas peperiksaan.

Lain-lain aspek yang perlu diberikan perhatian oleh ketua pengawas dan pengawas peperiksaan termasuklah mengawasi pergerakan keluar masuk calon semasa peperiksaan seperti ke bilik air. Amaran kepada calon tentang melanggar peraturan peperiksaan seperti meniru atau berbincang.

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

5.2

Pemeriksaan Kertas Jawapan

A.

Skema Pemarkahan Skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru selaras dengan penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru

mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, soalan yang perlu diperbaiki atau tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang diperolehi oleh calon adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh cara pemarkahan oleh pemeriksa.

Penyediaan skema pemarkahan a. Skema pemarkahan Holistik Disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression).

Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian

mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Calon bebas memberikan jawapan, selagi tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman berkenaan. dan benar-benar menguasai mata pelajaran

Kelebihan skema ini, pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Namun kekurangannya ialah kurang objektif. Untuk

meningkatkan keobjektifannya dibuat penyelarasan markah antara pemeriksa. Dalam mesyuarat ini ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan daripada pemeriksa. vi

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

b. Skema Pemarkahan Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang nmana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Ini kerana skema yang lebih terperinci. Ini akan mengambil masa yang lama dalam penandaan.

Langkah bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei: Tahap 1 2 3 4 5 6 7 8 Langkah-langkah Memahami kehendak soalan Menyediakan skema pemarkahan Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu Memeriksa jawapan sehingga selesai Mengelak daripada mengenali nama calon Memberikan ulasan pada kertas jawapan

B.

Penyelarasan Pemeriksaan Kertas Jawapan Perlu dilakukan apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada

seorang.calon. Penyelarasan dibuat sebelum pemeriksaan kertas jawapan dimulakan. Pemeriksa terlebih dahulu hendaklah memeriksa beberapa contoh jawapan dan membandingkannya dengan

pemeriksaan yang dibuat oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa.

Tujuan penyelarasan adalah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa. Setelah semua pemeriksa selesai menyemak kertas soalan esei, ketua pemeriksa akan mengambil secara rawak beberapa kertas jawapan yang telah disemak oleh pemeriksa-pemeriksa lain untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah. vii

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

C.

Penyelarasan Markah Ujian Dibuat apabila keputusan ujian yang diperolehi calon adalah diluar jangkaan. Kadangkala markah dalam sesuatu ujian didapati terlalu ramai pelajar yang mendapat markah terlalu rendah. Penyelarasan pemeriksaan skrip ini diharap dapat membantu pemeriksa memberi markah yang lebih adil kepada calon.

Langkah penyelarasan markah ujian Sebagai contoh, dalam satu ujian RBT, markah yang diperolehi pelajar ialah antara 36 dan 78. Sebagai guru anda ingin membuat pertimbangan agar ada calon yang mendapat markah A dalam ujian ini. Untuk mendapat markah A calon perlu mendapat markah 80 dari 78. Keputusan untuk memberi gred A kepada pelajar yang mendapat markah 78 terpulang kepada anda sebagai guru.Pertambahan 2 markah perlu bagi membolehkan pelajar mendapat A. Dalam masa yang sama anda ingin membantu pelajar pelajar yang mendapat markah 36 untuk mendapat gred lulus 40.

Formula pengiraannya ialah:

y = mx + c Di mana y ialah markah baru, x ialah markah asal dan c ialah pemalar. Nilai c dan m (kecerunan persamaan perubahan markah) diperolehi

Melalui formula: m = (MA ML)/ (MPA MPL ) c = MA - m MPA Di mana MA ialah markah minimum untuk gred A, ML ialah markah minimum untuk gred lulus, MPA ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred A dan MPL ialah markah minimum pelajar yang ingin diberi gred lulus.

viii

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Penyelarasan markah ini juga akan mengurangkan varians markah yang diberikan kepada pelajar, iaitu ia dapat mengurangkan perbezaan/ variasi keputusan ujian. Selagi nilai kecerunan persamaan perubahan markah kurang daripada 1, varians markah baru akan lebih rendah daripada varians markah asal. Misalnya jika nilai kecerunan persamaan perubahan markah ialah 0.85, maka varians bagi markah baru akan menjadi (0.85)x(0.85) = 0.7225 varians markah asas.

5.3

Penilaian Markah yang diperolehi oleh oleh calon adalah dalam bentuk kuantitatif. Guru perlu menginterpretasikan markah tersebut untuk kegunaan tertentu. Mengikut Lindvill dan Nitko (1975), markah kuantitatif penting kerana dapat memberikan perihalan yang lebih tepat tentang sesuatu keadaan, dapat meningkatkan keobjektifan langkah pengukuran dan membolehkan

komunikasi yang lebih lancar dan jelas.

A.

Penilaian Markah Ujian Kebiasaan pelaporan markah berdasarkan markah mentah bagi melaporkan kemajuan dan perkembangan seseorang murid dalam kelas adalah kurang memberi makna. Misalnya adakah markah 85 yang diperoleh oleh calon itu menunjukkan pelajar tersebut cemerlang berbanding pelajar lain. Oleh itu untuk membuat perbandingan pencapaian, kita memerlukan maklumat tambahan. Maklumat itu dikenali sebagai markah terbitan. Apabila markah terbitan dibentuk ini akan memudahkan perbandingan markah dibuat. Markah terbitan meliputi pangkat ratusan, stanines dan penentuan gred. Penentuan markah ini adalah berdasarkan markah berdasarkan kemahiran atau pengetahuan, berdasarkan tahap kesukaran dan markah yang

membezakan calon

B.

Penilaian Pencapaian Pertimbangan pencapaian pelajar boleh didilakukan mengikut rujukan norma atau rujukan rujukan kriteria. Pengeredan mengikut rujukan ix

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

norma lebih kuantitatif, manakala rujukan kriteria lebih bersifat kualitatif. Ward &Ward (1999) mencadangkan lima panduan dalam penentuan gred murid. Panduan 1 Penentuan Gred Menentukan tujuan system penggredan sebelum menggredkan pelajar. Jika untuk membina motivasi, penggredan wajar secara criteria Menerangkan kepada pelajar tentang system penggredan yang akan digunakan pada awal semester Elakkan daripada menukar cara penggredan semasa ujian sedang dilaksanakan Memasukkan pemboleh ubah yang sesuai kepada tugasan dalam pemberian gred Memastikan amalan menggredkan pelajar adalah selaras dengan amalan peringkat pusat atau kebangsaan

2 3 4 5

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan pencapaian pelajar dari markah yang diperolehi. Kaedah itu ialah pangkat, gred, pangkat ratusan dan stanines. a. Pangkat Menentukan pangkat dari paling tinggi kepada yang paling rendah. Atau kedudukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ia tidak dapat membandingkan murid dalam kelas lain.

b. Penentuan Gred Penentuan gred A, B, C, D, E, sebagai gred lulus dan F sebagai gagal. Gred ini menentukan pencapaian murid berkenaan dengan gred A lebih baik dari gred B dan seterusnya.

c.

Pangkat Ratusan Pangkat ratusan/persentil ialah markah tertentu yang menunjukkan peratusan murid yang mendapat markah lebih rendah daripada markah tersebut. Persentil ke-25 dipanggil kuartil pertama (Q1), x

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

persentil ke 50 dipanggil kuartil kedua (Q2), atau median dan persentil ke 75 dipanggil kuartil ketiga (Q3). Misalnya jika dikatakan pencapaian Ahmad berada di kedudukan persentil 70, ini

menunjukkan markah Ahmad lebih tinggi daripada markah 70% murid-murid lain.

Pangkat persentil dapat dianggap sebagai satu skor terbitan yang mempunyai median 50 bermula dari taburan 1 hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan markah pada sepanjang taburan markah (Bhasah, 2003).

Pangkat persentil = Kekerapan kumulatif/N x 100

Kekerapan kumulatif ini dikira hingga ke markah sebelum markah yang ingin ditentukan persentilnya atau bilangan pelajar yang memperoleh markah lebih rendah daripada markah tersebut.

d. Stanines (standard nine). Stanines dibentuk berdasarkan andaian bahawa pencapaian mengikut taburan normal. Stanines mempunyai min = 5 dan sp = 2 . Ia adalah berdasarkan skor - z

Formula: Stanines = 2 z + 5 Di mana, z = skor z yang mempunyai min = 0 dan sisihan piawai = 1

Kelebihan penilaian markah secara rujukan norma ini ialah dapat memberi maklumat ringkas tentang prestasi pelajar yang boleh difahami dengan mudah oleh pelajar dan ibu bapa. Maklumat itu memberi makanisme untuk menyusun pelajar dalam pencapaian cemerlang, sederhana dan gagal. Di samping membantu guru mengenal pasti pelajar lemah. xi

RBT 3108 PENTAKSIRAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEKOLAH RENDAH

Kelemahan markah rujukan norma pula ialah markah yang diperolehi tidak menunjukkan dengan jelas sejauh manakah seseorang calon menguasai ilmu atau kemahiran yang ditetapkan. Ia juga memungkinkan rasa rendah diri kepada calon yang terkebawah.

Penggredan berdasarkan rujukan kriteria pula ialah dengan melaporkan prestasi seseorang pelajar secara relatif bagi menggambarkan sejauh mana seseorang pelajar menguasai suatu objektif mata pelajaran yang ditetapkan. Skor dan gred yang diperoleh menggambarkan pencapaian yang sama dalam mana-mana tugasan yang dilaksanakan.

Kelebihan penggredan rujukan kriteria ialah pelajar boleh mendapatkan gred yang tinggi jika mereka berusaha bersungguh. Guru mudah memberi gred kepada calon, kesahan pencapaian pelajar adalah tinggi. Kelemahan ujian rujukan kriteria menurut Sax (1997) adalah aras kesukaran yang akan menentukan peratusan pelajar yang mendapat gred-gred tertentu. Ujian yang sukar akan menyebabkan ramai pelajar mendapat markah rendah.

5.4

Rumusan Pemarkahan dan penggredan merupakah aspek penting dalam pengujian dan penilaian. Ia akan menjadi petunjuk terhadap pencapaian calon dalam mata pelajaran tertentu. Kepentingannya melibatkan ibu bapa, matlamat suatu mata pelajaran, kawalan aktiviti program dan pengiktirafan kepada calon. Justeru aspek pentadbiran dan pelaksanaan perlu diberikan penekanan.

xii